isu aqidah mazhab melayu

aneka rupa ketuanan melayu

umumnya org melayu risau psal ketuanan melayu nih sebab mereka rasa ketuanan melayu nih ada kena mengena dengan survival melayu dengan segala macam hak keistimewaan org melayu.. maksudnya kalo melayu dlm kesusahan makna kerajaan kena tolong lebih dari tolong bangsa lain.. maksudnya bangsa lain kena hormat bangsa melayu dan kerajaan kena beri perhatian pada org melayu.. maka kalo org melayu nih tenteram dan makmur maka tanah melayu nih pun akan tenteram dan makmur..

raja2 melayu bersahut pula mengukuhkan keistimewaan melayu dan institusi raja bukan sekadar wujud sebagai simbol tapi sebagai hak kuasa melayu di atas kuasa eksekutif yg dipilih rakyat.. makna kalo terjamin institusi beraja nih maka terjamin jualah kuasa org melayu di atas tanah melayu..

bila umno sebut ketuanan melayu maknanya dia rujuk pada kuasa politik melayu.. bagi umno kuasa politik melayu ialah umno sebab umno kata dia yg perjuangkan melayu dari zaman malayan union lagi.. maka ikut definisi umno, ketuanan melayu ialah umno.. pertahankan umno maka pertahankan ketuanan melayu..

maka sambut pkr pula, ketuanan melayu nih retorik umno untuk mengukuhkan kekuasaan.. nama saja tuan tapi hidup kelas ketiga.. maka pkr kata ketuanan melayu nih tak relevan sebab negara berbilang bangsa kena ada keadilan sosial.. hak sama rata atas semua kaum.. bila semua kaum rasa tak didiskriminasi maka org akan hormat melayu..

namun pas pula kata ketuanan melayu nih tak betul.. yg betul ialah ketuanan Islam.. perjuangan bangsa nih tak patut.. sebab yg patut ditegakkan ialah Islam bukan bangsa.. Islam nih syumul mempertahankan hak setiap manusia muslim dan kafir.. maka yg patut diperkukuhkan ialah Islam bukan ketuanan bangsa..

warna ketuanan melayu pada mata bukan melayu

wakil org cina, mca, gerakan dan dap, setuju sangat dgn pendapat pkr.. terlebih dap yg lebih elegan dgn laungan 'malaysian malaysia'nya sejak dari zaman pap lagi.. maka semua kaum mempunyai hak yg sama dan hak keistimewaan melayu tuh dah patut dimansuhkan.. tanpa diskriminasi kaum barulah perpaduan dapat direalisasikan.. baru negara jadi maju dan kuat..

parti2 kaum cina terlebih lagi menambah bahawa ketuanan melayu nih tak relevan sebab org melayu bukan tuan di tanah melayu kerana pada mereka dari segi pensejarahan moden dan sosio-ekonomi, yg memerdekakan dan membangunkan negara nih bukanlah melayu semata.. dan lagi org bukan melayu juga punya hak untuk bersuara dan bukan hanya menurut saja suara melayu..

wakil org india, mic, pula tak kata banyak sangat.. mungkin sebab masih merasa suara minoriti dlm majoriti.. tapi jika org cina dapat hak maka mereka berpendapat hak org india juga dah termaktub dalam perlembagaan.. maka itu suara mereka senada dengan wakil org cina..

sebagai tambahan, wakil cina dan india nih tak setuju dengan pendapat pas, sebab bagi mereka ketuanan melayu mahupun ketuanan Islam nih tetap mendiskriminasi hak mereka dan mereka berpendapat semua itu adalah satu kaedah menghapuskan identiti dan budaya mereka.. maka itu mereka lebih setuju konsep bangsa malaysia.. mereka rasa keadilan sosial tuh kena melampuai bangsa dan agama..

mazhab melayu

kembali pula kepada org melayu, maka semakin kabur pada mereka akan maksud ketuanan melayu nih apalagi menghadam keharusan wujud maksud ketuanan melayu.. akhirnya melayu berpecah mazhab.. ada yang memegang mazhab umno yg memegang melayu-Islam.. tak kurang yg memegang mazhab pkr yg berpaksikan keadilan sosial.. dan semakin ramai yg memegang mazhab pas yang berslogan 'Islam for all'..

dalam keadaan org melayu berpecah iqtikad dalam masalah siasah nih, org bukan melayu bersatu dibawah satu persefahaman bersama dan parti-partinya sudah senada seperti permintaan org2 yang mereka wakili dalam pru12..

pada pandangan kebanyakan pemerhati, isu ketuanan melayu nih yg kalah jadi abu dan yg menang jadi arang.. yg untung tukang bakar dan tukang perati.. tipikal org melayu bila dah berserabut dia akan buat tak tahu sebab malas nak pikir.. yg kemudiannya dia ikut ialah yg mana bersuara paling lantang dan tegas, maksudnya mana2 yg dapat memanipulasi hati dan perasaan mereka sahaja..

'aqidah' ketuanan melayu

hujung2nya, melayu tetap akan terus berperang sama sendiri mempertahankan 'aqidah' melayunya sedang yg jadi keutamaan dlm pembangunan ekonomi dan siasah tetap dijarah.. jika ada yg berkata lupakan dahulu soal 'aqidah' melayu dan perkasakan dulu kedudukan melayu, maka akan berkata salah seorg lagi, kalo 'aqidah' dah sesat, sudah barang tentu kesudahannya sesat sebab itu kena usut yg asas dulu..

begitulah kisah melayu dan ketuanannya.. bila nanti nasi sudah menjadi bubur, melayu akan merajuk mencari batu belah batu bertangkup, akhirnya kisah melayu umpama keris tamingsari yang tenggelam bersama buaya putih di sungai melaka.. menunggu terhantuk baru nak terngadah.. apa nama?.. takkan melayu hilang di dunia?

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008