mengapa perlu jemaah?


memperkatakan persoalan keperluan berjemaah perbandingan dengan persoalan pemantapan diri sendiri dengan merujuk kepada pembuktian kasih sayang pada Allah dan rasul merupakan satu bidaah juga..

sejak dari awal pengutusan Nabi saw sebagai utusan Allah swt, baginda berusaha pembinaan jemaah.. bermula dari dakwah di kalangan keluarga dan para sahabatnya.. dari jemaah yg kecil secara diam2, kemudian apabila jemaah susah agak kukuh, baginda memulakan fasa dakwah secara terang2an..

malah di zaman para sahabat sendiri, solat berjemaah hampir dianggap wajib.. apabila ada sahabat yg tidak hadir maka sahabat2 akan datang menziarahinya bertanya khabar.. malah kekalutan sahabat yg pulang segera selepas berjemaah kerana isterinya tiada kain yg sesuai utk solat, juga diambil perhatian sahabat yg lain..

pengukuhan Islam selepas hijrah juga ditonggak oleh kekuatan jemaah.. Islam mencapai kegemilangan kerana kemantapan jemaah, bukan sekadar kekuatan beberapa sosok individu sahaja.. malah Nabi saw sendiri berkata umat Islam ini umpama binaan yg saling memperkukuhkan antara satu sama lain..

berjemaah ini sunnah Nabi saw.. kita ambil contoh solat.. Nabi saw menegaskan akan kepentingan solat berjemaah.. mengapa perlu solat jemaah? mengapa solat jemaah itu berganda pahala berbanding solat bersendirian?

aku pernah dikisahkan dalam satu majlis ilmu tentang menjangkau khusyu dlm solat.. tidak ramai dari kita mampu utk khusyu sepanjang solat.. maka dengan berjemaah seumpama kita adalah satu.. setiap kekurangan dan kelalaian kita dlm solat diperbaiki dengan kekhusyukan sahabat kita yg sama2 berjemaah.. saling menutupi kelemahan dan saling memperkuat ibadah..

kita ambil pula contoh selepas hijrah.. yg pertama Nabi saw bina ialah masjid.. bukan sekadar utk solat tapi inilah pusat pembinaan jemaah.. berbagai permasalahan diselesaikan di masjid.. seterusnya pembinaan pasar muslim merupakan satu agenda jemaah.. ansar dan muhajirin bersatu sebagai satu jemaah besar..

begitu juga kita dinasihatkan supaya bergaul dengan org saleh.. kena hadir dlm majlis2 ilmu.. ini semua adalah kaedah pembinaan jemaah.. begitu juga dengan saranan menghormati jiran, dsb. ini semua asas Islam.. bersatu..

berbalik pada zaman kita yg serba serbi mengelirukan.. sepertinya berjalan bersendirian di lorong yg gelap, setiap titik terang itu mudah kita anggap sebagai cahaya..

di sini fungsi jemaah dalam menuntun kita mengharung lorong tersebut.. kita saling nasihat menasihati dan ingat mengingatkan antara sesama kita.. bila kita jatuh tangan jemaah meraih kita, apabila kita lemah tenaga jemaah mendokong kita, tatkala kita hilang arah jemaah menunjukkan cahaya kepada kita.. sejak kejadian hawa as lagi, manusia tidak dicipta utk bersendirian..

berkasih2an sesama jemaah adalah tanda kasih kita pada Allah swt dan Nabi saw.. tidaklah berlaku keajaiban dengan hanya menunggu.. dan tidaklah berlaku hikmah jika tidak kita gali..

dalam situasi setiap dari kita terikat dengan sistem kafir, yg sudah 'establish' sejak dari kita lahir, menimbulkan satu pegangan yg kita sendiri merasa sukar untuk mengubahnya.. kita merasa kecewa kerana kita menyedari ketidakmampuan kita dalam mengubah struktur ideologi yg tertanam dlm pemikiran masyarakat..

semakin kita mencari2 kekuatan kita semakin kita menyedari akan terlalu banyaknya kelemahan dlm diri kita.. malah para kafirun juga tidak akan mampu berdiri teguh jika tidak kita kaum muslim yg mendokong mereka.. mereka menggunakan kekuatan jemaah kita sedangkan kita pula mengasingkan diri dlm ruang lingkup 'individualisme'..

ini yg berlaku pada kita.. kita membiarkan org lain mempergunakan kekuatan jemaah kita sedangkan kita memilih untuk melihat kelemahan jemaah dan meninggalkannya..

wallahualam..

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008