berangan nih tak salah.. yang salah ialah angan-angan tetap jadi angan-angan.. angan-angan kita kena evolusikan jadi cita-cita.. bila ada cita-cita ada matlamat.. angan-angan takder matlamat.. itu beza angan-angan dengan cita-cita.. cuma sayangnya byk melayu kata ada cita-cita tapi realitinya hanya ada angan-angan..
angan-angan nih cabang kreatif dari proses berfikir.. kita berangan maksudnya kita berfikir dengan otak kanan.. dan banyak dari kita terlalu letih lepas tuh hingga lupa guna otak kiri untuk cipta logik pada angan-angan.. aku panggil ini sindrom mat jenin..
masalah dengan mat jenin adalah kita jadi letih dan penat selepas proses berfikir.. bila dah letih kita tak mampu nak meneruskannya ke proses selanjutnya.. atau mungkin saja kerna terlalu banyak berfikir kita jadi lambat bertindak hingga orang lain realisasikan apa yang baru kita angan-angankan.. ini membezakan kita dengan mereka yang hebat.. proses kita terlalu perlahan..
banyak benda boleh kita kupas.. banyak teknik boleh kita guna untuk mempercepatkan proses kita tuh.. contohnya konsep spontan.. menggunakan minda separa sedar kita untuk buat quick decision.. kita semua berkebolehan untuk buat keputusan spontan tapi dalam keadaan normal kita takder drive untuk guna kelebihan kita tuh..
satu lagi ialah konsep visualisation.. ada pendapat mengatakan bahawa jika kita boleh membayangkan dengan jelas apa yang kita angan-angan tuh.. jelas kita leh nampak dalam minda kita.. insya-Allah akan tertanam dalam minda separa sedar kita dan jadi cita-cita tanpa kita sedari..
begitu juga dengan konsep flashing.. contohnya org nak kurus tampal gambar org bina badan atau tampal gambar model yang diorg idolakan.. tiap hari tengok makna kita flash dalam minda kita.. sebab tuh org melayu suka tampal ayat Quran kat dinding.. walaupun secara sedar kita tak baca tapi secara visual telah ditanam dalam minda kita.. cara ini byk mubaligh kafir guna.. kita tak sedar..
yang aku nak tekankan ialah teruskan angan-angan tapi jangan berhenti disitu.. cuba jadikan ia cita-cita.. walaupun angan-angan nih kadang2 kita rasa diluar logik kita, tapi setkan dalam minda kita bahawa ianya tak mustahil dan kita boleh mendapatkannya.. biar kita geram tak dapat..
geram tuh penting sebagai penguja.. untuk stabilkan adrenalin sentiasa pada tahap yang tinggi.. insya-Allah semangat kita tinggi.. cabar diri kita.. kalo boleh biar org gelak kat kita.. bila marah kita boleh melakukan sesuatu yang luar biasa.. gunakan tenaga itu secara positif.. and stay with the process.. jangan cepat sejuk.. kalo sejuk panas2kan balik..
Post a Comment