trilogi perang tahap dewa




===============================================

chedet enterprise: empire strikes back..
(perang biasa)

mula2 che det letak jawatan, pastuh abih anak beranak dia ikut kecuali anak dia yg jadi wakil parlimen, penyokong2 kuat dia pun ikut juga..

citer biasa jugak, maka pemuda umno pun paksa mukhriz kuau umno jugak macam bapak dia tapi dia tanak walaupun dia bagi masa utk pak lah letak jawatan, kalo tidak dia pun akan keluar parti.. pemuda sakit hati sebab mukhriz dok tgh buat tour semenanjung promosi naikkan semangat supaya org umno setuju utk bagi tekanan kat pak lah utk bersara, sambil2 tuh kempen jugalah, kan nak bertanding jawatan ketua ujung tahun nih..

dua tiga hari kemaren pulak, menteri sukan pulau acara kat litar sepang konon nak bagi tekanan pada mokhzani supaya letak jawatan sebagai pengerusi SIC, alasan jawatan tuh adalah lantikan kerajaan.. kalo kerajaan lantik, kan lebih senang pecat saja, buat apa susah2 nak bagi tekanan suh berenti.. yg buat org keliru, dlm majlis tuh ada pulak pak lah datang merasmikan.. boleh pulak menteri pulau majlis yg dirasmikan oleh tok ketua menteri2 tuh.. macam biasa, menteri pelancongan pun sokong menteri sukan.. agaknya bercakap atas kapasiti mantan menteri sukan agaknya..

che det pulak, seperti biasanya, dah buat kenyataan takkan lepaskan jawatan dalam petronas dan proton.. kalo ada yg tak puas hati, pecat jer.. rasanya seperti kebiasaannya juga, pak lah takkan cakap apa2.. sama ada dia buat2 tak tahu atau paling kuat pun dia akan tai-ch i kat org lain.. ye laa.. takkan pm nak urus semua kan dah ada menteri litar sepang, menteri petronas dan menteri proton.. kena belajarlaa buat keputusan sendiri..

dan juga dah terbiasa, org2 kuat kanan dan kiri pun basah juga kena tempias.. contohnya hj sanusi yg jadi presiden uiam pun digegar2kan jugak.. tapi menteri pengajian tinggi kata kontrak hj sanusi yg tinggal dua tahun tuh tetap, cuma lepas dua tahun tuh tak tau la sambung ke idak.. yg lain2 tuh belum tau nasib lagi..

biasanya bila berperang nih, org tua2 kata kalah jadi abu, menang jadi arang.. itu yg berperang.. yg dok tengah2 kalo tak hangus pun kurang2 hangit..

===============================================

superstar wars: return of the ezam..
(perang yg dijangkakan)

masa mula2 buka citer ezam nak masuk balik umno, tok ketua pemuda meloncat.. tapi kendian bila tok penghulu umno menadahkan nyiru dengan kemasukan ezam.. macam org semua dah jangka, semua bertukar nada.. dari nada 'suspicious', tok ketua pemuda main lagu dondang sayang cuma berani sindir2 jarak jauh saja..

seperti yg dijangkakan, mukhriz berbunyi dulu, kemudian che det pun sebut benda sama.. anak beranak tak setuju org kuat anak murid derhaka dia masuk umno.. ezam nih pun dikira anak murid derhaka pada anak murid chedet yg derhaka juga.. maknanya double derhaka.. agaknya chedet tak suka org derhaka nih.. sama cam dia tak suka org yg tak kenang budi dia..

memang menurut jangkaan pun, kes nih bukan boleh dicanai dgn mudah oleh org umno sendiri.. secara konsisten dan tegas tok najib dan pak din dok bagi amaran supaya org umno hati2.. maknanya masih ada sentimen tak yakin terhadap org yg pernah sinonim dgn imej anwar.. beza dengan sentimen masa ku li dan keluarga besar semangat 46 masuk umno.. itu lain sebab kuasa masih kuat.. agaknya laa..

apapun baca pula komen ezam yg dah menjangkakan akan kena semua nih, cara dia pertahan diri boleh tahan jugak.. terutama bila dia kata dia buat janji sumpah setia nak pertahan keadilan, bukan nak pertahan parti keadilan.. tapi kata2 lebih berkesan membuat perubahan bersama pihak yg mempunyai kuasa daripada membuat perubahan bersama pihak yg takder kuasa, melodinya sama cam lagu bekas tok guru dia dulu..

jangkaan org politik nih benar untuk diri mereka sendiri.. bila ada org hijrah keluar maka ada pula yg hijrah masuk.. cuma skrg nih tak dengar pulak sang menantu berbunyi.. diam2 susun strategi perang agaknya..

===============================================

lembaga disiplin umno: attack of the clone
(perang tak dipahami)

ini perang aku tak berapa paham sebenarnya.. entah macammana tapi citer bermula lebih kurang wakil rakyat (ahli parlimen) pasir salak suh perdana menteri buang wakil perdana menteri (senator) yg jadi menteri di jabatan perdana menteri.. sebab musabab tuh dah jadi tak penting laa skrg nih..

yg jadi penting ialah wakil perdana menteri tuh pulak kata wakil rakyat pasir salak menghina perdana menteri.. sebab wakil rakyat kata wakil perdana menteri tuh tak bertangungjawab.. ini camna leh jadi camnih aku pun tak paham.. nih semua dengarnya berlarutan dari sessi perbahasan dalam parlimen..

inipun satu hal lagi yg menjadi ketidakpahaman.. bila dalam parlimen nih kena bercakap sebagai wakil rakyat ker atau nak bercakap sebagai wakil parti? kalo menteri dah sah bercakap atas kapasiti kerajaan.. tapi wakil rakyat umno nih nak cakap bagi pihak umno ker bagi pihak rakyat?

yg jelas org paham ialah tok ketua mereka berdua yg pilih wakil pm tuh pegang portfolio tuh, maka wakil pm nih, sebab tuh pula kata wakil pm nih kalo wakil rakyat kata dia tak kompeten maknanya dia kata tok ketua yg pilih dia tuh pun tak kompeten.. maka betullah kalo dia kata org yg tak setuju dgn kedudukan dia tuh menentang dasar pak lah..

cuma yg jadi aku tak paham, bila dia kata org yg menentang dasar pak lah nih nih adalah org yg menentang dan tidak boleh menerima perubahan.. dan masih ikut pemikiran dan budaya politik lama.. salah ker budaya lama umno? sebab budaya yg dok ada sekarang pun sama jer dgn budaya yg dikatakan lama tuh.. kawan aku tambah pula, perubahan yg jadi makin teruk mmg patut ditentang..

tak paham aku apa maksud sebenar cerita nih.. sebab nih citer kolang kaling nih.. pusing belah mana pun sama saja.. sorg kata camtuh, sorg kata camnih.. ujung2 takder apa berlaku pun.. kecoh mmg kecoh.. ini agaknya yg dinamakan politik..

yg menjadikan aku bertambah tak paham lagi, tiba2 setiausaha agong berbunyi pulak kata dua2 wakil nih boleh kena hadap ke lembaga disiplin kerana menyalahi pekeliling ibu pejabat.. dan cuit juga sekali wakil rakyat jerlun..

ada pula satu benda yg lagi ramai org tak berapa paham ialah kenyataan panel rayuan lembaga disiplin yg mengatakan bahawa sesiapa yg didakwa melanggar disiplin berkemungkinan hilang peluang untuk bertanding dalam pemilihan ujung tahun nanti..

emm.. kalo gosip artis boleh dapat publisiti dan raih popularit.. provokasi politikus mungkin juga boleh menjalankan konspirasi dlm meraih kuasa.. yg aku pasti yg ini bukan salah paham..

===============================================

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008