parti politik org melayu di tanah melayu nih ada dua..
satu, umno, yg asas perjuangannya ialah nasionalisme..
dua, pas, yg asas perjuangannya ialah Islam..
dan dua2 memperjuangkan org melayu..
kenapa asas umno nasionalisme adalah sama dengan pendapat sukarno tentang pancasila.. dia memilih nasionalisme sebagai landasan kerna falsafah perjuangannya ialah marheanisme, yg disadur dari falsafah marxisme.. dan pembentukan persekutuan tanah melayu pada dasarnya ialah bersifat kebangsaan yg berpegang pada prinsip agama, raja dan negara.. ini asas rukunegara yg kita kenal sejak dari kecil lagi..
dasar perjuangan kebangsaan ini dijadikan asas kemerdekaan kerana mengambilkira rakyat yg berbilang kaum.. ini puncanya.. malah konsep perlembagaan rakyat yg dianjurkan oleh PKMM juga bersadurkan dasar kebangsaan, dengan cubaan me'melayu'kan setiap rakyat yg berbilang kaum.. kalo sukarno dengan bangsa indonesia, PKMM dengan bangsa melayu, tanpa mengambilkira apa agamanya.. setiap rakyat malaysia akan jadi melayu, saling tak tumpah dengan perjuangan 'Malaysian Malaysia' anjuran PAP yg diteruskan oleh DAP..
ini yg membuatkan kita keliru ttg siapa kita? pengistilahan 'ketuanan melayu' pada asalnya bukan untuk menjadikan melayu berkuasa sepertimana 'java supremacy' yg berlaku di indonesia.. ketuanan melayu itu didasarkan pada perjuangan kebangsaan yg menganggap asas tanah melayu ini adalah melayu..
ini sama dengan prinsip asal PKR.. yg membuka partinya kepada semua kaum tetapi menjadikan melayu sebagai asas parti, perjuangan kebangsaan.. complicated yet confusing..
persoalannya ialah bagaimana kita merubah sistem yg sudah kental selama 50 tahun ini? berapa lamakah lagi kita mampu bertahan sabar melihat kekeliruan ini? selepas 400 tahun kita dijajah, kita tanpa sedar masih dijajah 50 tahun.. apa yg kita tinggalkan pada anak cucu kita?
kembali kepada sunnah mmg mudah utk kita sebut.. apalagi kita hanya berkisar sekitar fardhu ain.. mana fardhu kifayah kita? sungguh benarlah kekuatan ummah bergantung pada kekuatan individu jemaahnya.. tapi umpama berjalan dalam lorong yg gelap, setitik terang mudah sekali kita sangka cahaya..
kita mahu menghancurkan sistem kafirun tapi apa yg kita dah buat pada ummah? kita menolak kekayaan sedangkan kita tidaklah kaya.. kita tak perasan 9 dari 10 sahabat yg dijanjikan syurga bukanlah org yg miskin tidak berharta.. kita berlegar2 diruang definisi kekayaan terjemahan kafirun.. sedang hartawan Islam di zaman Nabi saw tidak kelihatan berbeza dengan org lain secara fizikalnya..
lupakah kita bagaimana Umar ra menuntun unta dinaiki oleh pembantunya ketika sampai ke baitul muqaddis hingga org2 tersilap mengira Umar ra itu hanya pembantu.. tak ingatkah kita perihal sahabat yg mewakafkan kebunnya hanya kerna solatnya diganggu oleh burung yg berkicau di kebunnya.. ini kaya dalam konteks Islam.. harta dunia tergenggam di tangan tapi tidak berbekas di hati..
mungkin juga kita tak perasan bagaimana kaum2 miskin menemui Nabi saw mengeluh akan perihal sahabat mereka yg kaya dan dapat berbuat pahala yg lebih banyak berbanding mereka yg tidak punya apa2.. ini asas Islam.. berbuat utk jemaah..
berapa banyak dari kita yg berusaha keras cari harta supaya boleh membayar zakat lebih banyak, berbanding dengan kita menghitung2 apa yg kita ada untuk kita bayar zakat pada hujung tahun? pernahkah kita bercita2 dan berusaha untuk membeli bangunan untuk mewakafkannya, berbanding cita2 kita mahu membeli kereta mewah untuk keselesaan diri kita sendiri?
bukan aku mahu menidakkan kepentingan memperkukuhkan keimanan diri sendiri.. hanya saja aku berpendapat terutama kita yg sudah lebih 30 tahun hidup, berfikir setingkat lagi utk melihat ke dalam jemaah.. apalagi kebanyakan kita sudah mempunyai anak.. kita sudah seharusnya menjangkau melihat lebih jauh dalam mempersiapkan jemaah utk anak2 kita.. mahukah kita melihat anak2 kita hidup dlm situasi masyarakat yg kita ada sekarang?
ini pilihan kita.. bukan sekadar mempersiapkan kekuatan ekonomi utk anak2 kita tapi kita juga perlu mempersiapkan jemaah utk anak kita.. supaya nanti mereka tidak perlu bersusah payah seperti kita meraba2 dlm kesamaran.. insya-Allah..
kalau kita mahu melihat Islam kembali gemilang, marilah kita sediakan asasnya.. kerna kegemilangan itu perlu waktu yg panjang.. dan anak2 kitalah yg bakal mewarisi revolusi minda yg kita mulakan ini.. mereka perlu pengorbanan kita dan Islam memerlukan perjuangan kita.. dan ini bukan sekadar retorik..
kita boleh pilih landasan kita masing2, tapi perjuangan haruslah diteruskan.. kita yg bertanggungjawab atas agama kita bukan org yg disebelah kita..
wallahualam..
Post a Comment