salaam..
walaupun mmg semua org sedang memperkatakan perihal kepimpinan melayu tapi pada pandangan saya, selagi melayu terlalu bergantung pada pemimpin, selagi itu siapa saja yg berada di atas tidak akan membawa perubahan banyak kepada yg dibawah, jika melayu tidak diasuh dan dididik menjadi dinamik dan progresif.. selamanya melayu hanya akan menjadi pak turut jika tiada pemimpin yg mengambil inisiatif untuk mencuit minda dan menyentuh naluri melayu supaya berubah..
400 tahun lebih dlm penjajahan, malah beratus tahun sebelum itu dihujung telunjuk raja yg bersultan di hati, telah menjadikan melayu totok dlm tradisi mudah dimanipulasi dan mengikut secara membuta tuli..
apa yg berlaku dlm umno hanyalah pertelingkahan peringkat tertinggi kasta melayu.. saya belum dapat menelah sebesar mana impaknya pada kasta2 rendah melayu? sejak zaman berzaman umno telah meneruskan tradisi 'konon' membela melayu, dan walaupun terlihat sedikit kejayaan dalam merealisasikan kelas menengah dan sederhana dalam kasta ekonomi tanah melayu, fokus perjuangan sudah semakin kesasar..
org melayu berhantuk kepala dan berkerut dahi memikirkan calon pemimpin seterusnya, tetapi berapa ramai dari melayu di kampung2 yg benar2 menyedari peranan sebenar mereka sebagai seorg melayu? kita tukar pemimpin, dapat pemimpin yg agak baik sikit, setelah itu kita tidur terlentang dan duduk terkangkang semula, kita balik ke dalam kepompong 'selesa' kita.. perjuangan selesai.. seterusnya sudah bukan lagi kita yg harus memperjuangkannya..
selama mana melayu harus berada dlm situasi begini? perjuangan bukan sekadar menyokong2 kerana sentimen dan emosi.. bukankah amal yg terbaik itu dengan ilmu? ilmu itu sesuatu yg kita kaji, bukan sekadar mengikut2 dan mengiyakan apa saja perkataan org yg kita sanjung..
dan kalo boleh memohon permintaan, janganlah blog tun ini sekadar menjadi medan menjawab pertuduhan dan menyuarakan amarah politik sahaja.. saya tahu tun boleh buat lebih baik dari sekadar menjadi 'one grumpy old man'.. bukan sekadar menjadi seorg lagi blogger politik..
arakian lebih bernilai dan menjadi pusaka pada org melayu, jika tun menulis dalam blog ini tentang bagaimana org melayu boleh kembali menjadi suatu bangsa yg hebat.. bagaimana seharusnya org melayu bersikap dan bertindak demi kebaikan org melayu sendiri.. bagaimana org melayu boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa lain.. apa visi sebenar tun ketika berkisah tentang wawasan 2020..
wallahualam..
[in reply to chedet.com on topic "Khairy Dilemma"]
Post a Comment