Tanah Mati
-
* I*
Tanah ini dulu subur.
Orang kata, cucuk kayu pun tumbuh.
Ladang padi membentang seperti hamparan hijau yang menyanyi bila angin
berlalu.
Burung-buru...
7 months ago

begitulah juga dengan melayu.. org melayu itu lembut kerana 'bahan asal'nya lembut.. maka sesuailah kelembutan itu dengan iklim ibu pertiwinya.. begitu juga pabila dia berdagang ke tanah luar maka menghadam diri akan dia dgn budaya yg ada, membaur hingga menjadi sepertinya org luar, namun takkan padam jatidirinya, tidak musnah 'kelembutan' dalam jiwanya.. Melayu
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak
Melayu di Tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka
usman awang
Mingguan Malaysia, 1996




kekuatan media ini sangat tidak boleh kita remehkan.. kerna itu skrg ini kita lihat bagaimana yahudi menguasai hampir semua gergasi media, dan begitu juga panglima2 demokrasi memanipulasi media untuk kepentingan politik.. kerana semua itu tak lebih dari sebuah rancangan realiti yg menjual populariti.. cuma byk dari kita yg tak belajar dari kaum cina yg mengecam mca apabila mahu menguasai salah satu akhbar penting.. kerana mereka memahami sesuatu yg kita tak ambil tahu..
sayangnya, media alternatif melayu yg lain juga tidak kurang rakus memperkosa minda org melayu sendiri.. kita tabur benih benci sesama kita atas nama kebenaran dan hak asasi.. dan kita kuburkan nilai murni dan norma budaya bangsa kita sendiri..
setiap yg berlaku itu ada hikmahnya.. dengan tidak dengan cepat membenarkan apa yg kita dengar, dan mencipta budaya mengkaji dalam bangsa kita, kita akan membebaskan diri dari sindrom burung kakak tua dan gosip liar.. ini mampu meningkatkan integriti bangsa kita sendiri..
Topik: PARENTS YANG MEMINTA DUIT DARI ANAK
- diskaun 20% untuk pengguna kad prabayar Smart Tag dan Touch 'n Go yang membayar tol 80 kali atau lebih sebulan.
- 44,000 penyewa rumah di bawah Program Perumahan Rakyat di Wilayah Persekutuan akan diberi peluang dan pilihan untuk membeli rumah tersebut.
- diskaun 50% bagi pembaharuan lesen dan lesen baru penjaja dan peniaga kecil di Wilayah Persekutuan.
- penambahan 3,000 lagi permit teksi untuk individu dalam masa tiga bulan daripada 7,000 permit teksi individu yang telah diberikan setakat ini.
- mempercepatkan proses pendaftaran kelahiran dan permohonan kewarganegaraan di Sabah dan Sarawak.
- menggandakan pembinaan jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak, daripada 750 kilometer yang dibina di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sekarang kepada 1,500 kilometer dalam tempoh RMK-10.
- meningkatkan liputan bekalan air minum yang kini berada pada tahap 52 peratus di Sabah dan 61 peratus di Sarawak, akan dipertingkatkan, dan pengumuman mengenai peningkatan bekalan elektrik akan dibuat hujung bulan ini.
- pengurangan caj bayaran latihan untuk penunggang motosikal kelas B2 iaitu 250 cc ke bawah menjadi RM211 seorang.
- tambahan peruntukan RM150 juta lagi untuk skim TEKUN, dan peruntukan RM15 juta khusus untuk program pembangunan usahawan muda kaum India.
- seramai 10,000 isi rumah miskin tegar di bawah senarai E-kasih akan diberi 10,000 unit Skim Amanah Saham Wawasan menjelang 2010.
- tabung unit amanah baru, Amanah Saham 1Malaysia, akan dilancarkan sedikit masa lagi dengan saiz sehingga 10 bilion unit, dibuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
is it really only technical issue? sebab aku tak dengar gerakan sebegini hebat ketika ia mula dilaksanakan 8 tahun dulu.. malah ketika itu semuanya mengampu dan menjilat mengatakan betapa kebijakan itu adalah satu kebaikan yg tersangat hebat.. satu anjakan paradigma dalam sistem pendidikan kononnya.. dulu masa aku kata kita takperlu malu berbahasa melayu, org tempelak aku macam2 jugak.. berlumba2 nak pahamkan aku betapa pentingnya bahasa inggeris untuk memajukan melayu.. and now we going to put all the blame on che det? c'mon guys.. tapi aku pun tak peduli che det dipersalahkan..




There's A Place In Your Heart And I Know That It Is Love
And This Place Could Be Much Brighter Than Tomorrow
And If You Really Try You'll Find There's No Need To Cry
In This Place You'll Feel There's No Hurt Or Sorrow
There Are Ways To Get There
If You Care Enough For The Living
Make A Little Space, Make A Better Place...
Heal The World
Make It A Better Place
For You And For Me And The Entire Human Race
There Are People Dying
If You Care Enough For The Living
Make A Better Place For You And For Me
Heal the World
Michael Jackson
1958-2009
rest in peace![]()
asal mula istilah yg dipakai ialah org gaji, kerna terdengar seperti kuli, yg berasal dari bahasa tamil yang bermaksud org upahan utk kerja2 kasar, sinonim dgn maksud hamba, maka kita memperlunakkan dgn menggunapakai perkataan 'pembantu rumah', dgn maksud bukan pekerja yg boleh disuruh2 apa saja tetapi membantu segala kerja2 rumah. maka lebih dianggap sebahagian dari keluarga dan bahasa perintah menjadi selembut bahasa meminta tolong..
nirmala bonat, 24, tki asal kupang, nusa tenggara timur, berjaya melarikan diri ke kedutaan indonesia pada sekitar mei 2008 setelah didera dengan siraman air panas dan sterika panas selama lebih 4 tahun oleh majikannya, yim pek ha, ketika bekerja di kuala lumpur..
siti hajar, 33, tki asal garut, jawa barat, mungkin tidak akan dapat melupakan penderitaan disiram air panas, dipukul dengan tongkat, diberi makan hanya nasi putih dan dipaksa memakan babi serta tidak dibayar gaji selama 34 bulan oleh majikannya, michelle, sebelum berjaya melarikan diri dengan bantuan jiran di mount kiara pada julai 2008..
dalam dunia ini hanya ada dua pilihan.. walaupun awalnya kita merasakan byk pilihan, tetap saja terakhirnya kita akan mempunyai dua pilihan yang utama.. maka benarlah Tuhan menciptakan setiap kejadian itu berpasangan..
maka bila disebutkan pula oleh Allah swt byk kali dibyk tempat di dalam al-Quran bahawa setiap yg berlaku itu mempunyai pengajaran untuk mereka yg mahu berfikir.. dan aku berpendapat bahawa yg paling berharga berkenaan pilihan itu ialah memahami mengapa kita memilih dan bukan apa yg kita pilih.. kerna itu haram bagi kita menilik nasib, kerna perbuatan itu cenderung pada angan-angan dan tidak berusaha memahami kejadian Allah swt.. apabila kita tidak berusaha, waima untuk berfikir, maka apalah maknanya kejadian kita?