terkini org ramai membaur rasa tidak puas hati apabila majlis fatwa kebangsaan mengeluarkan fatwa haram mengenai yoga, sebelumnya majlis fatwa menerima kritikan mengenai fatwa pengkid.. benarkah kedua2 fatwa ini tidak sejajar dengan perubahan zaman hinggakan pelaksanaannya bakal menyusahkan umat Islam pada zaman ini?
fatwa pengharaman pengkid, yang menafsirkan pengkid sebagai wanita yang berpakaian, berkelakuan dan mempunyai orientasi seksual seperti lelaki, bahkan dikritik oleh ngo bukan Islam atas dasar cara berpakaian tidak melambangkan seksualiti.. dan mengaitkan situasi wanita2 yang berkerjaya dibidang yang biasanya dikuasi oleh lelaki, hinggakan menolak kesesuaian berpakaian seperti wanita demi keselesaan dan efisiensi dalam melakukan tugasnya.. namun persoalannya adakah berseluar panjang dan berbaju t-shirt atau kemeja dianggap berpakaian seperti lelaki? lalu siapakah yg sebenarnya jumud dalam pentafsiran?
apa yang menjadi bahang ialah kritikan itu datangnya dari ngo bukan Islam terhadap majlis fatwa yang khusus membuat penilaian untuk umat Islam sahaja.. adakah kritikan ngo ini sebenarnya didokong oleh suara umat Islam sendiri menganggap tabu utk membantah majlis fatwa dan takut didakwa berdosa besar dan sesat? atau mungkin saja sudah sampai waktunya majlis fatwa kebangsaan mengeluarkan penilaian yang turut boleh digunapakai untuk rakyat malaysia keseluruhannya tanpa pengecualian agama..
pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd Aziz, menjelaskan bahawa pengharaman pengkid adalah sebagai satu kaedah mencegah lesbianisme.. maka nahi mungkar itu bukan sekadar menghalang maksiat namun tercantum juga menghalang jalan ke arah itu.. beliau berkata bahawa jika perkara ini dibiarkan maka ia akan menjadi tradisi dan seterunya dianggap kebiasaan, hinggakan org ramai tidak lagi melihat perkara ini suatu kesalahan..
dalam isu yoga pula, pengerusi majlis fatwa kebangsaan, Datuk Dr Abdul Shukor Husin, menerangkan bahawa org ramai gagal memahami matlamat utama yoga, yang menggabungkan gerakan fizikal, elemen keagamaan, mentera dan pemujaan untuk mencapai inner peace dan matlamat yang utama ialah menggabungkan dirinya dengan Tuhan.. ini asas mengapa fatwa pengharaman yoga dikeluarkan..
asas pengharaman ini dibantah oleh mereka yang terlibat secara langsung dengan yoga ini yang menyifatkan bahawa yoga telah berevolusi sebagai senaman dan tidak mempunyai unsur2 keagamaan langsung, hanya sekadar mengadaptasi teknik pernafasan dalam gerakan2 klasik untuk kesihatan jasmani dan ketenangan rohani.. fatwa ini lebih tidak disenangi lagi oleh pengamal dan instruktor yoga dikalangan muslim terlebih lagi yang menguruskan pusat2 kesihatan yang menawarkan senaman ini..
seperti biasa, aku tertarik melihat bagaimana orang ramai bereaksi terhadap isu ini..
majlis fatwa merupakan suatu institusi yang berkedudukan tinggi dalam Islam.. sedang ia dibarisi oleh para ulama terkemuka, menjadi pusat rujukan utama dalam memberikan penilaian muktamad terhadap sesuatu isu yang menjadi pegangan ummah.. ini merupakan satu institusi yang harus dipandang tinggi dan dipertahankan demi keutuhan dan kedaulatan Islam di tanahair..
namun beberapa sentimen sering dipergunakan untuk mencabar institusi ini.. antara yang pernah berlaku ialah bagaimana golongan politik pembangkang yang mengatakan bahawa fatwa yg dikeluarkan dipengaruhi oleh hukama mengikut aliran politik semasa dan tidak mewakili pandangan ulama yg sebenar.. juga diperkatakan bahawa golongan ulama yang bersidang dlm majlis ini tidak mempunyai ilmu khusus dalam bidang yang dibahaskan hingga menyebabkan fatwa sudah tidak selari dengan perubahan ummah dan zaman..
perlu kita insafi bahawa fatwa yang dikeluarkan sebagai maslahat umum, mencakupi golongan yang terlibat secara langsung mahupun golongan yang sama sekali tidak terlibat.. maka penilaian harus mengambilkira golongan yang tidak mempunyai keupayaan untuk menghadam isu2 ini dengan baik.. maka fatwa harus dikeluarkan bukan sekadar untuk menyelesaikan isu tetapi juga untuk mengelakkan kekeliruan dalam masyarakat.. kerna itu terdapat kewajaran dalam kata keputusan fatwa tidak boleh dipertikaikan.. setidaknya secara umum kerna itu bakal mencalar keutuhan institusi Islam itu sendiri..
jika ada yang tidak berpuas hati dan mempunyai pendapat yang tidak selari, adalah tidak sesuai untuk membidas secara umum.. adalah lebih baik golongan yang mempunyai pengetahuan yg lebih mendalam terhadap sesuatu isu itu mengemukakan pendapat mereka kepada majlis fatwa untuk dimesyuarahkan semula.. dan perlu diambilkira bilamana fatwa dikeluarkan berpandukan nas dan dalil maka bantahannya juga harus mempunyai elemen yang sama, bukan sekadar logik dan tafsiran akal sendiri..
teringat kata-kata seorg hakim mahkamah syariah betapa org Islam menghormati mahkamah sivil lebih dari mahkamah syariah.. lebih akur pada penghakiman mahkamah biasa berbanding tidak menghormati keputusan mahkamah syariah.. ujar beliau jika kita sebagai muslim sendiri tidak menghormati institusi Islam, maka siapakah lagi yang akan mendokong Islam? mungkin dlm kes ini keadaannya ialah org ramai lebih bersetuju dengan pendapat logik aktivis sosial berbanding keputusan fatwa oleh para ulama yg dianggap jumud.. atau benarkah ajaran Islam sudah ketinggalan zaman?
bagi aku bukan persoalan betul atau tidak penilaian majlis fatwa tapi bagaimana cara kita bereaksi terhadap majlis fatwa.. fatwa dikeluarkan mengikut kesesuaian dan keperluan ummah, maka ia juga boleh diberi penilaian semula mengikut interpretasi ummah, selagi tidak bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.. begitu juga bagaimana mengimplimentasikan fatwa tersebut juga merupakan suatu jenaka sepertimana org ramai byk yg berputus harap dengan penguatkuasaan arahan dari mahkamah syariah.. bantahan itu bukan terhadap fatwa dan bukan juga terhadap ulama, tetapi terhadap individu dan badan yg menggunakan nama Islam sebagai perisai dan pemuka agama yg mereka anggap tidak layak dipanggil ulama.. ini kontroversi yg sebenar..
wallahualam..
Post a Comment