"Diharap keputusan itu akan menjadi penentu kepada kejayaan konsep 1Malaysia dengan kembali memartabatkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan."
Harapan Profesor Datuk Dr. Zainal Kling, Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM), sebelum kabinet membuat keputusan mengenai pemansuhan ppsmi pada tahun 2012.
"Insya Allah BN akan menang di Manek Urai. Keputusan ini dibuat atas dasar kajian dan pertimbangan yang mendalam mengenai polisi itu."
Ujar Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran, menjelaskan bahawa keputusan pemansuhan ppsmi pada tahun 2012 dibuat bukan untuk kepentingan politik tetapi untuk masa depan anak-anak Malaysia.
"Rakyat seluruhnya tentu lega dan gembira, kerana pengajarannya di sekolah kebangsaan Cina dan India juga turut dikembalikan kepada bahasa ibunda masing-masing."
Kata Datuk Hassan Ahmad, Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), kepada malaysiakini.com ketika menyifatkan pemansuhan ppsmi sebagai kejayaan rakyat.
"Akan rosaklah bangsa dan negara jika dasar negara ditentukan oleh orang yang berdemonstrasi."
Pendapat Tun Dr Mahathir Mohamed, bekas PM Malaysia, dalam blognya pada 13 Mac 2009 berkenaan pemansuhan ppsmi.
1.aku mmg sangat percaya tindakan nih tiada motivasi politik.. (NOT)
2.baguslah dapat memartabatkan bahasa melayu, cina dan tamil kembali.. (NOT)
3.tak heran che det akan pertahan sebab itukan kebijakan yg dia buat, tapi apa yg dia cakap tuh aku setuju betul.. itulah jalannya utk dapatkan apa yg rakyat nak dlm pemerintahan skrg laa.. (YEAH!)