demokrasi peralihan kuasa


agak menarik melihat perkembangan dua jawatan yg menggunapakai konsep peralihan kuasa.. menjadi persoalan sama ada konsep ini sememangnya budaya org melayu, atau umno khususnya.. begitu juga kedudukan konsep ini dlm sistem demokrasi malaysia.. adakah pelan peralihan kuasa itu tidak demokrasi?

pelan yang pertama memperlihatkan bagaimana pak lah mengusulkan bahawa najib hanya akan diberi mandat olehnya pada 2010 yg kemudiannya dipertikai secara umum oleh ramai pemimpin terutama che det, ku li, dan terakhirnya muhyidin; walaupun najib bersekukuh mengatakan bahawa dia sentiasa menyokong pak lah..

adakah benar yg menjadi kerisauan ketika itu ialah ku li bakal menerima pencalonan yang cukup untuk mencabar pak lah boleh menyebabkan perpecahan dalam umnno? kecaman2 che det ditambah pula oleh desakan dari dalam terutama yg paling prima ialah komen2 dan tindakan muhyidin yg mendekati che det dan bermesyuarah dgn ku li menambahkan kebimbangan akan kejatuhan pak lah secara paksa melalui demokrasi..

akhirnya pak lah tunduk mempercepatkan pelan peralihan kuasa dengan mengumumkan tidak akan bertanding tetapi menundakan pemilihan tersebut 3 bulan lagi dari tarikkh awal.. pun begitu pak lah telah menunjuk najib sebagai pilihan penggantinya.. pada ketika itu, ku li sudah menjadi tidak relevan lagi.. hinggakan seluruh pencalonan menunjuk kepada najib sebagai pelangsung kepimpinan.. jelas dlm isu ini, ku li disokong kerana tindakan setia najib kepada pak lah.. akar umbi memerlukan siapa saja yang cukup berani untuk menentang pak lah..

ini sudah semacam trend dlm politik malaysia.. ketika seolah sudah tiada upaya menolak dari dalam maka siapa saja yang sanggup akan diangkat menjadi hero.. tiada rotan akar pun berguna.. sementelah hajat tercapai maka kembali semula memperkuat dalaman.. kelihatannya org melayu sudah berani mengambil risiko sengsara walaupun secara berdepan semuanya tidak mahu menunjuk taring.. the so-called silent majority..

begitu juga caca marba pelan peralihan kuasa pergerakan wanita umno.. walaupun pada awalnya kelihatan pemimpin2 tinggi mempersetujui pelan rafidah yang akan melepaskan kepimpinan kepada shahrizat pada bulan jun, akan tetapi pencalonan shahrizat utk kerusi ketua menunjukkan rasa tidak puas hati di kalangan akar umbi.. malah tindakan shahrizat sendiri yg kelihatan teruja setelah mendapat pencalonan ketua menunjukkan bahawa shahrizat juga tidak menyetujui pelan tersebut dari awal lagi, melainkan rasa terpaksa tidak mahu dicantas lebih awal..

ketika kamilia tegas tetap mahu bertanding naib ketua, shahrizat melihat akan kemungkinan untuk menang menentang rafidah.. mungkin shahrizat dapat merasakan bahawa undi bahagian tidak akan menyebelahinya jika dia menentang kamilia walaupun telah mendapat pencalonan tinggi.. apalagi setelah beberapa bahagian begitu lantang menidakkan pelan awal.. sekali lagi desakan akar umbi menggagalkan pelan peralihan kuasa..

mungkin saja shahrizat akan kalah, maka rafidah akan terus menjadi ketua kerna shahrizat melanggar janji dan pelan itu sudah tidak boleh digunapakai lagi.. ini risiko yang diambil oleh shahrizat dan penyokong2nya.. apapun kita melihat sekali lagi betapa org melayu akan mengangkat shahrizat sebagai pahlawan kerana berani, walaupun ramai juga yang berpendapat bahawa shahrizat tidak berprinsip dan dianggap seperti ular yg membelit tuannya ketika mempunyai peluang..

mungkin pak lah dan rafidah mempunyai alasan sendiri mengapa kedua2nya memerlukan waktu untuk terus berkuasa, walaupun alasan utama kedua2nya ialah untuk memperkukuhkan umno sebelum menyerahkan kepada pengganti.. pak lah perlu setahun setengah manakala rafidah perlukan 6 bulan, mengikut pelan awal.. yg menarik ialah spekulasi dan gosip berkenaan dgn rasional tindakan mereka berdua.. dan yang lebih menarik lagi ialah melihat reaksi akar umbi berkenaan dgn pelan peralihan kuasa ini..

adakah ini bentuk demokrasi ala umno? sejak dari dahulu menarik untuk dilihat bagaimana pucuk pimpinan cuba mengelakkan pertandingan untuk jawatan2 tertinggi dalam umno.. walaupun tetap juga kita lihat pertandingan berlaku tetapi dapat kita pahami bahawa org umno lebih selesa jika pimpinan tertinggi tidak diganti dengan cara pemilihan oleh akar umbi..

berbeza jika jawatan itu tiba2 kosong, seperti yg berlaku pada jawatan timbalan presiden.. walaupun pada awal kelihatan muhyidin mengungguli pencalonan, tetapi pada saat2 akhir ali rustan dan mohammad mohd taib berjaya lolos untuk turut bertanding.. ketiga2nya mengosongkan kerusi naib presiden yg memperlihatkan pertandingan yg seimbang, 4 calon golongan muda dan 4 calon veteran.. pemimpin umno mula memposisikan diri masing2 di bawah presiden yg baru.. kita akan lihat nanti di bulan mac kemanakah akar umbi membawa halatuju parti seterusnya..

apa sahaja keputusan pemilihan itu nanti, yang penting adalah bagaimana barisan kepimpinan baru di bawah perdana menteri baru ini mampu meraih semula sokongan rakyat keseluruhannya.. dlm keadaan sekarang dimana umno kelihatan berseorangan di dalam kerajaan terutama dgn barisan kepimpinan baru mca mulai mengikut corak permainan pembangkang dan mic pula dilihat hampir tidak relevan untuk melwakili kaum india.. mampukah perubahan kepimpinan yg berlaku mampu memperkuatkan semula organisasi umno.. atau mungkinkah dengan pertandingan terbuka ini mewujudkan kehancuran yang lebih teruk dlm umno.. sejauh manakah kebenaran dalam saranan para pemimpinnya bahawa pertandingan tidak akan membawa kepada perpecahan..

rakyat umum sentiasa mengikuti drama perdana umno ini kerana umno masih merupakan kekuatan dlm kerajaan barisan nasional.. setelah itu adakah rakyat umum akan membuang semula akar pakatan rakyat dan berpaut semula pada rotan barisan nasional, melupakan kulit setelah menikmati kacangnya.. atau mampukah pakatan rakyat memanipulasi keadaan yg berlaku skrg untuk memperkuat sokongan rakyat umum.. ditambah pula dengan janji peralihan kerajaan anwar yg tak kunjung tiba.. minyak pula semakin turun.. masa sudah semakin suntuk..

wallahualam..

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008