apa ada pada nama


ada dua jenis nama.. nama sebenar dan nama panggilan.. masa kita lahir, ibubapa kita bagi kita nama.. bukan main sedap.. makna pun sedap.. masa kita bayi dipanggil dengan nama tuh, bukan main terkekek2 ketawa dengar nama kita sendiri..

kendian atas sebab2 tertentu, kita dapat nama panggilan.. nih ada yg kita seronok dengar dan ada juga yg buat kita sakit hati.. ada yg saudara mara bagi gelaran dan ada yg kawan2 bagi nickname.. soalannya adakah nama2 ini berpengaruh ke atas kita?

cuba kita lihat dalam kehidupan kita sendiri masing2.. adakah nama panggilan di rumah sama dengan nama panggilan oleh kawan2 dan juga sama dengan nama sebenar kita?

cuba amati pula keadaan diri kita, physically and emotionally, reaksi kita dan cara kita dalam ketiga2 keadaan tersebut.. di kalangan keluarga dengan nama manja keluarga.. di lingkungan kawan2 dengan nama panggilan.. ada tak perbezaan yg selama ini tidak kita sedari..

mmg susah nak monitor diri sendiri, jadi kita cari bahan ujian, cuba perhatikan perubahan sikap seseorg yg dipanggil dgn nama lain antara keluarga dan kawan2nya.. adakah nama panggilan tersebut mencerminkan sikap yg ditunjukkannya?

kalo nak bagi seronok lagi, kita buat eksperimen, kita pilih subjek, dan kita cuba establishkan nama panggilan baru untuk dia.. cuba kita perhatikan ada tak berlaku perubahan dalam sikap dia ketika berada dalam lingkungan yg menggunakan nama panggilan tersebut?

Nabi saw sendiri tukar nama Abu Bakar ra.. nama asal sahabat karib baginda itu ialah Abdul Kaabah.. org2 moden masakini beri nama lain pada sendiri yg mereka anggap sisi lain dalam diri mereka, alter-ego.. maknanya mereka boleh switch personality mengikut alter-ego yg dia ada.. cuba lihat nama2 yg mereka cipta utk alter-ego mereka, sepadankah?

kita dianjurkan menukar nama kita kepada yg lebih baik jika nama asal kita mencerminkan watak tidak baik.. dan kita juga dianjurkan memberi nama2 panggilan yg baik dan disukai oleh sahabat2 kita.. bukankah ini semua kerana nama adalah segalanya pada seorg manusia?

[in reply to melayu.com on Soal nama2 kita org melayu!]

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008