Topik: PARENTS YANG MEMINTA DUIT DARI ANAK
initiated by SIAM » Sun Dec 21, 2008 6:46 am
uji4445 wrote:
saya nak tanya pendapatlah...
kalau dlm satu rmhtangga khidupan sederhana..isteri bkrja utk mmbntu suami dlm hal2 rmhtgga mknanya suami ni cukup2 mknlah..bila suatu masa ibu suami mintak ribuan rnggt utk memenuhi kprluan(yg tk lah wajib sgt)..
patut ke suami ni bagi duit tu tnpa pengetahuan isteri...?
mmg patut!
sebab?
1- hidup sederhana itu mmg anjuran Nabi saw. malah Nabi saw pernah bersabda pada sahabat yg mafhumnya, jika sahabat itu mahu mengikut sunnah Nabi saw maka bersedialah untuk diuji dgn kemiskinan.. memahami sederhana org melayu, maka aku kata masih jauh dari miskin.. dan bukanlah sesuatu yg perlu kita keluhkan..
2- isteri bekerja itu adalah dengan niat membantu suami.. pun dengan izin suami.. maknanya bukan utk diri sendiri.. walaupun isteri berhak untuk tidak memberi pada suami.. dan pabila isteri menyanggupi untuk mengandar kesusahan suami maka dia telah melakukan pengorbanan besar kerna terpaksa menukarnya dgn tanggungjawab sebenarnya sebagai isteri.. dan besar jualah pengorbanan suami kerna merelakannya begitu..
3- ibu adalah tanggungjawab anak lelaki.. bukan sekadar tolong bagi makan, atau jaga masa sakit, malah tanggungjawab lelaki menjaga hatinya.. ingat tak kisah sufi berkenaan seorg anak yg mandi, jaga dan belai babi, yg ternyata bahawa itu ibubapanya.. maka segala apa yg ibubapa minta itu adalah wajib.. hatta ada perkataan org dahulukala mengatakan bahawa jika ibumu meminta nyawamu pun harus kita berikan.. begitulah tingginya makam ibu hingga 3 kali Nabi saw menyebut akan kemuliaannya setelah Allah swt dan Rasul-Nya..
4- dalam mencari rezeki kita mencari redha Allah swt.. duit yg kita dapat tuh blum tentu rezki kita.. waima duit ditangan pun.. lupakah kita akan firman Allah swt bahawa jika kita beri satu maka Allah swt akan menggantikannya berlipat ganda.. dan Allah swt adalah pemberi rezki yg mutlak.. harta yg kita dapat itu bukanlah kerna usaha kita, sebaliknya kurniaan Allah swt atas ikhlas dan syukur kita.. sungguh tiada daya upaya kita hatta mengangkat satu jari sekalipun tanpa izin Allah swt..
5- adapun dalam berumahtangga, tugas isteri kepada suami adalah sama seperti tugas seorg anak lelaki terhadap ibunya.. kedua-duanya perempuan dalam posisi yg berbeza.. sebab itu penting perempuan tahu bagaimana perasaan sebagai isteri kepada suami yg menjaga hati ibunya, kelak nanti dia faham tentang bagaimana mahu menjaga hatinya sendiri ketika dikasihi oleh anak lelakinya.. dan kebijaksanaan mendamaikan hidup itu terletak di bahu lelaki..
6- harta manusia yg terbesar adalah anak yg soleh.. bukan suami yg soleh.. andai sahaja kita mahu mengerti..
wallahualam..
Post a Comment