awalnya aku dah tanak komen dah isu nih.. sebab aku dah pernah tulis pendapat aku.. rujuk PSMI : to be or not to be?.. tapi untuk tidak mengecewakan para sahabat yg mau melihat reaksi aku berkenaan keputusan kementerian.. just sit back and enjoy the rest..
jujurnya secara peribadi, the whole thing is politically motivated.. maka bila politikus membuat kebijakan mengikut perspektif politik, rasionalnya ialah kehancuran, walaupun tindakan itu bernada sangat indah dan mempersonakan..
apa yg kita kata dan bincang hanyalah sekadar permasalahan teknikal.. kerisauan ibubapa terhadap tahap lulus anak2.. susah senang nak menghadam pelajaran.. kompetensi guru-guru yang dibawah piawai.. cuma pada aku kita ter'lepas' pandang isu asal yg lebih besar..
ok laa.. kalo melihat cuaca redup politik malaysia skrg nih dan semangat hebat nasionalis para akademik, mmg patut mansuh psmi.. melayu leh belajar dalam bahasa melayu, cina leh belajar dlm bahasa cina, india leh belajar dlm bahasa tamil.. tapi aku akan lebih setuju jika kita buat yg ini juga..
- jadikan bahasa inggeris sebagai subjek pilihan dan bukan sebagai syarat lulus..
- semua pelajar wajib lulus sama ada subjek sastera melayu, cina atau tamil..
- semua universiti kena ajar dlm bahasa melayu, cina dan tamil..
- tv jgn ada siaran bahasa inggeris.. kita terjemah semua..
- beku import buku2 inggeris, dan wajibkan ada buku terjemahan utk setiap edisi..
- siaran lagu2 inggeris di radio diperketat hanya pada ratio tertentu..
- pelajar, pelabur dan peniaga dari luar negeri diwajibkan mengikuti kursus bahasa melayu, cina atau tamil..
- perketat syarat belajar ke luar negeri, beri keutamaan pada institusi dlm negeri..
- segala teknologi luar yg diimport harus menepati piawai bahasa melayu, cina atau tamil..
- dan sebagai rakyat malaysia yg sangat mencintai bahasanya, setiap org patut merasa jijik berbahasa inggeris, dan bahasa inggeris tidak boleh dijadikan bahasa perantaraan, baik secara lisan mahupun penulisan, melainkan hanya menggunakan bahasa melayu, cina atau tamil..
kalau mahu jadi bangsa yg hebat, kita kena ada jatidiri yg hebat.. jgn separuh2.. alang2 menyeluk pekasam.. alang2 menggenggam bara api.. kita kena tahu apa yg kita nak dan kita buat apa yg kita nak.. buat apa nak agungkan bahasa kita tapi dalam masa yg sama perkasakan bahasa inggeris.. apa maksud tuh kalo tidak bermakna menipu diri kita sendiri.. kalau kita hormat dan bangga dgn bahasa kita kenapa mesti guna bahasa lain? bukankah dah byk contoh yg kita war-warkan akhir-akhir ini bahawa bahasa inggeris tidak ada kena mengena dengan kemajuan sesuatu bangsa?
aku paham bila org kata aku keterlaluan dan emosi.. tapi aku rasa itu sesuai.. sebab bila kita boleh ajar teknologi dan ilmu org lain dgn menggunakan bahasa kita, maka aku rasa segala yg ada kat atas tuh tak mustahil.. apa yg mustahilnya bila business letter dlm bahasa 1malaysia? apa mustahilnya seorang 1malaysia bercakap dgn 1malaysia yg lain bukan dalam bahasa inggeris? kalau kita mahu yg terbaik untuk anak2 kita, mengapa kita tidak walk the talk boldly? hantar tuisyen anak2 bahasa melayu, cina atau tamil.. jgn hantar anak belajar bahasa inggeris.. because we don't need it.. should i quote that somebody said we don't need to know the language to learn the knowledge?
kalau pun ada yg merasa apa yg aku sebut itu tak masuk akal dan tak sesuai zaman.. then think it again.. sebab bila kita percaya itu terbaik utk anak kita, macammana kita nak kata ianya tak baik utk kita? kita kena buka topeng kemunafikan kita.. bila kita kata ini isu bahasa, maka kita kena pasti dgn pendapat kita.. jgn buat pendirian separuh2.. jangan cuba merepek nak kata semua nih hanya berkenaan dgn sistem pendidikan.. its about the whole system.. kalau realiti kehidupan dan dunia sebenar tidak mendokong sistem pendidikan, apa maknanya? another bullshit for the next generation?
aku tak kisah psal nak ajar dlm inggeris atau bahasa apa pun.. sebab aku berpendapat isu ini bukan isu teknikal walaupun org lain percaya dan nak aku percaya isunya adalah teknikal.. yg aku cuba nak jelaskan ialah bagaimana mudahnya org kita dipermainkan dan dikotak-katikkan dengan keseluruhan isu nih.. ada yg mahu kita lihat semua ini hanya persoalan teknikal..
is it really only technical issue? sebab aku tak dengar gerakan sebegini hebat ketika ia mula dilaksanakan 8 tahun dulu.. malah ketika itu semuanya mengampu dan menjilat mengatakan betapa kebijakan itu adalah satu kebaikan yg tersangat hebat.. satu anjakan paradigma dalam sistem pendidikan kononnya.. dulu masa aku kata kita takperlu malu berbahasa melayu, org tempelak aku macam2 jugak.. berlumba2 nak pahamkan aku betapa pentingnya bahasa inggeris untuk memajukan melayu.. and now we going to put all the blame on che det? c'mon guys.. tapi aku pun tak peduli che det dipersalahkan..
dan daripada kita berusaha memperbaiki sistem, kita mansuh dan buat benda baru.. siapa yg berekperimentasi? adakah kita akan sentiasa terus menukar apa2 sahaja yg tidak berjalan baik dgn kita? we fallback everything to default whenever we find one failure.. and we called it reform? aku nampak trend nih dlm masyarakat kita skrg.. kenapa semua bullshit tuh kita masih tercari2 baunya sedangkan setiap dari kita sudah pun terpalit akannya?
aku tahu ramai org tak setuju dgn aku.. dan aku pun tak perlu org setuju dgn aku.. cuma aku tahu ini semua permainan politik.. bukan hanya utk kepentingan org politik tapi kepentingan peribadi untuk semua yang terlibat, termasuk guru-guru dan ibubapa.. and its not for the best interest of the next generation.. its merely on the best interest of us.. and only us.. setuju atau tidak bukanlah satu pendapat lagi.. apa saja keputusan sebenarnya kita dah kalah.. takder sapa pun yg menang antara kita.. kita hanya si timun ranum yg dipermainkan oleh sang durian yg perkasa..
namun secara keseluruhan, aku tak heran kerajaan yg dok ada skrg nih akan buat keputusan camnih.. malah aku mmg memberi sokongan penuh pada keputusan mereka kali ini.. bukankah ini yg semua dari kita mahukan? aku leh baca dah.. 1malaysia, hapus deb, mansuh psmi.. perpaduan, ekonomi, pelajaran.. dan aku tak sabar nak lihat silapmata seterusnya..
cuma aku sedikit kecewa bila kementerian kata hanya akan hapus pada tahun 2012..
it shud be immidiate effect..
kenapa perlu 3 tahun lagi? another election? damn!
let do another demo then..
am i wrong? does it matter now?
nutting personal guys..
Post a Comment