Tanah Mati
-
* I*
Tanah ini dulu subur.
Orang kata, cucuk kayu pun tumbuh.
Ladang padi membentang seperti hamparan hijau yang menyanyi bila angin
berlalu.
Burung-buru...
7 months ago


hadis Umar ra: Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a katanya: Umar telah ditanya: Mengapa anda tidak memohon jawatan Khalifah? Ayahku menjawab: Sekiranya aku meminta untuk menjadi khalifah nescaya orang yang lebih baik dari aku iaitu Abu Bakar telah melakukannya. Tapi jika aku membiarkan urusan pemerintahan ini kepada mu nescaya orang yang lebih baik dari aku iaitu Rasulullah s.a.w telah meninggalkan urusan pemerintahannya kepadamu. Menurut Abdullah lagi: Aku telah mengetahui bahawa Umar tidak meminta untuk menjadi khalifah ketika beliau
menyebut nama Rasulullah s.a.w
Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w bersabda: Segala urusan pengikut Bani Israel akan diatur oleh para Nabi. Apabila seseorang Nabi itu meninggal dunia, dia akan digantikan oleh seorang Nabi yang lain. Tetapi sesungguhnya tidak akan ada Nabi selepasku. Pada suatu ketika nanti akan muncul Khalifah. Para sahabat bertanya: Apakah yang anda perintahkan kepada kami? Nabi s.a.w menjawab: Patuhilah pelantikan khalifah yang pertama, kemudian yang seterusnya. Penuhilah hak-hak mereka, sesungguhnya Allah akan menanyakan tentang apa yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka
Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu ; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (8.) Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu) dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (9.) [Surah Al-Mumtahina, ayat 8-9.]
Di antara Khalid bin Al-Walid dan Abdul Rahman bin Auf telah terjadi sesuatu, lalu Khalid mencaci beliau. Mendengar hal itu, Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu mencaci sahabatku walaupun salah seorang dari kamu membelanjakan emas sebesar gunung Uhud sekalipun, dia tidak dapat menandingi salah seorang ataupun separuh dari mereka. (Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa
Arab sahaja]: 4611)
Rasulullah s.a.w berkata kepadaku semasa baginda sakit: Panggilkan Abu Bakar dan saudara lelakimu untuk ku. Aku ingin menulis sepucuk surat, kerana aku bimbang terhadap orang-orang yang menentang akan berkata: Akulah orang yang paling berhak, sedangkan Allah dan orang mukmin tidak reda melainkan Abu Bakar
tak payah defend.. mmg sah 16sept tuh hancing kita kena kencing dengan abuya anwar.. tapi aku setuju bahawa persoalan skrg ialah timing.. pkr nak isytihar tapi dia takut akan berlaku apa yg pernah berlaku selepas hartal lebih 60 tahun dahulu.. darurat dan isa.. tapi sejauh mana persepsi ini benar?
waktu dekat2 nak merdeka nih dato onn, yang awalnya mencetuskan kerisauan ttg raja-raja melayu, merasakan keperluan untuk membuka keahlian umno pada semua warganegara tapi ditentang keras oleh ahli-ahli umno.. dato onn tubuh parti negara tapi tak dapat sokongan dari ahli umno malah juga dari ahli mca dan mic.. maka persekutuan tanah melayu merdeka dengan asas parti perikatan dgn apa yg kita kenal sebagai kontrak sosial..
ada dua perkara perlembagaan yang menyentuh apa yg dikatakan kontrak sosial nih, artikel 14-18 berkenaan memberi taraf warganegara pada bukan melayu dan artikel 153 tentang kouta khusus yang diberikan pada org melayu..
ketika awal penubuhan malaysia, pap mempertikaikan kouta melayu ini dan menuntut meritokrasi.. perdebatan lee kuan yew dengan syed jaafar albar melahirkan apa yg difahami sebagai malaysian malaysia.. tetapi gagasan ini pun tak diterima oleh mca kerana takut pada gagasan melayu raya oleh sukarno.. natijah pertikaian ini ialah singapura keluar dari malaysia..
ayat popular lim kit siang ketika itu:
"...when we (the Malays) fought against the Malayan Union the others took no part in it because they said this is purely a Malay concern, and not theirs. They also indicate that they owe their loyalty to their countries of origin, and for that reason they oppose the Barnes Report to make Malay the national language. If we were to hand over the Malays to these so-called Malayans when their nationality has not been defined there will be a lot of problems ahead of us." However, he continued that "For those who love and feel they owe undivided loyalty to this country, we will welcome them as Malayans. They must truly be Malayans, and they will have the same rights and privileges as the Malays."
Presiden MCA, Tun Tan Siew Sin, dilaporkan dalam akhbar tempatan bertajuk "Tun Tan Answers Critics on special Previleges" dalam pada 30 april 1969, berkata:"The Malays, through umno, were generous enough to relax the citizenship laws of this country to such extent that within 12 months of independence, 90 percent were still non-citizens after nearly 100 years of colonial rule in the Malay States. In return for this major concession. the MCA and the MIC agreed to continue the policy of preserving the special position of the Malays while at the same time upholding the legitimate interest of other communities."
"Now, in 1955 we won the elections with a great majority. Then we obtained freedom in two years time. During this period, we had to discuss citizenship and various other things. Now what did the Malays do - since we are speaking on racial lines - what did the Malay leadership do? The had 88 percent of the electorate still with them. What did they do with citizenship?
If we look around in Asia and East Asia, particularly, you will find that my race the indian race, is not welcomed in Ceylon , is not welcomed in Burma . Look at my brother Chinnese race, it is not welcomed in Thailand , in Vietnam , in Cambodia , in all the other areas. What help do they get for citizenship in all these territories? In Burma , as we know, Indian have been send packing, in Ceylon they refused them citizenship and in Burma it is likewise. I know it, you know it. And yet in Malaya what happened? Here we found that the Malay leadership said, "We shall tkae them unto ourselves as brothers, we shall give them full opportunity to live in this country, we shall give them every opportunity to become citizens." And so, in 1957, for the whole year, we waived language qualifications, and tens of thousand of Indians, Chinnese, Ceylonese and others became citizens...
As I said, it has been my great good fortune to have born in this country. Where else can you find a more charitable, a more polite, a more decent race than Malay race? Where else can you get such politically decent treatment for any immigrant race? Where else in the history of the world? I ask you. These are the facts. Who are you to safeguards us? I am 10 percent minority race here. But I am happy here."

apa yang kita kesalkan sekarang ialah pemimpin2 melayu yang memanipulasi hak-hak org melayu untuk kepentingan peribadi.. walaupun ini berlaku sejak dulu tetapi ia semakin menjadi2 dan semakin ramai yang melakukannya hingga menjejaskan sasaran sebenar deb..
jiran aku yang berbangsa cina dan india sering menyebut bahawa anak2 mereka tidak mempunyai semangat setiakawan seperti mereka.. golongan cina yang merentasi zaman merdeka memahami akan makna kontrak sosial sepenuhnya.. berbanding generasi cina dan india yang muda2 yang merasakan bahawa mereka didiskriminasi tanpa adil dan meminta2 hak sama seperti melayu..
mrsm dan itm dibina atas dasar memberi peluang yang lebih besar pada anak2 melayu menggunakan dana khusus.. aku agak sedikit terkilan bila ada yang lebih suka membuka ruang bangsa2 asing menggunakan dana khusus untuk melayu ini.. anak2 cina dan india punya peluang yang banyak dalam ipta dan ipts lain tetapi mengapa mereka tetap mahukan kouta di uitm? begitu jugalah mrsm kita bina supaya dapat kita kumpulkan anak2 melayu luar bandar yang berpotensi untuk kita asuh dan didik dengan cara yang lebih sistematik dan menggunakan kaedah2 yang diluar sistem pelajaran sekolah2 kebangsaan.. kita buat sebagai fast-track untuk anak2 melayu..
walaupun melayu telah disinonimkan dengan subsidi, tapi berapa ramai yang mengerti mengapa dan untuk apa subsidi ini diperuntukkan? kita ambil contoh subsidi baja dan baka pokok pada petani2 melayu.. siapakah yang mengkontrol harga baja dan benih? adakah kita begitu naif mempercayai bahawa petani2 cina dan petani2 melayu membeli baja dan benih ini pada harga yang sama dari pembekal2 yang kebanyakannya terdiri dari org2 cina.. ini bukan sekadar prejudis..
sekali lagi melebihkan bangsa melayu bukanlah atas dasar perkauman sempit tetapi kita harus melihat lebih jauh akan ketrampilan melayu dalam berbagai sektor sebelum kita mahu melihat racisme itu terkikis.. kita tidak akan dapat memuksa prejudis kaum selagi kita tidak merasa dapat bersaing dengan lebih sihat dan dapat menari di atas pentas yang sama dengan skill yang sama.. maka sebelum itu kita tidak akan merasa bersedia untuk mengangkat seorang obama utk menjadi ketua negara tanah melayu..