obama dan sindrom mawi


2008/11/5 Nicky Yaya...:
> depa pilih obama at worst time , subprime ,recession,
> iraq,afghanistan...kesian negro tu.

err.. obama tuh negro ko? bukan ko omak dio tuh omputih? nenek yg bolo dio kendian sampai bosar pun omputih.. bini dio yo yg negro.. yg aku nampak ialah propaganda.. the first black president.. selepas 232 tahun merdeka dan selepas 43 kali tukar presiden..

aku tak heran kalo senario ini akan digunapakai oleh politikus2 kebangsaan.. skrg pun dah makin menjadi2.. hanya untuk menunjukkan bahawa kita tidak perkauman, maka kita kena berani lantik bangsa lain untuk mengurus bangsa kita.. aku tak sentuh apa yg berlaku, aku cuma sentuh konteks saja.. supaya tidak dianggap perkauman kita kena beri ruang lebih besar, dari yg sudah sedia besar, pada bangsa lain.. walaupun terpaksa korbankan apa yg kita perjuangkan selama ini..

adakah dengan memilih seorg pemimpin bangsa lain dan memberikan apa yg kita ada pada org lain menunjukkan bahawa kita nih tidak perkauman? itu yg aku tak paham.. contoh sekolah jer dah pening.. sekolah kebangsaan bukan sekolah melayu tapi sekolah malaysia.. kenapa perlu ada srjk? bukankah ini perkauman? apabila kita mempertahankan tulisan jawi, kita perkauman.. tetapi bila mereka mempertahankan tarian naga, maknanya kita bertoleransi dgn kepelbagaian budaya.. bila mereka mempertahankan kuil haram di atas tanah kerajaan, maknanya kita menghormati kebebasan beragama..

bila syarikat kena ada 30% ekuiti melayu, yg ditonjolkan ialah kompetensi melayu.. yg kita lupa ialah membuka peluang melayu untuk belajar mengurus syarikat.. jika mmg yg dipilih tak kompeten, maka pilihlah potensi yg lain, bukan mintak buang terus.. kita buat sebab nak paksa bangsa pandai nih ajar melayu berniaga, bukan saja2 nak suh bangsa yg pandai2 nih bayar duit kat melayu dan suh dia dok diam2.. dua2 bahagian kena main peranan.. byk ker 30% tuh? yg 70% tuh pulak sapa?

maka bila obama menang, aku jadi tak paham apa yg buat org teruja.. peace to the world? to me, america is still america.. yg pastinya situasi nih bagi aku sama dgn sindrom mawi.. kenapa mawi leh menang pertandingan nyanyian AF tuh? dia bukan sedap sangat menyanyi pun masa tuh, lirik pun selalu lupa, menari pun takat goyang2 saja.. tapi undian dia adalah yg tertinggi, jauh lebih tinggi dari org lain hinggakan dia dinobatkan jadi raja sms.. yg aku nampak mawi menang sebab dia org kampung, yg betul2 bawa perangai org kampung.. dia jadi icon org kampung.. org melayu dapat rasa diri mereka ada dlm mawi.. sebab tuh mereka mesti undi mawi kerna mawi tuh membawa harapan org kampung, membawa harapan mereka sendiri..

ini adalah bahagian dari dunia skrg yg penuh dgn pariwara.. just that what they are trying to sell this time?

anyway, walaupun mmg byk org yg napak excited dgn kemenangan obama nih (terutama dasar dia yg kononnya lebih lembut dan bersantun dgn blok negara so-called 'paksi keganasan'), tapi aku rasa dlm sistem united states of big A, presiden nih masih dipengaruhi oleh sekumpulan 'penasihat' yg bertanggungjawab dlm menyusun dasar negara.. yg menjadi persoalan ialah sejauh manakah obama nih boleh menepis dan menahan tekanan dari kelompok nih..

atau mungkin saja aku melihat dari perspektif yg salah.. again? ;-)

About this entry

  1. US ni dia semacam ada cycle pemerintahan... zaman republikan... dia akan jadi mcm penjajah Romawi... serang sana sini....jajah sana sini....bila dah hutang banyak, masalah ekonomi tak tertanggung, negara lain dah dirogol..... dia macam taubat pulak... Demokrat pulak perintah.... kununnya utk pulihkan ekonomi.... kalau dia serang negara lain pun dia pakai missle je...bukan hantar batallion tentera...... agaknya dia nak penduduk dunia cool down dan lupakan sebentar kejahatan dia... bila jadi kuat balik..... republikan take over... and the cycle start again... maybe next time... Geogre Bush the 3rd....

  2. America is America....they will never changed.

    Tak kira la sapa president dia Obama ke, Bush ke, bapak bush ke...
    dasar luar negara depa ni is controlled by zionis, sebab tu bila Obama menang jer Israel dah gelabah sebab Obama nak runding dengan Iran.....pasal Nuclear issue Iran yg mana sebelum ni tiada toleransi drpd Bush administration....kita tunggu & lihat la apa nak jadi pas nie..

    Wan.

  3. Anonymous said...

    amerika masih lagi amerika
    dibuai dengan "the american dream" sampai kita pun macam nak bermimpi yang sama

    isunya ... adakah malaysia nak jadi macam amerika
    memilih seseorang berdasarkan kelainan
    kalau kulit warna lain tapi agama masih sama ... ISLAM ... insya-Allah saya setuju
    tapi kalau inginkan kelainan semata2 Amerika dah pilih calon yang bukan lagi berwarna putih ... we shld think deep
    deeper than what we used to think

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008