Melayu merdeka?

merdeka! merdeka! merdeka!

tiga kali merdeka.. kita dah dapat merdeka pertama.. negeri merdeka.. tugas kita belum selesai.. merdeka ekonomi.. merdeka diri..

setelah hampir 500 tahun kita dijajah.. tanah melayu merdeka dengan cara berkompromi.. membebaskan tanah melayu dari penjajahan dengan perjanjian.. supaya melayu ada negeri yang membolehkan melayu berkreatif dan berorganisasi.. negeri merdeka..

dalam mengecapi kebebasan dari belenggu ratusan tahun, kita bersukaria dan berpesta.. menikmati kemerdekaan negeri melayu.. setelah hampir 50 tahun, kita semakin bersedia untuk fasa kedua.. merdeka ekonomi..

untuk merdeka ekonomi kita perlu ada ilmu.. kalo dulu kita belajar camna nak urus kemerdekaan negeri, skrg waktu kita kena cari ilmu utk kemerdekaan ekonomi.. alhamdulillah dah makin ramai melayu napak benda nih..

untuk merdeka ekonomi, kita kena tukar mindset kita.. kebergantungan kita kepada duit.. duit nih macam dadah.. kita semua nih ketagih dadah.. contoh.. bila ada duit kita happy, biala takder duit kita murung dan moody.. kita ketagihan.. addicted to money..

ekonomi bukan hanya tentang duit.. duit nih hanya alat.. we need to see it beyond money.. mengapa kita perlukan duit? security of life? keselesaan? kemewahan? kita kena cari dan kaji dalam diri kita.. apa yg kita mahu.. mengapa kita perlu kaya.. apa matlamat kita?

tujuan kita kena jelas.. byk dari kita takder tujuan.. just live life as it is, pretending we doing something.. sebab tuh byk dari kita tak keluar dari roda hidup kita sekarang.. dimana kita berada dalam masa 5 tahun kedepan? be spesific on our target.. nak kaya? define kaya.. nak senang? define senang.. nak hidup selesa? define selesa..

kemudian kaji pula kelebihan dan kekurangan diri kita.. tanya diri sendiri, tanya org sekeliling kita, nak ambik nasihat dari astrology, numerology, palmistry, atau apa saja.. kenal diri kita sendiri.. don't predict your future.. know our own self, then we can create our own future.. byk kita tak sabar nak tahu masa depan sampai lupa nak hidup masa sekarang.. itu yang haram menilik nasib.. kita jadi mudah ignore present life..

bila dah terang ttg tujuan, dah kenal kekuatan dan kelemahan diri, apa yg kita suka dan apa yg kita tak suka, apa yg kita pandai, apa yang kita tak tahu dan apa yg kita mahu tahu.. kemudian kita kena cari penasihat.. kena cari pakar.. spiritual advisor, financial advisor, management advisor, stress advisor, etc.. buat plan utk diri kita.. long term plan.. 5 tahun ke depan.. short term plan.. setahun.. cari strategi yang berkesan buat diri kita.. penasihat nih tak semestinya org yg mesti hebat dan terkenal.. contoh, bapa kita leh jadi spiritual advisor atau pakcik kita yg buat bisnes leh jadi mentor kita utk buat financial plan.. cari sebanyak mungkin dan dapatkan idea dan pendapat sebanyak mungkin..

dah ada plan dan strategi, kena ada komitmen.. we must loyal to the process.. jangan cepat putus asa.. dah jatuh kena bangun lagi.. jadikan matlamat kita satu cita2 yang akan memotivasikan kita sentiasa.. kita kena jadi lebih baik dari diri kita sekarang.. kena konsisten dan tabah.. small word with big meaning..

kita melayu dah terbiasa dengar ttg keburukan diri kita.. segala yg tak baik ttg melayu.. malas, tikam-belakang, khianat, sombong, lembab, etc.. ini apa yg org lain cakap.. jadikan kelemahan itu satu kelebihan.. sebagai motivasi.. to double prove.. buktikan pada org dan buktikan pada diri sendiri.. kita melayu baru.. melayu merdeka.. kita kreatif, kita hebat, kita mampu..

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008