Israel lebih jahat dari Nazi


BAHAGIAN SATU

khuzz

Kekejaman berlaku didepan mata 1.5 BILLION umat Islam....


hairi

Begitulah.. Yahud wan Nasoro berkali-kali disebut dalam Alquran sbg musuh orang islam, kalau Pemimpin Islam taknak ikut Quran dan terus hidup bergantung dgn Yahud wan Nasoro maka janganlah kita harapkan apa-apa perubahan, kekejaman akan terus berlaku tengoklah selang beberapa bulan atau setahun dua mesti jadi lagi dan ketika itu kita akan kembali dgn resolusi lapuk Boikot produk Amerika.


boonchert

what else shud we do? idea plsss..


hairi

Nabi s.a.w. dah bagi solution utk permasalahan yang serupa, tanpa menyemarakkan konflik.


boonchert

itulaa yg aku tanya supaya dapat saling mengingatkan.. silakan tuan..


hairi

Ustaz aku cakap kita takleh lawan orang pakai lastik kalau orang pakai senapang, seterusnya dia cakap kalau musuh pakai bom kita pun kena pakai bom. Tapi musuh kita dah semakin advance, diorang sekarang pakai Mouse je payah nak lawan tu. Maka kalau kita andaikan situasi di Palestine sama seperti tempoh kesukaran para Sahabat semasa di Mekah dulu Nabi s.a.w suruh sebahagian Sahabat berhijrah ke Abyssinia (present day Ethiopia) walaupun Kingnya Kristian tapi dikenali sebagai orang yang baik. Nabi kita sendiri kemudiannya berhijrah bersama remaining Sahabat ke Madinah. Selepas islam berkembang dan tentera islam menjadi dominant di Benua Arab, Nabi s.a.w tetap mengelakkan peperangan. Perjanjian Hudaibiyah merupakan 1 contoh resolusi tanpa konflik. Perjanjian dgn minoriti Kristian Najran pun tanpa konflik jugak.


yusri

Betul tu Joe,

Dah tahu hanya mouse, kenapa berdegil nak lawan pakai lastik...ingat burung kedidi ka Israel tu... Kena ambil iktibar sejarah Rasulullah Hijrah ke Madinah,,,,setiap tahun sambut tp tetap pengajaran tak ambil....susah n degil....mati al katak la....


boonchert

sori bro.. then what r u suggesting?
org2 palestine kena hijrah ke syria dan lebanon?
or org2 palestin kena hijrah ke amerika?
or what?


hairi

Kalau kita tengok Geraf Perubahan Peta Palestine dari 1947 sampai sekarang, kita boleh buat kesimpulan Palestine tu dah tak dapat nak diselamatkan lagi. Lebih baik saki-baki orang Palestine di offer oleh OIC tempat baru - semua negara OIC boleh share the burden for example Malaysia boleh absorb maybe 5,000 orang Palestine kita bukak 1 Bandar Baru khas utk diorang bagi tanah, duit & apa2 yang patut utk memulakan kehidupan baru. Negara besar dan kaya cam Saudi maybe boleh adopt 50,000 lagipun kan tanah diorang tu banyak lagi yang kosong tak pakai. Kalau taknak lepaskan Gaza jugak, biarlah para Pejuang je duduk situ - wanita, kanak2 & warga tua seeloknya keluar jadi takde la Sekolah, Hospital kena bom.


boonchert

interesting point of view..
tapi sepertinya nanti akan jadi seperti masalah pelarian lain di seluruh dunia..
kita yg mmg warga pun byk masalah nak dapat tanah apalagi nak nak bagi tanah kat pelarian..
dan lagi bukankah itu memberi ruang utk israel membedil sehebat2nya padang jarak padang tekukur?
bagaimana pendapat tuan?


hairi

Kalau OIC tu betul2 functional insyaAllah tak jadi masalah pelarian. Para Sahabat yang berhijrah ke Madinah dulu tak jadi pelarian kerana formula kasih sayang yang digunakan oleh Nabi s.a.w. menghasilkan perkongsian harta walaupun para Sahabat datang berhijrah sehelai sepinggang mereka tak jadi Pelarian. Isu warga sendiri ramai belum dapat tanah tu kesan dari korupsi pihak yang memerintah, kalau aku yang memerintah korang semua tak perlu beli tanah utk buat rumah, tak perlu beli tanah utk berusaha samada nak bertani, nak buat kolam ikan atau nak bela ayam cam Mat Yus, semuanya mudah tuan-tuan yang buat susah tu bila manusia yang mementingkan diri sendiri dibiarkan berkuasa. Isu ke2 sapa pukul sapa tu dah lumrah alam, kalau kita lemah orang akan buli kita. Ni 1 lagi kesilapan negara2 islam kerana terlalu bergantung kpd orang putih, rokok nak kena Marlboro, jeans nak kena Levi's. Tapi takpe, dgn kesedaran insyaAllah kita boleh buat perubahan.


boonchert

pokok yg paling asas ialah kesatuan, ekonomi nomor dua..
masjid quba dulu baru pasar ansar kendian baru piagam madinah.. tak gitu?
hanya saja skrg nih berlambak2 piagam kerajaan tapi masjid kosong..

mmg masalah zaman ini adalah pemimpin, aka khalifah..
kita takder khalifah atau yg benar boleh dianggap pemimpin..
kalau dulu kita mendengar betapa sederhananya Umar al-Khattab ra yg hebat..
hingga apabila beliau mendatangi tanah palestin, org2 sampai tersalah anggap..
namun skrg, bukan sekadar kenderaan mereka perlu didahulukan..
malah dalam kongres bersama makan juga berkasta..
tiada mahu yg digelar pemimpin mencemar duli beratur bersama rakyat..
tak perlulah bercerita tentang mahal baju dari bantuan yg diberi pada org kampung..

tapi benarkah kepimpinan merupakan masalah umat Islam terkini?
atau mmg sebenarnya umat Islam keseluruhannya adalah ignorant?


herri

Memang kepimpinan yang sedia ada pun bermasalah dan umat islam itu sendiri pun adalah ignorant...


boonchert

dun tell me the blame game again..



BAHAGIAN DUA

abu

umat islam mmg ramai, tp tiada kekuatan. nabi dh crite dulu lg perkara ni, ramainye org islam cam buih d lautan. unless ada leader br dtg kekuatan. sape nk jd leader angkat tangan...


boonchert

kekuatan wujud bila ada perpaduan.. perpaduan terbina dari persamaan matlamat..
bila matlamat tak jelas, perpaduan hanya dogma dan kekuatan itu sekadar retorik..


herri

Itulah umat islam zaman sekarang, umpama buih...


boonchert

i believe there is something we can do beside whining


fauzi

Setuju tuh (abu)...sebab tu kena tunggu Imam Mahadi datang, tak tau bile tu...Wallahu'alam


boonchert

err.. maksud ko kita skrg nih hanya perlu menunggu pemimpin besar utk lawan yahudi.. selagi pemimpin besar kita nih tak turun, maka kita takkan dapat kumpul kekuatan? kalau begitu mungkin cadangan bro hairi boleh digunapakai.. sementara kita menunggu, maka lebih baik golongan tua, perempuan dan anak2 dihijrahkan, maka nanti bila pimpinan besar ini turun anak2 yg berhijrah inilah yg akan menjadi unsur kekuatannya.. tak gitu?


herri

Baca ayat betul2 bro..


boonchert

1-logiknya, semakin ramai satu2 kaum itu lebih sukar dia nak bersatu, tapi kalau dia bersatu maka dia akan jadi lebih kuat.. dan sedikit itu tidak bermakna lemah.. lupakah kita kisah 313 pahlawan badar?

2-hikmahnya terbuka hijab? hijab apakah yg terbuka lagi? tidak kesampaiankah teguran Allah swt ketika tragedi sabra-shatilla? mengapakah yg kali ini dianggap menjadi lebih dahsyat?

3-dan katakanlah benar hijab itu dah terbuka, maka terkelihatanlah segala buruk, kurap dan panau akan sekalian pemimpin Islam dan pengikut2nya.. maka apakah selanjutnya? adakah kita perlu berbuat sesuatu atau menunggu? itulah dasar soalan aku.. lalu bagaimanakah pula pendapat tuan?


herri

Okay pertama - semua sedia maklum yang kita rakyat jelata ni yang tak berkemampuan untuk mengubah dunia eloklah bermula dengan menanam perasaan benci pada kaum kafir samaada di dalam diri mahupun dalam negara...segala yang related dengan kaum2 kafir ni hendak lah dihapuskan...bersuara dan lakukan perkara2 yang membuat bangsa kafir ni gentar dgn islam agar dorang tak keluar permintaan yang karut2. Masalah kita ni adalah masalah sosial masalah kemanusiaan, dakwah dan tarbiah tak ada.

Kedua - Dia menjadi dasyat pasal terang-terang pemimpin2 Islam masih terikut-ikut dgn agenda yahudi dan kafir ni...sedangkan semua sedia maklum yg hamas itu telah berkuasa sebagai pemerintah mengikut demokrasi dorang tapi diketepikan hak mereka. Malah Mesir pun siap bersekongkol secara nyata lagi. Pembunuhan yang terlampau tiada pembelaan.

Ketiga - Hijab dah dibuka tapi tak ada kesedaran dan keinsafan tunggu je la bala dari Tuhan...bukan setakat tunggu aje pemimpin.

Di Malaysia ni hanya PAS je la yang berpegang teguh dengan dasar Islam dorang apa takde ke NGO2 Islam atau pun kumpulan2 pejuang yang betul2 membela Islam di Malaysia? Yang berani berjuang samaada di dalam negara dan di luar negara...

Masalahnya Malaysia ni aman beb....selesa sampai orang semua terleka...


boonchert

so kita tunggu jer la bala datang? hehe.. i dun think so..
i still believe we can do something beside waiting and whining..


hairi

Aku pernah tanya kat student Universiti Imam Saud few years back, bila Imam Mahadi nak turun ni.. dia jawab balik dgn soalan apakah selagi Imam Mahadi belum muncul kita dok tunggu je tak buat apa-apa. So agree we have to do something on our part walaupun hasilnya mungkin tak seberapa (that's what we are doing now..).



BAHAGIAN TIGA

herri

Hmmm...interesting issue. Kalau wanita, org tua dan kanak-kanak dalam 5,000 dihantar ke Malaysia. Saya nak reserve 4 orang la wanita untuk saya buat tambahkan zuriat pejuang-pejuang Islam di masa depan pulak hehe....

Sebenarnya bukan mudah untuk terima perlarian ni...kerana mereka telah berkorban dan berjuang demi nenek moyang mereka malah agama yg mereka cintai...Sejarah Aqsa membuatkan mereka lebih sanggup mati demi Islam dari melarikan diri ke negara2 lain...kenapa mereka harus mengalah dan takut pada bangsa yahudi? Sedangkan mereka yakin dengan kekuasaan Allah.

Seandainya berlaku kejadian sedemikian di Malaysia, kira tinggal perlis dan kelantan je ada...contoh, takkan kita nak larikan diri...biarkan bumi Malaysia ini jadi padang jarak padang terkukur....lebih2 lagi kalau Aqsa tu berada di Malaysia yang kita nak pertahankan...di mana hak dan maruah kita sebagai seorang muslim? Pejam mata?

"Life for nothing, or Die for something"


hairi

Apa beza kalau saki-baki orang islam yang menjadi buruan berhijrah meninggalkan Aqsa dgn peristiwa Nabi & para Sahabat meninggalkan Kaabah?


herri

Dalam konteks ini ada beza bro. Kenapa tidak kita mengambil sejarah Salahuddin Al-Ayubi? Itulah kebesaran Ilahi yang kita sendiri tidak akan tahu...kenapa Palestin dibiarkan bermasalah sepanjang zaman...Kenapa kita mengambil sejarah Salahuddin sebagai seorang pejuang yang membela Islam selepas zaman Rasulullah dan para Sahabat...

Setelah dia berjaya menawan kembali masjidil aqsa ataupun jerusalem, maka berakhirlah peperangan salib yang telah mengumpulkan segala bala tentera kafir untuk jangka masa yang begitu panjang...Oleh itu hikmah disebalik ilmu sejarah ini bukan untuk kita memikirkan hanya peristiwa Nabi dan para Sahabat sahaja. Dan kita tahu Nabi itu adalah maksum, segala permintaan dan jalan yang dilaluinya mendapat keredhaan Ilahi dan juga melalui firman dari Allah. Itulah mukjizat Nabi.

So, berbalik pada peristiwa yang berlaku ke atas penduduk Palestin adalah satu hikmah yang datangnya dari Allah buat umat Islam di dunia saat ini. Secara tak langsung Tuhan telah membuka hijab kepada setiap muslimin bagaimana kepura-puraan para pemimpin dan orang muslim itu sendiri dalam menangani masalah sejak dari dulu lagi. Kenapa kita harus membangkitkan hak penduduk Palestin untuk mempertahankan negara mereka, instead of kita membela mereka dan tanahair mereka. Walaupun mereka di ganyang dengan teruk sekali tetapi iman dan maruah mereka telah menang. Terbongkarlah sudah bagaimana komplot negara2 Islam dalam menangani isu tersebut. Kita lihat bagaimana Mesir, Saudi dan yang lain-lain yang bertelagah dalam merpertahankan dan memperjuangkan nasib bangsa palestin itu. Kita nampak kepentingan diri telah mengabaikan tanggungjawab kita pada saudara seagama kita sendiri. Even, bangsa venez dan boliv sanggup membela pula rakyat palestin.

Penghijrahan bukanlah jalan penyelesaian apabila pembantaian berleluasa ke atas kota suci yang mereka duduki dan sanjungi. Bukan mereka tidak tahu tentang perangai bangsa yahudi ni...dalam al-Quran pun sudah menjelaskan, dan kenapa mereka tidak berhijrah sejak dulu? Kenapa mereka tidak hijrah masa zaman Salahuddin? Kerana Allah yang lebih mengetahui apa yang manusia tidak tahu. Kenapa kita tak tanya pada diri kita, apa yang aku telah buat untuk saudara seagama aku di sana? Kenapa kita mengkehendakkan mereka berhijrah? Adakah supaya tiada lagi bumi palestin untuk kita bertelagah atau perdebatkan sesama negara dan orang Islam itu nanti? Adakah itu penyelesaian pada permasalahan yang berlaku sejak zaman berzaman?

Selepas hijrah then what? Semua orang boleh tenang dan buat kerja seperti biasa?

Sejarah Nabi itu sebagai satu formula untuk kita masa kini dalam mempelajari cara Nabi membentuk dan mempertingkatkan Islam dipermulaan. Kalau Nabi itu lemah dan tidak bijak adakah kita nak ikut Nabi? Tidak..kan, sebab kita dah diberi ajaran yang Nabi itu adalah sesempurna manusia yang dipilih oleh Allah untuk menjadi Rasul buat umat akhir zaman sebagai pegangan dan panduan. Seandainya Nabi itu lemah dan berhijrah apabila ditindas maka tak lahir lah Islam di dunia ini sebagai pegangan umat Islam. Maka dengan itu penghijrahan Nabi adalah bersebab dan dirancang oleh Allah swt dalam memperkembangkan agama Islam di muka bumi ini.

Dan, takkan kita tak tahu juga sejarah bahawasanya ada juga org Islam yang tidak berhijrah bersama Nabi dan ada juga orang Islam yang dah berhijrah terlebih dahulu dari Nabi.

Walau apa pun haruslah kita berdoa agar kita tidak menjadi mangsa kutukan dari Allah dalam mempertahankan umat dan agama Islam itu sendiri. Kerana sebagai umat Islam kita akan dipersoalkan di akhirat kelak.

Wallahualam.


hairi

Yahudi pun dulu berhijrah jugak, beribu-ribu tahun diorang berhijrah tapi bila diorang dah kuat diorang datang balik. Sebab tu perjuangan bukannya berjuang dgn Lastik bilamana musuh menggunakan Mouse, perjuangan sebenar ialah memperkuatkan diri kita, bak kata Nabi s.a.w perjuangan menentang hawa nafsu adalah lebih hebat dari berperang dgn Pedang - nah sekarang sapa sanggup for a start berhenti hisap rokok Marlboro/Dunfill, berhenti pergi KFC, berenti minum Starbucks & lain2 punca sumber kekuatan ekonomi Amerika/Yahudi - kita start minum Kopi Banting, Ayam Goreng Makcik Pasar Malam dan hisap Rokok Daun. Bila kita dah kuat nanti, musuh pun dgn sendiri akan jadi gerun dan kita tak perlu pun berperang balik utk mendapatkan hak kita, mungkin mereka dgn rela hati akan serahkan balik hak kita.


herri

Wowowo...mereka akan rela hati dan berserah balik hak kita tanpa berperang...tidak sama sekali bro.

Kerana apa, kerana kita di zaman pengetahuan moden ini ada beberibu atau ratusan makmal2 untuk para ilmuan dan saintis membuat kajian. Dan berjaya mendapat pelbagai penemuan yang hampir tak dapat dipercayai oleh sesetengah golongan manusia. Tetapi, satu-satunya yang para saintis dan para bijak pandai ni tak berjaya membuat kajian adalah masalah sosial.

Masalah sosial ini adalah masalah kemanusiaan, dan masalah kemanusiaan ni tak boleh lah nak diperiksa atau dibuat ujian. Even, sains pun tak mampu memberikan jawapan di atas perselisihan dan kebencian yg ada di antara manusia ataupun perbezaan kelas dalam lapisan masyarakat manusia.

Sebab tu para ilmuwan dan sejarawan Timur dan Barat mengiktiraf Rasulullah itu sendiri dari segi kelahiran dan pengasuhannya sejak kematian ibunya dibesarkan oleh datuknya dan kemudian pakciknya adalah suatu yang luar biasa. Penyendiriannya di Gua Hira, kemudian turunnya Wahyu Ilahi, seruannya pada agama, berperang dengan bangsa kafir, penyembah berhala. Ditindas dan pengejaran mereka terhadap Nabi, ketabahan dan kesabarannya dalam mengangkatkan agama Allah. 13 tahun di Mekah hingga hijrahnya ke Madinah merupakan peristiwa2 yang tak terbanding.

10 tahun terakhir di Madinah yang usaha intensifnya dalam berdakwah, penyertaannya dalam setiap pertempuran dengan kaum kafir dan pembebasan terakhir kota Mekah adalah sesuatu yg sekali pandang sukar nak percaya, tetapi semua itu tercatit satu sejarah yang ajaib.

So, peperangan dalam menegakkan agama Allah itu adalah wajib bagi setiap umat Islam dimuka bumi ini dalam menegakkan dan mempertahankan agama dan hak orang Islam itu sendiri.


nazri

bukan ke masa zaman nabi tue x ramai lg org peluk islam? so x cukup kekuatan kalau nak compare zaman sekarang..umat islam ramai..logiknya umat islam boleh bersatu.

kalau ambil jln keluar utk kumpul kekuatan tetapi masih x bersatu pun tak guna juga..adakah kita mengharap akan ada golongan yg mampu melawan

kalau nak berlawan tp semua pakat tengok pun x guna juga..

mcm bro kata, "peristiwa yang berlaku ke atas penduduk Palestin adalah satu hikmah yang datangnya dari Allah buat umat Islam di dunia saat ini. Secara tak langsung Tuhan telah membuka hijab kepada setiap muslimin bagaimana kepura-puraan para pemimpin dan orang muslim itu sendiri dalam menangani masalah sejak dari dulu lagi.."

aku setuju..ini adalah ujian keatas umat islam. mahu tidak mahu kita perlu korban masa, tenaga, wang ringgit utk masa terdekat ini..kalau nak kumpul kekuatan kita perlunya seorg pemimpin yg dihormati..kita sedia maklum yg kita menunggu pemimpin besar utk menghadapi puak yahudi..

percayalah ini merupakan ujianx2 besar buat kita pd masa ini..jika ini tidak mampu kita atasi nescaya ujian yg lebih besar menimpa seluruh umat islam.


hairi

Zaman Nabi umat Islam membina kekuatan di Madinah, by the time Nabi Muhammad turun berunding di Hudaibiyah Tentera Islam pada masa sudah pun mencapai tahap yang jauh lebih dominan dari Tentera Kafir sehingga para Sahabat yang mengikut Rasulullah beria-ria nak berperang kerana kalau boleh diorang nak ambik balik Mekah cara kekerasan tapi Nabi sebagai pembawa ugama suci tidak mahu peperangan walaupun tahu Tentera Islam pasti menang tapi jalan penyelesaian tanpa konflik juga yang dicari Rasulullah (bukannya dia tak ingat dulu Kafir Quraish cuba membunuh dia tapi tiada dendam di jiwa Rasulullah). Adapun peperangan yang berlaku, sentiasa dimulakan oleh pihak musuh contohnya penyerangan Mekah berlaku apabila perjanjian Damai Hudaibiyah dicabul dimana orang2 islam di 1 daerah dibunuh barulah peperangan bermula dan seterusnya adalah Norm dizaman dulu siapa menang perang segala harta musuh akan diambil jadi bila dah menang Mejkah pun diambil kembali, itupun dgn kehilangan jiwa yang minima apabila musuh ditawarkan keselamatan sekiranya tidak menentang dan berkumpul di rumah Abu Sufian sbg tanda meyerah. Jadi part mana yang kita boleh ambil contoh bahawa kita mesti sentiasa berperang utk mencapai matlamat?

Balik kpd zaman sekarang, udah la tu, takde Kerajaan Islam yang akan menyelamatkan Palestine. Bila kita cakap membina kekuatan tu bermakna kita akan juga membina kesatuan tetapi perlu masa, Pakatan Rakyat nak takeover Malaysia pun dah berapa x janji nak menang tak menang-menang jugak. Memang palestine 1 ujian bahkan tanpa 'hijab yang dibuka' semua orang tau Kerjaan2 yang ada pada hari ini semua tak guna. Sebab tu perubahan tu kena datang dari kita sendirim, kita tu maksudnya rakyat biasa cam kita la, Kerajaan yang ada ni jangan diharap la selagi diorang hidup bergantung dgn orang Kafir selagi tu la diorang sama je dgn Lembu.


herri

"Jadi part mana yang kita boleh ambil contoh bahawa kita mesti sentiasa berperang utk mencapai matlamat?"

Okey, masalah kita sepertimana email saya yang terdahulu masalah sosial atau masalah kemanusiaan bla bla bla...semua tu lah...dan mengambil contoh sejarah Nabi tu tak terbanding dek kita di zaman ini...

Jadi apa yang kita boleh buat ialah melebihkan tingkatan ikhtiar kita, kita perbanyakkan solat kita lebih2 lagi solat malam ataupun qiyamulaail...tingkatkan ilmu Islam kita supaya kita lebih tawaduk, lebih khusyuk dalam perjuangan kita. Kita kuatkan iman dan amalan, panjatkan doa banyak2. Kerana kemenangan islam apabila kita rajin mengerjakan solat malam dan tidak meninggalkan solat subuh. Kita kena kuatkan Tauhid kita mempertingkatkan ilmu syariat kita sampai kita benar-benar mengerti akan perjuangan kita.

  • Sentiasa menjunjung dan memuliakan hukum syarak Allah
  • Amalan kita juga sentiasa meningkat dari masa ke semasa malah melebihi kebanyakan orang sesuai dengan peningkatan maqamnya..
  • Memiliki ketinggian dan kehalusan budi-pekerti yang mulia mewarisi peribadi Rasul, Nabi, Aulia Allah dan Sholihin.
  • Mendasari kepada panduan al-Qur'an dan jalan Rasulullah SAW, para sahabat, Aulia Allah dan orang-orang Sholihin.
  • Ikhlas dalam membuat hubungan Allah dan dengan sesama makhluk
  • Bersifat zuhud dengan dunia.
  • Sedikit cakap tapi amal banyak.

Usaha kena ada bro, walaupun kita berjanji yang kita akan tawan Putrajaya tapi kita kena ingat bahawasanya perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. Tawakal kena ada, itu harus. Apabila iman kita teguh amalan kita kukuh insyaallah kita pasti akan temui hijab dari Allah, dan pada masa itu kita takkan gentar dan kita takkan goyang dalam berjuang menegakkan agama. Bila iman kita kuat jangan kata Putrajaya, dengan selambanya Israel kita boleh tawan.

Insyaallah bro, bila tahap kita dah sampai ke tingkatan yang tertinggi iaitu ilmu makrifatullah...secara tak langsung sesiapa yang melakukan kemungkaran pasti kita akan tentang hatta kerajaan yang bergantung pada kafir sekalipun.


boonchert

maksud lu apa bro?
kita kena ikut perang sama dengan diorg?
atau kita kena biarkan jer diorg berperang?


herri

Alamak, saya dah explain panjang lebar bro...kena muhasabah diri...kalau hikmah dari Allah kita buat tak nampak...takpe la...


boonchert

i still didn't get your point..
except sayup2 wa dengar the typical cliche "lu pikir laa sendiri"

explain panjang doesnt mean menyampai.. try again..


herri

Ini bukan kira typical cliche "lu pikir sendiri" ke apa ke..masalahnya apa yang orang Islam itu buat dalam mengatasi masalah palestin ni...??

Pertama isu nakkan dorang berhijrah - apa korang ingat orang palestin tu bodoh ke tak belajar agama sampai tak tahu apa yang yahudi tu nak buat? Dorang tak baca al-quran atau hadis ke sampai tak paham maksud ayat yang terkandung...yang mengatakan kejahatan israel then dorang harus blah dari tanahair dorang...

Kedua - walaupun si yahudi dah pakai "mouse" tak nampak ke kumpulan pejuang tu dah upgrade banyak benda dalam senjata mereka...maknanya dorang tu nakkan syahid...still nak mempertahankan tanahair mereka dan agama mereka..

Ketiga - yg korang nak query sesangat, sampai tak ingat masalah dorang ni apa yg korang dah buat? banyak sangat ke duit korang yg support mereka sampai nak salahkan mereka ni yang kononnya tak dengar kata "org suruh hijrah" hijrah je la!! Macam tu...

Penerangan gua tu maksudnya kita kembali pada al-quran dan hadis...ini bangsa kafir tuntut perkataan "Allah" dalam penulisan mereka pun org kita tak mampu nak bertindak kalau melibatkan hak kepentingan pemerintah....Banyak perihal agama kita diam tapi hal lain sampai 100,000 demo pun sanggup...


boonchert

emm.. at least you sound clearer this time.. ;)

anyway bro, kita sambung lagi..

1-camna lak dengan pendapat bahawa perang palestin-israel nih bukan perang agama (yg nih merujuk pada Islam vs yahudi) tetapi adalah hanya perang mempertahankan negara (palestin vs israel)..

2-akan perihal hamas yg bukan saja tidak disokong oleh amerika tetapi juga tidak disokong oleh saudi, mesir dan beberapa negara besar arab, kerna obviously hamas itu adalah saki baki ikhwanul muslimin cawangan palestin ketika intifada pertama.. seolah nasib kita ditangan dajal.. syurga itu jika menyokong mereka sedangkan kebenaran itu adalah bom bunuh diri..


herri

Okay perihal tu kita ada sumber pegangan kita ahli sunnah wal jammah, so kita kena pegang dasar atau manifesto ahli sunnah ni...So ulama sunnah yang tertinggi so far adalah Qardhawi ataupun mana2 yang hangpa tahu la...kita ada dari Malaysia dan kita ada dari Indonesia...kita ambik kata2 mereka samaada betul atau salah...ok contoh tengoklah ulama di Malaysia...setelah PUI haramkan Rotary baru PUM nak haramkan...tunggulah apa kata pemerintah pulak? Ulama di Malaysia tak kuat dan tak berani...Seruan memerangi bangsa kafir sudah dimaklumkan dari dulu tidak kira la dari mana negara dia as long org Islam itu bersaudara...

Ok betul sekiranya Hamas tu saki baki ikhwanul muslimin, apa dorang tak boleh berpolitik langsung ke bilamana dorang tukar ke hamas? Kata demokrasi. Tu maknanya kaum kafir ni penipu ikut kehendak dan kepentingan dorang yang kita pun terikut2 dgn kata2 dorang iu yg masalah. Saudi, Mesir dan negara yg menyokong...biasala dah kena cucuk hidung. Sebab tu bila ada pemimpin yg berani dorang terkejut dan ternganga. Macam keberanian Erdogan dan Mahathir dulu...itu contoh. Melopong dorang hui org Malaysia berani....konon2nya.


boonchert

i hold on my thought on this 'hate' issue which i need more time to digest..

"kita kena benci kafir dan perangi bangsa kafir" which originally i thought "kita bukan benci manusia dan bangsa manusia tetapi kita hanya benci akan kekufuran mereka.."


hairi

Terhadap orang Kafir, AlQuran cakap berbuat baiklah kpd orang Kafir. Jadi amanat yang kita pikul bukan mudah, walaupun amnya kita tak suka orang Kafir tapi kita tak boleh buat sebarangan. Kita tak boleh bom tempat awam, peperangan mesti di Medan Perang. Walaupun tentera Yahudi tak ikut Law dgn membedil orang2 awam, kita pulak tak boleh jadi cam diorang dgn meletupkan bangunan awam pulak samada di Israel atau di New York. Lebih baik kita fokus kpd usaha menyatukan ummat islam.


herri

Bagaimana pulak ayat Al-Quran yang menyuruh perangilah bangsa kafir ataupun kaum musyrikin?

Ayat Allah tu nak guna kena pada tempat dia bro...kalau tidak, takkan berlakunya 313 tentera islam di awal sejarah peperangan islam ni dan seterusnya.


hairi

Ye ke ada ayat Quran suruh kita perangi bangsa kafir tanpa sebab? Setau aku kita disuruh berdakwah kpd orang kafir.

Pasal perang pulak, dalam banyak bacaan aku semua perang yang melibatkan Rasulullah dimulakan oleh orang kafir termasuklah perang Badr tu bukan ke puncanya tindakan Abu Jahal membawa bersama 1000 Tentera Kafir Quraish menceroboh wilayah selatan Madinah.


herri

Betul la tu...mana ada orang Islam yang mulakan peperangan...even zaman sekarang pun....Salahudin pun berperang bila mana orang-orang Islam dibunuh dan disiksa oleh kaum kafir...

Tak pernah pulak gua baca orang Islam tu kejam sampai nak kena serang oleh tentera bersekutu ataupun pakatan kafir quraish dulu...


hairi

Aku just nak make a point bahawasanya kalau pun kita tak suka orang kafir secara peribadi kita kena jugak bawak mandat Tuhan berbaik dgn mereka agar kita boleh menyampaikan dakwah unless diorang buat hal pulak bakar Masjid ke contohnya then barulah kita perangi mereka, itupun kafir yang menyerang sahaja tak boleh pulak semua orang kafir kita pukul 1 Malaya. Aku tak tau secara detail apa bentuk seruan memerangi bangsa Kafir yang dimulakan di Indonesia tu, kita kena berhati-hati agar imej islam terpelihara.


nazrul

talk only no action.....


azmel

biar aku sampaikan sedikit ilmu dr ceramah yg aku dengar ,

Ustaz Dr Asri berkata :

1, Kita tidak boleh mendengar dan mengolah sesuatu dari Media yg bersifat Dajjal. Maksudnya disini, sifat dajjal tu adalah PENIPU DAN PEMBAWA FITNAH. Media Dajjal cam CNN atau media yg asik memburuk-burukkan Islam(utusan meloya @ bhairan pun ada sikit2..), di mana menganggap Israel mempertahankan dirinya dr serangan HAMAS, tak perlu di ambil pakai.

2. Sebelum kita mengulas akan JIHAD bom berani mati, kita hendaklah melihat dan membiarkan diri kita berada ditempat org yg buat itu. Islam memang tidak menyokong akan tindakan Bom Berani Mati@Bunuh Diri, tetapi siapa yg telah membuatkan mereka bertindak begitu. Bagi kita yg sedang bersedap-sedapan menghisap rokok dan kena teh tarik, memang mudah kita untuk katakan TIDAK pada perbuatan tersebut. Tetapi fikir-fikirkan la.. pada pemuda yang isterinya dirogol, ibubapanya di tembak, adik2 nya di bakar.. saudara-maranya di bom!! Jika anda ditempat beliau, apakah yang akan anda lakukan? Bolehkan anda katakan tidak jika anda boleh melakukan sesuatu dengan menjadi pengebom berani mati?? Siapa yg buat mereka hilang pertimbangan tersebut?

3. Sebagai org Islam, benar sungguh kata Joe Hairi. Islam mmg mengesyorkan kebajikan kepada sume.Tidak kira mereka Islam atau kafir hatta kepada binatang dan tumbuh-tumbuhan pun kita wajib berlaku kebaikan. Tetapi, jika seruan JIHAD itu telah dipanggil, maka sebagai umat Islam sejati(Umat yg TIDAK CINTAKAN dunia..) hendaklah memikul senjata mereka dan bersama2 memerangi musuh Islam tersebut. Bukan senang nak dapat JIHAD beb...

4. AKu rasa topik kat atas tu bole di ubah sikit kepada BN lebih kurang sama ngan Israel. Merampas kuasa negeri melalui peras ugut dan rasuah duit kepada ADUN. Aggggghh.. pilihanraya itu sendiri ciptaan yahudi untuk menghapuskan sistem khalifah yg digunapakai oleh Islam. Demokrasi la mengajar pemimpin ber rasuah, menipu, melobi diri dgn tak malunya, jual maruah, mengutuk/mengumpat/memfitnah dan segala yang jahat itu semata-mata nak jadi pemimpin. Pasal dgn majoriti 1 undi pun bole dikira menang dan jadi pemimpin. Dengan demokrasi terpimpin Abdul Wahub.. ADUN2 mangkuk tersebut dengan mudah menerima duit dari memikul amanah. Berbeza dgn sistem Islam dimana majlis syurah akan membincangkan permasalahan tetapi cuma Amir yg akan membuat keputusan walaupun keputusan itu tidak majoriti.

Diaworang nih tak takut ker kena taye kat akhirat nanti ???


boonchert

aiseh bang.. tadi tak sempat nak sembang perak.. jadi aku hentam kat sini lah.. hehe

pada pendapat aku, secara keseluruhannya umat Islam skrg nih berada dalam suasana pemikiran kacau.. kita bercakap topik tumpuk menumpuk, berselirat, mmg semua itu saling berkait, tetapi kita lupa mengurai kekusutan bukan sekadar perlu tenaga tapi juga kekuatan mental.. sebab itu ramai yg jadi kecewa dan putus asa.. ada yg marah2 mahu sesuatu yg radikal dan ada pula yg mencebik 'cakap tak serupa bikin'.. tapi pokok asal permasalahan ini apa?

kenapa kesatuan tidak berlaku dalam ummah? adakah kerna para kafirun itu membunuh dan merogol saudara kita? adakah kerna para kafirun itu mengeksploitasi wanita dan memanipulasi hiburan yg disadurkan pada kita? atau adakah kerna org kafir itu hebat dan maju maka kita tak boleh bersatu? dimana letak dasar kesilapan yg telah berlaku?

kita sibuk citer zaman keagungan Islam yg beratus tahun dulu.. hebat org Islam.. kita kembang2 lubang hidung citer zaman kegemilangan kesultanan melayu yg bertaus tahun dulu.. hebat org melayu.. tapi itu beratus tahun dulu.. yg sekarang nih kita tak habis2 lagi nak salahkan penjajah.. penjajah buat itu penjajah buat macam nih.. penjajah nih dah balik negeri dia dah setengah abad dah.. jadi apa sebenarnya yg kita sedang lakukan sekarang?

perkembangan tamadun itu berevolusi.. adakah tamadun yg kita dok nampak skrg nih dah puncak segala tamadun dah? sekali lagi sifir Nabi saw ialah masjid quba, pasar ansar dan piagam madinah.. perpaduan, ekonomi dan kuasa.. yg pertama dulu baru yg kedua.. antara asas perpaduan nih ialah kesamaan matlamat.. apa matlamat kita nih nak bersatu? tak jelas.. tak spesifik.. zaman Nabi saw dulu jelas.. nak sebarkan Islam sampai jauh2.. zaman nih kita kata nak sebar apa lagi sebab satu donia dah kenal Islam.. maka apa halatuju kita?

dalam perjuangan pun kena ikhlas.. menegur ikhlas.. ditegur ikhlas.. tapi kita nih kdg2 bukan boleh kena cuit sket.. dia punya meloncat bukan main.. sebab asas kesatuan kita adalah rasa benci.. ini sama ada kita setuju atau tidak.. aku tanya rata2 org pas kenapa bersekutu dgn dap.. pkr tuh boleh laa ampun sket.. dia kata asalkan umno tombang.. aa.. aku nih sokong gak pas.. tapi yg nih aku tak berapa setuju laa.. sebab tuh aku mintak mahap banyak2.. eh..

kawan sebelah cuit bagitau, "mana ada org tulis panjang2 kat konok..."
"ye ker takder? sorilaa kalo camtuh..
tapi sebab dah tulis aku send jer laa.. daripada membazir.."


hairi

Masjid quba, pasar ansar dan piagam madinah adalah laluan yang amat sukar bagi orang melayu Umno, diorang prefer jalan mudah - beli kuasa, monopoli ekonomi & seterusnya bayar para Athlete/Angkasawan nyanyi lagu 'Bersatu" kat TV. Orang melayu pun bak kata Bro ramai yang mengamalkan budaya social, payah nak suruh diorang ikut Sunnah maybe for now just promote diorang join PKR je lah - later PAS & PKR boleh streamline matlamat. Aku sendiri selalu promote pembangunan orang melayu, kita dah pun memboikot barangan omputih - aku pernah cite kat korang aku beli Jam Citizen menggantikan jam Swiss aku yang dah rosak tu, recently pun kedai Bally ada sale 50% tapi aku decided tak beli walaupun aku berkenan kat 1 Wallet tu. Cho pun dah pun bukak Ladang Lembu, aku pun pernah plan nak bukak 1 Ladang Lembu dgn 3 orang budak TimeCell tapi terbantut, Yus aku harap akan merealisasikan projek Ayam dia, Along pun dah mempromosikan produk orang islam HPA, lain2 aku tak tau apa diorang punye plan. Walaupun usaha kita ni kecil2an, yang penting kita dah mulakan usaha.


nazri

dalam usaha memilih kerjaya pula cerdik pandai melayu islam ada yg berniat memajukan company melayu islam instead company omputih..

semua niat ikhlas tp kita dpt lihat apa yg jadi pd TIMEdot com sampai dah nak pindah opis ke glemerie sbb nak cut cost..

ada duit lebih boleh try buka franchise RFC..radix fried chicken...Insyallah boleh maju mcm al-baik!


boonchert

just nak perbetul sikit..
RFC bukan franchise.. konsep dia pinjaman perniagaan.. ko bagi dia pinjam duit, dia yg buat meniaga, ko takleh amik riba.. tapi dia akan buat mudaharabah bergantung pada keuntungan semasa.. at the end of the loan term, dia pulangkan semula duit ko.. aku rasa ini konsep pelaburan dlm Islam yg betul..

cuma utk kumpul 1million nak bagi pinjam aku rasa dlm grup nih byk yg lebih prefer bagi idea jer dari bagi duit.. but then ada satu lagi option, join hpa, dia ada koperasi.. korg leh invest dlm koperasi tuh.. minimum rm100, maksimum RM100k.. not bad return gak based pada dia punya previous year performance dan forecast future plan dia..

aku rasa hpa nih salah satu kumpulan yg org melayu semua kena join.. at least sebagai ahli koperasi.. u want pasar ansar rite?


hairi

Memang kita nak pasar Ansar tapi cam keupayaan tu agak terhad.. any suggestion?


boonchert

ummah bergabung bang.. itu caranya..


nazri

Insya-Allah dengan kesedaran yg bertali arus dgn ikatan ukhuwah yg kukuh Insyallah boikot akan nampak hasilnya sampai kat kg. aku petrol station caltex naik banner yg petrol station dia owned bumi muslim...



BAHAGIAN EMPAT

hairi

Jadi berapa orang yang sanggup nak buat usaha ni.. kita target Putra Jaya dulu. Tapi dalam suasana masyarakat yang penuh dgn pelbagai gejala social ni kalau kita tawadduk sangat muka penuh janggut nanti orang lari pulak camana kita nak buat tarbiah?


herri

Ada permasalahan dari segi permikiran org Islam di sini...Nanti saya tanya ustaz lagi bro..adakah Allah melihat orang yang ingin menegakkan agama dan suruhan dia itu semestinya muka penuh janggut? Adakah tarbiah itu dimestikan bermula dengan menyimpan janggut, kena memakai serban dan jubah?

Dimanakah tingkatan keikhlasan kita terhadap Allah dan keikhlasan kita terhadap Rasulullah yang sampai kita ingin memberatkan sesuatu yang tidak di perintahkan.

Kasi gua satu ayat Al-Quran yang mengatakan wajah orang yang ingin mentarbiahkan manusia harus sedemikian? Kalau sunnah Rasul itu menyusahkan pada zaman ini adakah terhentinya akan usaha2 kita seterusnya?


boonchert

bela janggut dan cukur misai tuh Nabi saw yg personally suruh supaya org Islam berbeza dengan org kafir.. bukan masalah dari segi pemikiran org Islam tapi tentang bagaimana kita sudah mulai tidak melihat hikmah dalam sunnah.. hati2 dlm mempertikai sunnah..


herri

Masih ada yang tak paham rupanya...


boonchert

maafkan aku.. yg aku paham... yg wajib itu adalah minimum requirement..

umpama solat.. yg wajib 5 waktu sahaja.. tapi Nabi saw sendiri solat malam sampai bengkak kaki..
umpama memberi nafkah.. yg wajib asal bagi makan saja.. tapi kita sajikan yg paling sedap..

bila kita menjauhi sunnah, apakah lagi yg tertinggal?
bukankah satu2nya jalan yg benar itu ialah jalan Nabi saw?


herri

Ok apa sunnah nabi yang korang dah ikut? Simpan janggut? Kahwin 4? bagaimana yang solat malam? Bagaimana persaudaraan yang nabi tunjukkan? Kenapa tak ikut? Jangan kita cerita sunnah nabi tapi ambik separuh tinggalkan separuh...mengikut kepentingan peribadi atau lebih maklum dengan "matlamat menghalalkan cara"..

Nak cerita sunnah buat semua, belajar hadis betul2...


boonchert

akan perbuatan sunnah itu adalah buat atau tidak saja..
bukan buat satu kena buat semua.. istiqamah mana yg boleh diperbuat.
sunnah ini persoalan iman.. ibadah itu antara manusia dgn Tuhannya..
kalau kita tau itu sunnah tapi tak sesuai dgn kita tetap kita takleh cerca..

ok laa bro.. gua tau lu panas ari nih.. tapi bab sunnah nih kita stop sini..
kang kita melencong jauh tak perasan kita caci maki Nabi saw.. nauzubillah..
gua minta maaflaa bro.. gua nak bincang2 saja bukan nak tunjuk pandai..


herri

Gua pun minta maaf bro, kalau orang asyik mempertingkaikan hal2 agama gua jadi panas sikit sebab rata2 gua tengok bukan setakat dalam email ataupun dalam blog or akhbar kita hanya boleh bertempik dan menyalahkan tapi kita seperti biasa...apa lah salahnya kasi letup sikit ke guiness factory tu ke atau pub2 ke atau bomkan gereja yang nak guna nama Allah tu ke...kasi ajar sikit tengok...


boonchert

in one sense, apa yg ko cakapkan tuh ada kebenarannya.. dan itu jugalah yg menjadi pemikiran ali ghufron, amrozi, imam samudera, dr azahari, nordin mat top dan para konspirator 9/11.. hanya saja yg menjadi persoalan ialah tentang bagaimana kita membuat diversion terhadap masalah yg ada dlm lingkungan ummat Islam dan menjuruskan sakit hati, kecewa dan rasa putus harap kita dengan cara menginterpretasikan semua perasaan itu menjadi kebencian terhadap kaum kafir..

namun bukankah asas Islam itu kasih sayang? bukankah kita harus fokus pada semangat kasih sayang? tiadakah beza didalam hati apabila kita melakukan sesuatu kerana benci atau kerana kasih sayang?

begitu pula perihal kebanyakan dari kita mengharapkan perubahan berlaku tetapi bukan dengan cara kita yg melakukannya tetapi seseorg patut melakukannya.. maka kita mengharap2 datangnya pemuda tamim, imam mahdi atau sekurangnya kita memikulkan pada siapa saja yg sanggup mengaku memimpin..

namun bukankah asas iman itu percaya.. bahawasanya kita sendiri yg percaya.. bahawa sesungguhnya seorg manusia tidak akan menanggung dosa seorg manusia yg lain.. namun yg indah, bahawa neraka itu hanya bergantung pada dosa kita semata2 sedangkan syurga kita mungkin saja kerna pahala org lain.. percayalah akan kekuatan kasih sayang..

maka kalau bukan sekarang, bila lagi kita harus kembali fokus dalam persoalan diri ummah.. ini bukan kerna kafir lebih kuat dan lebih bijak.. tetapi kerna muslim makin longgar dan makin tidak ambil peduli.. andai saja kita mampu menyintai sesama muslim tanpa ragu.. mungkin saja "dua org lelaki yg berjumpa kerana Allah swt dan berpisah kerana Allah swt" yg dimaksudkan itu adalah kita..

i got more but enuff said for a day..


herri

Okay kalau tuan cerita kayak gini gue terima...ini yang sebaik-baiknya...kita kena perkuatkan rasa cinta dan kasihnya pada saudara2 kita....saudara2 kita itu merangkumi satu dunia islam...ibarat cubit paha kira paha kanan terasa...itulah yg sebaiknya.

(Bila mereka kena serang kita bela...samaada di PBB di OIC atau di mana2...bukan kita dok salahkan mereka...duta2 israel semua tu kasi halau apa yang patut...mana2 negara yang bersekongkol macam US tu kasi halau dari negara islam terus...)


PENGHUJUNG BAHAGIAN

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008