the power of influence




kita adalah org yg ada disekeliling kita. sama ada mereka dipengaruhi oleh kita atau kita dipengaruhi oleh mereka. apatah lagi jika sumber motivasi kita adalah eksternal (rujuk Am I wrong?: berbeza itu bukan suatu dosa). dan sekali lagi tidaklah merupakan suatu kesalahan jika kita dipengaruhi oleh persekelilingan kita, malah itu menunjukkan kita mempunyai toleransi yg tinggi untuk beradaptasi.

hanya saja kita perlu memastikan adakah pengaruh yg kita perolehi itu mempunyai kebaikan dalam meningkatkan kualiti diri kita. sabda Nabi saw, jika mahu menjadi org soleh maka bergaullah dgn orang soleh. bermakna kita harus membiarkan diri kita dipengaruhi oleh sahabat2 kita. dan jika kita merasa kita yg soleh, maka kita harus berupaya mempengaruhi sahabat2 kita, bukan sebaliknya. kerna itu kita harus mengenali diri kita sblm kita mengenali org2 yg ada disekeliling kita.

ketika duduk sarapan selepas riadah pagi, aku terbaca satu artikel yg menarik. ada 3 soalan yg harus kita tanyakan kepada diri kita untuk mengetahui sama ada kita mengenali pengaruh yg kita dapati dari persekelilingan kita.

soalan pertama ialah "who am I around?".. kita harus mengevaluasi pengaruh setiap individu yg ada di sekeliling kita. lihat keliling kita dan amati siapa yg mempunyai pengaruh terhadap kita.

soalan kedua ialah "what are these associations doing to me?".. ini soalan yg penting. bagaimana individu2 tadi mempengaruhi kelakuan, pertuturan, cara berfikir dan perasaan kita, sama ada secara positif mahupun negatif.

soalan ketiga ialah "is that okay?". adakah perkara2 yg mempengaruhi kita itu bermanfaat buat kita? mungkin ada yg positif dan mungkin ada yg negatif. setiap perkara itu, dengan caranya tersendiri, yg mengatur jalan hidup kita sama ada menuju tujuan mahupun melencongkan dan menghambat perjalanan kita.

dan di artikel itu menyebutkan bahawa ada 3 cara untuk kita mengendalikan pengaruh2 yg tidak kita ingini..

yg pertama, disassociate, bukan perkara yg mudah bagi kebanyakan org tetapi merupakan jalan paling cepat utk melepaskan diri dari pengaruh yg negatif. tinggalkan serta merta dan jauhi individu yg memudaratkan kita.

yg kedua, limited association, luangkan lebih banyak masa kita dalam pengaruh yg sihat dan luangkan hanya sedikit waktu untuk berasosiasi dgn pengaruh yg negatif. kaji keutamaan dan nilai diri kita.

yg ketiga, expanding your association, memerlukan kita untuk mencari lebih banyak lagi individu2 yg berjaya untuk kita habiskan masa bersama mereka. lebarkan pilihan kita utk cari individu yg boleh kita pelajari waima mengenai hal2 kecil dalam hidup. bergaul dgn mereka untuk mempelajari bagaimana mereka mengendalikan hidup mereka. ia akan menjadikan hidup kita lebih meriah dan menyeronokkan. dgn cara ini secara semulajadi kita akan mengurangkan hidup kita dari berada dalam lingkungan yg negatif.

sorg kawan aku pernah sebut, "kita nih umpama sekole air laut di tengah kolam air tawar, kolam tak masin dek kita, silap2 kita yg tawar. seketul taik cicak tak semestinya mengubah sebelanga susu tapi mampu mengubah persepsi kita terhadap susu tersebut." ;)


About this entry

  1. Roshilah said...

    Blog ini memang menjadi pilihan saya.... suka dengan mesej yang disampaikan.. terima kasih.

    Untuk lebih baik saya nak mencadangkan supaya usoPkuChai ni gunakan tanda bacaan yang betul seperti yang pernah kita belajar di sekolah... lebih mudah untuk membaca.

    Terima Kasih

  2. salaam..
    alhamdulillah jika ada kebaikan buat kak shila.. insya-Allah akan lebih berhati-hati, almaklum takder editor, biasanya tulis pun sekali lalu sahaja, nak guna istilah melayu sepenuhnya pun kadang-kadang keliru, risau tak sampai maksud. terima kasih atas teguran.

  3. Anonymous said...

    I have just added this post to twitter :)

  4. Roshilah said...

    Salam...

    usoPkuChai.... do I know you?

    TQ

  5. ur writing very interested!
    deep of the heart and the mind.

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008