semua kerna cinta



kata seorg sahabat, "kunci untuk kebahagian dalam sesuatu perhubungan adalah saling memahami". namun dari pengalaman dan pemerhatian aku, memahami org lain adalah satu proses yg sangat panjang, melelahkan, sangat sukar dan hampir tidak mungkin. salah satu argumentasi aku adalah manusia adalah spesis yg sentiasa berevolusi. apa yg mereka paham hari ini mungkin saja tidak berkaitan sama sekali dgn apa yg akan mereka lakukan esok hari. setiap hari sentiasa akan ada pemahaman baru.

bayangkan dalam sebuah perhubungan, contohnya perkahwinan, sejauh manakah pasangan anda memahami prinsip dan pendirian anda? dan sejauh mana pula anda memahami cara dan emosi mereka? anda mungkin memahami beberapa perkara namun adakah anda boleh membuat generalisasi berpandukan satu pemahaman itu utk semua perkara yg berlaku?

kita kata kita benar, kerna kita betul2 yakin kita benar, dan kita pertahankan kebenaran kita. seringkali dalam mempertahankan kebenaran versi kita, kita membuat dinding batu yg kukuh dalam hati kita dan menolak semua versi lain yg tidak menyamai kebenaran kita. yg seringkali kita lupa, bahawa org lain juga beranggapan dan berkelakuan demikian. jika saling membina benteng kota utk mempertahankan diri, maka fikirkan semula apakah tujuan asal kita?

membuka diri adalah satu keadaan dimana kita memposisikan diri kita hanya untuk menerima. ini memerlukan keahlian mendengar. mendengar pula bukan mengambil informasi dan memproses mengikut logik kita. ini maksud tanpa prejudis. kita hanya mendengar dan menganggap apa yg kita dengar itu benar. mampukah kita menahan diri kita dari membuat tanggapan awal terhadap apa yg mahu disampaikan pada kita?

otak kita sendiri perlu masa untuk memproses maklumat baru. bila aku mendengar, aku akan posisikan diri aku sebagai org yg bercakap. memahami mengapa dia mengatakan perkara itu dan mengapa dia berpendapat begitu. menyelami pengalaman dan masa lalunya. sebagai dirinya, bukan aku. aku merasakan dgn cara ini aku mampu sekurang2nya menghormati apa yg mahu diperkatakannya tanpa prejudis.

begitu juga dalam perhubungan, seringkali kita tak mampu memahami apa yg mahu disampaikan, kerna kita sendiri kadangkala bersilat otak mencari patah kata yg lebih lembut atau yg lebih sesuai, yg menyebabkan tekanan dlm diri kita hingga terkeluar jua jurus2 yg tidak sepatutnya. memahami ini menyebabkan aku mengerti mengapa org2 yg aku cintai sering mengatakan sesuatu perkara lain sedangkan mereka mahu mengatakan sesuatu perkara yg lain.

memahami akan menjadi lebih mudah ketika kita menghormati. kita mungkin tidak memahami mengapa isteri kita sering menelefon kita setiap jam. mungkin kita rasa perkara itu berlaku kerna perasaan tidak percaya, namun mungkin saja ia berlaku kerana isteri kita sunyi dan rindukan kita. mungkin bukan cara kita utk sentiasa bersama isteri kita, namun kita juga harus menghormati sunyi yg dirasakannya.

dalam banyak situasi, kita akan mengambil inisiatif menjelaskan pada pasangan kita tentang apa yg dilakukannya dan mengapa. kita merasa adalah kewajiban kita untuk menerangkan apa yg benar dan apa yg salah. hingga kita terlupa bahawa dlm perhubungan bukan benar dan salah yg menjadi isu sebenar. yg peru kita perhatikan ialah adakah sesuatu yg berlaku itu membuat kita jadi lebih dekat atau menjauh?

katakan pasangan kita sangat mengasihi ibunya hingga kita jadi lebih sering menziarahi ibunya daripada ibu kita sendiri. kita benar dan dia juga benar. jika dia salah maka kita juga salah. apa yg perlu diperhatikan di sini adalah mengapa? adakah kita benar2 mengenali, jika tidak memahami, pasangan kita? latar belakangnya, sejarah hidupnya, kelakuannya ketika bersama kawan2nya, apa yg disukainya, trauma masa lalunya? berapa banyak 'kerja rumah' (homework) yg telah kita lakukan untuk mengenali dirinya?

ramai yg membuat kajian sebegini hanya untuk mencari kesalahan. tiada manusia tanpa dosa, yg kita cari bukan dosa org lain, tetapi memahami bagaimana dosa itu mengubah diri dan persekelilingannya. bukan mencari salah, tapi memahami mengapa kesilapan itu dilakukan dan apa hikmahnya.

yang biasa berlaku dlm sesuatu perhubungan ialah kita mahu pasangan kita memahami dan mengenali kita. kita beritahu, kita tunjuk, kita buat sesuatu untuk menyampaikan maksud kita. dan apabila sesuatu berlaku, kita hanya menekankan cara kita. sejauh mana kebenaran yg kita rasa benar itu? kita hanya mahu org lain paham kita.

aku dan isteriku sudah beberapa tahun tinggal berasingan kerana kerjaku. terlalu banyak yg kami korbankan untuk apa yg kami fahami sebagai harapan masa depan yg lebih baik. namun begitu banyak pula yg berlaku membuatkan kami lebih saling mengenali dan memahami antara satu sama lain. dan masih banyak lagi yg harus kami lakukan untuk menjadi lebih baik.

tidak mengapa kita tidak memahami pasangan kita, yg penting ialah kita menghormati cara mereka dan tidak bersikap prejudis. mungkin sesuatu yg tidak penting bagi kita itu merupakan perkara yang sangat penting baginya. mengapa kita perlu mengacuhkannya sedangkan perkara itu boleh membuat dia rasa lebih bahagia. ini yg dinamakan tolak ansur. bukan memberi ketika kita rasa ingin dan perlu memberi, tapi kerna memang itulah yg diinginkan dan diperlukan oleh org lain. mungkin kita akan sedikit rugi, namun mungkin rugi sedikit itu yg membolehkan kita mendapat keuntungan besar.

maka berkomunikasilah. bukan sekadar mendengar tiap butir perkataan yg keluar, malah harus juga mendengar bahasa tubuh dan mimik muka. 80% yg mahu diperkatakan itu diluahkan melalui bahasa tubuh, hanya 20% terungkap dgn kata2. tataplah matanya dan rasakan apa yg mahu dikatakannya. marah dalam sesuatu hubungan itu biasanya kerna kasih sayang bukan kerna benci.

ketika merasa kita mulai prejudis, tarik nafas dan hentikan (pause) diri kita. senyum dan katakan pada diri kita semua ini berlaku kerana cinta. cinta yg menuntut pengertian kita. bagaimana agaknya semua ini berlaku? mengapa kita berada bersamanya pada awalnya? kemana hilangnya rasa yg berbunga2 itu? adakah itu semua sudah tidak bermakna lagi? dan apakah harus kita melakukan dan merasakan apa yg kita buat dan rasa waktu itu? dan lakukan itu dengan cinta. semua kerana cinta.

About this entry

  1. shiro said...

    hi, like some your post. Nice perspective :)
    Keep it up!

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008