tips untuk suami - II


banyak silap lelaki melayu ialah masa baru2 kahwin terlampau2 manjakan isteri.. saat crucial dalam marriage ialah 3 tahun pertama.. macammana suami setkan halatuju rumahtangga dan sikap isteri..

kalau dari awal dah manja, hubby kena tanggungjawab handle manja tuh sampai bila2.. takleh laa bila wife dah selesa dlm keadaan tuh, hubby gie tukar pulak jadi tegas.. apalagi masa tuh keadaan pun dah tambah stress, dgn anak2 dan segala macam aktiviti rutin dia..

lain kalo mmg dari awal hubby dah tegas, dah set limit utk wife.. so wife dah terbiasa dengan limit tuh.. just in case kalau hubby dah ubah jadi lembut sikit lepas tuh tak masalah sangat.. malah lebih baik untuk redakan stress lain yang biasanya muncul later dalam marriage..

so untuk yang belum berumahtangga bolehlaa amik perhatian sket apa yang aku sebut.. bukan suh ikut bulat2.. lain padang lain belalang..

apa yang pompuan perlukan adalah rasa secure, tenang dan berharga.. ini yg hubby kena provide.. mmg tak boleh nak puaskan hati pompuan sebab diorg pun tak sure apa yang boleh puaskan hati diorg.. kita lelaki yang tahu.. tapi elok komunikasi..

bila sentuh komunikasi bukan aku suh lelaki bercakap saja.. nanti pompuan menyampah dan tuduh kita ego kerna dia kata lelaki nih rasa dia saja yang benar.. komunikasi yang penting ialah skil mendengar.. lelaki kena lebih banyak mendengar.. kena cari apa sebenarnya yg wife kita nak sampaikan.. sebab biasanya org pompuan nih susah nak cakap terus terang dan ada pulak susah nak explain apa dia rasa.. itu yang meleret2.. kita kata membebel.. tapi kita lupa bahawa tugas utama kita adalah mendengar..

kena paham satu benda.. bila lelaki ada masalah, biasanya kita akan duduk diam dan berfikir.. kalo takleh berpikir pun kita akan bertenang dalam diam.. kena paham pompuan lain.. bila diorg susah hati, diorg kena bercakap.. dia kena luahkan.. kalau dia tak luahkan hati dia serabut.. itu beza lelaki dan pompuan.. dan bila dia luah kita kena dengar betul2.. bagi perhatian.. jangan buat endah tak endah.. pompuan nih sensitif pada body language.. walaupun lelaki sebenarnya berkemampuan proses apa yg dia dengar tanpa melihat.. tapi nasihat aku, bila wife kita bercakap, pandang mata dia.. she will appreciate that very much..

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008