juara kepulan awan


"pada suatu zaman yg tidak menentu, sang raja menjemput segala kampung yg bernaung di bawah jajahannya menyertai satu pertandingan konda-kondi sempena hari keputeraan jubli perak beliau.. juara akan menyandang gelaran juara kepulan awan dan dilantik menjadi pemain konda-kondi diraja.."

"nih apa da konda-kondi.."

"ko kena dengar citer nih betul2.. haa.. sambung.."

"ada satu kampung, kampung pinang tak berbatang, mmg punya pemain2 hebat.. nih dream team konda-kondi.. tapi masalahnya pemain2 hero nih berpecah pada dua kumpulan.. satu namanya, united-U dan front-R.."

"pasukan konda-kondi nih harus ada 30 org baru layak nak bertanding.. yg jadi masalah dlm kampung tuh hanya ada 59 org pemain sahaja.. yg jadi pening lagi juara bertahan kampung, united-U hanya ada 28 org pemain sahaja, maka yg layak nak bertanding ialah front-R yg ada 31.."

"sebenarnya takder masalah bagi grup united-U yg kaya-raya nih utk beli pemain2 dlm front-R nih.. cuma yg tuan NR, naib ketua pusat united-U yg mengurus pasukan kebangsaan nih tak suka dgn tuan TR sebab pimpinan pusat merasa kelembapan tuan TR nih la yg menyebabkan ramai pemain2 senior united-U dibuang padang pada kejohanan lepas.. jadi tuan NR tak mahu pulihkan team kampung united-U selagi tuan TR nih yg jadi pengurus.."

"dalam kesibukan tuan TR nih melobi pemain2 front-R, tuan NR menjalankan jarumnya mengacum pemain2 dalam united-U sendiri utk memberi tekanan kepada tuan TR.. begitulah hidup tuan TR mencucuk luka dicucuk luka.. depan dan belakang.."

"tapi dek kerana kejuaraan kepulan awan nih, maka dah jadi satu urgency pula kepada tuan NR, lebih2 lagi bulan seterusnya nanti ada pula kongres konda-kondi peringkat pusat anjuran united-U.. maka tuan NR nih kena buat sesuatu lebih cepat lagi.. ini munculnya faktor tuan NH.."

"di satu hari yg tenang, tiba2 pemain berkaliber united-U, tuan NH, mengumumkan menyertai pasukan front-R, maka gegak gempita segala negeri mengkhabarkan perihal tersebut.. disebalik senyum sengeh melebar pimpinan front-R, keadaan domestik united-U lain pula keadaannya.."

"desakan bertalu2 dari segala penjuru menimpakan lagi tangga ke atas tuan TR yg mmg sudah jatuh terduduk.. akhirnya tuan TR mengakui peletakan jawatannya sebagai pengurus pasukan kampung itu.."

"pucuk dicita ulam mendatang, dengan pantas tuan NR disebut sebagai pemangku pasukan konda-kondi pinang tak berbatang.. walaupun sedikit pelik kerana kebiasaannya wakil kampung jualah yg dipilih memangku pasukan kampung tapi harum tuan NR menutup kisah bagaimana pimpinan pusat pula yg mengurus pasukan kampung.. sudah tidak ada kerja lain gamaknya.."

"sejarum lolos, loloslah semuanya.. maka dengan gah sebagai pemangku, berlakulah apa yg sudah sepatutnya dari awal berlaku.. kehilangan 3 org pemain front-R mula menjadikan pengurus front-R, tuan NJ, gagap dan pimpinan pusat front-R, tuan AI pula semakin senget sengihnya.."

"tak semena2, pimpinan front-R mengatakan taklik pada 2 pemainnya yg mmg bermasalah sedari mula.. maka diminta olehnya persatuan konda-kondi negeri membatalkan lesen professional kedua2 pemain tersebut.. jurucakap persatuan negeri kata ok tapi majlis bertindak persatuan pula berkata tidak.. haru biru, kecoh kelih, caca marba jadinya.."

"melihat kekalutan itu, tuan NJ, mengusul pula kepada sang raja supaya semua kumpulan konda-kondi dalam kampung itu dibubarkan supaya boleh diwujudkan pula kumpulan yg baru yg lebih bebas dari celaru.. sang raja meminta tempoh.. sedang sibuk menyusun acara majlis tari menari agaknya.."

"ditebing sungai pula, united-U mengumumkan pada segala org2 kampung bahawa dia sudah punya pasukan yg cukup untuk mewakili kampung pinang tak berbatang untuk menyertai sayembara konda-kondi dan sangat optimis menjadi juara kepulan awan.. bersorak sorai segala marhaen menonton sandiwara tersebut.."

"maka selepas itu tuan NR pun menyapu duli menyembahkan barisan pasukan united-U nya yg anggun.. tuan NH kembali ke sangkak, dan 3 bekas pemain front-R juga sudah mengikat kontrak sebagai pemain bebas bersama united-U.. berkenanlah sang raja dan menyuruh pula dia front-R membatalkan permohonan menjadi wakil kampung pinang tak berbatang.."

"dengan rengus geram tuan NR tiadalah mahu mengaku titah.. dianggaplaa segala org kampung bahawa menyanggah adatlah dia.. manakan ada melayu derhaka.."

"begitulah kisah sayembara konda-kondi.. yg menang menggapai awan, yg kalah menangisi hujan.. bagaimanakah agaknya kesudahan front-R sedang semuanya ini adalah sebahagian sandiwara dalaman united-U sendiri.. org kampung masih teruja namun apalah makna.."

"wuih.. politik konda-kondi.."




About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008