- diskaun 20% untuk pengguna kad prabayar Smart Tag dan Touch 'n Go yang membayar tol 80 kali atau lebih sebulan.
- 44,000 penyewa rumah di bawah Program Perumahan Rakyat di Wilayah Persekutuan akan diberi peluang dan pilihan untuk membeli rumah tersebut.
- diskaun 50% bagi pembaharuan lesen dan lesen baru penjaja dan peniaga kecil di Wilayah Persekutuan.
- penambahan 3,000 lagi permit teksi untuk individu dalam masa tiga bulan daripada 7,000 permit teksi individu yang telah diberikan setakat ini.
- mempercepatkan proses pendaftaran kelahiran dan permohonan kewarganegaraan di Sabah dan Sarawak.
- menggandakan pembinaan jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak, daripada 750 kilometer yang dibina di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sekarang kepada 1,500 kilometer dalam tempoh RMK-10.
- meningkatkan liputan bekalan air minum yang kini berada pada tahap 52 peratus di Sabah dan 61 peratus di Sarawak, akan dipertingkatkan, dan pengumuman mengenai peningkatan bekalan elektrik akan dibuat hujung bulan ini.
- pengurangan caj bayaran latihan untuk penunggang motosikal kelas B2 iaitu 250 cc ke bawah menjadi RM211 seorang.
- tambahan peruntukan RM150 juta lagi untuk skim TEKUN, dan peruntukan RM15 juta khusus untuk program pembangunan usahawan muda kaum India.
- seramai 10,000 isi rumah miskin tegar di bawah senarai E-kasih akan diberi 10,000 unit Skim Amanah Saham Wawasan menjelang 2010.
- tabung unit amanah baru, Amanah Saham 1Malaysia, akan dilancarkan sedikit masa lagi dengan saiz sehingga 10 bilion unit, dibuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
Datuk Seri Najib mengumumkan 'hadiah untuk rakyat' pada perhimpunan "100 hari najib bersama rakyat' di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 11 Julai, 2009
ada dua perkara yg aku suka sangat tengok masa aku kecik2..
1- sarkis
2- silapmata
guess which one is this? ;)
kalau gua guess tepat dapat "gula-gula" juga tak bro? wakaka...jawapannya silap mata...
hmt's
BAGUS BAGUS!!!! elok laaa aku yang tak ada lesen motor lagi ni....
dah tu plak bleh laa meramaikan lagi rakyat Malaya dengan mempermudahkan proses nak jadi warganegara...
Boleh memperkayakan lagi sesapa yang berkenaan sebab lagi banyak pakai tol, lagi banyak diskaun. cam paksa org pakai camtu pulak.... prepaid tu memperkayakan depan sebelum kita pakai tu..!! cash on the spot jer... tak best!!
yg banyak kasik tu sure laa banyak ambek balek.....
hmm apa lagi eh? ntah laa lantak laa tak ada kena mengena dengan aku!!