Y-factor: memahami pilihan


dalam dunia ini hanya ada dua pilihan.. walaupun awalnya kita merasakan byk pilihan, tetap saja terakhirnya kita akan mempunyai dua pilihan yang utama.. maka benarlah Tuhan menciptakan setiap kejadian itu berpasangan..

bilamana ada soalan, adalah jawapan.. sepertimana makhluk adalah penciptanya.. jahat dan baik.. dosa dgn pahala.. syurga dan neraka.. malaikat dan syaitan.. iblis dan para rasul.. tadbit dan takdir.. qada dan qadar.. it always leave us to two choices.. psychologist called is simplistic, namun bagi aku hidup harusnya tidaklah sesukar yg kita sangkakan.. semuanya sesuai dgn apa yg kita pikirkan..

Allah swt mengetahui apa yang sudah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku.. maka apakah rasionalnya kita memilih sesuatu yang sudah diketahui akan berlaku? adakah Allah swt merahsiakan takdir supaya kita berfikir dalam memilih? mungkinkah ini rahsia takdir?

pada kebanyakan masa, kita tahu apa yg akan kita pilih.. hanya terkadang kita cuba untuk menundanya.. malah tak jarang org lain juga boleh mengandaikan apa yg kita pilih.. dan yang paling menarik ialah tekaan mereka itu benar..

begitu juga hampir selalu kita membuat sesuatu yg kita tahu bukan pilihan yg baik.. contohnya kita tahu sesuatu itu salah, tapi tetap kita melakukannya kerna desakan2 tertentu, baik dari perkelilingan mahupun dari dalam diri kita sendiri.. tidak menghairankan jika terkemudian dari itu kita menyesali apa yg kita lakukan, tapi dalam diri kita tahu benar bahawa apa yg kita lakukan itu bukanlah kerna tak sengaja tetapi mmg kita terdorong melakukannya.. dan segala komplikasi yg berlaku bukanlah tidak kita ketahui risikonya..

jika membuat pilihan itu bukanlah suatu yang sukar ditebak atau susah utk tidak memanfaatkan buat diri kita, sementelah pilihan itu juga sudah tersurat di dalam takdir kita, maka apalah gunanya kita bersusah payah membuat pilihan?

maka bila disebutkan pula oleh Allah swt byk kali dibyk tempat di dalam al-Quran bahawa setiap yg berlaku itu mempunyai pengajaran untuk mereka yg mahu berfikir.. dan aku berpendapat bahawa yg paling berharga berkenaan pilihan itu ialah memahami mengapa kita memilih dan bukan apa yg kita pilih.. kerna itu haram bagi kita menilik nasib, kerna perbuatan itu cenderung pada angan-angan dan tidak berusaha memahami kejadian Allah swt.. apabila kita tidak berusaha, waima untuk berfikir, maka apalah maknanya kejadian kita?

dengan memahami mengapa kita membuat pilihan tersebut, kita jadi lebih bertanggungjawab dengan keputusan yg kita pilih.. dengan memahami mengapa kita melakukan sesuatu, kita setapak memahami pola pemikiran dan tindakan kita, selangkah dalam memahami diri kita.. malah dengan memahami semua itu kita akan berupaya membuat pilihan yang lebih baik di masa depan..

dan apa pula maksudnya dengan semua ini? semua tindakan kita berurutan dari persoalan mengapa kita mahu melakukannya.. the Y-factor.. menjurus kepada niat kita.. dipicu dari dalam hati kita..

meluruskan niat, memahami pilihan dan mempertanggungjawabkan tindakan.. jika kita mengetahui apa Y-factor kita dalam setiap apa yg kita perbuat nescaya kita akan menepis ragu2 dan menghalau was2.. pilihan kita akan lebih konsisten dan nurani kita lebih terpelihara..

arakian bila apa sahaja yg berlaku, kita memahami bahawa apa yg kita perlakukan itu adalah yg terbaik dari kita.. dan segala apa yg terjadi adalah dibawah takdir Allah swt.. kita akan sentiasa mensyukuri apa juga qada dan qadar-Nya.. tidak lagi akan kita permasalahkan.. fokus kita hanya melakukan dengan lebih bermakna, pertimbangan kita lebih stabil dan membuat pilihan seterusnya dengan lebih baik..

bagaimana pula mampu kita membuat pilihan sendiri jika takdir itu sesuatu yang benar dan tetap.. maka tersebutlah hadis bahawa doa itu mampu mengubah takdir.. usaha, doa, tawakal, syukur..

dan semua itu menjadi sangat jelas ketika kita memahami mengapa kita membuat pilihan kita.. mengapa kita berusaha, untuk apa kita mendoakannya, akan apa maksud tawakal dan makna syukur yang sebenarnya.. mudah2an boleh menjadikan kita sesuatu yang lebih baik dari apa yg kita seadanya sekarang.. amin..

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008