can we do it?

masalah bergantung pada macammana kita nak tgok.. masalah nih rahmat Tuhan jugak.. aku pernah bersembang dgn budak turki.. turki nih ada dua kelompok besar.. satu kelompok yg dulu mendokong khalifah, yg masih berpegang kuat dgn Islam.. dan satu kelompok lagi yg mmg pro-ataturk, kuat menyokong sekular.. kelompok satu nih mmg didiskriminasi oleh sistem.. terutama org pompuan dia.. susah nak keluar bekerja sebab masalah aurat.. mmg mengeluh apalagi yg graduan universiti.. tapi rahmat buat generasi anak2 diorg.. sebab anak2 diorg diasuh oleh ibu sendiri, terdidik dgn kasih sayang ibu dan standard ilmu yg disampaikan juga standard universiti, berbanding anak2 melayu yg diasuh di taska oleh pemegang sijil kemas atau diasuh oleh orang gaji indonesia yg tak lepas SMP pun.. ini hikmah Tuhan beri masalah pada diorg..

secara jujur, aku rasa kita semua (termasuk aku) terlalu 'money-oriented'.. dulu masa minyak murah, kita gie kedai depan umah pun naik keter.. sebab tuh org2 malaysia nih gemuk2 (termasuk aku juga).. kita jadi pemalas (ini khusus untuk aku).. pastuh kita komplen badan sakit2 tapi peluh kita mmg jarang keluar pun (ini pun untuk aku).. tuh yg muda2 kolestrol tinggi, sakit jantung, kencing manis, dsu (ini aku belum lagi laa).. padahal biasanya yg dapat 'sakit org kaya' nih org yg tua2, sebab yg tua2 nih yg hidup dah selesa.. maknanya kita muda2 lagi dah kaya dan hidup selesa (tolong doa untuk aku sama.. amin)..

aku sentiasa ingat satu quote yg tertampal kat 'cubical' aku masa 'assignment' aku yg pertama sebagai 'freelance' : "if you see something that you don't like, change it. if you cannot change it, change your perspective towards it.."

bila kita dok dlm negara kita sendiri, macam2 benda kita tak puashati.. dari mula menapak keluar rumah sampailaa nak tidur malam.. dari harga barang naik, Islam hadhari sampailah ke wilayah iskandar.. sama juga dgn rumah kita.. tgok tv rasa tv kecik, tgok ruang tamu rasa tak cantik, langsir rasa buruk, sampailaa ke bini rasa dah tak masin dan rasa anak2 kita nih tak macam yg kita nak.. ini rasa dalam hati kita (maksudnya hati aku sendiri)..

bila kita dok luar, kita rindu dgn negara kita, rindu kampung, rindu rumah kita yg bersepah2, rindu dengan riuh rendah anak2 dan bebelan bini.. jadi semua tuh akan jadi cam muzik syahdu.. betullah kata org tua, sayang anak tangan2kan, sayang isteri tinggal2kan.. kalo mak aku dia guna perumpamaan, dekat bau tahi, jauh bau wangi.. citernya ialah "how bad is our life right now?"..

bila dengar org kutuk pelaksanaan Islam di tanah melayu nih, aku senyum saja, sebab kat luar pun lagi huru-hara.. kutuk ekonomi tanah melayu, ekonomi luar pun hujan batu jugak.. cuma yg beza ialah kita org luar.. nih sebab org kita dok mengeluh nak isi minyak tapi org singapura dan thailand penuh kat stesen minyak..

persoalannya skrg dah bukan kenapa ini semua berlaku, tapi yg lebih penting ialah macammna kita nak buat? terutama dlm hidup kita dlm penjara wang ringgit nih.. sama dgn nada kenapa Islam lemah.. sebab kita bergantung pada para kafirun.. kita guna sistem kafirun.. kita menari dalam irama kafirun.. its their game with their rules..

kita nih terevolusi terus dgn sistem yg ada.. bila ditekan secara politik, kita 'evolve' secara politik.. bila diperas secara ekonomi, kita berevolusi dgn sistem ekonomi.. ekonomi naik, kita pun mintak naik gaji, barang naik, kita buat bajet potong sana sini, kita masih berkisar disekitar kuantiti dan bukan kualiti.. kadar umur org melayu meningkat tapi kualiti hidup menurun..

aku penah sebut, untuk mengubah sistem, kita perlu revolusi bukan evolusi.. sebab evolusi hanya memperbaiki sistem yg ada, sedangkan kita semua sedar bahawa sistem yg ada nih susah dan menyusahkan.. dulu org eropah heran tgok orang asia simpan emas, sekarang diorglah penyimpan emas yg paling banyak.. contohnya..

jutawan tabur duit dari langit

balik citer hujan emas nih.. aku 'prefer' hujan air.. kat jakarta minggu lepas ada hujan wang ringgit.. org tabur duit pakai kapalterbang.. aku tak kisah sangat yg tukang tabur tuh, tapi aku kesian tgok yg tukang kutip.. masa aku kat indo dulu, ada satu masa tuh tv sarat dengan program realiti bantu org miskin.. 'surprise' betulkan rumah lah, bagi rph 10jt suh habiskan dlm masa sejam laa, tv 'sponsor' majlis perkahwinan laa.. aku tak kisah org kaya cari populariti tapi aku kesian tgok org miskin dimanipulasi..

sama dgn situasi kita skrg.. kita dimanipulasi oleh sistem.. duit subsidi tuh duit kerajaan datang dari duit rakyat.. makna duit org2 yg bayar cukai dan saman laa.. bila kata kerajaan dah tak boleh tanggung subsidi, maknanya rakyat dah takleh tanggung juga, tapi rakyat kena tanggung juga..

ceo petronas kata kos operasi dah naik 200%, che det 'si penasihat petronas' kata petronas untung lebih RM 70b dan semua untung tuh milik kerajaan, pak lah 'pemilik petronas' pulak kata subsidi minyak nih RM 21b.. jadinya apa benda yg diorg kata kerajaan dah tak boleh tanggung? mungkin maksud dia kita guna semua untung petronas nih utk subsidi barang terkawal.. tapi barang naik juga.. rasanya baik beras nak harga 0.50sen sekilo daripada minyak naik 0.80sen seliter pastuh beras naik juga.. (tapi beras siam dah turun harga hari nih, kawan sebelah aku menyampuk)..

itu yg aku sebut kita fokus sangat dgn masalah duit.. sebab keperluan utama kita ialah cari duit.. kita kerja sebab cari duit.. kita belajar ilmu baru pun sebab nak cari duit.. kalo tempat tuh tak mendatangkan duit kita tak hingin nak hinggap apalagi melekat.. ilmu2 yg tak datangkan duit nih, sikit2 boleh laa nak amik tau, tapi sikit2 cukuplah..

kita keje kuat2 seminggu cari duit, pastuh hujung minggu kita terperap kat umah psal nak jimat.. apa gunanya? simpan duit banyak2 pastuh kita buat bayar riba hutang kita tiap2 bulan.. apalah nikmatnya? (nih semua aku laa..).. maka yg jadi keperluan kita ialah jimat minyak supaya boleh gie keje, 'trip' balik kampung kena potong, sebab nak jimat minyak dan duit.. bagi mak bapak 'online transfer' saja.. kang tunggu raya baru laa tengok.. nak tipon pun cakap kejap2 saja sebab nak 'save' duit nak beli minyak gie keje.. kalo tak keje kang tak berduit.. camna nak hidup? maka secara tidak langsung kita bersetuju bahawa duit yg buat kita hidup..

bila tanah melayu jadi kacau, kita pun terpikir2 nak 'migrate'.. nih baru minyak naik kita dah rasa baik duduk saudi.. tapi yg duk turkmenistan pulak kata nak balik.. org kita nih belum pernah teruji.. sejak malayan union, kita tak pernah ada revolusi.. yg kita ada demonstrasi yg tak nampak impak pada sasaran.. kalo nak buat jgn kat dataran merdeka.. skrg nih buat kat parlimen, dewan negara n dewan rakyat tgh bersidang.. semua wakil rakyat satu malaysia ada.. beri tekanan pada wakil2 rakyat biar diorg buat keje kuat sket..

kalo tidak buat cara sayap kiri malaya buat dulu.. hartal.. pilih hari kita 'announce' hari berkabung.. semua org tak kuau umah.. kita tgok apa jadi pada ekonomi.. katakan sorg pakai minyak RM1 sehari kalo 2 juta keter dah RM 2jt.. blum campur 'save' letrik kat opis.. lampu, air-cond, dan segala aneka peralatan letrik kat opis tuh.. satu hari 'beku' kebangsaan.. kalo tak cukup nak 'save' belanja kerajaan, 'announce' hari beku tiap2 bulan.. org lelaki kumpul kat masjid.. buat aktiviti.. satu hari jer.. boleh ker?

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008