the power of influence




kita adalah org yg ada disekeliling kita. sama ada mereka dipengaruhi oleh kita atau kita dipengaruhi oleh mereka. apatah lagi jika sumber motivasi kita adalah eksternal (rujuk Am I wrong?: berbeza itu bukan suatu dosa). dan sekali lagi tidaklah merupakan suatu kesalahan jika kita dipengaruhi oleh persekelilingan kita, malah itu menunjukkan kita mempunyai toleransi yg tinggi untuk beradaptasi.

hanya saja kita perlu memastikan adakah pengaruh yg kita perolehi itu mempunyai kebaikan dalam meningkatkan kualiti diri kita. sabda Nabi saw, jika mahu menjadi org soleh maka bergaullah dgn orang soleh. bermakna kita harus membiarkan diri kita dipengaruhi oleh sahabat2 kita. dan jika kita merasa kita yg soleh, maka kita harus berupaya mempengaruhi sahabat2 kita, bukan sebaliknya. kerna itu kita harus mengenali diri kita sblm kita mengenali org2 yg ada disekeliling kita.

ketika duduk sarapan selepas riadah pagi, aku terbaca satu artikel yg menarik. ada 3 soalan yg harus kita tanyakan kepada diri kita untuk mengetahui sama ada kita mengenali pengaruh yg kita dapati dari persekelilingan kita.

soalan pertama ialah "who am I around?".. kita harus mengevaluasi pengaruh setiap individu yg ada di sekeliling kita. lihat keliling kita dan amati siapa yg mempunyai pengaruh terhadap kita.

soalan kedua ialah "what are these associations doing to me?".. ini soalan yg penting. bagaimana individu2 tadi mempengaruhi kelakuan, pertuturan, cara berfikir dan perasaan kita, sama ada secara positif mahupun negatif.

soalan ketiga ialah "is that okay?". adakah perkara2 yg mempengaruhi kita itu bermanfaat buat kita? mungkin ada yg positif dan mungkin ada yg negatif. setiap perkara itu, dengan caranya tersendiri, yg mengatur jalan hidup kita sama ada menuju tujuan mahupun melencongkan dan menghambat perjalanan kita.

dan di artikel itu menyebutkan bahawa ada 3 cara untuk kita mengendalikan pengaruh2 yg tidak kita ingini..

yg pertama, disassociate, bukan perkara yg mudah bagi kebanyakan org tetapi merupakan jalan paling cepat utk melepaskan diri dari pengaruh yg negatif. tinggalkan serta merta dan jauhi individu yg memudaratkan kita.

yg kedua, limited association, luangkan lebih banyak masa kita dalam pengaruh yg sihat dan luangkan hanya sedikit waktu untuk berasosiasi dgn pengaruh yg negatif. kaji keutamaan dan nilai diri kita.

yg ketiga, expanding your association, memerlukan kita untuk mencari lebih banyak lagi individu2 yg berjaya untuk kita habiskan masa bersama mereka. lebarkan pilihan kita utk cari individu yg boleh kita pelajari waima mengenai hal2 kecil dalam hidup. bergaul dgn mereka untuk mempelajari bagaimana mereka mengendalikan hidup mereka. ia akan menjadikan hidup kita lebih meriah dan menyeronokkan. dgn cara ini secara semulajadi kita akan mengurangkan hidup kita dari berada dalam lingkungan yg negatif.

sorg kawan aku pernah sebut, "kita nih umpama sekole air laut di tengah kolam air tawar, kolam tak masin dek kita, silap2 kita yg tawar. seketul taik cicak tak semestinya mengubah sebelanga susu tapi mampu mengubah persepsi kita terhadap susu tersebut." ;)


Read On 5 ulasan

kalau nak marah, marah jer..




aku rasa cam tak logik bila orang kata 'jangan marah'.. apahal lak takleh marah.. marah tuh semata2 nafsu ker? bila mmg ada benda yg tak betul, kenalah marah.. takkan tak marah? takkan tengok keluarga buat maksiat, kita tak boleh marah? tapi marah yg macammana?

org kata susah nak tengok aku marah.. bukan bermakna aku tak marah.. cuma bila aku marah aku diam.. kalau aku jerit2 dan buat2 sawan tuh belum marah lagi.. org maki aku pun aku boleh senyum, sbb mmg aku rasa aku tak patut marah, malah aku rasa kelakar kalo dengar org yg kononnya marah nih dok sebut benda yg tak kena mengena dgn apa yg sebenarnya berlaku..

apa benda yg namanya marah nih? lain org lain rasanya.. secara umum, bila marah, dada akan rasa berdebar2, jantung jadi laju, badan rasa menggeletar.. kalo kita pasan perkara yg sama berlaku bila kita rasa takut.. ada yg kata bila marah muka rasa panas, bila takut tengkuk rasa sejuk.. perhatikan perubahan fizikal pada kita bila kita rasa marah.. macammana rasa marah sebenarnya..

dan yang kita marah apa sebenarnya? kita marah org tuh ker atau marah kelakuan org tuh? bila kita marah org, mungkin itu sebab kita benci org tuh.. bila kita marah kerna benci org tuh, apa pun yg dia buat sama ada baik atau tidak tetap kita akan rasa marah.. tanya diri kita semula, kenapa kita benci org tuh?

kalau kita marahkan perangai org tuh, maka jangan benci.. tengok balik kenapa dia buat benda yg kita marah tuh? mungkin dia tak sengaja, mungkin juga dia takder jalan lain nak bagitau kita sesuatu.. kalau kita marah kelakuan dia, perlukah kita marah setiap benda yg dia buat? patutkah kita kaitkan apa saja yg dia buat dgn kelakuan dia yg kita marah tuh?

marah nih pada aku adalah sistem siaga (alert system) internal.. sama macam takut, sedih, sakit, ghairah, dsu. cara nak faham dan kenal diri kita.. bila marah pada sesuatu bermakna sesuatu itu tidak dipersetujui oleh keyakinan kita (belief system).. kenapa ini berlaku? mungkin saja kita perlukan sedikit penyelarasan semula dalam keyakinan kita. atau memang mungkin apa yg berlaku itu tidak patut berlaku dan kita harus meluruskannya kembali.

maka dengan wujudnya rasa marah, kita mengetahui akan apa tanggungjawab kita utk memperbaiki sesuatu yg tidak kita sukai. kita marah kerna kita tidak boleh melakukan sesuatu, maka gunakan energi marah itu utk memikirkan dan mencari kekuatan utk membuat perubahan menjadi lebih baik dan lebih berupaya.

apa yg biasanya terjadi ialah apabila kita marah kita hilang kendali. bila kita hilang kendali kita pun rasa bersalah dan buang rasa marah. sistem siaga internal merupakan suatu energi yg patut kita manfaatkan. bila marah, kendalikan kemarahan, bukan makna hilangkan, tapi biarkan rasa itu ada dan gunakan energi itu utk lakukan sesuatu yg lebih bermanfaat.

contohnya kita marah bila kawan kita tak sampai2 padahal kita dah menunggu dekat sejam. kita marah sebab kita rasa ditipu? atau marah sebab kita rasa membuang masa? atau sebab kita rasa bosan? apa pun, perhatikan keliling kita apa yg boleh kita perbuat ketika itu. cari alternatif bagaimana kita boleh menyalurkan energi marah itu dgn lebih positif dan efisien.

kalau org yg kita marah ada di depan mata dan kita merasa harus juga menyampaikan rasa hati kita, hentikan semua gerakan kita sebentar (pause).. kenali dulu energi marah kita.. jangan lepas kendali.. kerna kita yg harusnya mengendalikan energi itu bukan sebaliknya.. dan bercakap bila kita tahu apa yg mahu kita katakan dan lakukan bila kita benar2 sedar apa yg mahu kita lakukan. ingatlah bahawa kita harus menggunakan energi marah itu dgn berkesan jika tidak ia akan hanya membazirkan sumber daya (resource).

kadangkala kita tak boleh nak kendalikan energi nih kerna terlalu besar. maka kita kena kurangkan sikit sblm kita boleh guna dgn efisien. sama dgn makan, bila banyak sangat makanan, kita tak perlu habiskan semua, kita hanya perlu cari org lain dan bahagikan. macammana pula nak agihkan marah? ;)

antara cara pengagihan yg paling popular ialah kita buat org lain sama2 marah dgn kita. ini yg selalu kita buat, dan bila ada org lain marah sama, kita akan rasa berkurang rasa marah. hanya konsekuensinya berbeza, mungkin kita boleh kendalikan impaknya dan mungkin saja kita membuatkan sesuatu itu jadi lebih parah dan akhirnya menjadi boomerang pada kita semula.

Nabi saw dah ajar. ketika marah, kalau berdiri maka duduklah, jika duduk maka baringlah, jika baring maka bangunlah, bila rasa panas maka ambil wudhu'. ini untuk redakan sedikit. ada org pula bila marah dia jogging. ada yg amik cangkul atau parang dan mula menebas rumput. ada org pula bila marah dia mengemas rumah. ada pula tumbuk dinding dan hempas tv. pilihan sendiri yg sesuai masing2.

aku bukan kata lepaskan rasa marah, aku kata kendalikan rasa marah. bila kita dapat kendalikan energi tuh maka kita akan buat sesuatu yg lebih bermanfaat yg tidak akan menyebabkan kita menyesal pula selepas melakukannya. kita kata kita tak sengaja. sebenarnya mmg kita dah set dlm minda kita bila kita marah apa yg kita akan buat. ini maksud aku kendalikan, kerna jika kita hilang sedar ketika kita marah, maka bawah sedar kita akan memicu tindakan yg sudah awal2 lagi kita program sebelum itu.

selepas ini jika kita merasa marah, kita harus sedar bahawa kita marah. kita harus boleh bagitau diri kita sendiri bahawa "aku sedang marah". kita dapat rasakan energi marah itu. kita mampu salurkan energi itu mengikut kreativiti kita. dan kita berupaya melakukan sesuatu dgn lebih baik dlm keadaan sedar.

maka jika kita marah, kita harus marah dalam keadaan sedar. jangan sampai tak sedar bahawa kita marah, kerna nanti kita pun tak sedar apa yg kita lakukan. bila sedar setelah itu, ternyata kita dah bazirkan energi yg sangat berkuasa tinggi dengan melakukan sesuatu yg tidak berguna, dan setelah itu kita marah lagi pada diri kita pula, tak sedar lagi. berterusanlah kita menganiaya sumber daya yg Tuhan beri pada kita. kan membazir tuh kawan setan. ;)
Read On 0 ulasan

Malaysia sebagai pusat hiburan antarabangsa



"Malaysia jadi pusat hiburan malam?" wah wah wah.. semakin hebat idea 1Malaysia dlm merealisasikan 'Malaysia Truly Asia". rakan2 tanya pendapat aku. aku senyum saja. nak bagi suluh buat apa lagi untuk benda yg dah terang benderang. kan membazir. cuma aku terpesona dgn fenomena 'kebebasan suara' ala demokrasi. semua org nak bercakap dan memberi pendapat. mmg bagus tapi niatnya apa?

niat bukan hakikat. nak tegur org boleh tapi tegur kerna apa? benarkah kita menegur kerna amar maaruf nahi mungkar? atau kita nih menegur sebab nak org dengar dan puji pendapat kita? ini sama dgn aliran jaringan sosial seperti blog, facebook, twitter dan segala macam aplikasi teknologi maklumat di internet.

ambil contoh mudah, nak buat kembangkan industri hiburan malam. dah sah dah 99% maksiat. takyah sebut hadis atau petik ayat Quran, anak aku yg lima tahun pun tahu benda nih tak betul. yg kita nak sebut apa? nak bagitau benda nih tak betul ker atau nak bagitau kerajaan yg dok ada nih dah mula sawan lagi? yg dok ada bersepah2 kat bandar2 utama Malaysia selama nih pun kita tak terkata apa. kalau betul niat kita nahi mungkar, hentam laa hari2 pub, disko, kelab malam dan pusat karaoke yg dok ada skrg nih. paksa kerajaan tutup. realitinya aku yg aku perhatikan semuanya hampir penuh walaupun bukan malam minggu. belum lagi nak sebut kedai nombor ekor, kedai jual arak, dsb.

mungkin kata2 seorg sahabat aku petang tadi ada kebenarannya. kita nih salah fokus. kita cuba nak buat benda yg tak boleh kita buat dan lupa benda yg sepatutnya kita buat. pernah seorg sahabat mengatakan pada aku, "melakukan sesuatu dengan cara yg sama dan berharap mendapat hasil yg berbeza adalah kerja gila."

kita menulis dan bercakap nih bukan nak pamer jadi hero, yg kononnya kita mempertahankan kebenaran. kita buat untuk berkongsi apa yg kita ada, mudah2an menjadi kebaikan utk sesiapa yg membaca dan mendengar. kita nih apa yg nak dibanggakan? mati jadi tanah juga. tak lebih hina dari org lain dan tak lebih mulia dari org lain. kita hanya berjalan atas takdir kita yg telah ditentukan.

bagi aku cara nak ubah pemimpin jadi baik supaya rakyat jadi baik nih dah klise. yg patut kita ubah ialah rakyat. bila sekalian rakyat dah jadi baik sudah tentu pemimpin juga dipilih di kalangan yg baik2. selagi kita nih pun macam nih, pilih lah sapa pun akan tetap dapat pemimpin yg macam tuh jugak. cuma versi dan rupa jer yg lain.

bayangkan jika sekalian rakyat nih mmg dah ikut sunnah, terpacaklah kelab malam gah macammana pun, tetap akan kosong. bukan hanya tak masuk malah yg nak kerja pun tak ada. macammana kelab malam nih nak berniaga kalau takder org. lama2 dia tutup jugak. kalau rakyat tak ikut sunnah, mmg dia bangkang bila nak buat sebab bila dah ada dia tak mampu nak menolak godaan untuk turut sama bergabung. paling tidak tak mampu menahan diri dari mengumpat dan mencela.

ini yg kita kena fokus. pemimpin tuh kita nak dekat pun tak boleh, nak tegur macammana? kita pilihlah pemimpin2 yg boleh tegur pemimpin. selain dari itu bukan kerja kita dah. kerja kita ialah memperkasakan akar umbi. kerajaan tak buat aktiviti Islam, kita pakat2 laa sama2 anjur majlis2 ilmu. kita lah yg kena kenalkan dan glamourkan semula kaedah2 sunnah. ini kerja kita.

kalau kita nak jadikan negara Malaysia nih negara Islam yg bukan sekadar agama rasmi, kita lah yg kena menggulai dan mengolah untuk mempersiapkan rakyatnya. Tuhan firman Dia tidak akan ubah nasib sesuatu kaum, jika kaum itu tidak mahu mengubahnya. Tuhan kata kaum yg kena berubah, kerna bila kaum berubah maka pemimpinnya pun berubah. kalau kita dapat pemimpin soleh tapi diri kita tak soleh, kita akan tetap diposisi pembangkang. terlalu keraslah. takda tolak-ansurlah. ini dah berlaku dalam banyak revolusi Islam.

mari kita sama2 realisasikan ini. tegurlah pemimpin namun jangan buang masa banyak sangat sebab tak banyak yg boleh kita buat, malah lebih banyak manfaat jika kita fokuskan pada khalayak ramai. pemimpin itu hanya melayani. biar dia buat selama dia sanggup. kita didik dan tegur seramai mana yg kita boleh dlm masyarakat. Insya-Allah. pendapat aku laa.. ;)
Read On 0 ulasan

semua kerna cinta



kata seorg sahabat, "kunci untuk kebahagian dalam sesuatu perhubungan adalah saling memahami". namun dari pengalaman dan pemerhatian aku, memahami org lain adalah satu proses yg sangat panjang, melelahkan, sangat sukar dan hampir tidak mungkin. salah satu argumentasi aku adalah manusia adalah spesis yg sentiasa berevolusi. apa yg mereka paham hari ini mungkin saja tidak berkaitan sama sekali dgn apa yg akan mereka lakukan esok hari. setiap hari sentiasa akan ada pemahaman baru.

bayangkan dalam sebuah perhubungan, contohnya perkahwinan, sejauh manakah pasangan anda memahami prinsip dan pendirian anda? dan sejauh mana pula anda memahami cara dan emosi mereka? anda mungkin memahami beberapa perkara namun adakah anda boleh membuat generalisasi berpandukan satu pemahaman itu utk semua perkara yg berlaku?

kita kata kita benar, kerna kita betul2 yakin kita benar, dan kita pertahankan kebenaran kita. seringkali dalam mempertahankan kebenaran versi kita, kita membuat dinding batu yg kukuh dalam hati kita dan menolak semua versi lain yg tidak menyamai kebenaran kita. yg seringkali kita lupa, bahawa org lain juga beranggapan dan berkelakuan demikian. jika saling membina benteng kota utk mempertahankan diri, maka fikirkan semula apakah tujuan asal kita?

membuka diri adalah satu keadaan dimana kita memposisikan diri kita hanya untuk menerima. ini memerlukan keahlian mendengar. mendengar pula bukan mengambil informasi dan memproses mengikut logik kita. ini maksud tanpa prejudis. kita hanya mendengar dan menganggap apa yg kita dengar itu benar. mampukah kita menahan diri kita dari membuat tanggapan awal terhadap apa yg mahu disampaikan pada kita?

otak kita sendiri perlu masa untuk memproses maklumat baru. bila aku mendengar, aku akan posisikan diri aku sebagai org yg bercakap. memahami mengapa dia mengatakan perkara itu dan mengapa dia berpendapat begitu. menyelami pengalaman dan masa lalunya. sebagai dirinya, bukan aku. aku merasakan dgn cara ini aku mampu sekurang2nya menghormati apa yg mahu diperkatakannya tanpa prejudis.

begitu juga dalam perhubungan, seringkali kita tak mampu memahami apa yg mahu disampaikan, kerna kita sendiri kadangkala bersilat otak mencari patah kata yg lebih lembut atau yg lebih sesuai, yg menyebabkan tekanan dlm diri kita hingga terkeluar jua jurus2 yg tidak sepatutnya. memahami ini menyebabkan aku mengerti mengapa org2 yg aku cintai sering mengatakan sesuatu perkara lain sedangkan mereka mahu mengatakan sesuatu perkara yg lain.

memahami akan menjadi lebih mudah ketika kita menghormati. kita mungkin tidak memahami mengapa isteri kita sering menelefon kita setiap jam. mungkin kita rasa perkara itu berlaku kerna perasaan tidak percaya, namun mungkin saja ia berlaku kerana isteri kita sunyi dan rindukan kita. mungkin bukan cara kita utk sentiasa bersama isteri kita, namun kita juga harus menghormati sunyi yg dirasakannya.

dalam banyak situasi, kita akan mengambil inisiatif menjelaskan pada pasangan kita tentang apa yg dilakukannya dan mengapa. kita merasa adalah kewajiban kita untuk menerangkan apa yg benar dan apa yg salah. hingga kita terlupa bahawa dlm perhubungan bukan benar dan salah yg menjadi isu sebenar. yg peru kita perhatikan ialah adakah sesuatu yg berlaku itu membuat kita jadi lebih dekat atau menjauh?

katakan pasangan kita sangat mengasihi ibunya hingga kita jadi lebih sering menziarahi ibunya daripada ibu kita sendiri. kita benar dan dia juga benar. jika dia salah maka kita juga salah. apa yg perlu diperhatikan di sini adalah mengapa? adakah kita benar2 mengenali, jika tidak memahami, pasangan kita? latar belakangnya, sejarah hidupnya, kelakuannya ketika bersama kawan2nya, apa yg disukainya, trauma masa lalunya? berapa banyak 'kerja rumah' (homework) yg telah kita lakukan untuk mengenali dirinya?

ramai yg membuat kajian sebegini hanya untuk mencari kesalahan. tiada manusia tanpa dosa, yg kita cari bukan dosa org lain, tetapi memahami bagaimana dosa itu mengubah diri dan persekelilingannya. bukan mencari salah, tapi memahami mengapa kesilapan itu dilakukan dan apa hikmahnya.

yang biasa berlaku dlm sesuatu perhubungan ialah kita mahu pasangan kita memahami dan mengenali kita. kita beritahu, kita tunjuk, kita buat sesuatu untuk menyampaikan maksud kita. dan apabila sesuatu berlaku, kita hanya menekankan cara kita. sejauh mana kebenaran yg kita rasa benar itu? kita hanya mahu org lain paham kita.

aku dan isteriku sudah beberapa tahun tinggal berasingan kerana kerjaku. terlalu banyak yg kami korbankan untuk apa yg kami fahami sebagai harapan masa depan yg lebih baik. namun begitu banyak pula yg berlaku membuatkan kami lebih saling mengenali dan memahami antara satu sama lain. dan masih banyak lagi yg harus kami lakukan untuk menjadi lebih baik.

tidak mengapa kita tidak memahami pasangan kita, yg penting ialah kita menghormati cara mereka dan tidak bersikap prejudis. mungkin sesuatu yg tidak penting bagi kita itu merupakan perkara yang sangat penting baginya. mengapa kita perlu mengacuhkannya sedangkan perkara itu boleh membuat dia rasa lebih bahagia. ini yg dinamakan tolak ansur. bukan memberi ketika kita rasa ingin dan perlu memberi, tapi kerna memang itulah yg diinginkan dan diperlukan oleh org lain. mungkin kita akan sedikit rugi, namun mungkin rugi sedikit itu yg membolehkan kita mendapat keuntungan besar.

maka berkomunikasilah. bukan sekadar mendengar tiap butir perkataan yg keluar, malah harus juga mendengar bahasa tubuh dan mimik muka. 80% yg mahu diperkatakan itu diluahkan melalui bahasa tubuh, hanya 20% terungkap dgn kata2. tataplah matanya dan rasakan apa yg mahu dikatakannya. marah dalam sesuatu hubungan itu biasanya kerna kasih sayang bukan kerna benci.

ketika merasa kita mulai prejudis, tarik nafas dan hentikan (pause) diri kita. senyum dan katakan pada diri kita semua ini berlaku kerana cinta. cinta yg menuntut pengertian kita. bagaimana agaknya semua ini berlaku? mengapa kita berada bersamanya pada awalnya? kemana hilangnya rasa yg berbunga2 itu? adakah itu semua sudah tidak bermakna lagi? dan apakah harus kita melakukan dan merasakan apa yg kita buat dan rasa waktu itu? dan lakukan itu dengan cinta. semua kerana cinta.

Read On 1 ulasan

tak PENTING makanya jangan BACA




ada dua jenis penjual yg hampir tidak pernah tidak ada seorg pun dari kita yg tak pernah didatangi tanpa kita rasa serba-salah untuk dengar penerangan mereka; penjual insuran dan ahli jualan langsung. kalau anda tidak pernah didekati bermakna anda sangat tidak beruntung kerna berada di dalam senarai bukan prospek yang berpotensi. aku pun rimas bila dua jenis penjual ini mendekati dan berbaik2 dgn aku. ironinya, aku pernah bergabung aktif menjadi kedua2nya. ;)

aku menyertai kedua2 itu untuk belajar seni penjualan yg selama ini menjadi taboo pada diri aku. selama ini aku sering katakan pada diri aku bahawa aku tidak boleh buat jualan, dan hanya selesa dalam menguruskan sahaja. itu dia, bukan tidak mampu tapi tidak selesa. kerna pada hakikatnya setiap dari kita ada para penjual sama ada secara langsung atau tidak, sedar atau tidak.

satu perkara penting yg diajar padaku dlm kedua2 bidang yg sangat bersaing ini ialah 'closing technique'. sebaik apapun aku membuat pengenalan, hubungan dan penjelasan yg terkandung dlm proses induksi, semua itu tidak bermakna jika aku membuat 'closing' yg salah. ternyata ini tidak hanya berlaku dalam perniagaan, juga dalam kehidupan kita sehari2, terhadap org disekeliling kita, mahupun pada diri kita sendiri. apa maksud aku?

'closing' adalah satu bahagian yg pendek dan sangat penting. ketika aku menerangkan segala macam kebaikan dan keperluan tentang takaful atau barang kesihatan yg aku tawarkan, itu hanya 40% dari seluruh urusan perundingan. 60% kejayaan rundingan itu ditentukan oleh 'closing'. bagaimanakah melakukannya?

aku contohkan ketika membuat 'closing', kebanyakan penjual akan bertanya sama ada anda setuju membeli atau tidak. ini 'closing' yg salah. kerna memberi pilihan utk mengatakan 'tidak'. ketika kita memberi pilihan utk mengatakan 'tidak', 80% org akan berfikir utk berkata 'tidak'. walaupun kadangkala mereka gunakan perkataan 'nanti', 'fikir lagi', sebagai cara 'closing' pada kita pula.

ketika aku aktif dlm takaful, mentor aku kata beri mereka pilihan untuk bayar, bukan utk setuju atau tidak. contohnya, jangan kata "ok. encik setuju nak tandatangan?" tapi beri pilihan, "ok. encik nak bayar bulan2 atau nak bayar lumpsum setahun?" sambil hulurkan borang utk ditandatangan. ini adalah meta-program yg memaksakan minda mereka percaya bahawa mereka sudah bersetuju.

ini pun ada dalam Islam. bila kita buat sesuatu yg agak tidak sihat, tanyakan sama ada kita nak masuk syurga atau neraka.. tidak akan ada org memilih utk masuk neraka. ini 'closing' check-mate. kita takleh jawab selain dari jawapan yg kita mahukan. sama dgn ayat 'closing' yg diajar oleh upline mlm aku, "abang nak anak abang sakit ker atau abang nak keluar duit sikit demi kesihatan mereka?" ia sentiasa berkesan.

bagaimana pula dgn prospek yg banyak soalan dan pandai memberi alasan? jawapannya ialah buat otak dia keliru (confuse). ini teknik yg aku belajar bagaimana nak buat org yg susah fokus utk masuk ke kondisi 'trance'. make their brain confused. bila minda keliru, minda akan lepas kendali dan ketika itulah kita akan masukkan sugesti yg berupa ayat 'closing'. ini adalah salah satu dari teknik hypno-selling.

ini sama jika anak buah kita pandai menjawab bila kita nak minta tolong siapkan kerja. buat dia guna seluruh pancaindera dia ketika kita buat induksi, suruh dia bayangkan apa yg akan jadi, kemudian suruh beritahu apa kata org lain utk mencuit deria audionya, tepuk bahu dia, ketuk meja, dsu. aturkan suapaya kita menggunakan sekitar 6 hingga 8 rangsangan, dan ulang2.. mugnkin ayat lain atau cara lain tapi rangsangan yg sama. ketika kelihatan dia agak bingung, sama ada bingung memikirkan apa yg kita nak cakap atau apa pun tak kisah, tapi itulah masanya kita masukkan sugesti dan buat 'closing', "takyah pening, abang sign jer kat sini."

kalau kita perasan, inilah antara benda yg para penjual dok buat kat kita sampai kita yg awalnya tanak beli tiba2 jadi terbeli. bila diorg dah balik baru kita tepuk dahi kata, apsal aku beli benda nih. maka bila anda dapat rasa teknik nih sedang dilakukan, berhati2 apalagi ketika 'closing' sedang berlaku.

nih macam aku temberang kat kawan aku petang semalam, cara nak 'closing' awek. jangan tanya sama ada dia suka kat kita atau tidak, dia akan ada pilihan utk kata tidak. tapi beri pilihan yg jika dia pilih yg mana pun anda tetap dlm posisi 'menang'. contohnya, "awak nak jumpa saya makan tengahari atau makan malam?". jika dia bagi jawapan lain, maknanya induksi kita tak cukup mantap. kena ulang semula proses..

begitu juga bila kita berkomunikasi dgn keluarga dan diri kita sendiri. bila kita tak dapat apa yg kita mahukan bermakna 'closing' kita salah. takder kena mengena dgn sama ada mahu atau tidak. ini yg dilakukan oleh nafsu terhadap kita, kdg2 kita tak mahu pun jadi mahu sbb nafsu kita buat 'closing' yg sgt baik. maka kalau kita boleh kawal induksi dan 'closing' yg dilakukan oleh nafsu kita, insya-Allah kita yg buat 'closing' dan bukan kita yg di'closing'.

betul atau betul apa yg aku cakap nih? ;)


Read On 2 ulasan

ikhlas dengan izin



from topic tolong jawab oleh kursani » Sun Jul 11, 2010 11:33 pm

assamualaikum....

saya nk tanya smua klo ade kawan2 yg boleh bg pendapat.
1. seperti yang kte tau nk bt sesuatu mesti dengan keikhlasan tapi mcm ne nk dapt kn keikhlasan tu????
2. kalau kter bt sesuatu mesti dengan keizinan ALLAH.klo kter buat benda yang x elok tu macam ner adakah dengan keizinan ALLAH atau macam mner tu.saya xpaham la.boleh tolong terangkan x.

terima kasih.

reply from usoPkuChai » Wed Oct 20, 2010 3:04 am

salaam..
aku simpulkan soalan ko nih ttg ikhlas dan izin Allah swt.

bab ikhlas..
ikhlas tuh secara umumnya yg ramai kita faham ialah tak mengharapkan balasan. bila ko tanya camna nak dapat ikhlas, mudah saja, jangan harap balasan. ada sorg sahabat pernah bagitau aku,"bila org puji jangan rasa bangga, bila org hina jangan rasa marah, bila untung tak rasa riak, bila rugi tak rasa sedih." kalau boleh buat nih maka dapatlah ikhlas. soalnya pulak kalo tak harap balasan apa2 buat apa kita buat? soal aku pulak kalo nak harap balasan buat apa nak ikhlas?

bab izin Allah swt ada dua bahagian:

yg baik dari Allah swt, dan yg buruk itu dari manusia.
maksudnya pilih yg terbaik yg patut kita perbuat mengikut apa yg kita paham. Allah swt cipta syurga dan neraka. Allah swt bagi kita akal, maka kita pilihlah. nak makan saja pun kita pilih mana yg sedap ikut tekak kita. begitu juga dalam semua perkara lain. bila dah pilih, kena tanggungjawab, jgnlah pulak salahkah org lain, apalagi nak salahkan Allah swt. kan dah diberi pilihan..

yg baik dari Allah swt, dan yg buruk pun dari Allah swt.
maksudnya tawakal, ikhlaskan dan pasrahkan pada Allah swt atas semua hasil yg akan kita dapat dalam usaha kita. sebab mungkin masa tuh kita rasa buruk, namun kemudiannya baru kita faham bahawa yg kita rasa buruk itulah yg terbaik buat kita. mungkin makanan kita hari nih tak sedap atau mungkin kita tak sengaja terbuat khilaf, mungkin itu buruk dan dosa. dan mungkin juga buruk dan dosa itu yg membawa kita menjadi lebih dekat pada Allah swt.

pastuh ko tanya pulak kenapa Allah swt cipta manusia sedangkan Allah swt tidak memerlukan manusia?
dan soal ko lagi, mcmmana kita nak kenal diri sedangkan Allah swt tak mengenalkan diri-Nya?
dan terus ke soalan "siapa kita?"
ini semua soalan besar.. tapi ada jawapan..

aku pernah diceritakan berkenaan dgn Iblis, yg nama asalnya ialah Azazil. arakian alkisahnya satu hari Israfil as terlihat di luh mahfudz bahawa Allah swt telah mentakdirkan bahawa ada satu malaikat yg akan dilaknat. Menangislah Israfil dan bertanya2 kepada sekalian malaikat yg lain utk memastikan bahawa bukan dia yg akan dilaknat. maka akhirnya, para malaikat sekalian menemui Azazil kerna mengetahui bahawa doa Azazil yg paling makbul antara mereka. maka Azazil pun memohon pada Allah swt agar semua malaikat itu tidak akan dilaknat, namun Azazil terlupa akan dirinya. ketika Adam as diciptakan, ternyata Azazil yg tidak mahu tunduk menurut perintah Allah swt dan terlaknatlah ia.

begitu juga dgn kisah Adam as dan Hawa as ditakdirkan akhirnya memakan buah khuldi yg menjadi satu2nya larangan di dalam syurga. maka takdir terus berlaku hingga baginda diturunkan ke dunia dan beranak-pinaklah manusia hinggalah kepada kelahiran kita. begitu juga nanti akhirnya kita dimatikan dan dihidupkan kembali di alam akhirat.

manusia ini tiada daya dan upaya, waima menggerakkan jari kelingking pun kita bergantung pada kudrat Allah swt. jika hidup kita ini tiada makna apa2 mengapa pula kita jalani? jika kita beranggapan Allah swt mencipta sesuatu yg tidak diperlukannya itu sebagai pelik, kenapa pula kita ketika bangun tidur dan menyedari bahawa suatu hari nanti kita tetap akan mati, tapi kita jalani hidup? mengapa kita hidup kalau kita tahu kita akhirnya akan mati? ini kan dah jelas pada pengetahuan kita, takkan ada manusia hidup selama2nya, maka jangan bangun dari tempat kita berbaring, duduk saja dan pasrahkan. bolehkah? kalau nanti apa yg kita makan akan menjadi tahi akhirnya, jangan makan. bolehkah? kalau kita tahu dunia nih tak ada guna, jgn gerakkan apa2 pun bahagian tubuh kita. bolehkah?

perlakuan kita sendiri, usaha dan buat macam2 untuk hidup yg sementara padahal kita tahu akan mati juga akhirnya pun, kita tak boleh faham. bagaimana agaknya kita nak faham dgn mudah kenapa Allah swt cipta manusia sedangkan Allah swt tidak memerlukan bantuan manusia? sekurang2nya kita makan sebab lapar dan walaupun esok kita mati tapi skrg nih kita lapar, maka kita makan, tapi benarkah kita jadi kenyang sebab kita makan? jadi kalau kita kenyang bukan sebab makan, kenapa kita makan tadi? tapi kalau tak makan lapar pulak. ini bahagian faham yg paling mudah pun rasanya sukar nak faham, apatah lagi nak tulis nih pun susah sbnrnya. tapi kalau nak faham juga, maka fahamilah perlakuan kita sebagai manusia, jawapan itu Allah swt dah beri dan ada dalam diri kita sendiri, hanya saja kita tak nampak dan tak faham. bila kita faham itu maka kita sebagai manusia maka insya-Allah kita juga akan faham apa itu Tuhan.

wallahualam..
Read On 0 ulasan

buang tabiat?




"tabiat itu adalah kelakuan masa lalu."

serta merta aku teringat kata2 yg biasa aku dengar suatu waktu dahulu bila seseorang datang kepadaku dan bertanya bagaimana mahu mengubah tabiat dan kebiasaan buruknya. secara mudahnya, kebiasaan yg kita lakukan sekarang adalah hasil dari kelakuan kita yang telah berulang2 kita lakukan di masa lalu kita. bolehkah kita mengubahnya sekarang?

ada pendapat mengatakan jika tabiat itu dimulai sebulan yg lalu maka ia juga perlukan sebulan utk meninggalkannya. bagaimana pula jika setahun atau sepuluh tahun dulu? kecuali jika kita mampu memprogram ulang minda kita. dan ada satu pendapat menarik yg aku nak kongsi.

"membuat tabiat baru adalah lebih mudah daripada membuang tabiat lama."

masa aku selalu kerja malam, aku akan ada tabiat susah nak bangun pagi. walaupun malam tuh aku tak kerja dan tidur awal. bila anak aku mula sekolah dan aku kena hantar diorg pagi2, aku dapat tabiat baru, bangun pagi. budak tak sekolah pun aku bangun pagi. lepas subuh dah tak boleh nak tidur lagi.

dan aku ada satu lg tabiat yg aku tak suka, rasa nak makan waktu tengah malam. aku boleh pastikan peti ais dan laci makanan kosong, tapi aku akan mula simpan makanan semula selepas dua tiga hari. sungguh tidak kuat godaan aku ini ;) kemudian aku ganti dgn tabiat baru, minum kopi. [hold your thought! aku ganti dgn kopi sbb minum air kosong dan buah2an tak melegakan rasa kat tekak walaupun mengembungkan perut ;)] ianya berkesan tapi aku ada masalah dgn kopi sblm tidur pulak.. hehe.

"tabiat baru mampu mendominasi tabiat lama."

fikirkan begini.. terus melakukan tabiat kita sekarang bermakna kita mundur ke belakang hidup di masa lalu kita. bayangkan beberapa bulan atau tahun ke depan, kita mahu jadi kita yg bagaimana? bagaimana agaknya keadaan kita di masa depan? bagaimana agaknya karisma dan kebiasaan kita?

kalau takleh nak bayangkan diri sendiri, cari idola.. org macammana yg kita nak jadi esok, minggu depan, bulan depan, tahun depan, lima tahun lagi? kaji apa kebiasaan yg idola kita tuh lakukan sampai dia boleh jadi seperti diri dia yg kita idolakan itu.. tanam dalam hati bahawa jika kita nak jadi macam dia maknanya kita juga kena ada kebiasaan macam dia.. dan lakukan.. mula ciptakan diri kita yg baru dengan serta-merta..

"org melayu kata kalau buang tabiat maknanya dah dekat nak meninggal"

jangan fikirkan apa tabiat buruk yg kita nak tinggal atau buang. biarkan jer. yg penting kita kena fikirkan tabiat baru yg kita nak mulakan. setiap hari kita buat. mula2 sekejap2, kalau terhenti pun bila ingat buat balik. jgn fokus pada tabiat lama tetapi tekankan tabiat baru.

dalam mencipta tabiat baru, kita kena berterusan hingga kita mampu melakukannya tanpa perlu memikirkannya lagi. selagi belum jadi tabiat, cabar, pujuk, marah, takutkan, buat jadual utk diri kita sehingga ianya terprogram dgn mantap. matlamat kita nak jadikan diri kita lebih baik. dan lakukan terus dan terus lakukan dan lakukan terus...

Read On 0 ulasan

rezeki tak payah dicari?



"apa yg ente pening. rezeki itu dah ditetapkan oleh Allah swt di luh mahfudz"

yg bulat takkan datang menggolek, yg pipih takkan datang melayang, gerutu aku di dalam hati mendengar kata2 seorg sahabat yg berdarah separuh arab. kalau tak cari takkan dapat rezeki. begitulah pendapat aku sebelum ini.

sebenar perumpamaan ialah berkenaan hamba tapi zaman ini kita tak pernah kenal hamba hingga kita sendiri tak boleh nak paham akan maksud hamba yg sebenar. namun kita mudahkan sahaja begini, kita dgn anak2 kita.

kita contohkan.. rasa lapar tuh Tuhan yg kasi, kdg2 kita kerja sampai lupa makan sbb Tuhan tak kasi rasa lapar kat kita. bukan makna kita kenyang, perut tetap kosong tapi lupa bahawa kita sebenarnya lapar. bila lapar kita makan. kita tak lapar pun kdg2 kita makan sbb rasa nak makan. kdg2 pulak lapar tapi takde benda nak makan. maka kita pun cari benda yg boleh kita makan. ini usaha.

namun adakah makanan yg sebenarnya membuat kita rasa kenyang? kita makan sebab kita diajar bahawa makan akan menghilangkan lapar. tapi kdg2 kita makan pun tak kenyang2, alih2 kembung. jadi yg bagi kita rasa kenyang nih Tuhan. kalau kita potong ringkas jalan cerita, bila lapar doa minta kenyang kat Tuhan dah cukup. betul? belum tentu.

tapi Tuhan kata manusia kena makan. dgn makan nih baru kita tahu nikmat, baru kita ada rasa syukur. bila makan dgn syukur, kita tak makan lebih dan tak kurang. bila dah syukur pulak, kita tawakal saja bila lapar. tawakal bukan duduk saja tapi kena usaha. bukan bermakna usaha tuh yg buat kita dapat makan tapi usaha itu cara kita tawakal dan cara kita bersyukur. pening? bagus. maknanya sudah mula ada pemahaman.

kita pakai contoh anak2 kita. bila diorg lapar, diorg minta kat kita. anak2 kita nih percaya kat kita. dia tahu mmg kita sentiasa sediakan makanan utk dia. dia masuk dapur punggah almari dan selongkar peti sejuk. ini usaha yg dia tahu. bila dia tak jumpa apa2, dia akan berharap kita pulang cepat dan minta kat kita. ini doa yg dia tahu. kita pulang rumah, kasihan lihat anak lapar, kita beritau dia makanan ada kat mana, dan dia pun menikmati makanan tuh sambil duduk atas riba kita. ini syukur yg dia tahu. kita pun rasa gembira, peluk dan cium dia, serta bercita2 utk sediakan makanan yg lebih baik supaya anak kita tak kelaparan lagi. ini rahmat, iaitu kasih sayang yg anak2 kita harapkan.

maka bila anak2 kita buka peti sejuk dan ambil makanan, adakah dia dapat makanan itu dgn usaha dia? benar bahawa usaha dia cari tapi makanan itu kita yang sediakan. usaha kena ada. katakan mmg kita tak beli apa2 makanan dan peti ais itu kosong, adakah usaha anak kita yg tegar menyelongkar terus-menerus akan berhasil mendapatkan apa yg dia harapkan? maka apakah sebenarnya yg menyebabkan kita mendapat apa yg kita dapat?

bagaimana awalnya anak2 kita dapat menemukan makanan dalam peti ais? kita pergi ke kedai dgnnya, dia nampak sesuatu yg dia suka, dia minta kat kita. kita tak bagi semua yg dia mintak kan? hanya yg munasabah dan mmg dia perlukan. cuma kadang2 ada anak yg merengek2 nak jugak, bergantung pulalah pada kita sama ada waktu itu kita kasihan atau marah. ini kita perjelaskan lagi.

anak merengek depan kedai. ada dua kemungkinan yg akan kita lakukan.

satu, kita kasihan dgn dia. sebab anak kita jarang buat macam tuh, mungkin dia benar2 mahukan. anak kita selalu dengar cakap kita, kita suh belajar, dia periksa dapat nomor satu. kita nasihat, dia ikut cakap kita. maka jatuhlah kasih kita pada dia, maka kita pun bagi. tapi ini satu bahagian, mungkin juga kita bagi sebab kita marah dan kita dah malas nak layan. maka kita tak peduli benda yg dia mintak tuh sihat atau tidak, kita belikan saja, kalau jadi apa2 kat dia biar dia tau rasa.

dua, kita tak layan dan tetap tak bagi. tak bagi nih ada dua juga kemungkinan. sama ada kita tak bagi sebab kita marah kerna anak kita ada buat sesuatu yg kita tak berkenan atau kita tak bagi sebab kita tak mahu memudaratkan dia.

ini perumpamaan doa. sebelum kita berdoa kita kena mempersiapkan diri dulu. kaji balik keadaan kita, kalau kita byk dosa maka kena taubat dulu. sama macam anak kita, bila dia dah buat salah, dia mintak maaf kat kita, hati kita sejuk. bila hati kita sejuk, dia mintak apa pun kita kasi.

apalagi kalo anak kita suka sangat dgn apa yg kita bagi. padahal kdg2 kita tahu kita tak boleh belikan barang yg bagus2 seperti yg kawan2 dia ada, tapi dia mcm seronok sangat bila dapat. bila kita balik dari kerja, anak2 kita meloncat2 gembira macam sepuluh tahun tak jumpa. bukakan stokin kita. picit kaki kita. seronok tak? kdg2 kita saja yg curiga, nih mesti nak sesuatu.

anak aku yg bongsu selalu cium pipi aku dan kata sayang kat aku tanpa sebab. bila aku baring kat sofa, anak2 aku akan ikut baring keliling aku. bukan psal nak minta apa2, hanya kerna rindu, nak pegang tangan aku hanya utk merasa kasih sayang, dia usaha belajar nak dapat keputusan baik hanya semata2 nak aku rasa bangga, masuk sukan bawa balik hadiah hanya sebab nak bagi kat aku, dia tak bangga dia menang tapi dia bangga dapat buat aku bangga. dan aku selalu rasa malu memikirkan adakah aku mampu merindui rahmat Allah swt dan Nabi saw seperti itu? mampukah aku beribadah hanya semata2 ikhlas menyembah memberikan penghambaan?

kadang2 aku sampai malu nak meminta macam2 pada Tuhan, tapi meninggalkan doa itu tanda sombong pada Tuhan. padahal berulang2 kita menyebut "hanya kepada-Mu aku menyembah dan hanya kepada-Mu aku meminta pertolongan". bukan pada yg lain. kita anggap bila kita dah doa dan tak dapat itu bermakna Tuhan tanak kasi, padahal kita hanya kurang doa atau mungkin meminta sesuatu yg bukan hak kita dan dalam masa yg sama kita tidak mengendahkan sesuatu yg lebih besar yg telah Tuhan berikan pada kita.

kita kata kita dah buat macam2 tapi kenapa Tuhan tak kasi juga. kita nampak apa yg Tuhan tak kasi tapi kita buta pada beraneka nikmat lain yg telah Dia berikan. kita beribadah kerna kita mahu sesuatu daripada Tuhan sedangkan Tuhan memberi nikmat kepada kita tanpa perlukan balasan kita. Tuhan tidak perlu pada penyembahan kita, yg memerlukan penyembahan itu adalah kita sendiri, kita dicipta untuk menyembah-Nya.

maka bila Tuhan kata 'rezeki itu tetap', itu adalah janji. yg jadi rezki tertahan bila kita sendiri was2 dgn janji Tuhan. kita anggap kita yg bagi makan anak bini, sedangkan tanpa kudrat Tuhan, nak angkat jari kelingking pun kita tak boleh. kita jadi sombong. kita rasa pandai kerna kita belajar, tapi kita lupa bahawa Tuhan mampu menarik nikmat kepandaian itu hanya dgn sekelip mata dan kita menjadi lebih bodoh dari org2 yg kita anggap bodoh. nauzubillah.

usaha itu ibadah. ikhlaskan usaha kita tanpa menghitung2 imbalan yg patut kita dapatkan. kerna usaha kita bukan untuk mendapatkan imbalan tersebut melainkan sebagai cara untuk meraih rahmat dan redha Tuhan. Tuhan tidak pernah tidak adil kepada kita. apa pun yg diqada dan diqadarkan pada kita adalah perkara yg paling adil buat kita. jika merasa terlalu berat, panjatkanlah doa dgn tulus memohon belas kasihan kerna hanya doa yg mampu mengubah takdir.

maka salahkah kita berusaha mencari rezeki? bukan aku menidakkan kerna berusaha menafkahi keluarga adalah fardhu di atas fardhu. hanya menghalusi betapa mencari rezeki itu sebuah ibadah sebagai tanda syukur. berusaha sebagai satu cara menghambakan diri kepada-Nya. berusaha sebagai satu cara meraih redha-Nya. dan ketika kita mampu meraih rahmat-Nya, mudah2an ketika itu sempurnalah rezeki kita. menjadi lebih tenang menghadap-Nya. itulah maksud kita tak perlu mencari rezeki kerna yg sebenar2nya kita cari adalah rahmat dan redha-nya.

inilah pesanku kepada diriku sendiri.

wallahualam.


Read On 3 ulasan

half full or half empty?



"half full or half empty?"

dicelah2 kedinginan hujan lebat aku disodorkan sebuah gelas berisi air dengan sebuah persoalan klasik. dan jawapan klasiknya ialah tentang bagaimana cara kita melihat sesuatu. adakah kita melihat bahagian kosong yg perlu diisi atau melihat bahagian penuh yg perlu dimanfaatkan. bagi aku takda jawapan yg salah, hanya persepsi.

"it is full!" sahut seorg sahabat.

semua mata melirik ke arahnya dgn pandangan yg memohon penjelasan lanjut. sebuah jawapan dgn cara pandang yg agak berbeza dari biasa, menuntut tafsiran baru dan menyebabkan neuron2 otak perlu beradaptasi dgn logikal baru. sementara itu hanya wujud kondisi 'bingung', yg bermakna otak dlm kondisi 'memproses' pengetahuan baru.

"setiap ruang akan sentiasa terisi. tak pernah kosong. sepertinya tenaga tidak berkurang melainkan berubah 'bentuk'," dia memulakan siri penjelasan dari sudut pandangnya yg hampir sentiasa radikal.

ada logika dlm kata2nya. separuh penuh itu penuh dgn apa? dan separuh kosong itu kosong dari apa? jika konteks kita mengarah pada air, sungguh separuh penuh dari air dan separuh kosong dari air. namun bukankah yg separuh kosong itu berisi udara dan separuh penuh itu berisi air, maka kedua2 bahagian itu sememangnya penuh.

malah sambungnya, jika kita mengatakan separuh kosong itu kosong dari air, maka kita juga boleh menganggap separuh penuh itu juga kosong dari udara. andaikan kita berada di dalam air dan menggelepar mencari nafas, bukankah yg kita lihat dlm gelas itu separuh berisi udara dan separuh lagi kosong hanya terisi dari air yg tak dapat kita manfaatkan ketika itu.

arakian berlanjutanlah diskusi memanas mengganti isi dingin oleh hujan lebat. begitu jugalah dalam kita memandang hidup kita sendiri. kosong itu bukanlah bererti kosong dalam ertikata sebenar, kerana ruang kosong itu hanyalah terisi dgn perkara2 yg tidak dapat kita manfaatkan.

'setengah penuh' memahukan diri kita untuk melihat pada apa yg kita ada untuk dimanfaatkan dan berusaha mengisi 'setengah kosong'. dan 'setengah kosong' memaksakan diri kita melihat akan kekurangan dlm diri. 'penuh' memberi erti kita mempunyai potensi dalam kedua2 bahagian.

"dulu kita kata nomor 0 itu kosong, kita percaya sehingga kita mencipta kata sifar yg bermaksud benar2 kosong. adakah sifar itu benar2 kosong atau hanya kerna kita tidak tahu apa isinya maka kita kata sifar itulah kosong yg sebenar?"

tak lama dulu aku mengalami kesukaran utk fokus dan tidak mampu membebaskan diri aku dari berbagai suara dlm fikiran aku sehingga aku diajarkan bahawa mengosongkan fikiran itu bukan bermakna tidak berfikir apa2. malah ia membawa maksud tidak bereaksi pada apa yg ada dlm fikiran. hanya mengikuti sahaja apa yg ada dlm fikiran sehingga merasa tenang.

dlm kondisi menutup mata, jika terlihat gambaran maka pasrahkan gambaran itu seolah menonton wayang, fokus pada satu imej hingga ia selesai. jika terdengar sesuatu maka pasrahkan suara itu, jgn dijawab, hanya biarkan sehingga ia menghabiskan ayatnya. fokus pada bunyi nafas sendiri. intinya, minda kita tak pernah kosong, hanya saja kita sering mengabaikannya.

80% tubuh kita dikendalikan oleh minda bawah sedar. bermakna hanya 20% yg boleh kita kawal, atau dlm kata lain 'penuh'. sepertinya org putus cinta yg merasakan jiwanya kosong, adakah benar2 kosong atau kerna memorinya hanya penuh dgn nostalgia lama yg kini sudah tidak bermanfaat pada dirinya? istilah lain ialah sunyi dan sepi. bukankah damai itu juga sunyi dan aman itu sepi? apa konteks kita dlm menjenamakan istilah kita?

"live life to the fullest."

adakah bermakna kita harus mengisi hidup kita dgn perkara2 yg boleh kita nikmati? atau mungkinkah ia bermakna kita harus menikmati setiap perkara dlm hidup kita termasuklah yg ruang yg kita selama ini kita rasa kosong? ke arah manakah kita menjejerkan diskusi sebegini?

"syukur! itulah intinya," jawapan pendek sahabatku seraya menghirup kopi lampung yg masih berasap.

setiap manusia mempunyai potensi penuh dlm dirinya. hanya persoalan adakah dia mampu melihatnya sebagai potensi atau mengabaikannya sebagai sesuatu yg tidak bermanfaat padanya. buruk dan baik itu dari Tuhan. hanya kita meihat keburukan itu sebagai suatu sifat yg tidak mungkin diasosiasikan dgn sifat Tuhan, maka kita kata yg baik itu dari Tuhan dan yg buruk itu dari diri kita sendiri. adakah buruk pada pandangan kita itu benar2 suatu keburukan? mungkin saja yg kita anggap buruk itu adakah suatu kebaikan yg sebenar buat kita.

persepsi kita bergantung pada konteks kita. apa yg kita mahukan bukan selalunya apa yg kita perlukan. hanya cara bagaimana kita mengisi bahagian hidup yg kita anggap kosong.

"the glass is never empty."

rasanya aku perlukan secawan kopi lagi.
Read On 2 ulasan
 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008