melayu adalah pendatang?


iiapaii wrote:
Assalamualaikum.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Nasional/20081013004609/Article/index_html

Sejak akhir2 ni semakin menjadi2 dakyah (oleh non-bumi) yg mengatakan org2 melayu adalah pendatang dari indon. Dakyah2 ni semakin lantang kedengaran dari mereka2 ni esp. melalui komen2 youtube & blogs.

Saya bukanlah ahli sejarah, tapi dari apa yg saya faham (dari buku2 sejarah yg dibaca sejak sekolah) bukan semua org2 melayu datang dr indon, hanya sebahagian kecil shj., org melayu asal tlh sekian lama wujud di tanah melayu, terutamanya org melayu Kelantan, Perak, T'ganu, Perlis, Kedah & Penang yg rata2nya takde langsung berdarah indon. Andaian yg mengatakan hanya org2 asli adalah penduduk asal tanah melayu adalah tidak boleh diterima sama sekali.

Sebagai org melayu adalah tanggungjawab kita bersama untuk membenteras dakyah tersebut yg jelas bertujuan utk menidakkan hak2 org melayu.

Harap ahli2 KMC dpt bagi pandangan masing2 dlm hal ni. Wallahua'lam


mmg itupun yg diorg nak percaya..
dan org melayu pun dah ramai yg percaya..


anakjowo wrote:
saya asal selangor
kedua-dua arwah datuk saya memang datang dari Tanah Jawa, Indonesia
tapi ... mak ngan abah saya penduduk Malaysia dengan warna kad pengenalan biru
jadi ... layakkah saya duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan Melayu yang berasal dari Kelantan, Kedah, Perak, Terengganu, Penang dan Perlis???

huhuhuhu


asal maksud kepulauan melayu tuh yg mana satu?
nusantara tuh yg mana satu?


chakciboo wrote:
Nasab ni ikut belah ayah... kalau ayah dia Melayu, maka Melayu lah dia, kalau ayah dia bukan Melayu, Arab ka, India ka, Cina ka... maka begitulah dia... biar pun mak dia Melayu!

tapi, kita ni, asal mengamalkan hidup cara Melayu, beragama Islam, semua dipukul rata sebagai Melayu... yg mai dari Kerala pun Melayu, yg mai dari Pakistan pun Melayu, yg mai dari Yaman pun Melayu, yg mai dari Siam pun Melayu, Kemboja pun Melayu, Jawa dah sah depa kata Melayu, Boyan pun Melayu, Bugis pun Melayu, Banjar juga Melayu, Minang, Mandailing semua Melayu!... Cina dan Hindu pun Melayu, asal masuk Islam dan potong *****!... begitulah dia Melayu... macam SN Usman Awang sebut dalam sajak dia!



cuba baca balik definisi melayu dlm perlembagaan tanah melayu.. orang.. tinggal di tanah melayu.. berbahasa melayu.. amal budaya melayu.. beragama Islam.. bahagian mana yg tak paham?


asimin06 wrote:
Bagaimana nak banteras dakyah tersebut jika memang terbukti demikian dan itulah kenyataannya.
Cuba kaji siapa dan dari mana asal usul raja2 dan sultan2 yg memegang tahkta sekarang ini.Bekas PM Dr.M ,kalau dilihat susuk wajah nak imbas2 shah rukh khan ,Pak Lah pernah berkata keturunan beliau berasal dari daerah Yunan dan ramai lagi tak perlu aku nk tulis kat sini.
Aku sendiri tok lelaki datang dari tanah jawa dan sebelah perempuan dari Siam.
Aku orang Islam.



asal usul raja2/sultan2 melayu semua bernasabkan ahlul bait..
nak citer pm, arwah tunku dulu keturunan mongol..

nanti sambung..


pogolix wrote:
minta maaf yea.. kenyataan teman ni bukan berunsurkan politik, cuma orang yang bagi tau jea adalah orang politik.. disebabkan teman suka hujah dan kenyataannya.. maka teman nak berkongsi dengan orang lain..

semasa sami2 budha dan orang2 cina ziarah tuan guru nik aziz di kediaman beliau.. tuan guru bertanya tentang asal usul manusia kepada sami2 tersebut.. sami2 tue kata kita semua datang dari nenek moyang.. tuan guru tanya nenek moyang tu sape? sami2 tak dapat jawab.. kalau begitu tuan guru kata biarlah tok lelaki dan tok pompuan kita berasal daripada adam dan hawa.. dan adam dan hawa adalah nenek moyang kita semua.. dan mereka beriman kepada Allah dan agama mereka adalah Islam..

begitulah cara tuan guru nik aziz berdakwah kepada orang bukan Islam.. beritahu kepada mereka bahawa kita semua berasal daripada adam dan hawa.. jadi, kalau orang cina pun tahu dia berasal daripada adam dan hawa.. kemungkinan mereka sendiri tidak mempertikainya lagi.. cuma sesetengah pihak yang mengaku mereka daripada keterunan melayu.. tue yang sampai cium2 keris tue.. hehehe..



lofier wrote:
tanah yg korang semua dok pijak nih tanah sapa?
aku cepuk kepala lutut sapa2 yg mengaku tanah nih ada sapa2 yg punya!

kalo masing2 paham konsep tanah yg korang dok pijak2 tuh bukan korang punya, maka tak timbul isu2 sapa pendatang sapa bukan pendatang nih.. isu nih RasulAllah s.a.w dah setelkan dah 14 ribu tahun lepas lagik.. tapi ada jugak yg tak reti2 bahasa!

ikotkan la sangat sentimen2 bodoh yg mcm nih, yg mana kalo korang surih balik mana dtg nyer isu sampah yg mcm nih, korang akan paham, sapa yg cuba mainkan sapa... ok?

kalo lah kita wujudkan satu kesimpulan bahawa, golongan yg berhak ke atas semenanjung nih adalah golongan yg terawal tinggal kat sini.. maka keseluruhan manusia yg bukan dr golongan proto-melayu, negrito dan senoi nih adalah golongan pendatang.

kalo lah kita wujudkan satu kesimpulan bahawa, golongan yg berhak ke atas semenanjung nih adalah golongan yg memulakan aktiviti sosio, politik dan ekonomi.. maka golongan ini saling tak tumpah seperti apartheid atau org putih yg tinggal kat benua australia.

aku cuma tak akur ada kenyataan bersifat kebangsaan yg sengaja dibuat2 utk menaikkan kemarahan org lain..


iiapaii wrote:
lofier,

aku hormati pandangan kau & forumers semua, & aku rasa isu ni tak perlu pun dikaitkan dengan politik, ianya lebih bersifat 'rule of thumb'

dari posting kau, adakah kau bersetuju;

1. malaysia layak diperintah oleh sesiapa pun tak kira bangsa & agama asalkan orang malaysia (tapi dah tentu org2 islam wajib memilih ketua di kalangan org2 islam).
2. institusi raja2 melayu hanya utk org2 malayu shj atau dilupuskan sama sekali sebab ianya bersifat perkauman
3. hak2 keistimewaan org melayu (jgn keliru antara "hak2 keistimewaan org2 melayu" dengan DEB ye) juga perlu dilupuskan sebab bersifat perkauman.
...isu nih RasulAllah s.a.w dah setelkan dah 14 ribu tahun lepas lagik.. tapi
ada jugak yg tak reti2 bahasa!

pembetulan, 1400 lebih bukan 14 ribu,, pd pandangan aku, peristiwa Hijrah rasulullah hingga termetera Piagam Madinah, situasinya adalah berbeza, sebab ia berlaku dikalangan orang2 arab sendiri cuma berlainan puak (olong betulkan kalau salah)



sunsnake wrote:
setuju bro! tapi err..tanah yang dipijak tu yakin ke tanah kita?? cuba check balik geran tanah sekarang ni sapa yang penama? especially tanah kat area town yang mahal2.. takyah la cite tanah kat banjaran titiwangsa tuuuhh!!

errr.. lagi satu.. apsal sekarang lak timbul isu2 Melayu ni?? heran2..

malas nak ulas2.. kang ada yang ke balai.. hehehehe



emm.. serabut nak bincang psal melayu sbb bila sebut melayu byk yg duduk dlm kepompong bangsa.. dlm konteks malaysia bila sebut hak melayu kita sbnrnya citer kedudukan Islam.. kalo hak istimewa melayu xde, Islam pun bkan agama rasmi.. agama lain pun leh buat program tanpa batasan n murtad dihalalkan terang2an.. ini ke yg kita nak? dan aku stuju dgn lofier bab sengaja bangkit isu bangsa utk wat org lain marah..


lofier wrote:
usoPkuChai
apa sebut melayu yg kat luar kepompong?
perkara 153 boleh dipertahankan sekiranya umat Islam dlm negara malaysia nih wujudkan satu kuasa majoriti.. dah abis cerita..

aku tak hapal pon 153 nih apa benda yg ditulisnya, tapi secara terkawalnya aku paham la apa yg dituliskan.. tp aku rasa aku sorang la yg tak hapal nyer 153 kat dlm nih, kebiasaannya org2 patriotik, berprinsip serta cintakan kedamaian dunia ini hafal 153 dari awal huruf sampai huruf penghabisan! aku gelar mereka para2 tahfiz perlembagaan malaysia..

ouh! dan lagik satu... terus terang aku ckp.. ini adalah merupakan satu provokasi terancang, tersedia utk sesiapa sahaja serta terpulang kepada persepsi, perspektif dan perspiration under the armpits masing2...


lof, pd aku kl kat msia ni bl sbut melayu kt bkan cite psal bangsa melayu, artikel 153 ni pun byk dilestarikn utk Islam.. w/pun yg dok sbut pejuang melayu ni pun byk yg penyangak, tp kl kt jd jijik dgn melayu sbb diorg ni, makna jd sama dgn org kmpg yg pjg2 muncung anggap jubah hijau n serban besar tu ajaran sesat.. kalo pun kt x suka penyamun siang ni, patutkah kt bakar kebun kt sndiri, kl kt kata pak imam masjid sesat, takkan kt nak bakar n runtuhkan masjid yg ada.. ni yg org tua kt marah nyamuk bakar kelambu.. kl ada kelambu br xpa la, kl br tempah, abis la bintat satu bdn smntara kelambu siap.. ni org tua kata lak dengar guruh kosongkn tempayan, ujan x turun, tempayan jd sarang katak.. bergaung2 katak dlm tempayan, kt x dpt mandi jg, mendung berhari2 tp ujan kat tmpt lain.. ni bkan ckap kat ko lof, cm aku xleh nak wat perenggan.. teknologi blm donlod.. wallahualam..


syasha wrote:
aku tak kisah sapa memerintah.
tapi aku rasa kalo kasi orang kafir memerintah, habih ler orang islam semua.
sekarang dizaman pemerintahan orang islam pun orang islam dah lingkup, kalau diperintah oleh orang kafir, huh lagi la semakin lingkup.



syasha, org Islam kena pilih pemimpin dl klgn org Islam jg, mana blh kt angkat kafir jd pemimpin.. ini jelas dah Nabi saw tunjuk.. Nabi saw sndri lantik gabenor n wazir diklgn shbt kat negara2 bkan Islam tp tunduk pd daulah.. ini kaedah siasah.. lantik pemimpin kafir utk urus maslah kaum kafir, bkan lantik kafir utk urus maslah org Islam.. urusan negara ada majlis syura.. dgr pandangan kafir tp kptsn oleh majlis syura, berlandaskn Islam sbb dlm majlis syura tu Islam belaka.. agak2nya knp Nabi saw serang negara2 yg xnak tunduk pd Islam? adakah benar dakwaan org kafir bahwa Islam dikembangkn dgn cara terrorism? btulkah hilang adil bl Nabi saw lantik pentadbir Islam kat negera yg cuma tunduk tp xnak msuk Islam?


edy wrote:
Kalau pendatang pun apa masalahnya? Yg penting siapa yg datang dulu
( teroka )....Pandai-pandailah menilai dan menjaganya...TQ



kalo istilah nih penting sangat,
aku lebih setuju term macam nih,..

org asli itu penduduk asal..
org melayu itu perantau/peneroka..
yg lain2 adalah pendatang..

org asli tuh pun kalo ikut pun bukan penduduk asal.. tapi masa org melayu meneroka tanah nih dia terjumpa kaum2 nih hidup terpencil dan org melayu anggap org asli nih datang dulu.. kalo org asli yg jumpa melayu, org asli pulak yg aggap melayu penduduk asal.. masa penjajahan british org asli tak suka dgn org melayu sebab org melayu panggil diorg tuh sakai (maksudnya hamba).. sebab tuh ramai org asli tolong komunis sebab komunis nih yg bagi nama org asli nih kat diorg..

org melayu pulak disebut perantau/peneroka sebab gugusan tanah nih semua adalah kawasan rayau org melayu.. cuma org melayu dulu duduk kat tepi pantai atau kat tepi sungai, taklaa masuk sampai ke atas gunung, kecuali kat pulau sumatera.. maka kita anggap melayu yg jadi tuan atas tanah nih sebab melayu yg mulakan peradaban/tamadun kat gugusan nusantara nih.. org melayu yg bangunkan dan majukan tanah2 nusantara nih.. masa tuh pun org2 melayu nih dikenali dengan nama negeri.. org kedah, org pahang, org melaka, bila dah bersekutu dan berasimilasi dengan agama, perkahwinan dan persahabatan, maka semuanya mengaku melayu belaka..

bangsa2 lain kita anggap pendatang sebab diorg datang masa tanah nih dah maju.. dan sebab musabab diorg datang semua sebab nak cari kekayaan.. pendapat diorg masa tuh pun bila dah kaya nak antar kekayaan tuh balik negeri.. diorg masih setia pada negeri asal mereka sebab tuh tanak tukar budaya, bahasa dan cara.. diorg nak pertahan semua tuh sebab itu adalah tanda kesetiaan pada negara asal diorg.. berbanding keturunan baba melaka, yg mmg dari awal diberitahu takkan pulang, sebab tuh dia berasimilasi dengan melayu, cakap melayu, campur unsur melayu dlm budaya diorg, dsb.. sebab diorg tahu kena setia pada tanah yg akan menjadi tempat mereka sepanjang hidup mereka..

wallahualam..


asimin06 wrote:
aku setuju dgn presiden gerakan agar perlembagaan Persekutuan dipinda dan memasukkan istilah Bangsa Malaysia jika perkara2 dibawah ini dapatkan dilaksanakan iaitu teras kepada bangsa Malaysia ialah BAHASA MALAYSIA.
1- SRJK,SMJK (C) dan (T) ditukar kepada SMK.Bahasa penghantar adalah Bahasa Malaysia sepenuhnya hingga keperingkat Pengajian tinggi.Bahasa Inggeris adalah bahasa kedua.
2- Semua pertubuhan2 politik,dewan2 perniagaan,sosial/NGOs dan sebagainya yg berasas kpd kaum tertentu terbuka keahliannya kepada semua etnik diMalaysia dan penggunaan nama2 pertubuhan itu hendaklah mencerminkan bangsa Malaysia bukan berteras kpd kaum dan etnik tertentu.
3-Hanya bahasa Malaysia yg boleh dituturkan oleh masyarakat bangsa Malaysia didalam majlis2 rasmi,separa rasmi dan majlis2 sosial.
4-Penggunaan Nama Individu hendaklah mencerminkan Nama2 orang Malaysia.Nama2 mengikut etnik kaum adalah dilarang sama sekali.
5-Permis2 perniagaan hanya ditulis dalam bahasa Malaysia.
Dan perkara2 lain yg difikir sesuai...



teringat isi perlembagaan rakyat, gagasan PUTERA-AMCJA, 10 tahun sblm merdeka.. tapi masa itu tiada disebut akan malaysia melainkan melayu semuanya.. maka semua warganegara akan dikenali sebagai melayu.. persis gagasan sukarno buat indonesia.. (yup.. Republik Tanah Melayu.. and we dun need a king anymore.. what say u?)


asimin06 wrote:
usopkucai;
Bab institusi raja,agama rasmi dan hak istimewa melayu aku tak mau sentuh sebab perkara tu dah termaktub dalam perlembagaan dan biar ia kekal begitu .Yang perlu dilakukan ialah rombakan utk memperkasa dan memperjelaskan tafsirannya terutama bab Agama Islam kerana disana jelas ada peruntukan undang2 utk menghalang dakyah agama lain terhadap penganut Islam menyebabkan ramai penganut Islam berjaya dimurtadkan diatas kelemahan dan kebobrokan pihak2 yg telah diberikan amanah.
cuma aku nak sentuh bab "bangsa Malaysia" kerana perkara ini yg dibangkitkan oleh presiden gerakan.Apabila sebut bangsa Malaysia ianya tidak boleh lari dari bahasa malaysia kerana ianya amat berkait rapat,"bahasa adalah jiwa kepada bangsa".Jadi jika nak ujudkan bangsa malaysia maka suka atau tidak bahasa malaysia mesti menjadi teras kpd bangsa Malaysia.Tentulah pelik kalau bangsa/kaum yg memiliki nama ,bercakap/menulis mandarin,teow chew,hokkien,tamil,urdu dan punjabi nak mengaku bangsa malaysia yg tulen.
Nak jadi Bangsa Malaysia mestilah beridentiti dan berciri Malaysia bukannya beridentiti hong kong,taiwan atau india dan sbgnya.Tentulah pelik juga kalau ditanah besar cina,india ada segelintir masyarakat yg bercakap bahasa melayu,minta sekolah melayu,minta hak itu ini kemudian mengaku sebagai bangsa cina atau bangsa india.
Apapun ini hanya pendapat aku saja.


d very d true.. u got a gud point but they dun care.. they hav their own definition bout mglaysia..


asimin06 wrote:
usop,
memang benar siapek dan sitambi mempunyai definisi sendiri terhadap Malaysia,pada saya biarkanlah mereka nak suarakan isihati mereka kerana mereka berada dalam sebuah negara demokrasi.Tetapi harus diingat orang melayu/Islam juga ada definisi tersendiri tentang Malaysia yg mana telah pun termaktub dalam perlembagaan.apa yg perlu dilakukan oleh kepimpinan Melayu/Islam ialah menterjemahkan peruntukan2 perlembagaan tersebut dengan berani supaya ianya lebih jelas .Ketegasan dan penguatkuassan undang2 yg bersepadu amat perlu dalam menyelesaikan isu ini.Taktik dan teknik Bagaimana Lee Kuan Yew mendominasi Singapura sehingga menjadikan singapura seperti yg kita lihat pada hari ini boleh dipelajari dan diteladani.



ko ada baca wawancara kadir jasin dgn fikrah?
ada beberapa pendapat dia yg menarik..
terutama psal dikotomi melayu..

http://kadirjasin.blogspot.com/2008/10/pemisahan-politik-melayu-semakin-kabur.html


asimin06 wrote:
Persoalannya sekarang ialah adakah orang2 bukan melayu bersedia untuk menjadi bangsa Malaysia seperti syarat2 yg aku gariskan itu.
Kalau mereka sanggup maka agenda bangsa Malaysia boleh diteruskan dan jika sebaliknya pula maka biarlah dalam keadaan sekarang .gagasan Ini tak termasuk kepada mereka yg ingin menjadi penganut Islam.

apapun ini hanya pendapat aku saja.



supercat wrote:
dorang ni mmg camtu perangai nye.... kita ni je yg terlampau baik hati.. (kalu aku kata bodoh pun ye jgk)...


ouyangfeng wrote:
dulu, cikgu sejarah aku cakap...penduduk asal tanah melayu ni adalah org asli. ntah betul ke idak


cda82 wrote:
cikgu aku pun ckp cam tu..
org melayu yg betul2 melayu... adalah org asli....


asimin06 wrote:
mmg tak silap lagi itu kenyataannya cuma dalam perlembagaan negara dah termaktub macam tu.Kalau orang Melayu/Islam tak pertahan dan memperkasakannya tentulah dilihat cukup bodoh.
Agak2 korang ler,adakah orang2 putih kat Australia,USA dan siapek sitambi yg kat singapore tu nak pinda perlembagaan negara diaorang kerana mereka kaum pendatang sedangkan mereka telah menikmati hak hak tersebut sekian lama walaupun hakikatnya mereka memang kaum pendatang


org asli tuh bukan org melayu..
itu kategori bumiputera..
bumiputera bukan melayu..
tapi melayu tuh bumiputera..

nih yg kita dok sembang psal status melayu..
penduduk asal? perantau? peneroka?

sama cam amerika..
sapa org amerika? semua tuh peneroka..
yg asal amerika tuh red indian.. bukan red american..
cuba tgok lepas berapa ratus tahun baru diorg pecah batasan bangsa?

kita baru 50 tahun merdeka..
ada beberapa perkara kena selesaikan..
sebab tuh kouta melayu tuh pun bersifat sementara..
yg kita buat nih pun untuk mempersiapkan org melayu saja..
kita nih nak persiapkan pendatang2 lain sama..
camna melayu nak kuau dari citer bangsa, kalo kaum lain masih bersifat perkauman..


Ndet wrote:
Pernah tak dengar perkataan Semenanjung Tanah Melayu atau dalam Bahasa Inggerisnya Malay Peninsular? Ada dengar kan

Pernah tak dengar perkataan Gugusan Kepulauan Melayu atau Malay Archipelego? Ada dengar kan

Lebih lama lagi sekitar 100-150 Masihi seorang Greek bernama Ptolemy dalam bukunya Geographike Sintaxis menyebut istilah "maleu-kolon" yang dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu malayakom atau malaikurram yang merujuk kepada suatu tempat di Semenanjung Tanah Melayu.

Dalam kitab Purana sebuah kitab Hindu purba yang ditulis sebelum zaman Gautama Buddha sehingga 500 Masihi tersebut istilah Malayadvipa di mana Dvipa bermaksud "tanah yang dikelilingi air". Baik Semenanjung Tanah Melay atau pun Gugusan Kepulauan Melayu adalah "tanah yang dikelilingi air".

Pengembara Cina di zaman Dinasti Tang pada sekitar tahun 644-645 Masihi mencatatkan dalam log pengembaraan mereka istilah "Mo-lo-yu" dan para pengkaji bersependapat bahawa perkataan "Mo-lo-yu" yang dimaksudkan itu adalah sebuah kerajaan yang terletak di sekitar Gugusan Kepulauan Melayu.

Pendatang awal ke Semenanjung Tanah Melayu atau Gugusan Kepulauan Melayu atau Maleu-kolon atau Malaikurram atau Malayadvipa atau Mo-lo-yu adalah orang Melayu Proto di ikuti oleh Melayu Deutro. Suku sakat dan keturunan Melayu Proto dan Melayu Deutro inilah yang dikenali sebagai Bangsa Melayu. Sebagai pendatang awal maka Bangsa Melayu telah pun diiktiraf sebagai penduduk asal. Kitalah orang Melayu atau Bangsa Melayu tu. Orang Cina bukan penduduk asal di sini. Orang Tamil pun bukan penduduk asal di sini. Orang Punjabi bukan penduduk asal di sini. Orang Arab bukan penduduk asal di sini. Orang Cina, Tamil, Punjabi, Arab dll yang datang kemudian semuanya dianggap sebagai pendatang. Mereka ada negeri Cina tempat asal mereka. Mereka ada Tamil Nadu sebagai negeri asal mereka. mereka ada Punjab sebagai negeri asal mereka. Mereka ada negeri Arab sebagai negeri asal mereka. Kalau kena halau dari sini pada hakikatnya mereka ada negeri asal untuk dituju. Bangsa Melayu kalau kena halau dari sini maka mereka tiada negeri yang nak mereka tuju! Itu sebab Bangsa Melayu kata ini tanah tumpah darah mereka! Itu sebab Bangsa Melayu ada kesetiaan kepada tanah air ini.

Orang Negrito pun bukan penduduk asal di sini. WBP orang Negrito sebenarnya datang lebih awal dari Melayu Proto dan Melayu Deutro ke sini. Keturunan Negrito inilah yang dikenali sebagai Orang Asli dari suku sakat Semang, Senoi, Temiar dsb. Mereka adalah minoriti dan tidak pernah membentuk negeri atau kerajaan. Ini menyebabkan tempat ini tidak pernah disebut sebagai Tanah Negrito atau Tanah Semang atau Tanah Senoi dsb. Yang membentuk negeri adalah Bangsa Melayu contohnya Kerajaan Melayu Melaka.

Itu sebabnya Bangsa Melayu dan Orang Asli ditarafkan sebagai Bumiputra. Bumiputra ini adalah kumpulan backbone di sini. Hidup mati Bumiputra ada di sini. Bangsa Melayu dan Orang Asli tidak teragak-agak untuk menumpahkan darah demi tanah ini. Ini tanah air Bangsa Melayu dan Orang Asli sebagai Bumiputra! Ini tanah leluhur Bangsa Melayu dan Orang Asli!

Bangsa Cina, Bangsa Tamil, Bangsa Punjab, Bangsa Arab semuanya bukan Bumiputra. Mereka tidak kisah untuk pergi dan tinggalkan tempat ini sama ada ke Australia atau Canada.

Inilah hakikatnya! Inilah sebabnya hak-hak Melayu dan Bumiputra perlu ada dan dikekalkan kerana Bangsa Melayu dan Bumiputra hanya ada tanah sekangkang kera ini! bangsa Melayu dan Bumiputra tidak ada tempat lain untuk berpaling!

Sila faham!



emm.. cuba kita tgok pulak pensejarahan dari perspektif mereka..

sejarah awal kemerdekaan malaya moden yg lebih tersusun dan berkesan digerakkan oleh org2 cina.. hasil dari ketakutan ahli parti komunis cina yg bekerja di lombong2 di malaya dari dibunuh oleh koumintang jika dihantar pulang ke china.. ini ditandai oleh mogok bakar arang 1935.. kumpulan cina inilah yg membakar semangat merdeka dikalangan org melayu melalui persatuan2 sekerjayg mereka tubuhkan..

org2 cina ini tidak boleh pulang ke china, bermakna mereka juga tidak ada pilihan melainkan membuat negeri baru untuk mereka.. ini asas mereka untuk menghalau british dari malaya.. kerna itu juga mereka bersetuju atas apa saja syarat yg dikenakan pada mereka ketika diambang kemerdekaan asalkan mereka mendapat taraf warganegara..

lihat saja konsistensi perjuangan gerakan gerila dalam hutan mereka, bagaimana perjuangan anti-british mereka dalm sekelip mata diserap dalam MPAJA ketika pendudukan jepun, dan kembali jadi anti-british dgn gerila MNLA, disokong oleh ramai melayu..

waima ketika PKMM mensyaratkan dalam 'Perlembagaan Rakyat' agar mereka menjadi 'melayu', mereka bersetuju tanpa berfikir dua kali.. ramai pemimpin PKMM sendiri terkejut.. begitu juga dalam membantu UMNO mencapai kemerdekaan selepas perjuangan haluan kiri gagal.. atas apa syarat sekalipun, asalkan mereka diiktiraf sebagai warganegara..

ini juga harus kita fahami.. mereka telah berpatah arang dengan negeri china kerna mereka tahu mereka tidak boleh balik lagi ke tanah tumpah darah mereka, sebaliknya mereka berjuang membebaskan tanah tumpah darah anak2 mereka.. ini juga fakta sejarah..

atas dasar itu, bukanlah selama ini aku menidakkan kewujudan mereka, tetapi hanya merasa meluat dgn sikap tidak sabar, tamak dan mengambil kesempatan.. org melayu menginsafi dan menghargai perjuangan mereka, kerna itu kita membuka seluas2nya kebebasan berbudaya, bersosial dan beragama mereka.. namun mereka pula seolah tidak boleh menunggu lebih lama lagi dan mulai rakus mahu negeri ini menjadi milik mereka sendiri, tak ubah seperti kelakuan penjajah yg mereka cuba halau dulu..

adalah penting dlm menyediakan asas yg kuat untuk membentuk sebuah negara seperti yg kita ada sekarang.. ini yg cuba dicapai dengan pemberian keistimewaan pada org melayu.. ini yg cuba diterjemahkan dalam kontrak sosial..

mari kita renungi semula kata2 pesanan sheikh abdullah fahim:
1. Bila kita dah merdeka, jangan pula ada pemimpin-pemimpin kita mengaut kekayaan di atas belakang rakyat; dan.

2. Sesiapa yang berjuang dengan nama Allah dan berniat baik sentiasa dalam keredaan Allah, tetapi sesiapa yang lupakan niat, khianat dan tamak akan dimurkai Allah, akhirnya menjadi hina. Kalau orang Melayu (yang) beragama Islam mengkhianati bangsa, negara dan agama, Allah akan gantikan (dengan) bangsa lain yang beragama Islam menjaga tanah air kita.

“Sheikh Abdullah Fahim Penentu Tarikh Kemerdekaan”
oleh
Mokhtar Petah (Pustaka Antara, 1997)


asimin06 wrote:
ndet ,aku setuju dgn kau dalam bab ni,cuma aku nak tahu mahukah mereka2 tu berambus sedangkan mereka sudah selesa dgn kehidupan yg jauh lebih baik dari Melayu/bumiputra itu sendiri.Mereka menjadi peniaga yg berjaya,berjawatan tinggi bahkan dah jadi menteri dan raja yg memerintah negeri.
Kalau orang melayu nak bercakap soal ketuanan melayu,perkara diatas itu mesti difikirkan dulu kerana ianya akan memerangkap melayu itu sendiri.



[blogged from http://www.melayu.com/perkampungan/viewtopic.php?t=38621]

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008