apa yang anda lakukan jika seorang sahabat anda mendatangi anda dan mengeluh tentang hidupnya.. anda mahu memotivasikan dirinya dan apakah cara yang paling sesuai? bagaimana pula jika anda sendiri yang mengalami hari buruk dan merasa perlu memberi semangat pada diri anda sendiri?
mengatakan pendapat atau memberi nasihat itu mudah.. persoalannya adakah apa yang anda akan katakan itu memberi kesan yang diperlukannya? dalam banyak keadaan anda memberi nasihat, berapa peratus yang benar2 berkesan?
adalah penting anda mengenali cara dan sikap sahabat anda sebelum memberi nasihat kepadanya.. bagaimana jika seorang yang anda tidak kenal meminta nasihat anda? mari bereksperimentasi membuat profil motivasi..
contohnya seorang mahu meminta nasihat mengenai pekerjaannya, sama ada dia patut menerima tawaran pekerjaan yang baru atau apa pekerjaan yang harus dia lakukan.. tanyakan soalan berikut..
"Apa yang anda inginkan dari pekerjaan anda?"
ketika bertanya soalan di atas, dapatkan beberapa jawapan.. dianjurkan sekurang2nya tiga perkara yang diinginkannya dan untuk setiap jawapan tersebut anda ajukan pula soalan di bawah..
"Mengapa perkara yang anda inginkan itu penting untuk anda?"
tujuan soalan ini adalah untuk mengenali kriterianya dalam memilih arah motivasi.. sama ada mendekati tujuan yang diinginkannya atau menjauhi sesuatu yang tidak diingininya.. kata2 mencegah, menghindari, tidak akan, tidak harus, dgn kepala menggeleng2 menunjukkan dia mempunyai profil menjauhi.. berbanding kata2 memperolehi, memiliki, menjadikan, sesuatu yang akan didapatinya, sambil mengangguk2kan kepala menunjukkan bahawa dia mempunyai profil mendekati..
"Bagaimana anda tahu anda sudah melakukan pekerjaan anda dengan baik?"
soalan ini untuk mengetahui sama ada sumber motivasinya internal atau eksternal.. jika jawapannya banyak menunjuk dalam dirinya sambil duduk tegak tanpa banyak gerak isyarat dan ekspresi wajah, bermakna sumber motivasinya adalah internal.. termotivasi untuk membuat keputusan berdasarkan standard yang ada dalam dirinya.. jika jawapannya berdasarkan maklumbalas dari luar bermakna sumber motivasinya adalah eksternal..
"Mengapa anda memilih pekerjaan anda sekarang?"
profil seterusnya ialah dasar motivasi.. adakah dia seorang procedural, yang lebih suka mengerjakan sesuatu yang sudah jelas aturannya, ataupun optional, yang lebih suka mengerjakan sesuatu yang ada pilihan atau cara lain.. kebiasaanya jika jawapannya pendek dan 'to the point' maka dia adalah seorang optional, berbanding jika jawapannya seperti bercerita sehingga dia seolah bukan menjawab soalan 'mengapa' malah menjawab soalan 'bagaimana', menunjukkan dia seorang yang procedural..
"Apa hubungan antara pekerjaan anda sekarang dan lima tahun dulu?"
ini pula untuk mengetahui faktor motivasi.. ada tiga kemungkinan dalam jawapan.. satu, persamaan.. dimana dia akan melihat persamaan antara sekarang dan sebelumnya.. kedua, persamaan-kecuali.. maksudnya dia melihat persamaan tetapi juga melihat perkembangan yang berlaku antara dua waktu itu.. ketiga, perbezaan.. dimana dia fokus pada perbezaan antara keadaan sekarang dan sebelumnya..
dan untuk profil yang terakhir, perhatikan sama ada selama menjawab soalan tersebut dia menjawab secara spontan atau berfikir dahulu sebelum menjawab.. ini untuk melihat tahap motivasinya sama ada dia proaktif atau reaktif.. seorang yang proaktif akan membuat keputusan lebih cepat manakala seorang yang reaktif merupakan orang yang lebih berhati2 dalam mengambil keputusan.. profil ini untuk menjawab soalan "Bagaimana cara anda mengambil keputusan?"..
setelah anda mendapatkan profil lengkapnya, maka anda akan lebih mudah mengatur cara menyampaikan pendapat anda mengikut profilnya.. kita pakai contoh lagi..
utk arah motivasi.. seorang yang berprofil menjauhi tidak akan tertarik jika anda berusaha untuk menjelaskan kebaikan apa yang akan didapatinya.. ini seperti kisah kuda dan keldai.. keldai akan berjalan jika anda menggantungkan lonak di depannya berbanding kuda yang akan berlari laju jika dicambuk..
utk sumber motivasi.. anda harus menekankan bahawa dia sendiri yang perlu membuatkan keputusan kepada orang yang berprofil internal.. manakala untuk orang yang eksternal anda harus menunjukkan bukti dan contoh yang dekat dengannya..
utk dasar motivasi.. seorang yang berprofil procedural tidak akan teruja dengan kata2 cabaran, kemungkinan, pilihan, dsu. sama seperti orang yang berprofil optional tidak teruja dengan kata2 cara yang terbukti, konsisten, dipercayai, dsu.
utk faktor motivasi.. sama seperti jawapan yang diberikannya.. profil persamaan akan tertarik dengan kata2 seperti sebelumnya, tidak berubah, identik, tetap, dsu. profil persamaan-kecuali tertarik dengan kata2 progresif, maju, berkembang, sama namun lebih baik, dsu. profil perbezaan pula akan sangat teruja dengan kata2 baru, unik, berbeza, berubah, dsu.
utk tahap motivasi.. seorang yang berprofil proaktif akan teruja mendengar kata kejar, ayuh, ambil inisiatif, ambil sekarang juga, mengapa menunggu, jalankan saja, dsu. manakala profil reaktif akan tercuit dengan kata2 pertimbangkan, kejayaan sedang menghampiri anda, mari fikirkan, harus difahami, dsu.
sebagai peringatan, profil setiap individu mungkin akan berbeza dalam konteks yang berbeza.. mungkin dalam membeli sesuatu dia mempunyai profil yang berbeza dari profil yang dia gunakan dalam hubungannya..
dan perlu difahami bahawa kebanyakan masalah komunikasi adalah kerna kita mempunyai profil yang berbeza mengenai sesuatu.. contohnya, jika anda mempunyai profil optional dan isteri anda berprofil procedural.. faktor untuk membuat keputusan adalah berbeza.. begitu juga seorang yang berprofil proaktif akan menganggap orang yang berprofil reaktif seorang yang lembab dan lambat membuat keputusan, sedangkan orang yg berprofil reaktif akan menganggap orang yang berprofil proaktif merupakan seorang yang ego dan tidak sabar..
bayangkan jika anda dapat memahami profil anak atau isteri anda dengan baik.. anda dengan mudah mampu membuat keputusan yang dipersetujui bersama.. menghargai perbezaan adalah suatu nikmat, terutama jika anda mengetahuinya apa, kenapa, mengapa dan bagaimana.. berbeza itu saling mengisi dan persamaan itu memperkukuhkan.. hidup akan lebih tenang setelah kita memahami bahawa tujuan kita adalah sama walaupun cara kita yang berbeza.. dan itu tidak ada salahnya.. berbeza itu bukan suatu dosa.. ;)