"apa yg ente pening. rezeki itu dah ditetapkan oleh Allah swt di luh mahfudz"
yg bulat takkan datang menggolek, yg pipih takkan datang melayang, gerutu aku di dalam hati mendengar kata2 seorg sahabat yg berdarah separuh arab. kalau tak cari takkan dapat rezeki. begitulah pendapat aku sebelum ini.
sebenar perumpamaan ialah berkenaan hamba tapi zaman ini kita tak pernah kenal hamba hingga kita sendiri tak boleh nak paham akan maksud hamba yg sebenar. namun kita mudahkan sahaja begini, kita dgn anak2 kita.
kita contohkan.. rasa lapar tuh Tuhan yg kasi, kdg2 kita kerja sampai lupa makan sbb Tuhan tak kasi rasa lapar kat kita. bukan makna kita kenyang, perut tetap kosong tapi lupa bahawa kita sebenarnya lapar. bila lapar kita makan. kita tak lapar pun kdg2 kita makan sbb rasa nak makan. kdg2 pulak lapar tapi takde benda nak makan. maka kita pun cari benda yg boleh kita makan. ini usaha.
namun adakah makanan yg sebenarnya membuat kita rasa kenyang? kita makan sebab kita diajar bahawa makan akan menghilangkan lapar. tapi kdg2 kita makan pun tak kenyang2, alih2 kembung. jadi yg bagi kita rasa kenyang nih Tuhan. kalau kita potong ringkas jalan cerita, bila lapar doa minta kenyang kat Tuhan dah cukup. betul? belum tentu.
tapi Tuhan kata manusia kena makan. dgn makan nih baru kita tahu nikmat, baru kita ada rasa syukur. bila makan dgn syukur, kita tak makan lebih dan tak kurang. bila dah syukur pulak, kita tawakal saja bila lapar. tawakal bukan duduk saja tapi kena usaha. bukan bermakna usaha tuh yg buat kita dapat makan tapi usaha itu cara kita tawakal dan cara kita bersyukur. pening? bagus. maknanya sudah mula ada pemahaman.
kita pakai contoh anak2 kita. bila diorg lapar, diorg minta kat kita. anak2 kita nih percaya kat kita. dia tahu mmg kita sentiasa sediakan makanan utk dia. dia masuk dapur punggah almari dan selongkar peti sejuk. ini usaha yg dia tahu. bila dia tak jumpa apa2, dia akan berharap kita pulang cepat dan minta kat kita. ini doa yg dia tahu. kita pulang rumah, kasihan lihat anak lapar, kita beritau dia makanan ada kat mana, dan dia pun menikmati makanan tuh sambil duduk atas riba kita. ini syukur yg dia tahu. kita pun rasa gembira, peluk dan cium dia, serta bercita2 utk sediakan makanan yg lebih baik supaya anak kita tak kelaparan lagi. ini rahmat, iaitu kasih sayang yg anak2 kita harapkan.
maka bila anak2 kita buka peti sejuk dan ambil makanan, adakah dia dapat makanan itu dgn usaha dia? benar bahawa usaha dia cari tapi makanan itu kita yang sediakan. usaha kena ada. katakan mmg kita tak beli apa2 makanan dan peti ais itu kosong, adakah usaha anak kita yg tegar menyelongkar terus-menerus akan berhasil mendapatkan apa yg dia harapkan? maka apakah sebenarnya yg menyebabkan kita mendapat apa yg kita dapat?
bagaimana awalnya anak2 kita dapat menemukan makanan dalam peti ais? kita pergi ke kedai dgnnya, dia nampak sesuatu yg dia suka, dia minta kat kita. kita tak bagi semua yg dia mintak kan? hanya yg munasabah dan mmg dia perlukan. cuma kadang2 ada anak yg merengek2 nak jugak, bergantung pulalah pada kita sama ada waktu itu kita kasihan atau marah. ini kita perjelaskan lagi.
anak merengek depan kedai. ada dua kemungkinan yg akan kita lakukan.
satu, kita kasihan dgn dia. sebab anak kita jarang buat macam tuh, mungkin dia benar2 mahukan. anak kita selalu dengar cakap kita, kita suh belajar, dia periksa dapat nomor satu. kita nasihat, dia ikut cakap kita. maka jatuhlah kasih kita pada dia, maka kita pun bagi. tapi ini satu bahagian, mungkin juga kita bagi sebab kita marah dan kita dah malas nak layan. maka kita tak peduli benda yg dia mintak tuh sihat atau tidak, kita belikan saja, kalau jadi apa2 kat dia biar dia tau rasa.
dua, kita tak layan dan tetap tak bagi. tak bagi nih ada dua juga kemungkinan. sama ada kita tak bagi sebab kita marah kerna anak kita ada buat sesuatu yg kita tak berkenan atau kita tak bagi sebab kita tak mahu memudaratkan dia.
ini perumpamaan doa. sebelum kita berdoa kita kena mempersiapkan diri dulu. kaji balik keadaan kita, kalau kita byk dosa maka kena taubat dulu. sama macam anak kita, bila dia dah buat salah, dia mintak maaf kat kita, hati kita sejuk. bila hati kita sejuk, dia mintak apa pun kita kasi.
apalagi kalo anak kita suka sangat dgn apa yg kita bagi. padahal kdg2 kita tahu kita tak boleh belikan barang yg bagus2 seperti yg kawan2 dia ada, tapi dia mcm seronok sangat bila dapat. bila kita balik dari kerja, anak2 kita meloncat2 gembira macam sepuluh tahun tak jumpa. bukakan stokin kita. picit kaki kita. seronok tak? kdg2 kita saja yg curiga, nih mesti nak sesuatu.
anak aku yg bongsu selalu cium pipi aku dan kata sayang kat aku tanpa sebab. bila aku baring kat sofa, anak2 aku akan ikut baring keliling aku. bukan psal nak minta apa2, hanya kerna rindu, nak pegang tangan aku hanya utk merasa kasih sayang, dia usaha belajar nak dapat keputusan baik hanya semata2 nak aku rasa bangga, masuk sukan bawa balik hadiah hanya sebab nak bagi kat aku, dia tak bangga dia menang tapi dia bangga dapat buat aku bangga. dan aku selalu rasa malu memikirkan adakah aku mampu merindui rahmat Allah swt dan Nabi saw seperti itu? mampukah aku beribadah hanya semata2 ikhlas menyembah memberikan penghambaan?
kadang2 aku sampai malu nak meminta macam2 pada Tuhan, tapi meninggalkan doa itu tanda sombong pada Tuhan. padahal berulang2 kita menyebut "hanya kepada-Mu aku menyembah dan hanya kepada-Mu aku meminta pertolongan". bukan pada yg lain. kita anggap bila kita dah doa dan tak dapat itu bermakna Tuhan tanak kasi, padahal kita hanya kurang doa atau mungkin meminta sesuatu yg bukan hak kita dan dalam masa yg sama kita tidak mengendahkan sesuatu yg lebih besar yg telah Tuhan berikan pada kita.
kita kata kita dah buat macam2 tapi kenapa Tuhan tak kasi juga. kita nampak apa yg Tuhan tak kasi tapi kita buta pada beraneka nikmat lain yg telah Dia berikan. kita beribadah kerna kita mahu sesuatu daripada Tuhan sedangkan Tuhan memberi nikmat kepada kita tanpa perlukan balasan kita. Tuhan tidak perlu pada penyembahan kita, yg memerlukan penyembahan itu adalah kita sendiri, kita dicipta untuk menyembah-Nya.
maka bila Tuhan kata 'rezeki itu tetap', itu adalah janji. yg jadi rezki tertahan bila kita sendiri was2 dgn janji Tuhan. kita anggap kita yg bagi makan anak bini, sedangkan tanpa kudrat Tuhan, nak angkat jari kelingking pun kita tak boleh. kita jadi sombong. kita rasa pandai kerna kita belajar, tapi kita lupa bahawa Tuhan mampu menarik nikmat kepandaian itu hanya dgn sekelip mata dan kita menjadi lebih bodoh dari org2 yg kita anggap bodoh. nauzubillah.
usaha itu ibadah. ikhlaskan usaha kita tanpa menghitung2 imbalan yg patut kita dapatkan. kerna usaha kita bukan untuk mendapatkan imbalan tersebut melainkan sebagai cara untuk meraih rahmat dan redha Tuhan. Tuhan tidak pernah tidak adil kepada kita. apa pun yg diqada dan diqadarkan pada kita adalah perkara yg paling adil buat kita. jika merasa terlalu berat, panjatkanlah doa dgn tulus memohon belas kasihan kerna hanya doa yg mampu mengubah takdir.
maka salahkah kita berusaha mencari rezeki? bukan aku menidakkan kerna berusaha menafkahi keluarga adalah fardhu di atas fardhu. hanya menghalusi betapa mencari rezeki itu sebuah ibadah sebagai tanda syukur. berusaha sebagai satu cara menghambakan diri kepada-Nya. berusaha sebagai satu cara meraih redha-Nya. dan ketika kita mampu meraih rahmat-Nya, mudah2an ketika itu sempurnalah rezeki kita. menjadi lebih tenang menghadap-Nya. itulah maksud kita tak perlu mencari rezeki kerna yg sebenar2nya kita cari adalah rahmat dan redha-nya.
inilah pesanku kepada diriku sendiri.
wallahualam.
Bro,
Apa yg sahabat ente kata itu memang sahih bahawa rezeki telah ditetapkan dan setiap usaha kita tidak dapat menambah atau mengurang rezeki yg telah ditetapkan oleh Allah pd setiap makhluk ciptaanNya.
Yg menjadi masalah ialah makhluk ciptaanNya kurang atau tidak yakin akan ketetapan ini maka berusaha terlampau sungguh2 sehingga terkeluar dr batas2 syariat disebabkan tarikan kehidupan dunia yg penuh dgn hasutan hawa nafsu.
Ini memang fitrah manusia yg mendiami dunia kecuali mereka yg diberikan Allah hidayah bahwa akhirat adalah tempat kembali yg kekal abadi,mereka tenang menghadapi dugaan dunia walau rezeki yg ditetapkan nampak pd zahir tidak cukup tapi sebenarnya mencukupi pd pekiraan Allah.
Keyakinan inilah seharusnya diusahakan oleh setiap muslim dan apa yg perlu kita usahakan sungguh2 semasa hayat masih ada ialah bekal utk akhirat. Yg utama ialah amal ibadat kita yg akan dibawa bersama ke kubur dan 3 perkara lain yg bakal menyambung aliran pahala ialah 1.sumbangan yg memberi faedah spt masjid,sekolah dan wakaf 2.ilmu yg bermenafaat dan 3.anak yg soleh yg mendoakan kedua orang org tuanya.
Tetapi hidup kita di dunia ini byk tertumpu kpd mencari harta dunia yg byk orang kata cari rezeki kononnya utk keluarga dan utk beramal dgnnya, tapi lupa rezeki yg diberikan Allah itu dtg beserta dugaan kpd hawa nafsu yg ada dlm diri kita dan nafsu adalah tali barut iblis yg utama. Penyudahnya sibuk dgn mencari rezeki serta hanyut dgn dugaannya, amal ibadat yg pasti dibawa mati terabai. Amal ibadat yg dilakukan pun entah betul entah bida'ah.
Kenapa kehidupan yg sementara ini disia2kan dgn mengikut kehendak dunia; kesenangan dan kemewahan? Sebagai muslim kita kena ingat bahawa apabila kita takwa kpd Allah dan beramal dgn penuh yakin bahwa segala isi dunia akan tunduk dan dtg pd kita, ini adalah janji Allah dan janji Allah adalah tepat dan benar. Keyakinan inilah yg wajib dicari bukan rezeki! Wallahua'lam
bro am i wrong,
"rezeki itu datangnya dari Allah", apakah definasi rezeki yang datangnya dari Allah? rezeki ni macam2 tapi ada yang membuang rezeki Allah...rezeki anak orang buang anak, rezeki makanan orang buang makanan, rezeki duit orang buang duit...
jadi, adakah rezeki tu tak payah dicari atau kena berusaha ataupun dipersia-sia? apakah rezeki anak kita atau bini kita melalui kita?
usaha yang sebagaimana pulak untuk dapatkan rezeki macam bill gates dan usaha bagaimana pulak untuk dapat rezeki macam Khalifah Umar pulak...?
nampak gayanya banyak istilah-istilah yang menurut kontek bahasa melayu ni yang mengelirukan...rezeki Allah, Allah yang mengetahui...apa yang kita mampu buat cuma la beribadah dan menyembah padaNya sahaja...itu pemahaman gua la...cuba bayangkan kalau kedudukan kita dhaif giler, apakah kita boleh menyediakan apa yang anak2 dan isteri kita minta? hmmm...bila kita menyedari sebenarnya kita adalah nothing....
so redha dengan apa yang ada dan kita dapati...;-)
minda izami
Hi, I just popped in to say hello, great blog, congratulations!
You can visit mine if you feel like.
Cheers from Argentina!
Humberto.
www.humbertodib.blogspot.com