adakah politik wang itu rasuah?


setelah sekian lama umno dilihat sebagai jalur cepat utk meraih pangkat dan kekayaan.. kerna itu waima jawatan di peringkat cawangan pun akan memperlihatkan kesungguhan dan keazaman calon untuk melakukan apa sahaja untuk menang.. dan di zaman org menguasai politik dengan tujuan wang, maka wang jugalah yg berkesan untuk meraih kuasa politik..

sama ada perasan atau tidak, terma politik wang itu eksklusif untuk umno.. kerna kekuasaan dalam negara nih sentiasa berpusat di sekeliling umno.. meraih jawatan dalam umno membolehkan seseorg itu menjadi perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri, timbalan menteri, setiausaha parlimen mahupun pengerusi2 GLC (syarikat berkaitan kerajaan).. ini belum termasuk anugerah kontrak2 kerajaan dan segala macam peluang yang lain..

rasuah adalah cara menyuap org2 yg berkuasa untuk mendapatkan sesuatu yang tidak boleh atau sukar diperolehi dengan mengikut saluran biasa.. maka suapan itu akan memudahkan cara atau membolehkan sesuatu yang tidak boleh.. ini berbeza dengan politik wang yang menyuap untuk menjadi org berkuasa..

sebab itu dalam kes rasuah, org yg menerima itu lebih dipersalahkan kerna kuasa itu ditangan mereka.. manakala dalam kes politik wang, org yg memberi yg patut lebih dipersalahkan kerana mereka yg bakal mendapat kuasa.. hanya saja dlm isu politik wang, penerima dianggap pengkhianat.. manakala perasuah hanya dikeji kerana mahu mengambil kesempatan..

jika boleh dibuat rujukan, dalam kes gangguan seksual, yg menjadi inti bukanlah perlakuan seksual tetapi menggunakan kuasa untuk mengambil kesempatan.. oleh itu boleh diambil kesimpulan yg menjadi kesalahan ialah salahguna kuasa..

politik wang mmg berkenaan dgn kuasa tetapi belum ada kuasa untuk disalahgunakan.. ini kenapa umno tidak menyamakan politik wang ini dengan rasuah.. kerna ini umno melihat politik wang ini adalah masalah dalaman dan tidak perlu membuat laporan polis kerna mereka merasa belum ada jenayah yang berlaku..

yg menjadi kesalahan ialah apabila politikus wang ini benar2 mendapat jawatan dan mula memberi kelebihan kepada pengkhianat yg mengambil kesempatan ini dengan memberikan kontrak dan jawatan tertentu sebagai cara membalas budi.. persoalannya budi dibalas dua kali.. sebelum dan selepas kekuasaan.. atas dasar ini, maka penerima wang politik ini yg patut dikeji dan dicaci.. begitu juga yang memberi wang politik, kerna memberi dua kali sebelumnya, menggunakan wang sendiri, dan selepasnya, menggunakan wang rakyat..

berdasarkan semua ini, maka tidak boleh menyamakan politik wang dengan rasuah, kerna politik wang dua kali lebih jijik dari rasuah.. baik pemberi mahupun penerima.. walaupun yg menerima berkata dalam hati, org beri ambil tapi undi belum tentu.. kerna selepas itu mereka jugalah yg akan mendodoikan senandung balas budi untuk meraih keuntungan berganda buat diri mereka sendiri..

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008