sinikal bukit selambau


buat kesekian kalinya org melayu terkaget dgn isu khinzir.. kali ini lebih gempar lagi kerana usul itu dibuat oleh Datuk Seri Azizan, Menteri Besar sebuah negeri Kedah Darul Aman yang mempunyai majoriti penduduk melayu.. sebuah parti Islam yang memperjuangkan negara Islam bercadang untuk memajukan pusat penternakan khinzir moden secara komersil di bukit selambau, sg petani.. maka meletup2 dan meloncat2 berteriak para demonstrator menolak rancangan tersebut..

seronok melihat reaksi org melayu, apalagi opportunis umno, dan bagaimana senyapnya pemakan2 khinzir dalam isu ini.. hanya saja saya melihat sesuatu yang pelik dalam usul MB Kedah kali ini, apatah lagi jika dibandingkan dengan cara beliau ketika meningkatkan kouta melayu hingga ke 50% dalam pemilikan rumah yg dibangunkan di atas tanah rezab melayu yang ditukar taraf menjadi pemilikan bebas..

pertama yg pelik ialah mengapa kedah, yg majoriti penduduknya ialah org melayu beragama Islam, memerlukan ladang ternakan khinzir.. kedua, ladang ternakan khinzir itu bersifat komersil kerna ladang yang dicadangkan ialah bersifat moden dan bersepadu.. ketiga, DS Azizan kemudian mengumumkan cadangan itu ditolak atas pandangan Jabatan Veterinar yang mengatakan projek itu akan menjejaskan alam sekitar.. mengapa MB buat usul yg kontroversi dan kemudiannya meminta kajian Jabatan Veterinar yg sudah tentunya akan berpihak kepada alam sekitar berbanding nilai komersil?

disini saya melihat kesinisan DS Azizan dan hemah beliau dalam menegur rakan2 sejawatannya berkenaan isu ini.. cadangan MB Kedah saling tak tumpah seiras dengan cadangan MB Selangor.. ketika drama khinzir selangor yg berlaku ialah pertempuran antara isu perkauman melawan isu teknikal, menyaksikan betapa serabutnya org melayu bercakap tentang daging haram yg tidak pernah dijamahnya..

walaupun sentimen perkauman dilagukan dengan lantang oleh juara2 umno, seperti biasa, tetapi isu teknikal diperkemas jawapannya oleh DS Azizan.. maka jelas dan terang mesej dari Kedah bahawa penternakan khinzir komersil bukan sekadar tidak diperlukan oleh negara yg majoriti rakyatnya beragama Islam malah isu teknikal juga bukanlah asas untuk menghalalkan najis mughollazah tersebut diternak secara komersil..

cantik sekali mesej DS Azizan, walaupun beliau merelakan diri beliau menjadi kambing hitam tetapi usul bukit selambau telah menjadi satu penjelasan kepada rakyat dan keputusan mantap untuk menolak usul yang serupa selepas ini.. dan untuk sebab ini, DS Azizan wajib mendapat tabik hormat dari saya..

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008