status bahasa inggeris
pembelajaran math dan sains dalam bahasa inggeris, dulu sebelum buat kecoh dan sekarang lepas keluar keputusan UPSR generasi pertama pun kecoh.. apa yg kecoh sangat sebenarnya? benarkah pelajar2 sekarang tersiksa? benarkah legasi budaya terhakis?
bahasa inggeris ini statusnya ialah bahasa rasmi kedua, makna tarafnya bawah sedikit dari bahasa melayu.. bahasa mandarin, tamil dan arab tak dapat taraf nih.. walaupun jadi bahasa pengantar sekolah2 khas.. maknanya juga bahasa inggeris nih adalah bahasa yang kedua harus digunapakai oleh warganegara malaysia selepas bahasa melayu.. bukan bahasa lain.. maknanya juga jika nak belajar bahasa lain kena fasih dulu bahasa melayu dan inggeris..
flashback 2001
maka bila kementerian pendidikan memperkenalkan sistem pengajaran sains dan matematik dalm bahasa inggeris pada tahun 2001 tuh, kena jugalah pada tempatnya.. tapi waktu tuh aku sendiri pun antara setuju dengan tak setuju, tapi lagi waktu tuh pendapat aku berkisar sekitar kedaulatan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi malaysia.. dan tapinya aku juga bersetuju dengan berat hati setelah menilai caca-marba pengistilahan terma2 teknologi yg cuba dipopularkan oleh dewan bahasa.. jadi kacau apabila ahli bahasa yg tiada latar belakang teknologi mencipta istilah baru mengikut kesesuaian bahasa dan bukan praktis penggunaaannya.. umpama bunga dedap, cantik tapi tiada harumnya..
waktu itu aku terpaksa setuju juga kerna tidak berupaya untuk tidak melihat bagaimana ketinggalannya pelajar2 melayu di ipt kerna kesukaran menelaah buku rujukan yg kebanyakannya dalam bahasa inggeris, dan kepayahan graduan muda melayu bersaing mendapatkan pekerjaan disebabkan kononnya lemahnya dalam bahasa inggeris.. malah dalam sektor pekerjaan dlm negara sendiri, anak2 melayu dipandang rendah kerana tidak berupaya berbahasa inggeris dengan baik.. semua ini menunjukkan ketika itu betapa masayarakat memandang tinggi bahasa inggeris melebihi bahasa rasmi sendiri..
aku juga dengan berat hati bersetuju dengan harapan, satu hari nanti anak2 melayu dapat menghadam segala ilmu yg hampir seluruhnya ditulis dalam bahasa inggeris dan melahirkan teknologi sendiri dan mendefinisikan teknologi dalam bahasa melayu dengan lebih baik dan praktis.. selama ini kita tidak punya istilah teknologi dlm bahasa melayu kerna kita tidak punya teknologi sendiri.. ini hakikat.. walaupun kita punya ribuan pakar namun semuanya hampir tidak mampu memelayukan ilmu yg mereka ada dan lebih berbangga dengan bahasa yang lebih global..
bantahan berterusan
kembali semula kepada persoalan pengajaran bahasa inggeris dalam math dan sains di sekolah rendah.. walaupun statistik UPSR tidak menunjukkan apa2 permasalahan pada penerimaan murid2, namun yg harus diakui adalah bagaimana 90% pelajar cina masih memilih untuk menjawab dalam bahasa mandarin.. dan sekali lagi berbagai persatuan dan kumpulan memulakan siri bantahan terhadap kerajaan berkenaan dengan isu ini..
antara sebab utama bantahan mereka ialah keberkesanan sistem itu sendiri.. sejauh mana pengajaran dalam bahasa inggeris dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam dua subjek tersebut.. kelompok membantah menganggap para pelajar mendapat kesukaran dalam memahami bahasa soalan dan bukan kerna tidak boleh menjawab soalan.. keadaan ini lebih parah pada pelajar cina dan pelajar luar bandar.. soalan seterusnya ialah bagaimanakah kita mengukur prestasi mereka?
sejak zaman aku sekolah lagi pelajar cina dianggap jaguh dlm matematik.. malah terdapat trend sebilangan org melayu yg lebih memilih untuk menghantar anak2 mereka bersekolah di sekolah cina supaya anak mereka jadi lebih pandai terutama dalam matematik.. seorg rakan cina sekelas aku dulu pernah membuat tawaran mahu mengajar aku matematik dengan syarat aku mengajar dia membuat karangan yg baik dlm bahasa melayu.. ternyata method yg dia gunakan adalah berbeza dan aku perasan dia menyebut method itu dlm bahasa cina sebelum menterjemahkannya kepada aku.. walaupun pada permulaannya rasa nak pengsan sebab aku terpaksa memahami dan menterjemah ajaran dia, namun mmg aku mendapati ianya sangat efektif.. dia pernah menyebut bahawa matematik lebih mudah dipelajari dalam bahasa cina.. matematik itu adalah keperluan dalam budaya meniaga mereka.. bermakna mereka mempunyai teknologi dlm matematik kerna budaya meniaga dalam masyarakat mereka..
dari kelompok melayu pula, isu utama mereka ialah kedaulatan bahasa melayu.. tetapi ini juga menjadi sebahagian dari isu utama kelompok bukan melayu, yg melihat legasi bahasa asal mereka terhakis kerna keperluan bahasa inggeris dalam sistem pendidikan vernakular mereka.. aku sangat mengerti sentimen ini tetapi aku melihat satu perspektif yg tidak jelas.. apakah langkah2 yg akan dilakukan untuk memperkasakan kedaulatan bahasa kebangsaan ini jika penghapusan sistem ini hanya untuk mengadaptasi sistem lama yg tidak progresif berbanding kemajuan ilmu dan teknologi global.. soalan seterusnya ialah apakah sistem pendidikan yg akan kita gunapakai?
bahasa ilmu dan ilmuan bahasa
sistem penterjemahan kita masih jauh dalam mentafsirkan ilmu teknologi dengan berkesan.. penerbitan buku2 ilmiah masih hanya menjadi tanggungjawab universiti2 sahaja.. sangat kurang untuk mendapatkan buku2 ilmiah dalam bahasa melayu yg mencakupi berbagai bidang ilmu.. tidak banyak penerbit tempatan yang mampu menerbitkan buku2 teknologi dlm bahasa melayu.. jika ada pula penterjemahannya sangat lemah.. lihat saja terjemahan sarikata di televisyen yg dibuat seperti melepas batuk di tangga..
walaupun ramai yg bersikap skeptik tetapi aku mahu membawa kita melihat kepesatan penterjemahan buku di indonesia.. bahasa indonesia berevolusi dengan banyak terma2 baru yg lebih praktis.. mereka punya banyak buku yg diterjemahkan dalam bahasa indonesia mungkin kerana bahasa inggeris (atau dlm konteks indonesia, bahasa belanda) bukanlah dianggap bahasa kedua penting.. walaupun benar ramai org indonesia tidak mampu berbahasa inggeris dengan baik, malah kedengaran lebih indonesia ketika berbahasa inggeris, tetapi buku2 terjemahan mereka digunakan dengan meluas di alam melayu..
aku berpendapat untuk mampu mempunyai teknologi adalah perlu ilmu itu menjadi budaya.. kita masih difasa memahami ilmu, masih belum mampu menjadikan ilmu itu budaya, kerna memahami ilmu itu sendiri kita dalam konflik apa bahasa yg perlu kita gunakan.. mengadaptasi ilmu org lain ke dalam bahasa sendiri akan menyebabkan kekalutan pengistilahan.. ini pernah berlaku.. apabila adaptasi bahasa inggeris langsung ke dalam bahasa melayu akan dianggap melacurkan bahasa melayu itu sendiri maka bagaimanakah kita mahu menyelesaikan masalah ini? kebanyakan dari kita merasa lebih mudah memikulkan tanggungjawab tersebut kepada dewan bahasa sahaja.. lalu apakah yg kita bantah sekarang ini?
pada pendapat aku la... kalau nak perbaiki tahap bahasa inggeris... seharusnya pembelajaran matapelajaran BI tu yg diperkasakan... sbb BI ni bukan hanya utk bahasa teknologi, tapi bahasa guaman, ekonomi, sastera dsb... kalau nak repair tayar pancit, beli tayar baru atau ke kedai tayar.. jangan pulak nak godek2 steering atau aircond....Sbb yg nak dihasilkan nanti bukan org teknologi yg pintar berbahasa inggeris je... tapi peguam, ahli ekonomi, ahli politik, org seni etc... kene diversify sikitla utk memajukan negara di zaman mendatang yg mencabar... tak boleh atas teknologi aje... 'jangan letak semue telur anda dlm satu bakul aje'....
PSMI hanya gelombang riak air di permukaan.. dasar persoalan ialah bagaimana kita berprinsip..
lihat saja kelakar gapena bersikap laksana 'the sivaji' sedang dulu kuku tersisip telur tersentap..
teknologi bukan sekadar sains dan matematik.. ianya asas ketamadunan bangsa.. pendapat aku menguasai bahasa asing itu hanya medium untuk memahami ilmu.. menjunjung bahasa ibunda itu memahat budaya dan jatidiri..
arakian, memperkukuhkan bahasa melayu itu lebih afdhal dari memperkasa bahasa asing..