
media is a very powerful tool.. maka bergantung bagaimana kita menggunakannya.. hatta jauh2 hari sebelum umno pandai menyebut kata merdeka, ramai pejuang kemerdekaan terdiri dari para pendidik dan wartawan.. kalau kita belum lupa, waima kesilapan KMM ketika mengambil kaedah cuba mempergunakan jepun di zaman perang dunia II untuk menguasai salah satu media yg besar ketika itu, Warta Malaya.. begitu juga penggunaan media digunakan sebagai alat perang saraf dan propaganda..

utusan mempunyai satu sejarah panjang dalam perjuangan kemerdekaan.. maka tak hairan kalo byk pihak mahu menguasainya.. sayangnya integriti media kebanggaan melayu ini mula terkikis dek kerakusan org melayu yg mahu menjajah bangsanya sendiri..

kita juga jadi lupa bagaimana al-Quran itu sendiri juga merupakan satu penyampai berita.. itupun tak kurang yg cuba memanipulasi demi kepentingan puak2 mereka sendiri.. bukan hanya pembangkang, pemerintah juga melakukannya.. malah bukan hanya di negara kita dan bukan hanya dikalangan org Islam..
persoalannya ialah bagaimana kita mahu menggunakan media yg semakin terbuka dan bersifat peribadi dalam era globalisasi ini? termasuklah blog2 seperti punyaku ini.. apa yg mahu kita sampaikan? apa yg mahu kita buat? apa yg mahu kita ubah?semuanya terpulang pada diri kita sendiri.. setiap yg kita fikir dan sampaikan itu akan tertimpa tanggungjawab besar..
aku mengambil jalan yg sederhana, jika kita mempertikaikan integriti info dalam lambakan maklumat yg kita ada sekarang ini, bermakna ini peluang untuk kita maju setahap lagi dalam ketamadunan.. kita harus menjadi pembaca yg lebih bijak.. bukan sekadar membaca, tetapi menelusuri kebenarannya dan menghadam dengan lebih baik..

kalau kita hanya sekadar mengeluh bermakna kita akan menciptakan bangsa yg penuh keluhan.. jika kita sekadar mencemuh, maka bangsa kita penuh kebencian.. jika kita berusaha lebih sedikit mencari kebenaran, maka insya-Allah tiada pembohongan yg boleh melepaskan diri tanpa merasa berdosa..
dan selanjutnya, kita dapat menciptakan satu bangsa yg lebih fokus dan mampu berbincang dengan lebih rasional.. kerna kebenaran itu bukan sentimen.. kalo kita emosi dalam memberi penjelasan, kita tak lebih seperti majalah picisan yg berlambak dalam pasaran..
perkara ini kalau diperhatikan memang ada kebenarannya
walaupun ramai orang kini lebih suka melayari internet untuk mencari berita-berita tetapi peranan media dalam masyarakat masih lagi besar
media alternatif pula kadang-kadang terlampau berusaha untuk seperti mewujudkan perpecahan