Islam layu di Tanah Melayu


sesuatu yang menggelikan hati bila membaca berita hindu sangam merasa sensitif dengan fatwa haram yoga dan boleh merosakkan akidah mengingatkan akan kata2 sang pemimpin kongres india malaysia suatu ketika dulu dlm sebuah kempen pilihanraya, "saya bukan kafir, saya beragama hindu.." inilah jadinya apabila kita bereaksi terhadap sesuatu yang tidak kita pahami..

menghairankan apabila semua media berlumba2 meminta feedback dari umum dan semua pihak pula berebut2 untuk tampil memberi pendapat mengenai keputusan majlis fatwa.. yg lebih menghairankan apabila ketua2 agama lain juga turut mempertikaikannya dan meminta majlis fatwa lebih sensitif.. lebih jauh dari itu mereka mengharapkan majlis fatwa dapat berbincang dengan mereka sebelum mengeluarkan fatwa.. inikah keterbukaan dalam beragama?

setelah org melayu ditampar dengan keras berkenaan ketuanan melayu dan kontrak sosial, kini fatwa agama Islam pula cuba dikritik secara terbuka.. setelah mempertahankan bangsa melayu dianggap perkauman, kini adakah mempertahankan agama Islam akan mulai dianggap ektremisme?

bila kita menyebut tentang deb, kouta dan rezab melayu, kita berdiskusi dlm konteks bangsa melayu.. methodologi dan keperluan dalam membangunkan org melayu supaya mampu bersaing dengan bangsa lain yg kita angkat menjadi saudara seMalaysia kita.. agar dengan mapannya melayu, maka dikemudian hari, apabila keseimbangan dapat dirasai, semua ini tidak diperlukan lagi.. tetapi ramai pula berpendapat kestabilan politik tidak berkaitan langsung dengan keseimbangan ekonomi..

maka bila kita mengeluarkan fatwa yang khusus untuk muslim, kita juga bermesyuarah dalam konteks agama Islam.. pegangan dan ketetapan dalam pemantapan aqidah dan maslahat umum supaya muslim lebih tenang dan yakin dalam setiap apa yg dilakukannya.. tidak menyentuh langsung akan pengamal agama lain, walaupun Islam itu agama rasmi Malaysia.. tetapi kini institusi Islam juga harus mengambilkira sensitiviti penganut agama lain dalam mengeluarkan fatwa untuk org Islam..

ketika isu bangsa dicuit, maka tagline perkauman lah yg dipakai.. maka di Malaysia ini org melayu sangat bersifat perkauman.. mungkin benar juga dakwaan perkumpulan cina yg mengatakan bahawa mereka dianaktirikan dan dianggap sebagai warga kelas dua yg sangat berjaya dan kaya, kerna org melayu begitu menentang sekali pembinaan ladang ternakan babi yg moden dan canggih.. begitu juga mungkin suatu realiti atas dakwaan hindraf bahwa kaum India ditekan dan melalui penghapusan etnik kerna sikap perkauman org melayu yang memberikan berjuta hak warganegara kepada kaum2 pendatang.. siapa sebenarnya yg bersikap perkauman?

tatkala isu fatwa disentuh, maka tagline pelampau agama lah yang akan digunakan.. maka di Malaysia terdapat ramai pelampau agama yang menekan, menghina dan menghalang agama lain.. maka mungkin benar juga dakwaan yg mengatakan org Islam sering mengganggu ketenteraman awam dengan azan dan kuliah subuh.. juga bertindak kejam telah merobohkan banyak kuil2 hindu atas dasar kebencian terhadap agama lain hingga memberi banyak cuti umum untuk meraikan agama lain dan bertoleransi dengan berbagai upacara agama yang menggunapakai bahan letupan yang bingit dan menyebabkan kesesakan tempat awam seperti di jalanraya.. siapa sebenarnya yang tidak bersikap terbuka?

persoalan yg menarik yg boleh kita lihat ialah dari mana datangnya keberanian mereka ini dengan angkuh mempertikaikan perkara bangsa melayu dan agama Islam? adakah mereka bangun kerana mereka sudah tidak tahan lagi ditekan dengan kejam oleh rejim melayu yang zalim? atau adakah mereka bangun kerna melihat bangsa melayu yang semakin hancur dan hilang punca serta umat Islam yang sudah melencong jauh dari al-Quran dan sunnah? kerna melayu yg berserban dan berjubah itu sudah pasti pengikut ajaran sesat..

selepas hampir 40tahun deb dilancarkan, org melayu masih tidak dapat menguasai 30% daripada ekonomi Malaysia, bermakna 70% ekonomi Malaysia dikuasai oleh cina dan india.. selepas lebih 50tahun merdeka, sekolah jenis kebangsaan cina dan tamil masih dikekalkan, bermakna masih belum semua cina dan india mampu berbahasa kebangsaan dengan fasih.. selepas belum setahun memerintah negeri, habis semua papan tanda perlu ditulis lebih dari satu bahasa, bermakna masih ada cina dan india yg tidak boleh membaca tulisan menggunakan bahasa rasmi negara.. adakah bermakna konsep integrasi nasional itu gagal sama sekali.. dan ini telah dibuktikan dengan pencapaian generasi cina dan india yg lahir di Malaysia, bukan oleh generasi yg lahir di tanah tumpah datuk, nenek dan moyang mereka..

apa sebenarnya yg mereka mahukan? benarkah mereka bukan sekadar mahu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa melayu tetapi mereka mahu bumi yg mereka pijak ini menjunjung langit bumi asal mereka, bukan langit bumi yg ini.. maka mungkin sudah sampai masanya kita merenung sekali lagi akan ayat2, "sesungguhnya para kafirun itu tidak akan berpuas hati selagi kamu tidak mengikuti cara mereka."

wallahualam..

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008