a lesson from the royal perak circus


"dah jadi cam sarkas dah perak nih.."

"itu patut kawan kita yg menggencat nih yg komen.."

"kan aku dah kata aku tanak komen politik, tapi aku nak cakap jugak psal satu benda.. psal org melayu.. org melayu nih jadi tak tentu arah psal salah fokus.. kita nih suka fokus kat benda yg remeh-temeh.."

"ko tengok apa jadi kat perak, serabut.."

"serabut psal fokus kita tak tentu arah.. contoh perak, apa yg ko tengok?"

"ye laa.. nak sokong mana pun tak tahu.. sultan satu hal, speaker satu hal, umno, pas, pkr dah sah laa ribut, mufti dan ulama pun terheret sama.. semua nih buat org melayu jadi kompius.."

"kompius psal korang tengok benda yg tak penting.. macam gosip artis laa.. sana bercerai sini tuntut nafkah.. yg belum cerai pun tuntut nafkah.. cuma yg kita fokus ialah kekalutan.. kita fokus nak tengok siapa salah.. laki tak betul, bini tak patut.. tapi kita tak nampak semua nih menjurus bukan hanya pada institusi perkahwinan tetapi juga impak dari sistem syariah kita yg tak lengkap, yg boleh bagi hukum tapi gagal dalam melaksanakan.."

"itu tipikal melayu.. janji tau hukum, buat tuh citer lain.. diorg nak tau hukum jer.. nih halal nih haram.. tapi bila bab buat tuh bergantung individu.. contoh kes asb, kejap kuau fatwa harus, sekarang nih kecoh lak surat dari SC kata tak ikut syariah.. yg bestnya komen rata2 akan kata pikirlah apa yg patut anda buat.. kita tak ada firm stand.. kalo dah haram, kerajaan patut buat sesuatu.."

"bab halal-haram nih pun satu.. kita hanya implemen logo halal tapi yg haram pulak camna? yg ada cuma label non-halal, nih maksud non-halal apa? haram ker harus? patutnya kita label saja haram kalo benda tuh dah tak betul.. tapi kita berlembut kata non-syarie, non-halal.. apa kebende? saja nak wat org kompius?"

"macam perak.. tak kisah laa apa yg diorg buat tapi aku nampak kelemahan dalam sistem.. perlembagaan yg ada tak lengkap sebab tuh bertimpa2.. sultan ada prerogatif sendiri, speaker ada jurisdiction sendiri, karpal ada interpretasi sendiri.. yg betul yg mana? aku rasa semua betul.. yg tak betul ialah perlembagaan itu sendiri.. tak lengkap.. nih psal apa perlembagaan tak lengkap? psal org politik tak buat keje dia.."

"keje org politik nih kena gubal undang2.. banyak benda terutama yg berkait dengan Islam nih tak lengkap.. contohnya wasiat.. org Islam tertakluk pada akta faraidh, tapi camna dengan wasiat? hibah? nih semua tak jelas.. cara nak educate rakyat ialah dengan cara buat undang2.. rakyat ikut.. sebab tuh org melayu pandang mudah citer wasiat nih.. apa susah mati kang bagi ikut faraidh laa.. tapi akhirnya harta pusaka jadi harta puaka.."

"takaful pun masalah sama.. mmg akta kata bila mati hanya duit takaful yg tak freeze.. tapi penama tuh maksudnya apa? dah ada fatwa kata penama tuh hanya wasiyy.. hanya pentadbir harta.. maknanya duit takaful kena masuk balik dlm estate simati dan dibahagikan ikut faraidh.. makna penama bukan suka2 leh pakai.. ini hukum.. setakat nih hanya satu takaful jer yg aku tahu bagi pilihan untuk hibah.. tapi still serabut sebab takder akta yg jelas.. ini semua kerja org politik kena tengok benda2 macam nih.."

"sama gak dlm citer perak.. byk grey area.. kena perjelas lah.. ini kerja dewan negeri, kerja dewan rakyat.. bukan buang masa berbalah benda yg ntah hapa2.."

"sama juga macam deb.. semua org tahu deb gagal.. target 30% tapi achieve tak sampai 20%.. tapi adakah dengan cara buang kuota melayu dan buat tender terbuka mampu capai matlamat? kenapa kita set 30% ekuiti utk org melayu? saja2 nak bagi melayu kaya? kena paham apa Y-factor disebalik benda yg dibuat.."

"kita buat deb lepas 13 mei, sebab masa tuh pemimpin2 rasa kekacauan berlaku sebab tak ada keseimbangan ekonomi.. ini Y-factor-nya.. deb dibuat supaya wujud keseimbangan ekonomi antara bumiputera dan bukan-bumi.. kenapa perlu wujud keseimbangan? supaya bila org melayu nih rasa dia tidak ketinggalan maka rasa marah dan sikap prejudis akan mengurang.. dan diwaktu yg sama, golongan non-bumi yg mmg handal dlm meniaga nih akan jadi mentor org melayu.. grow together.."

"tapi apa yg jadi? undang2 kata kena ada kuota 30% pegangan melayu dlm syarikat malaysia.. non-bumi amik org melayu jadi pak pacak saja.. jadi alibaba.. dia bagi duit gaji dan suh duk diam2.. ini kelemahan sistem.. org melayu tak boleh bersaing bukan kerna kuota tapi non-bumi tak buat peranan yg sepatutnya.. yg jadi skrg nih, melayu yg berjaya kena jadi mentor melayu yg baru nak naik.. ini menyebabkan jurang prejudis jadi lebih besar.. semua org melayu berpendapat bahawa cina takkan ajar melayu meniaga, mana ada cina nak tolong melayu kalau dia tak untung.. akhirnya jurang antara melayu dan bukan melayu makin jauh.. api makin membara di dalam sekam.."

"kita tgok halal-hub.. kenapa kita buat benda nih? bagi aku Y-factor halal-hub nih supaya org melayu dapat penetrate global market.. tapi apa yg jadi? org bukan Islam nampak ini sebagai opportunity.. akhirnya diorg jugak yg control halal-hub.. melayu mana? so kita nak buat apa? hapuskan halal-hub? tengok balik statistik berapa banyak syarikat bumi yg dapat sijil halal? kenapa? sebab org melayu buat industri kecil2an, belakang rumah dsb.. mana boleh nak dapat sijil halal sebab tak boleh ikut syarat2.."

"sifir mudah.. kalo ditolong pun melayu tak dapat achieve target, apalagi kalo tak ditolong.. ini yg jadi kegusaran org melayu yg baru nak meniaga.. sebab mindset dia tau kalau kerajaan tak tolong, sapa yg nak tolong dia? dia kata cina lain, ada persatuan yg akan back-up dan tolong.. persatuan melayu hanya jadi elit group yg buat hubungan antara kelompok dia saja.."

(rujuk statistik dalam tajuk Peluang atau Tanggungjawab)

"ini yg kita kena fokus.. camna nak buat supaya industri kecil2an org melayu nih boleh dapat sijil halal dan seterusnya dapat dipasarkan.. ini yg patut jadi fokus kita.. kita tak pandai dalam marketing.. kena train org melayu.. kena promosi supaya org melayu jadi marketer yg bagus.. bukan takder.. berlambak2 org melayu dlm mlm ada pangkat macam2.. gold laa.. platinum laa.. diamond laa.. ini semua marketer melayu.. tapi kenapa produk melayu masih tidak boleh diangkat lebih tinggi

"jadi kat mana fokus kita? kalau nak hapus deb, apa Y-factor kita? adakah kita nak hapus deb sebab marah org2 umno saja yg dapat projek? sebab marah? kalo kita kata nak betulkan, kena fokus kat mana nak betulkan.. apa post-mortem kita? kita tanak melayu jadi bangsa subsidi, kenapa kita tanak? camna nak buat? macam nak pukul anak.. ada beza kita pukul masa kita marah dengan masa kita tak marah.. balik lagi pada Y-factor.. kenapa kita nak pukul anak kita? psal kita marah ker? atau psal kita nak mengajar? kena betulkan hati kita dulu, luruskan niat.."

"nak bubar ppsmi.. kenapa? masa buat dulu apa Y-factor-nya? kenapa majoriti org setuju dulu? adakah kita paham apa maksud che det masa tuh? atau kita main ikut saja? kita bubar nih psal apa? psal anak kita tak jadi makin pandai atau psal kita ikut2 saja? bak kata calon ketua pemuda.. nih aku quote bukan psal aku sokong umno tapi kita melihat perspektif.. dia kata priority kita apa? memperkukuh bangsa dulu atau perkukuh bahasa dulu? sejauh mana daulat bahasa kalo bangsa dipandang rendah? he got a point.. pastuh kita tengok pula pendapat gapena.. nih pun lepas 7 tahun baru pasan tak ikut perlembagaan, gapena 7 tahun dulu buat apa.. yg ini org pertikai.."

"again.. fokus kita kat mana? nak selesaikan masalah atau nak cari salah? kita sibuk dok citer gemilang melaka dan kedah lama.. apa Y-factor-nya? saja2 nak bagi semangat? atau saja2 nak sedapkan hati sendiri? aku rasa dah sampai masa kita buat sesuatu.. aku sendiri rasa kita tak boleh nak betulkan mindset semua melayu.. kalau tiap org boleh ubah mindset sorg melayu pun dah cukup.. kita betulkan fokus org melayu.."

"wahh.. lepas dendam betul ko.. tercabul gencatan.. hahaha"

"eh.. gencatan masih berlaku.. yg aku citer nih bukan citer politik.. citer politik nih macam gosip artis.. takder makna apa2.. semuanya hanya diversion saja.. yg aku cakap nih psal org melayu.. fokus kita kat mana?"

"ok ok.. minum kopi radix ko tuh.. kang sejuk.. hehe"

"kopi radix nih sejuk pun masih sedap.. halalan toyyiban.. dah rasa aiskrim radix?"

"blum commercial launch laa.."

"jadi ahli hpa, baru dapat test.. haha.."

"alaa.. ko pun tak sempat2 lagi nak gie pbc tuh kan?"

"woit! borang hpa mana? kata nak bagi.."

"ok ok.. minggu depan aku bagi.. tak sempat nak gie amik lagi.."

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008