Antara taboo dan rasional

Posting: Pandangan Anda : Bertunang tapi TINGGAL SERUMAH
Oleh: maizana Quote:

Sepintas lalu... apa pendapat u all... bila seseorang tu bertunang kemudian mereka ni tinggal serumah?. Sejauh mana meraka dapat menjaga adap keduanya sebelum mereka nikah?.

Kalau berlaku begitu.. apa tanggapan masyarakat terhadap gadis atau teruna tersebut?. Dan ditakdirkan kedua2nya tak jadi kawinnnn...


ada dua pendapat bergantung kepada dua golongan masyarakat. pertama yang berpegang kuat pada nilai2 moral dan melihat sesuatu dalam pandangan jamak, yg kita kategorikan buat sementara waktu sebagai org kampung.. dan dua golongan yang lebih terdedah dan melihat moral dari perspektif yang lebih individu, yg kita sebut sebagai orang pekan..

orang kampung melihat pergaulan lelaki dan perempuan adalah ibarat minyak dan api.. kalo bertemu pasti berlaku kebakaran.. kerna itu adalah mustahil pada mereka tiada apa2 yang berlaku jika berdua2an.. jadi tanggapan mereka ini ialah mereka pasti sudah berhubungan badan.. dan jika tidak jadi berkahwin, terutamanya pada si perempuan akan dipandang rendah..

org pekan melihat berdasarkan peribadi.. jika pasangan tersebut memperlihatkan peribadi yang mantap dan matang, mereka boleh mempercayai bahawa pasangan tersebut boleh menjaga kesucian mereka berdua.. komuniti ini juga melihat dari segi praktikal, ekonomi, etc.. jadi tanggapan mereka bergantung pada kelakuan pasangan tersebut di depan publik.. sama ada jadi atau tidak mereka berkahwin..


Adakah dengan tinggal serumah masyarakat boleh kata dia menghampiri zina?.. is that fair?


ini juga bergantung kita melihatnya dari perspektif yang mana.. dari perspektif **agama, tak disangkal perbuatan itu menghampiri zina, dan kalau pun pasangan tersebut boleh mengawal diri bakal pula menimbulkan fitnah.. mudah jadi maksiat.. kerna itu ia dilarang.. keburukannya lebih banyak berbanding kebaikannya.. aturan agama lebih kepada langkah2 preventive..

persoalan adil atau tidak juga bergantung pada perspektif mana.. tidak adil mereka dilabel dgn perkataan tidak baik.. tetapi jika dibiarkan, tidak adil juga jika masyarakat sekeliling pula akan difitnah dengan kata2 membiarkan maksiat, tidak peka pada persekeliling, etc.. jadi untuk adil harus ada kompromi antara pasangan dan masyarakat.. tindakan satu pihak sahaja tidak akan dapat mengadilkan dua2 bahagian..


So.. what is your perception towards that couple... maksud i.. kalau kita dah dalam keadaan macam tu.. maka kita membenarkan orang lain memandang rendah pada kita.. macam tu ke?.


persepsi aku, semua org berdosa.. maksiat tetap maksiat.. kita takleh membenarkan sesuatu yang salah hanya kerna kita melihat rasionalnya.. tapi aku tidak melihat mereka lebih berdosa dari aku.. kalau aku dalam keadaan mereka, memandangkan lingkungan adalah melayu maka lebih baik aku menghindarinya.. untuk kebaikan semua.. jika aku terpaksa, aku akan cari rumah dalam lingkungan yang aku sebut *orang pekan.. kerana rasional mereka pasti sama dengan rasional aku.. jadi adil buat kedua2 pihak..

jika kita membuat maksiat atau dosa.. bukan pandangan org yang penting.. yg paling penting adalah kita dan Tuhan.. bila buat salah kita macammana pun akan rasa tak seronok.. sebab kita tak boleh tipu hati kita.. walaupun akal kita kata rasional tapi hati tetap tak tenang.. tandanya kita dekat dengan maksiat dan dosa..

wallahualam..


ps:
*orang pekan, bukan bermaksud org yg tinggal dipekan.. bukan juga hanya org melayu.. di kuala lumpur sendiri byk org kampung, berbilang bangsa.. yang paling mudah dikategorikan dengan orang pekan ialah orang yang pernah belajar di luar negeri, dimana mereka telah melihat dan mengalami sesuatu yang tidak pernah berlaku di tanah tumpah darahnya.. kerna itu persepsinya sedikit berbeza.. kerana mereka pernah mengalami atau melihat rasional, keperluan dan kemampuan terhadap keadaan taboo tersebut..

**kalaupun kita tidak melihat dari perspektif agama, tetap saja dari segi moral (dalam konteks malaysia) tinggal berdua sebelum menikah adalah sesuatu yang taboo.. kerna mengikut statistik pengalaman mereka hampir semua berakhir dengan sesuatu yang disesalkan.. dan sebagai komuniti yang memandang perempuan sebagai maruah keluarga, adalah menjadi tugas mereka mempertahankan atau melindungi perempuan dari lelaki yang sering gagal mengawal nafsu mereka..

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008