politik meloya


"nih baru betul transformasi cara berpolitik org melayu," sengih kawan aku sambil memuncungkan bibirnya meminta pandanganku teralih pada berita besar surat khabar yg dipegangnya..

"berubah cara berpolitik tapi politiknya sama," sungguh benar roti canai itu rasanya tidak begitu menyelerakan berbanding ketika ianya masih panas..

"ko tengok roti canai nih.. ko uli lah cara mana sekalipun tetap org tau dia roti canai.. tetap bila dah sejuk tak sedap.. tetap yg buat jadi makanan ruji waktu pagi muka macam aku, ko dan diorg tuh.."

"tapi kalo kita letak telur dia jadi roti telur, letak sardin dia jadi roti sardin.."

"haah.. pastuh kalo letak gula kadang2 jadi roti bom kadang2 jadi roti tisu.. letak pulak kuah siap2 jadi pulak roti banjir.. apa kehe nye yop?"

"nih namanya politik roti canai.."

"ada dua meja panjang, sama2 order roti canai.. tapi tukang buat roti canai nih sorg jer.. jadi 2 org yg tukang amik order akan tunggu tepi meja yg tukang mencanai dan menggoreng.. sebab ada dua grup maka tukang goreng pun bagi laa satu sini satu sana.. sambil canai dan goreng lagi.."

"tiba2 yg tukang amik order nih amik roti canai dari pinggan yg satu lagi supaya konon cepat sikit order dia siap.. yg sorg nampak mula laa kecoh.. mula laa nak buat syarat dan ugut macam2.."

"tiba2 grup yg satu lagi tuh claim kata roti canai dia dah kurang dua pulak.. grup satu lagi kata takpa laa.. lain pulak bunyinya bila dia yg kena tadi.."

"aku pening laa ko bagi perumpamaan macam tuh.. cuba citer terang sket.."

"loya aku dengan politik melayu skrg nih.. ko ajelah yg citer.."

"aku pulak kena citer? amende nyer yg korg tak tahu lagi? kan semua dah terang dan jelas.. tak perlu meraba dan meraban lagi.."

"bila umno lompat pkr, meloncat2 org umno.. bila pkr konon nak lompat umno.. sengeh2 tok ketua umno kata ok2 saja, walaupun 2 org yg nak melompat nih takder background hebat macam 1 org yg mmg dah kompem melompat.."

"dulu masa tok ketua pkr kata org bn nak lompat ramai2 sampai boleh ambil alih parlimen dan dah siap sedia nak berarak ke putrajaya, ada dengar ura2 nak isytihar darurat.. konon masa tuh tok ketua pkr tak teruskan sebab tanak benda nih berlaku.. apa pun sebab dia lah.."

"tapi bila kecoh skrg nih org umno nak buat lompatan besar2an yg membolehkan perarakan umno semula ke bukit chandan, dah kuau dah konon nak isytihar bubar DUN.. apa cer?"

"elok gak kalo perak tuh jatuh semula tangan bn, sebab korg pasan tak komposisi dun perak tuh? kerajaan negeri ada 9 org melayu, 18 cina dan 4 india.. manakala pembangkang pula ada 27 melayu dan 1 india.."

( refer Analisis pru12 - Perak yg Menggelegak)

"maka kalo bn leh takeover dewan negeri bermakna perak akan solely ditadbir oleh melayu.. emm.. interesting scenario.. then kita leh tengok bagaimana kerajaan yg betul2 melayu boleh memperjuangkan org melayu"

"alaa.. kan ko sendiri yg penah sebut yg menukar kerajaan kat perak nih ialah bukan melayu.. sebab mereka bersekutu dan melayu menggerutu.."

"hehe.. kalo ikut aku lagi elok bubar jer dun tuh.. kalo idak kang penat.. ko tau jer laa.. bila umno lebih satu kerusi dia buat kerajaan.. dua bulan lepas tuh 1-2 org loncat balik ke pr.. buat balik kerajaan baru,. itu jer laa kerojenye org peghok.. asik nak menukor2 kerajaan.. apapun.. dah mmg aku jangka dari awal.."

"aku pun nak tengok jugak kelanjutan sandiwara nih.. kroje lain takder org melayu nih.. nih dah bubar dun ker blum?"


"kome makan jer roti pisang tuh.. apa diriuhkan rumah org.."

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008