gerilya merdeka : a tribute to shamsiah fakeh


mukaddimah

ini adalah salah satu topik yg cukup susah sekali aku nak tulis.. akan tetapi kita juga menginsafi bahawa gerakan komunis merupakan antara salah satu pemicu perjuangan kemerdekaan tanah melayu.. bersempena dengan pemergian Shamsiah Fakeh yg dikenali sebagai satu2nya pemimpin tinggi komunis wanita yg berbangsa melayu dan permintaan dari sahabat, aku gagahkan juga dengan niat mahu memahami bagaimana gerakan merdeka dimulakan di tanah melayu..

apa yg kebanyakan dari kita tahu tentang komunis ialah gerombolan gerila dalam hutan, yg dianggotai hampir semuanya dari bangsa cina, melakukan keganasan dan kekejaman di kampung2 dan menimbulkan ketakutan kepada seluruh rakyat.. Parti Komunis Malaya (PKM) sinonim dgn nama Chin Peng, Rashid Maidin, Abdullah cd, Musa Hasan, Shamsiah Fakeh.. ini wajah komunis yg telah dipahamkan kepada kita sejak zaman berzaman..

maafkan aku cuba melihat perkara ini dari perspektif lain, bukan niat aku merendahkan atau menidakkan perjuangan askar melayu yg telah banyak terkorban mempertahankan watan ini dari 'kekejaman' komunis, tetapi aku hanyalah mahu cuba memahami bagaimanakah mereka ini boleh berfikir dan bertindak sebegitu terhadap rakyat yg mereka sendiri perjuangkan..

komunisme dan gerakan merdeka

seawal 1930an, komunis telah bertapak di Malaya, hasil pergolakan Parti Nasional China (Guomindang) dan Parti Komunis China yg berlaku di China.. gerakan awal merdeka oleh org cina ditandai oleh mogok Batu Arang pada tahun 1935, yg mana disebabkan oleh kebanyakan anggota parti komunis tidak mahu dihantar pulang ke China kerana takut dibunuh oleh Guomindang.. dari titik inilah mereka memulakan perjuangan untuk menggulingkan Inggeris dan merdeka, secara aktif melalui gerakan kesatuan2 sekerja..

ketika pendudukan Jepun di Tanah Melayu, PKM menubuhkan Malayan Peoples Anti-Japanese Army (MPAJA) yg dilatih dan dibantu oleh british untuk memerangi askar Jepun.. setelah Jepun menyerah kalah, ini jugalah tentera yg dikenali sebagai Malayan People Anti-British Army (MPABA), Malayan Peoples Liberation Army (MPLA), Malayan Races Liberation Army (MRLA) dan Malayan National Liberation Army (MNLA)..

pada zaman pendudukan Jepun, Kesatuan Melayu Muda (KMM) yg ditubuhkan oleh Ibrahim Yaakob pada 1938 mengambil inisiatif berbeza untuk kemerdekaan.. setelah Ibrahim dipenjarakan pada tahun 1941, KMM bekerjasama dgn Jepun untuk tujuan menggulingkan British dan merdeka dalam Melayu Raya.. malah Jepun telah menyalurkan dana membeli Warta Malaya yg kemudiannya digunakan sebagai lidah KMM.. walau bagaimanapun, permintaan KMM utk merdeka pada jan 1942 ditolak oleh Jepun.. dan selepas Jepun menyerah kalah, KMM dianggap sebagai sisa talibarut Jepun..

politik haluan kiri

ketika pemerintahan tentera British (BMA), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ditubuhkan pada tahun 1945 oleh Ahmad Boestamam dan Mokhtaruddin Lasso, merupakan kumpulan yg aktif memperjuangkan kemerdekaan.. PKMM condong ke komunisme dlm era Mokhtaruddin Lasso, tetapi Dr Burhanuddin Helmi membawa PKMM condong ke arah nasionalisme.. dr Burhanuddin cenderung pada gagasan Melayu Raya dan cenderung pada pelan menyertai Indonesia untuk merdeka pada tahun 1949 tetapi digagalkan oleh sabotaj..

antara sayap utama dlm PKMM ialah Angkatan Pemuda Insaf (API) yg memegang dasar sosialis ditubuhkan pada feb 1946 oleh Ahmad Boestamam, Abdul Rahman Rahim dan Bakar Thareek, berkait rapat dengan Gabungan Pemuda Demokratik Dunia dan Pertubuhan Lembaga Pemuda Bangsa Asia yg berpusat di Indonesia.. diharamkan oleh british pada tahun 1947 kerna asas perjuangan API yg terkandung dlm Testamen Politik API, yg ditulis oleh Ahmad Boestamam..

sayap wanita PKMM pula ialah Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yg ditubuhkan pada feb 1946 dan dipimpin oleh Shamsiah Fakeh, juga memegang dasar sosialis dan telah diharamkan pada tahun 1948.

untuk tujuan merdeka itu, ketika dibawah pimpinan Ishak Hj Muhammad, PKMM (dikenali sebagai Parti Nasionalis Melayu (MNP)) menggabungkan parti2 radikal lain (API, AWAS, Gerakan Angkatan Muda (GERAM), Barisan Tani SeMalaya (BATAS) dan Majlis Agama Tertinggi SeMalaya (MATA)), pada tahun 1947, membentuk Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) yg kemudiannya bergabung dgn All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA) menentang Perjanjian Persekutuan 1948.. PUTERA-AMCJA juga berjaya menggubal Perlembagaan Rakyat..

bagaimana pun semua gerakan yg dikenalpasti berhaluan kiri ditumpaskan oleh British, disebalik kejayaan PUTERA-AMCJA dlm gerakan Hartal.. pada ketika ini gerakan haluan kiri berpecah haluan.. sebahagian menyertai UMNO untuk meneruskan perjuangan dan sebahagiannya melarikan diri ke dalam hutan, berpendapat tidak ada jalan lain kecuali dengan cara mengangkat senjata dan memulakan gerakan radikal yg kemudiannya dikenali sebagai Bintang Tiga (simbol 3 bangsa Malaya) yg bergerilya di dalam hutan dan dianggap musuh negara..

darurat perang saudara

gerakan gerilya ini banyak dibantu oleh gerakan Min Yuen (diambil dari kata Min Chung Yuen Thong, yg dialihbahasakan menjadi Popular Mass Movement atau People Revolutionary Movement) dan juga oleh org asli (PKM memanggil mereka dgn nama 'asal'/'asli' berbanding kerajaan British yg memanggil mereka Sakai, yg bermaksud hamba).. Operation Starvation dilancarkan oleh British pada tahun 1951 dengan cara memindahkan org2 cina dan membuat kampung baru untuk org asli.. strategi ini berjaya melumpuhkan sumber bantuan kepada PKM menyebabkan PKM mula mengganas merampas makanan dan keperluan mereka daripada org2 kampung, menyebabkan org melayu tidak menyukai PKM kerna kezaliman mereka..

pada tahun 1955, berlaku perundingan antara Kerajaan Persekutuan dgn PKM di Baling tetapi gagal.. PKM meminta perjuangan kemerdekaan mereka diakui.. Tunku menawarkan pengampunan tetapi sehingga feb 1956 hanya 73 org sahaja yg menyerah.. permintaan berunding oleh Chin Peng pada 1956 juga ditolak oleh Tunku.. pada tahun 1957, PKM mahu berdamai tetapi mahu dibenarkan aktif dlm politik tetapi juga ditolak oleh Tunku yg hanya akan bersetuju jika pkm menyerah diri.. pada julai 1960, darurat ditamatkan selepas 12 tahun tetapi hanya pada disember 1989 PKM menyerah diri di Haad Yi, selatan Thailand.. kebanyakan dari ahli PKM ini menetap di situ dan ada juga yg menetap di China..

sentimen dan maruah

dari persepsi PKM, mereka berpendapat bahawa mereka adalah yg pertama dan sentiasa konsisten dlm memperjuangkan kemerdekaan.. bermula dari gerakan awal dlm kesatuan sekerja hinggalah perjuangan menentang Jepun.. setelah parti2 haluan kiri diharamkan oleh British dan ramai pemimpin ditangkap, mereka merasakan tiada pilihan lain melainkan gerakan gerilya kerna mereka tidak bersetuju dgn parti haluan kanan yg diketuai oleh UMNO yg bagi mereka hanya mengikut telunjuk British.. maka mereka beranggapan mereka tidak menentang askar melayu, home guard dan polis melainkan kerna pasukan2 ini berjuang mempertahankan pihak British.. kerna itu mereka menuntut agar nama mereka yg dipropagandakan oleh british sebagai puak pelampau dibersihkan dan perjuangan mereka diakui sebagai syarat untuk menyerah diri..

ramai beranggapan bahawa apa yg mereka lakukan sebelum merdeka adalah benar tetapi kekejaman yg mereka lakukan pada org kampung dan pasukan2 pengaman selepas kemerdekaan tidak boleh diterima.. ramai berpendapat bahawa dosa2 mereka terhadap anggota polis dan askar tidak boleh dimaafkan.. namun pada mereka, bukanlah mereka mahu melakukan itu semua melainkan kerana mereka merasa diperangi kuncu2 British..

ini adalah asas pembentukan tanah melayu.. siapa yg benar dan siapa yg salah pada waktu ini hanya diukur dengan sentimen.. sepertimana sentimen membenci kekejaman jepun sewaktu mereka menawan tanah melayu terus kekal dalam generasi yg melaluinya.. menjadi dendam sepanjang hayat..

About this entry

  1. Anonymous said...

    What day isn't today?

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008