Tanah Mati
-
* I*
Tanah ini dulu subur.
Orang kata, cucuk kayu pun tumbuh.
Ladang padi membentang seperti hamparan hijau yang menyanyi bila angin
berlalu.
Burung-buru...
9 months ago
tahun lalu seorg pemuda cina, kelahiran muar yg belajar di taiwan, mencetus kontroversi dgn rap "Negaraku"nya yg dianggap menghina lagu kebangsaan tersebut.. terkini dia kembali dgn eksperimentasi terbaru dgn video muzik "Teacher Hew's Time", memaparkan sekolah cina lamanya di muar, menyebabkan sekolah tersebut menghantar surat peguam ke rumah org tuanya di muar kerna sekolah tersebut merasa tercemar imej dan reputasinya..
setelah sekian lama umno dilihat sebagai jalur cepat utk meraih pangkat dan kekayaan.. kerna itu waima jawatan di peringkat cawangan pun akan memperlihatkan kesungguhan dan keazaman calon untuk melakukan apa sahaja untuk menang.. dan di zaman org menguasai politik dengan tujuan wang, maka wang jugalah yg berkesan untuk meraih kuasa politik..
rasuah adalah cara menyuap org2 yg berkuasa untuk mendapatkan sesuatu yang tidak boleh atau sukar diperolehi dengan mengikut saluran biasa.. maka suapan itu akan memudahkan cara atau membolehkan sesuatu yang tidak boleh.. ini berbeza dengan politik wang yang menyuap untuk menjadi org berkuasa..
yg menjadi kesalahan ialah apabila politikus wang ini benar2 mendapat jawatan dan mula memberi kelebihan kepada pengkhianat yg mengambil kesempatan ini dengan memberikan kontrak dan jawatan tertentu sebagai cara membalas budi.. persoalannya budi dibalas dua kali.. sebelum dan selepas kekuasaan.. atas dasar ini, maka penerima wang politik ini yg patut dikeji dan dicaci.. begitu juga yang memberi wang politik, kerna memberi dua kali sebelumnya, menggunakan wang sendiri, dan selepasnya, menggunakan wang rakyat..
sesuatu yang menggelikan hati bila membaca berita hindu sangam merasa sensitif dengan fatwa haram yoga dan boleh merosakkan akidah mengingatkan akan kata2 sang pemimpin kongres india malaysia suatu ketika dulu dlm sebuah kempen pilihanraya, "saya bukan kafir, saya beragama hindu.." inilah jadinya apabila kita bereaksi terhadap sesuatu yang tidak kita pahami..
maka bila kita mengeluarkan fatwa yang khusus untuk muslim, kita juga bermesyuarah dalam konteks agama Islam.. pegangan dan ketetapan dalam pemantapan aqidah dan maslahat umum supaya muslim lebih tenang dan yakin dalam setiap apa yg dilakukannya.. tidak menyentuh langsung akan pengamal agama lain, walaupun Islam itu agama rasmi Malaysia.. tetapi kini institusi Islam juga harus mengambilkira sensitiviti penganut agama lain dalam mengeluarkan fatwa untuk org Islam..
dalam isu yoga pula, pengerusi majlis fatwa kebangsaan, Datuk Dr Abdul Shukor Husin, menerangkan bahawa org ramai gagal memahami matlamat utama yoga, yang menggabungkan gerakan fizikal, elemen keagamaan, mentera dan pemujaan untuk mencapai inner peace dan matlamat yang utama ialah menggabungkan dirinya dengan Tuhan.. ini asas mengapa fatwa pengharaman yoga dikeluarkan..
seronok melihat reaksi org melayu, apalagi opportunis umno, dan bagaimana senyapnya pemakan2 khinzir dalam isu ini.. hanya saja saya melihat sesuatu yang pelik dalam usul MB Kedah kali ini, apatah lagi jika dibandingkan dengan cara beliau ketika meningkatkan kouta melayu hingga ke 50% dalam pemilikan rumah yg dibangunkan di atas tanah rezab melayu yang ditukar taraf menjadi pemilikan bebas..
pelan yang pertama memperlihatkan bagaimana pak lah mengusulkan bahawa najib hanya akan diberi mandat olehnya pada 2010 yg kemudiannya dipertikai secara umum oleh ramai pemimpin terutama che det, ku li, dan terakhirnya muhyidin; walaupun najib bersekukuh mengatakan bahawa dia sentiasa menyokong pak lah..
begitu juga caca marba pelan peralihan kuasa pergerakan wanita umno.. walaupun pada awalnya kelihatan pemimpin2 tinggi mempersetujui pelan rafidah yang akan melepaskan kepimpinan kepada shahrizat pada bulan jun, akan tetapi pencalonan shahrizat utk kerusi ketua menunjukkan rasa tidak puas hati di kalangan akar umbi.. malah tindakan shahrizat sendiri yg kelihatan teruja setelah mendapat pencalonan ketua menunjukkan bahawa shahrizat juga tidak menyetujui pelan tersebut dari awal lagi, melainkan rasa terpaksa tidak mahu dicantas lebih awal..
sentap? aku rasa bukan the sweetest ciskek from museum jer yg tersentap malam tuh, tapi berlambak2 lagi aftermath stories yg aku dengar.. bagi aku lepas berpuluh tahun tak jumpa, obviously people changed, bukan hanya penampilan tapi juga dari sisi sosial, emosi dan pemikiran.. but does it really matter?...isu nih RasulAllah s.a.w dah setelkan dah 14 ribu tahun lepas lagik.. tapi
ada jugak yg tak reti2 bahasa!
1. Bila kita dah merdeka, jangan pula ada pemimpin-pemimpin kita mengaut kekayaan di atas belakang rakyat; dan.
2. Sesiapa yang berjuang dengan nama Allah dan berniat baik sentiasa dalam keredaan Allah, tetapi sesiapa yang lupakan niat, khianat dan tamak akan dimurkai Allah, akhirnya menjadi hina. Kalau orang Melayu (yang) beragama Islam mengkhianati bangsa, negara dan agama, Allah akan gantikan (dengan) bangsa lain yang beragama Islam menjaga tanah air kita.
“Sheikh Abdullah Fahim Penentu Tarikh Kemerdekaan”
oleh
Mokhtar Petah (Pustaka Antara, 1997)