asal mula istilah yg dipakai ialah org gaji, kerna terdengar seperti kuli, yg berasal dari bahasa tamil yang bermaksud org upahan utk kerja2 kasar, sinonim dgn maksud hamba, maka kita memperlunakkan dgn menggunapakai perkataan 'pembantu rumah', dgn maksud bukan pekerja yg boleh disuruh2 apa saja tetapi membantu segala kerja2 rumah. maka lebih dianggap sebahagian dari keluarga dan bahasa perintah menjadi selembut bahasa meminta tolong..
antara kes yg tidak diterlupakan mengenai nasib pembantu rumah indonesia ialah berkenaan dgn dua kes yang mengejutkan di malaysia pada tahun lepas.
nirmala bonat, 24, tki asal kupang, nusa tenggara timur, berjaya melarikan diri ke kedutaan indonesia pada sekitar mei 2008 setelah didera dengan siraman air panas dan sterika panas selama lebih 4 tahun oleh majikannya, yim pek ha, ketika bekerja di kuala lumpur..
siti hajar, 33, tki asal garut, jawa barat, mungkin tidak akan dapat melupakan penderitaan disiram air panas, dipukul dengan tongkat, diberi makan hanya nasi putih dan dipaksa memakan babi serta tidak dibayar gaji selama 34 bulan oleh majikannya, michelle, sebelum berjaya melarikan diri dengan bantuan jiran di mount kiara pada julai 2008..
terkini pula, tak kurang hebohnya diperkatakan mengenai kes kematian dan penderaan yang terbaru hasil 'kreativiti' majikan malaysia..
kartini, 33, tki asal kendal, jawa tengah, ditemui mati dengan 90% lebam di ruang tamu rumah majikannya, chin weng seng dan anak lelakinya chin weng lee, di petaling jaya sekitar bulan mei 2009 setelah 2 bulan bekerja, buat kali kedua di malaysia..
modesta rengga kaka, 26, tki asal kupang, nusa tenggara timur, dilaporkan pada hujung jun 2009, mengalami lebam2 dan telinga terhiris, masih dirawat di hospital ampang, juga dikatakan majikannya, choo pek ling, hanya memberi makan sekali sehari dan tidak membayar gaji selama 19 bulan..
menurut data tahun 2007 departmen migran indonesia seramai jumlah kes kematian tki di malaysia adalah jauh lebih tinggi melebihi kematian tki di negara lain. malah sehingga akhir 2007, seramai 297 warganegara indonesia sedang perbicaraan yg bersabit hukuman mati, dimana 8 orang daripadanya telah pun dijatuhkan hukuman mati.
begitu juga keluhan pihak indonesia mengatakan sejak tahun 2005, terdapat sekitar 173 kes penderaan yg berlaku, hanya 9 majikan sahaja yg didakwa di mahkamah. ditambah pula dengan kenyataan acp suguram bibi munshi deen, penolong pengarah bahagian penderaan seks dan kanak2 pdrm mengatakan, 65% dari kes tersebut merupakan kes penderaan seks terhadap pembantu rumah berumur antara 25 hingga 35 tahun.
statistik di atas dibentangkan oleh dato chor chee heung, timbalan menteri dalam negeri, baru2 ini ketika menjawab soalan di parlimen, 16% dari jumlah anggaran 1.6 juta tki di malaysia..
i'm not sure what was my original purpose writing this entry.. too many thing to say surrounding this issue.. maybe i just keep it simple:
1-betapa kita lebih mudah melepaskan kemarahan kita terhadap seseorg yg lebih mudah pada kita, yg boleh paham kata2 kita dan menyerapnya, lalu kita tumpahkan segala kata nista dan tindakan2 luar kendali, sedangkan kita lupa melihat kebenarannya..
2-betapa kita dengan cepat terburu nafsu mencari2 dan meletakkan kesalahan secara umum kepada siapa saja yang berkaitan, walaupun nila itulah di atas susu bukan sebaliknya..
3-betapa kita meletakkan perkara penting dalam hidup kita pada org lain menguruskannya, walaupun kita mengetahui risikonya, dan kita mencari perkara lain yang kita mahu percaya lebih utama dari yg kita tinggalkan..
4-betapa kita telah dipisahkan beratus tahun, hingga dalam keterdekatan kita masih merasa jauh..
5-betapa kita mampu dihancurkan oleh perkara2 kecil kerna jatidiri kita sudah berevolusi menjadi sesuatu yang tidak kita kenali dan pahami lagi..
6-betapa kita lupa siapa musuh kita sebenarnya yg telah terbukti dalam sejarah ribuan tahun.. bukan org lain, tetapi diri kita sendiri..
7-betapa kita harus kembali kepada akar umbi kita dan mendasarkan agama kembali sebagai kesatuan bangsa, menghormati perbezaan, memuksa prejudis dan saling memperkukuh..
seriously, i'm lost.. too many sentiment and sensitivity.. tapi itulah org kita.. kita tak kisah psal org lain melakukannya tetapi kita akan sentiasa melampiaskannya pada org kita sendiri dan menghentamnya.. its our own version of self satisfaction.. or is it only me?
Post a Comment