Melayu yang merdeka


adakah kita sudah merdeka dari penjajahan? mengapa kita nak jadi penjajah? adakah budaya mereka lebih seronok dari budaya kita? adakah budaya kita rigid?

bila sebut psal budaya.. kita akan banding budaya melayu dan budaya barat.. bila sebut psal Islam.. kita akan banding Islam Melayu dengan Islam Arab..

bangsa arab mewarisi budaya dimana Nabi saw dibesarkan.. bangsa melayu mewarisi agama dari datuk nenek kita.. kita jangan sentuh Islam hadhari.. kita sentuh praktis agama dan budaya kita skrg..

pahamkah kita dengan agama yg kita anut sekarang? pahamkah kita dengan budaya yang kita junjung sekarang? atau adakah kita sekadar ikut-ikutan? mana merdeka kita?

memerdekakan negara hanya permulaan.. setelah kita halau penjajah keluar selesai satu bahagian dan terbukalah bahagian yang lain.. merdeka jiwa, merdeka hati, dan pengisian.. bagaimana mengisi? ini proses yg akan mengambil masa yg sangat panjang dan memerlukan ketabahan yang sangat tinggi..

contoh kita masuk sekolah untuk apa? cari ilmu untuk apa? hujung2 kita hanya masuk sekolah kerna org lain juga sekolah.. kita tak mahu org kata kita bodoh sebab tak sekolah walaupun kita malas belajar dan jadi bodoh kat sekolah, tapi kita sekolah.. ada pulak yg tak paham akan makna ilmu, masuk sekolah dapat sijil macam2 tapi tetap tak jumpa jati diri, keliru, dan tak jadi diri kita yang sepatutnya.. kita capai matlamat tapi kita kembali keliru, itukah yg kita cari? salah sekolah? salah sistem? atau salah kita sendiri?

seperti juga kita mencari rezeki.. Tuhan kata rezeki dah sedia.. kita kena cari dimana rezeki kita.. kita usaha berdasar ilmu yg kita ada, berharap Tuhan menunjuk rahmat.. tak jumpa kita belajar lagi, kita cari lagi, kita cuba, kita usaha lagi.. hanya kita paham bahawa Tuhan yang beri kita rezeki.. rezeki murah kerna Tuhan memberi rahmat pada kita, bukan kerna diri kita.. bila kita paham maka datang syukur dan redha..

sama dengan merdeka.. kita kena paham erti merdeka.. apa hebatnya bangsa kita yang merdeka? samakah merdeka kita dengan merdeka bangsa penjajah? atau haruskah kita jadi seperti mereka, makan seperti mereka, berpakaian seperti mereka, berupa bentuk seperti mereka, supaya kita juga dianggap bangsa yang bertamadun, bangsa yang merdeka?

kita bangsa melayu merdeka dengan cara kita.. kita bangsa melayu punya jati diri kita sendiri.. punya budaya kita sendiri.. punya keperibadian sendiri.. menjunjung agama.. setia pada raja dan negara.. memelihara keluhuran perlembagaan dan mendaulatkan undang2.. dan bangsa yang penuh dengan kesopanan dan kesusilaan.. kita menjaga agama, kita memimpin, kita bertamadun dan kita berbudaya.. ini bangsa melayu yang merdeka..

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008