ada apa dgn suara wakil rakyat?


mula2 bn yg cadang nak buat usul menyokong pm.. nak tunjuk perpaduan antara komponen bn dgn tujuan nak bandingkan dgn kekuatan perpaduan pr.. nih asal usul sapp nak buat undi tak percaya.. nak tolak usul tuh.. tapi yg kuau citer kat suratkabor citer sapp yg nak buat usul undi tak percaya.. meloncat2 juak2 bn.. juak2 pr pun meloncat2 jugak..

bila komponen bn kata nak singkir sapp, pm kata tak payah sebab keputusan sapp tuh bukan keputusan sapp tapi hanya keputusan mantan km sabah..

kuau lak citer mantan tpm sogok mantan km tuh dgn jawatan senator.. tapi kata pm dia dah cuba 'sogok' dulu dgn tawarkan 'kuasa' ekonomi dan km pun dah sahkan 'sogokan' pm tuh.. tiba2 lak bpr kata nak siasat kes rasuah zaman dolu2 mantan km tuh, tapi penguasa bpr tuh kata bukan sebab politik.. kebetulan saja..

sudahnya ari senin yg ditunggu2, dua2 mp dr sapp nih tak hadir parlimen.. maka tak ada laa usul undi tak percaya.. maka juak2 bn kata mereka mmg org2 yg 'power'.. alasan yg diberi tak hadir psal sorg ada hal kesihatan dan sorang ada hal keluarga.. tapi berita2 petang kata dua2 nih kena sorok atas sebab keselamatan..

kalo nak dikira, kalo pun ada usul undi tak percaya tuh, tetap saja bn menang.. cuma malulah pm dan kaum keluarga bnnya.. sebab yg tak percaya dgn dia ialah org dia sendiri.. kalo pr yg buat usul tuh lain laa citer.. tapi apa yg nak diherankan, tak perlu komponen bn, dlm umno sendiri pun dah ramai yg tak prrcaya kat dia secara terang2an.. mmg dah malu dah pun.. cuma mungkin itu dlm rumahtangga sendiri.. tapi kalo jiran tetangga pun kata yg sama itu dah citer lain..

yg aku nak cuit nih bukan psal apa yg sapp nak buat.. tuh tak berapa penting.. tapi yg semakin menjadi kerisauan ialah berkenaan dgn hak untuk mengeluarkan pendapat.. dah mmg jelas dlm umno takleh nak kuau pendapat sesuka hati, skrg nih komponen bn pun sama jugak..

apa salahnya cakap saja apa yg diorg pikir betul.. kalo dlm umno, org2 yg cakap isu2 sensitif nih kena gantung ahli atau kalo tanak keluar sendiri, diorg akan singkirkan.. maknanya sama juga dgn dalam bn..

baru cakap tak percaya dah kena macam2.. kena ugut dgn bpr laa, ugut nak singkir dr bn laa, nih silap2 ada yg kena ugut nak kena bom cam budak pompuan mongolia tuh.. dimana kebebasan bersuara?

sedangkan wakil2 rakyat nih adalah wakil rakyat.. kalo dlm kabinet mungkin jadi wakil kerajaan, tapi kalo dlm dewan rakyat/parlimen maknanya wakil pada rakyat laa.. dia patut menyampaikan suara2 rakyat yg memilih dia.. bukan main ikut cakap 'chief of whip' saja..

'chief of whip' lak dah cakap terus terang, apa saja usul pembangkang, kerajaan takkan sokong.. tuh yg menteri pengguna skrg merajuk letak jawatan ketua backbencher tahun dulu.. tapi skrg dah jadi menteri, tak sampai hati kot nak merajuk lagi..

ada dua benda yg menjadi kerisauan.. satu, kebebasan bersuara.. budaya ugut dan takut.. dan dua, fungsi wakil rakyat.. wakil rakyat atau wakil tok ketua mereka?

apa kata korg?
Read On 0 ulasan

politik suratkhabar


aku baca suratkabar omputih semalam, star.. tergelak tgok tajuk besar kata sultan selangor naik angin psal pemuda pas selangor nak demo masa piala sultan selangor sebab ada ella dan mas idayu.. dia kata david arumugam ok.. sebab ada satu arumugam dulu mmg goalkeeper selangor.. ella marah tul pas kata dia contoh tak baik.. tapi sultan kata ella dgn mas idayu sesuai utk tontonan keluarga.. kita rated U laa.. pikir2 elok gak buat piala sultan selangor kat singapura pulak..

buka2 dlm aku terperasan pulak ada org paklah nak jadi hero.. kj dok sibuk push petronas bentang financial report dgn terperinci kat parlimen.. mca pulak dok sibuk dgn gagasan road tax free dia.. tapi aku terkesan dgn satu cerita psal pemilihan ketua kampung kg sepetang/kg menteri.. dua2 kampung nih nak pakai satu ketua kampung saja.. dari 5 calon, 4 calon melayu dari kg menteri dan ada satu calon cina dari kg sepetang.. nih kira first time cina bertanding jadi ketua kampung.. kg menteri tuh kg melayu, kg sepetang kg cina.. agaknya org kg menteri mmg patut jadi menteri, tapi org kg sepetang nak jugak jadi ketua kampung walaupun hanya satu petang.. macam obama lawan hillary pulak.. agaknya bila pulak org pompuan nak bertanding jadi ketua kampung..

berita besar dlm biz section psal ceo khazanah nak naik gaji 100%.. nih apa citer org lain potong elaun 10% dia pulak naik gaji 100%.. tapi menteri kata mmg patut sebab khazanah untung banyak.. kalo untung banyak apahal lak potong subsidi.. agaknya sebab khazanah takder minyak dan takder kena mengena dgn minyak.. patut ceo khazanah nih jadi pm kan kan?

semalam aku baca kat star, adun dap johor nak datang bersidang pakai songkok, tapi ari nih aku baca utusan online, adun dap kena halau psal tak pakai pakaian rasmi.. macam2 org politik nih.. kat harakahdaily dok kuau isu sapp nak buat undi tak percaya pada pm.. napaknya paklah tak berjaya pujuk org sabah.. dulu pbs skrg sapp.. lain macam politik sabah nih.. apapun mahfuz mmg mantab.. dari masa dia jadi ketua pemuda sampailaa jadi ketua penerangan.. semuanya muda dan terang kalo dia yg bercakap.. korg kena baca artikel husam dalam harakah minggu lepas.. mmg mantab.. rugi kalo dia jadi menteri besar, kena jadi perdana menteri baru kena.. kata org pas laa.. kalo dua minggu lepas kj menang dlm petisyen rembau, tapi kat kg sanglang umno kalah.. sib baik bukan shahidan jadi mb kalo tak cedera parah org pas..

sblm lupa, seronok baca citer abang broker tanah trengganu yg dapat kawin 4.. tersusun bini2 dia tangkap gambar sama2.. baju pun kaler sama.. bukan main lebar senyum.. teringat abe mat marang yg dok postphone lagi permohonan kawin 4 nyer.. hebat2 org trengganu..
Read On 0 ulasan

penyakit kronik melayu

Daripada Tsauban r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'."Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati (berperang)";- (Riwayat Abu Daud ).

inilah penyakit kronik muslim, terutama dlm konteks tanah melayu terkini..

bila wabak inflasi menyerang kita, kita terlalu asyik memikirkan tentang kesusahan dunia kita dan bagaimana cara mengatasinya.. kita terfokus segala2nya tentang duit hingga mimpi dan igau kita jua tentang duit.. kita takut kehilangan duit melebihi dari ketakutan yg lain.. kita memaksakan diri kita utk tunduk dengan tekanan dan berbuat sesuatu yg kita tahu tidak di jalan Allah swt kerna kita takut rugi atau kurang untung.. kita sentiasa mengira2 apa yg kita miliki.. inilah simptom penyakit yg bernama cinta dunia..

bila waktu kita perlu mempertahankan apa yg benar, kita menikuskan diri.. walau jahat itu di depan mata tapi kita tahan raga kita kerna takut musibah menimpa diri kita dan keluarga kita.. kita diam membuntut segala suruhan org.. kita ghairah menjilat utk mendapat kesenangan.. kita takut bersuara kerna takut dipenjara.. kita berdemo hanya diwaktu lapang kerna tidak mahu terganggu urusan kita.. kita memilih2 utk bertindak.. malah mencari2 alasan utk tidak berada dalam jemaah.. inilah simptom penyakit yg bernama takut mati..

tidakkah kita melihat akan apa yg terjadi ini sebagai signal dari Allah swt supaya kita mengambil pengajaran akan betapa tiada berartinya seluruh harta yg kita kumpulkan.. tentang bagaimana segala yg kita perbuat utk dapat naik gaji itu tidak mempunyai makna apa2.. bukankah rezeki itu milik Allah swt yg bukanlah kita perolehi hanya kerna usaha dan kepandaian kita? waima usaha dan kepandaian kita itu hanyalah rahmat Allah swt semata2..

bukankah sepatutnya kita melihat apa yg berlaku ini hanya ingatan kecil dari Allah swt supaya kita muhasabah semula akan apa yg kita perbuat selama ini..

atau adakah kita perlukan bencana lebih besar seperti tsunami, gempa bumi, banjir besar, kemarau panjang, dsu., dan barulah kita mahu menginsafinya?


Read On 1 ulasan

takdir, qada dan qadar


takdir tak berubah psal usaha.. takdir tuh boleh berubah kerana doa.. kalo usaha tak doa pun tak guna.. sebab kita tak serahkan semula usaha kita pada Allah swt.. bila dah serah maknanya tawakal.. tuh psal doa penting.. jangan main amin2 saja tapi tak paham maksud doa, bila tak paham apa yg kita mintak, kita tak sungguh2.. doa kena sungguh2, lebih sungguh2 dari usaha..

bila doa dah sungguh2, usaha kita akan mengingatkan kita pada Allah swt.. bila dah ingat Allah swt, maka semua usaha tuh kerana Allah swt.. bila semua kita buat kerana Allah swt, kita dah tak kisah sangat hasilnya, sebab kita tau dah kompem pahala..

bila dah tau kompem ada pahala, kita buat sungguh2.. dapat hasil baik alhamdulillah, hasil buruk pun alhamdulillah.. baik bukan bermakna baik utk kita dan masyarakat, buruk pun bukan bermakna buruk buat diri kita dan masyarakat.. sebab yg kita cari bukannya ada dlm dunia.. rezeki dunia dah tetap.. rezeki akhirat yg belum tau..

maka yg penting usaha, doa, tawakal, syukur.. apa yg Allah swt bagi tuh rezeki kita.. kita syukur.. Allah swt beri rahmat pada org yg syukur.. dlm syukur kita usaha lagi, doa lagi, tawakal lagi, syukur lagi.. sentiasa ingat pada Allah swt.. itu maksud qada dan qadar..

wallahualam..
Read On 0 ulasan

apa pilihan kita?


parti politik org melayu di tanah melayu nih ada dua..
satu, umno, yg asas perjuangannya ialah nasionalisme..
dua, pas, yg asas perjuangannya ialah Islam..
dan dua2 memperjuangkan org melayu..

kenapa asas umno nasionalisme adalah sama dengan pendapat sukarno tentang pancasila.. dia memilih nasionalisme sebagai landasan kerna falsafah perjuangannya ialah marheanisme, yg disadur dari falsafah marxisme.. dan pembentukan persekutuan tanah melayu pada dasarnya ialah bersifat kebangsaan yg berpegang pada prinsip agama, raja dan negara.. ini asas rukunegara yg kita kenal sejak dari kecil lagi..

dasar perjuangan kebangsaan ini dijadikan asas kemerdekaan kerana mengambilkira rakyat yg berbilang kaum.. ini puncanya.. malah konsep perlembagaan rakyat yg dianjurkan oleh PKMM juga bersadurkan dasar kebangsaan, dengan cubaan me'melayu'kan setiap rakyat yg berbilang kaum.. kalo sukarno dengan bangsa indonesia, PKMM dengan bangsa melayu, tanpa mengambilkira apa agamanya.. setiap rakyat malaysia akan jadi melayu, saling tak tumpah dengan perjuangan 'Malaysian Malaysia' anjuran PAP yg diteruskan oleh DAP..

ini yg membuatkan kita keliru ttg siapa kita? pengistilahan 'ketuanan melayu' pada asalnya bukan untuk menjadikan melayu berkuasa sepertimana 'java supremacy' yg berlaku di indonesia.. ketuanan melayu itu didasarkan pada perjuangan kebangsaan yg menganggap asas tanah melayu ini adalah melayu..

ini sama dengan prinsip asal PKR.. yg membuka partinya kepada semua kaum tetapi menjadikan melayu sebagai asas parti, perjuangan kebangsaan.. complicated yet confusing..

persoalannya ialah bagaimana kita merubah sistem yg sudah kental selama 50 tahun ini? berapa lamakah lagi kita mampu bertahan sabar melihat kekeliruan ini? selepas 400 tahun kita dijajah, kita tanpa sedar masih dijajah 50 tahun.. apa yg kita tinggalkan pada anak cucu kita?

kembali kepada sunnah mmg mudah utk kita sebut.. apalagi kita hanya berkisar sekitar fardhu ain.. mana fardhu kifayah kita? sungguh benarlah kekuatan ummah bergantung pada kekuatan individu jemaahnya.. tapi umpama berjalan dalam lorong yg gelap, setitik terang mudah sekali kita sangka cahaya..

kita mahu menghancurkan sistem kafirun tapi apa yg kita dah buat pada ummah? kita menolak kekayaan sedangkan kita tidaklah kaya.. kita tak perasan 9 dari 10 sahabat yg dijanjikan syurga bukanlah org yg miskin tidak berharta.. kita berlegar2 diruang definisi kekayaan terjemahan kafirun.. sedang hartawan Islam di zaman Nabi saw tidak kelihatan berbeza dengan org lain secara fizikalnya..

lupakah kita bagaimana Umar ra menuntun unta dinaiki oleh pembantunya ketika sampai ke baitul muqaddis hingga org2 tersilap mengira Umar ra itu hanya pembantu.. tak ingatkah kita perihal sahabat yg mewakafkan kebunnya hanya kerna solatnya diganggu oleh burung yg berkicau di kebunnya.. ini kaya dalam konteks Islam.. harta dunia tergenggam di tangan tapi tidak berbekas di hati..

mungkin juga kita tak perasan bagaimana kaum2 miskin menemui Nabi saw mengeluh akan perihal sahabat mereka yg kaya dan dapat berbuat pahala yg lebih banyak berbanding mereka yg tidak punya apa2.. ini asas Islam.. berbuat utk jemaah..

berapa banyak dari kita yg berusaha keras cari harta supaya boleh membayar zakat lebih banyak, berbanding dengan kita menghitung2 apa yg kita ada untuk kita bayar zakat pada hujung tahun? pernahkah kita bercita2 dan berusaha untuk membeli bangunan untuk mewakafkannya, berbanding cita2 kita mahu membeli kereta mewah untuk keselesaan diri kita sendiri?

bukan aku mahu menidakkan kepentingan memperkukuhkan keimanan diri sendiri.. hanya saja aku berpendapat terutama kita yg sudah lebih 30 tahun hidup, berfikir setingkat lagi utk melihat ke dalam jemaah.. apalagi kebanyakan kita sudah mempunyai anak.. kita sudah seharusnya menjangkau melihat lebih jauh dalam mempersiapkan jemaah utk anak2 kita.. mahukah kita melihat anak2 kita hidup dlm situasi masyarakat yg kita ada sekarang?

ini pilihan kita.. bukan sekadar mempersiapkan kekuatan ekonomi utk anak2 kita tapi kita juga perlu mempersiapkan jemaah utk anak kita.. supaya nanti mereka tidak perlu bersusah payah seperti kita meraba2 dlm kesamaran.. insya-Allah..

kalau kita mahu melihat Islam kembali gemilang, marilah kita sediakan asasnya.. kerna kegemilangan itu perlu waktu yg panjang.. dan anak2 kitalah yg bakal mewarisi revolusi minda yg kita mulakan ini.. mereka perlu pengorbanan kita dan Islam memerlukan perjuangan kita.. dan ini bukan sekadar retorik..

kita boleh pilih landasan kita masing2, tapi perjuangan haruslah diteruskan.. kita yg bertanggungjawab atas agama kita bukan org yg disebelah kita..

wallahualam..
Read On 0 ulasan

mengapa perlu jemaah?


memperkatakan persoalan keperluan berjemaah perbandingan dengan persoalan pemantapan diri sendiri dengan merujuk kepada pembuktian kasih sayang pada Allah dan rasul merupakan satu bidaah juga..

sejak dari awal pengutusan Nabi saw sebagai utusan Allah swt, baginda berusaha pembinaan jemaah.. bermula dari dakwah di kalangan keluarga dan para sahabatnya.. dari jemaah yg kecil secara diam2, kemudian apabila jemaah susah agak kukuh, baginda memulakan fasa dakwah secara terang2an..

malah di zaman para sahabat sendiri, solat berjemaah hampir dianggap wajib.. apabila ada sahabat yg tidak hadir maka sahabat2 akan datang menziarahinya bertanya khabar.. malah kekalutan sahabat yg pulang segera selepas berjemaah kerana isterinya tiada kain yg sesuai utk solat, juga diambil perhatian sahabat yg lain..

pengukuhan Islam selepas hijrah juga ditonggak oleh kekuatan jemaah.. Islam mencapai kegemilangan kerana kemantapan jemaah, bukan sekadar kekuatan beberapa sosok individu sahaja.. malah Nabi saw sendiri berkata umat Islam ini umpama binaan yg saling memperkukuhkan antara satu sama lain..

berjemaah ini sunnah Nabi saw.. kita ambil contoh solat.. Nabi saw menegaskan akan kepentingan solat berjemaah.. mengapa perlu solat jemaah? mengapa solat jemaah itu berganda pahala berbanding solat bersendirian?

aku pernah dikisahkan dalam satu majlis ilmu tentang menjangkau khusyu dlm solat.. tidak ramai dari kita mampu utk khusyu sepanjang solat.. maka dengan berjemaah seumpama kita adalah satu.. setiap kekurangan dan kelalaian kita dlm solat diperbaiki dengan kekhusyukan sahabat kita yg sama2 berjemaah.. saling menutupi kelemahan dan saling memperkuat ibadah..

kita ambil pula contoh selepas hijrah.. yg pertama Nabi saw bina ialah masjid.. bukan sekadar utk solat tapi inilah pusat pembinaan jemaah.. berbagai permasalahan diselesaikan di masjid.. seterusnya pembinaan pasar muslim merupakan satu agenda jemaah.. ansar dan muhajirin bersatu sebagai satu jemaah besar..

begitu juga kita dinasihatkan supaya bergaul dengan org saleh.. kena hadir dlm majlis2 ilmu.. ini semua adalah kaedah pembinaan jemaah.. begitu juga dengan saranan menghormati jiran, dsb. ini semua asas Islam.. bersatu..

berbalik pada zaman kita yg serba serbi mengelirukan.. sepertinya berjalan bersendirian di lorong yg gelap, setiap titik terang itu mudah kita anggap sebagai cahaya..

di sini fungsi jemaah dalam menuntun kita mengharung lorong tersebut.. kita saling nasihat menasihati dan ingat mengingatkan antara sesama kita.. bila kita jatuh tangan jemaah meraih kita, apabila kita lemah tenaga jemaah mendokong kita, tatkala kita hilang arah jemaah menunjukkan cahaya kepada kita.. sejak kejadian hawa as lagi, manusia tidak dicipta utk bersendirian..

berkasih2an sesama jemaah adalah tanda kasih kita pada Allah swt dan Nabi saw.. tidaklah berlaku keajaiban dengan hanya menunggu.. dan tidaklah berlaku hikmah jika tidak kita gali..

dalam situasi setiap dari kita terikat dengan sistem kafir, yg sudah 'establish' sejak dari kita lahir, menimbulkan satu pegangan yg kita sendiri merasa sukar untuk mengubahnya.. kita merasa kecewa kerana kita menyedari ketidakmampuan kita dalam mengubah struktur ideologi yg tertanam dlm pemikiran masyarakat..

semakin kita mencari2 kekuatan kita semakin kita menyedari akan terlalu banyaknya kelemahan dlm diri kita.. malah para kafirun juga tidak akan mampu berdiri teguh jika tidak kita kaum muslim yg mendokong mereka.. mereka menggunakan kekuatan jemaah kita sedangkan kita pula mengasingkan diri dlm ruang lingkup 'individualisme'..

ini yg berlaku pada kita.. kita membiarkan org lain mempergunakan kekuatan jemaah kita sedangkan kita memilih untuk melihat kelemahan jemaah dan meninggalkannya..

wallahualam..
Read On 0 ulasan

looking for a hero?


khutbah jumaat ari nih citer psal musuh Islam.. tapi khatib hanya sentuh org yahudi saja.. walaupun dia dia 'quote' ayat yg sebut org kafir dan org munafik.. pastuh dia ceritakan sejarah perjuangan yg berlaku sekitar baitul maqdis..dan aku pulak terfikir adakah kita nih tak buat apa2 sebab kita menunggu hero datang menyelamatkan kita?

citer psal hero nih aku teringat citer seorg pemulung (cari rezeki dari timbunan sampah) kat medan masa lepas tsunami dulu.. sampai skrg aku ingat citer tuh psal aku jadi malu pada diri aku sendiri..

pemulung nih pendapatannya hanya sekadar Rph 20rb sehari.. lebih kurang kalo ikut 'currency' masa tuh sekitar RM8.. tapi setiap hari dia akan masukkan Rph 10rb dlm tabung tsunami utk acheh.. tiap2 hari dia datang kat pusat derma tuh..

bila ditanya, dia cuma kata kesian kat org acheh.. dia masih boleh makan tapi org acheh dah kehilangan semua.. dia masih boleh cari rezeki tapi acheh dah musnah.. dia buat sebagai tanggungjawab dia pada saudara seagama dengannya.. subhanallah.. this is the real hero..

setiap dari kita boleh buat sesuatu untuk jemaah.. hanya saja kita rasa apa yg kita buat terlalu kecil hingga kita sendiri pun tak menghargai apa yg kita buat..

teringat pesan Nabi saw ketika kurang lauk maka lebihkan kuah supaya boleh disedekahkan pada jiran.. kalo kita skrg lauk bertimbun2 atas meja pun makan takkan ingat jiran sebelah..

kekuatan ummah atas dasar saling mengingati.. ini kasih sayang.. kita ingat sebab kita sayang dan cinta pada saudara kita.. kita ambil berat dan berkongsi kerna kasih sesama jemaah..

tapi kita hanya berpikir sekitar diri kita sendiri.. kita dok sibuk teguhkan iman kita padahal iman kita teguh dlm jemaah.. sebab tuh Nabi saw akan tanya kalo sahabat tak datang solat jemaah.. risau takut2 sesuatu berlaku padanya.. ini asas kekuatan.. kasih sayang..

zaman nih bila kita sebut kasih sayang nih berlaku pada org muda bercinta, isteri-suami dan ibubapa-anak2 saja.. kita dah takder sebut sayang pada saudara mara dan jiran tetangga.. rasa lain macam bila sebut camtuh..

bila kita sayang, kita nak yg terbaik utk org yg kita sayangi.. kita jaga dia, kita nasihat, kita didik dan halang dia dari buat sesuatu yg merosakkan diri dia.. sebab kalo dia rosak, maka kasih sayang kita rosak, jemaah rosak..

nak timbulkan kasih sayang nih pulak bukan mudah.. sebab dia adalah urusan hati.. hati kita yg dok sibuk ttg hal kita sendiri, camna nak ambil tau psal org lain.. byk benda yg kita buat sebenarnya adalah untuk kepentingan kita, walaupun mulut kita dok sebut kita berkorban dan otak kita nak percaya bahawa kita terkorban..

kalau kita sayang dengan jemaah, apa saja yg kita buat kita tak rasa rugi.. sama cam org bercinta, mintak gelang bagi, mintak cincin bagi, mintak jemput antar pegi balik keje sanggup, makan bersuap, malah kena maki pun senyum.. cinta tuh buta kata org..

ini yg kita takder.. kasih sayang dalam hati kita dah berkurang.. kita lebih banyak bersangka2, yg kita sebut berhati2.. kita bunuh kasih sayang kita sebab kita rasa org lain pun tak sayang kita..

maka bila ada saudara kita kena aniaya depan kita pun kita boleh berdiam diri sebab kita tak mahu masalah dia jadi masalah kita.. konon kita jaga tepi kain kita sendiri..

dan yg disayang nih pun amik kesempatan.. dah org sayang kita sental habis2an.. org jemput makan, kita tala sampai habis yg menjemput pun tak dapat makan.. kita amik yg bukan hak kita..

ini semua yg berlaku dlm jemaah kita.. kita bergabung sebab ada kepentingan pada diri kita.. kalo takder keuntungan apa2 kita tanak 'join', walaupun kumpulan tuh memerlukan skil dan kekuatan kita.. konon tak mahu dipergunakan..

bila bersembang kita cepat amik hati.. sebab kita rasa saudara kita mmg tak suka dgn kita dan saja nak malukan atau perkecilkan kita.. padahal ada sebab dia marah, ada sebab dia kutuk dan ada sebab dia pujuk.. tapi kita hanya pentingkan hati kita sendiri..

antara jemaah pula, kita melebihkan jemaah kita dari jemaah org lain.. konon jemaah kita lebih baik.. sepatutnya jemaah kita boleh bergabung dgn jemaah lain jadi jemaah yg lebih besar.. tapi kita lebih rela jemaah lain masuk jemaah kita.. kita jadi sombong dgn diri kita sendiri.. mana kasih sayang kita?

tak kenal maka tak cinta.. maka kita kena kenal jiran kita, kena kenal saudara kita, kena kenal jemaah kita.. nak kenal kena ziarah, baru kenal, baru mesra, baru datang cinta.. tapi kita tanak ziarah org, kita nak org ziarah kita.. kalo org tuh tak datang majlis kahwin kita, kita pun tak datang majlis dia.. kena balas.. camna nak sayang?

minggu lepas ada sahabat 'forward' emel psal nak kaji impak penghargaan.. tajuknya 'Who i am makes a difference"..

dia jumpa anak murid dia dan bagitau bagaimana berharganya anak murid dia tuh dalam mengubah hidup dia.. kemudian dia pasang riben biru kat anak murid dia dan bagi satu lagi riben biru supaya anak murid dia leh cari satu org lain utk diberi penghargaan dan dipakaikan riben biru dan seterusnya..

citer tuh berterusan hingga ke seorg pengarah syarikat yg terkejut kerana didatangi oleh pegawainya utk diberitahu bagaimana dia telah mengubah hidup pegawai tersebut dan dia telah memakaikan riben biru tersebut pada anaknya, yg menerimanya dengan tersedu2 kerana telah menulis surat utk membunuh diri malam itu..

aku teringat satu filem yg mempunyai kisah yg hampir sama bertajuk "pay forward'.. kisah bagaimana seorg budak dgn sungguh2 cuba membantu seorang yg memerlukan tapi tidak mahu menerima balasan sebaliknya mahu org yg dia bantu itu menolong orang lain sebagai membalas jasanya.. maka berlakulah perkara2 yg dianggap keajaiban..

ini semua bukan konsep baru.. semua nih ada dlm Islam.. kita kena bantu saudara kita dengan ikhlas.. kisah Nabi saw yg tetap menyuapkan makanan ke mulut seorg yahudi buta yg tiap hari memaki baginda patut kita jadikan panduan akan makna memberi dengan ikhlas..

cuma saja kita hidup dlm zaman individualistik maka kita mensekularkan diri kita dari jemaah.. kita tutup hati kita dari menerima kasih sayang dan kita buat tafsiran baru ttg maksud ikhlas..

bila kita kata kita nak balik semula ke pangkal jalan, kepada Islam.. maka inilah fundamental Islam.. berkasih sayang.. bukan sekadar terbitkan rasa cinta tapi kena buang rasa benci dan prejudis kita terhadap org lain..

mmg di zaman ini hidup ramai penipu.. tetapi niat baik dan keikhlasan kita itu lebih besar nilainya dari kerugian dan kononnya harga diri kita.. kalau kita ditipu maknanya kita dianiaya, maknanya doa kita makbul.. maka sepatutnya doalah yg baik utk diri kita dan jemaah, tapi kita gunakan utk maki hamun dan doa yg buruk2 utk si penipu itu.. kita rugi satu peluang yg Tuhan bagi kat kita..

tapi jangan pula kita dah tau kita nak ditipu tapi kita teruskan juga.. jangan pula kita biar org amik yg bukan hak dia masa kita sedekah.. kena belajar dari kisah Umar ra memberi makan org miskin, dia marah bukan sebab org miskin tuh habiskan makanan, tapi dia marah sebab org miskin tuh mengambil lebih dari apa yg dia perlukan..

kekuatan jemaah bergantung pada kasih sayang jemaah.. jika kita masih menghitung2 apa yg kita berikan pada jemaah, bermakna kita adalah 'weakest link' dlm jemaah.. dan jika jemaah rosak, kitalah yg bertanggungjawab..

setiap dari kita bertanggungjawab atas apa yg berlaku pada jemaah.. setiap dari kita adalah hero pada jemaah.. jika kita yg jadi hero nih tak bersikap seperti hero, maka pada siapakah lagi jemaah nak bergantung harapan?

kita kena cari kekuatan dlm diri kita dan perkuatkan jemaah dengan kasih sayang kita.. kerana kita adalah hero.. dan hero sentiasa merasa bertanggungjawab bukan kerana dia merasa dirinya hebat tapi kerana kasihkan jemaahnya..

wallahualam..
Read On 0 ulasan

can we do it?

masalah bergantung pada macammana kita nak tgok.. masalah nih rahmat Tuhan jugak.. aku pernah bersembang dgn budak turki.. turki nih ada dua kelompok besar.. satu kelompok yg dulu mendokong khalifah, yg masih berpegang kuat dgn Islam.. dan satu kelompok lagi yg mmg pro-ataturk, kuat menyokong sekular.. kelompok satu nih mmg didiskriminasi oleh sistem.. terutama org pompuan dia.. susah nak keluar bekerja sebab masalah aurat.. mmg mengeluh apalagi yg graduan universiti.. tapi rahmat buat generasi anak2 diorg.. sebab anak2 diorg diasuh oleh ibu sendiri, terdidik dgn kasih sayang ibu dan standard ilmu yg disampaikan juga standard universiti, berbanding anak2 melayu yg diasuh di taska oleh pemegang sijil kemas atau diasuh oleh orang gaji indonesia yg tak lepas SMP pun.. ini hikmah Tuhan beri masalah pada diorg..

secara jujur, aku rasa kita semua (termasuk aku) terlalu 'money-oriented'.. dulu masa minyak murah, kita gie kedai depan umah pun naik keter.. sebab tuh org2 malaysia nih gemuk2 (termasuk aku juga).. kita jadi pemalas (ini khusus untuk aku).. pastuh kita komplen badan sakit2 tapi peluh kita mmg jarang keluar pun (ini pun untuk aku).. tuh yg muda2 kolestrol tinggi, sakit jantung, kencing manis, dsu (ini aku belum lagi laa).. padahal biasanya yg dapat 'sakit org kaya' nih org yg tua2, sebab yg tua2 nih yg hidup dah selesa.. maknanya kita muda2 lagi dah kaya dan hidup selesa (tolong doa untuk aku sama.. amin)..

aku sentiasa ingat satu quote yg tertampal kat 'cubical' aku masa 'assignment' aku yg pertama sebagai 'freelance' : "if you see something that you don't like, change it. if you cannot change it, change your perspective towards it.."

bila kita dok dlm negara kita sendiri, macam2 benda kita tak puashati.. dari mula menapak keluar rumah sampailaa nak tidur malam.. dari harga barang naik, Islam hadhari sampailah ke wilayah iskandar.. sama juga dgn rumah kita.. tgok tv rasa tv kecik, tgok ruang tamu rasa tak cantik, langsir rasa buruk, sampailaa ke bini rasa dah tak masin dan rasa anak2 kita nih tak macam yg kita nak.. ini rasa dalam hati kita (maksudnya hati aku sendiri)..

bila kita dok luar, kita rindu dgn negara kita, rindu kampung, rindu rumah kita yg bersepah2, rindu dengan riuh rendah anak2 dan bebelan bini.. jadi semua tuh akan jadi cam muzik syahdu.. betullah kata org tua, sayang anak tangan2kan, sayang isteri tinggal2kan.. kalo mak aku dia guna perumpamaan, dekat bau tahi, jauh bau wangi.. citernya ialah "how bad is our life right now?"..

bila dengar org kutuk pelaksanaan Islam di tanah melayu nih, aku senyum saja, sebab kat luar pun lagi huru-hara.. kutuk ekonomi tanah melayu, ekonomi luar pun hujan batu jugak.. cuma yg beza ialah kita org luar.. nih sebab org kita dok mengeluh nak isi minyak tapi org singapura dan thailand penuh kat stesen minyak..

persoalannya skrg dah bukan kenapa ini semua berlaku, tapi yg lebih penting ialah macammna kita nak buat? terutama dlm hidup kita dlm penjara wang ringgit nih.. sama dgn nada kenapa Islam lemah.. sebab kita bergantung pada para kafirun.. kita guna sistem kafirun.. kita menari dalam irama kafirun.. its their game with their rules..

kita nih terevolusi terus dgn sistem yg ada.. bila ditekan secara politik, kita 'evolve' secara politik.. bila diperas secara ekonomi, kita berevolusi dgn sistem ekonomi.. ekonomi naik, kita pun mintak naik gaji, barang naik, kita buat bajet potong sana sini, kita masih berkisar disekitar kuantiti dan bukan kualiti.. kadar umur org melayu meningkat tapi kualiti hidup menurun..

aku penah sebut, untuk mengubah sistem, kita perlu revolusi bukan evolusi.. sebab evolusi hanya memperbaiki sistem yg ada, sedangkan kita semua sedar bahawa sistem yg ada nih susah dan menyusahkan.. dulu org eropah heran tgok orang asia simpan emas, sekarang diorglah penyimpan emas yg paling banyak.. contohnya..

jutawan tabur duit dari langit

balik citer hujan emas nih.. aku 'prefer' hujan air.. kat jakarta minggu lepas ada hujan wang ringgit.. org tabur duit pakai kapalterbang.. aku tak kisah sangat yg tukang tabur tuh, tapi aku kesian tgok yg tukang kutip.. masa aku kat indo dulu, ada satu masa tuh tv sarat dengan program realiti bantu org miskin.. 'surprise' betulkan rumah lah, bagi rph 10jt suh habiskan dlm masa sejam laa, tv 'sponsor' majlis perkahwinan laa.. aku tak kisah org kaya cari populariti tapi aku kesian tgok org miskin dimanipulasi..

sama dgn situasi kita skrg.. kita dimanipulasi oleh sistem.. duit subsidi tuh duit kerajaan datang dari duit rakyat.. makna duit org2 yg bayar cukai dan saman laa.. bila kata kerajaan dah tak boleh tanggung subsidi, maknanya rakyat dah takleh tanggung juga, tapi rakyat kena tanggung juga..

ceo petronas kata kos operasi dah naik 200%, che det 'si penasihat petronas' kata petronas untung lebih RM 70b dan semua untung tuh milik kerajaan, pak lah 'pemilik petronas' pulak kata subsidi minyak nih RM 21b.. jadinya apa benda yg diorg kata kerajaan dah tak boleh tanggung? mungkin maksud dia kita guna semua untung petronas nih utk subsidi barang terkawal.. tapi barang naik juga.. rasanya baik beras nak harga 0.50sen sekilo daripada minyak naik 0.80sen seliter pastuh beras naik juga.. (tapi beras siam dah turun harga hari nih, kawan sebelah aku menyampuk)..

itu yg aku sebut kita fokus sangat dgn masalah duit.. sebab keperluan utama kita ialah cari duit.. kita kerja sebab cari duit.. kita belajar ilmu baru pun sebab nak cari duit.. kalo tempat tuh tak mendatangkan duit kita tak hingin nak hinggap apalagi melekat.. ilmu2 yg tak datangkan duit nih, sikit2 boleh laa nak amik tau, tapi sikit2 cukuplah..

kita keje kuat2 seminggu cari duit, pastuh hujung minggu kita terperap kat umah psal nak jimat.. apa gunanya? simpan duit banyak2 pastuh kita buat bayar riba hutang kita tiap2 bulan.. apalah nikmatnya? (nih semua aku laa..).. maka yg jadi keperluan kita ialah jimat minyak supaya boleh gie keje, 'trip' balik kampung kena potong, sebab nak jimat minyak dan duit.. bagi mak bapak 'online transfer' saja.. kang tunggu raya baru laa tengok.. nak tipon pun cakap kejap2 saja sebab nak 'save' duit nak beli minyak gie keje.. kalo tak keje kang tak berduit.. camna nak hidup? maka secara tidak langsung kita bersetuju bahawa duit yg buat kita hidup..

bila tanah melayu jadi kacau, kita pun terpikir2 nak 'migrate'.. nih baru minyak naik kita dah rasa baik duduk saudi.. tapi yg duk turkmenistan pulak kata nak balik.. org kita nih belum pernah teruji.. sejak malayan union, kita tak pernah ada revolusi.. yg kita ada demonstrasi yg tak nampak impak pada sasaran.. kalo nak buat jgn kat dataran merdeka.. skrg nih buat kat parlimen, dewan negara n dewan rakyat tgh bersidang.. semua wakil rakyat satu malaysia ada.. beri tekanan pada wakil2 rakyat biar diorg buat keje kuat sket..

kalo tidak buat cara sayap kiri malaya buat dulu.. hartal.. pilih hari kita 'announce' hari berkabung.. semua org tak kuau umah.. kita tgok apa jadi pada ekonomi.. katakan sorg pakai minyak RM1 sehari kalo 2 juta keter dah RM 2jt.. blum campur 'save' letrik kat opis.. lampu, air-cond, dan segala aneka peralatan letrik kat opis tuh.. satu hari 'beku' kebangsaan.. kalo tak cukup nak 'save' belanja kerajaan, 'announce' hari beku tiap2 bulan.. org lelaki kumpul kat masjid.. buat aktiviti.. satu hari jer.. boleh ker?

Read On 0 ulasan

krisis tenaga?

[moved: i-Planning ]
Read On 0 ulasan

kenapa kita kena kerja dgn org?

[moved: i-Planning ]
Read On 1 ulasan

mencari tapak dasar perjuangan


persiapan diri dan ilmu

apa kita nak buat untuk jemaah nih adalah perjuangan.. jadi bila berjuang nih mmg banyak dugaan dan godaan.. sebab tuh kita kena paham adab.. adab nih adalah persiapan dlm diri kita..

sebab tuh bila kita mula nak belajar ilmu2 nih, ramai tok guru ajar cara tadbir hati dulu.. cara nak hilangkan riak dan cara nak sabar.. yg kita dok buat selalu bukan sabar tapi tahan marah.. ada beza tuh.. nih yg biasanya org ikut tabligh.. nak rendahkan diri.. nak buang sombong dan marah dalam diri.. ini namanya persiapan mental..

nih beza cara org kafir dan cara muslim.. antara falsafah dan sufi.. falsafah, duduk dan berfikir.. sufi, merasai dan menginsafi.. yg kita paham akal jaga hati.. yg kita tak buat hati tadbir akal.. org tua2 kata ikut hati mati.. sebab tuh kena jaga hati.. pikir pakai akal saja, anggap semua ikut rasional dan logik, kita jadi sombong dengan Tuhan..

ilmu dan amal

tapi bak kata atuk aku, org muda skrg ilmu banyak.. kalo bercerita hebat, habis semua nas keluar siap dengan istilah2 arab.. mmg org sekarang nih hebat tapi amalan takder.. rasa macam penampar besar sampai kat muka aku.. kebas jer muka.. namun itulah realitinya.. kita nih banyak ilmu tapi takder pengisian..

tahu hikmah itu ini, tau macam2 teori, tapi apa amalan kita.. paling kuat pun amal untuk diri sendiri.. kalo doa pun, doa utk diri sendiri.. paling tidak pun doa utk mak bapak dan anak bini sendiri.. rasa melampau bila nak doa murah rezeki utk jiran kita sebelah rumah..

sebab tuh perjuangan kita tak kemana.. kita hanya bercakap2 sekitar ilmu tapi kita tak buat pengisian dalam diri kita.. kita cakap psal perjuangan tapi kaki kita tak turun pun dari tangga rumah.. kita dok harap pahala niat saja.. kata atuk aku laa..

amal dan perjuangan

aku pun bertanya2 tentang beza perjuangan org dulu dan sekarang.. ada pendapat kata, org dulu berjuang untuk jemaah berbanding org skrg berjuang untuk diri sendiri dulu..

org dulu dia tak peduli sangat psal diri dia.. semangat jemaah dia kuat.. dia sanggup tak tidur malam nak jaga kampung bila kampung ada pencuri.. sebab tuh diorg tak boleh ditumbuk rusuk, sebab mmg diorg bukan buat itu semua utk dapat imbuhan..

org skrg kalo kwsn perumahan ada pencuri, dia advance sket, upah 'security guard' jaga.. itu pun cari yg murah2.. bila dah murah sangat jaga nih pun buat komplot dgn sang pencuri sebab dia pun jaga kwsn tuh sebab duit saja.. bukan sebab dia nak jemaah di kwsn tuh rasa selamat.. kalo dia nak jemaah kwsn tuh rasa selamat pun supaya kontrak dia jadi panjang.. semuanya untuk diri sendiri.. kalo tak bayar ada yg nak jaga percuma dan sukarela?

ada yg buat rukun tetangga, sukarela.. sama2 jaga.. itu pun ramai jugak yg kelepet.. ada saja alasan bila sampai jadual dia, dan yg jaga pun sebab rasa untung dapat cuti tak keje esok.. yg paling semangat ialah yg rumahnya mmg dah kena pecah.. antara takut rumah kena pecah lagi atau rasa marah nak pecahkan muka tukang pecah rumah tuh..

perjuangan dan paham

makna kata kita kena tgok balik dlm hati kita semula kenapa kita nak berjuang? untuk diri kita ke atau untuk jemaah? apa keperluan kita dalam perjuangan? apa fungsi kita dalam perjuangan nih? soalan2 yg seumpama ini kena tanya balik dlm diri kita.. kena betulkan balik niat kita..

sebab nak paham diri sendiri nih yg org pergi beruzlah.. kalo org melayu kata pegi bertapa.. bukan sebab nak tingkatkan ilmu batin berguru dengan rimau jadi2an tapi berkhalwat dgn diri sendiri.. kena dalami hati kita sendiri.. bukan sekadar tau (akal) tapi juga paham (hati)..

paham dan dugaan

bila kita sendiri dah paham apa yg kita paham maka baru kena gerakkan badan.. nak mula bergerak nih yg paling banyak cabaran, dugaan, godaan dan halangan.. sebab tuh hati kena betul2 yakin..

dugaan yg paling besar pada org lelaki ialah isteri dan anak2nya.. isteri dan anak2 nih harta dunia juga.. sebab tuh tok guru zaman2 dulu tak bagi kawin selagi tak tamat belajar.. kalo dah tamat, tok guru sendiri yg carikan jodoh..

masalah org perempuan nih semua nak suami soleh tapi dia tak sanggup nak jadi solehah.. jadi org lelaki kena belajar jadi lelaki.. kena tau bila kena tegas dan bila kena berlembut.. ini masing2 punya dugaan..

lelaki zaman nih dah banyak yg tak lelaki.. dia tak sampai hati nak tegur bini sebab kononnya sayang bini.. melampau2 sayang bini nih sampai dah tahap takut bini sebenarnya.. salah lelaki bukan salah perempuan..

kita org lelaki nih terlalu sibuk dengan rumahtangga.. terlalu sibuk dengan diri kita sendiri.. toksah tgok jemaah dulu.. dengan adik beradik dan mak bapak kita pun kita lebih suka amik sikap tanak masuk campur.. makna kita biarkan saja apa yg diorg nak buat..

sikap yg sama kita pegang bila dalam jemaah.. kita mmg ada rasa sedih, geram, marah, dsb. tapi kita tak buat apa2.. kita pegang bila nampak maksiat, kalo takleh ubah dengan tangan, kita ubah dengan mulut, dan sekecil2nya kita tanam rasa benci dlm hati.. kita amik yg kecil saja.. sebab kita tak benar2 mahu perubahan berlaku..

kita cakap psal sunnah tapi kita tak mampu nak ikut sunnah sebab malu dengan org.. kita malu buat benda yg betul, tapi kita tak malu buat benda yg salah, sebab yg salah tuh dah jadi perkara biasa.. kita bukan keliru tapi malu dan takut nak jadi baik..

ramai dari kita nih hati kecik dan telinga nipis.. kita tak sanggup kena kutuk walaupun kita tau apa yg kita buat tuh betul.. dan kalo dah betul pun, bila kena kutuk dan sindir, sama ada kita naik angin atau kita rasa was-was.. nih masalah dgn hati kita nih..

dugaan dan usaha

bukankah kita dah tau bahawa kita nih usaha saja.. apa saja hasilnya itu semua Tuhan yg tentukan.. sebab itu bila kita buat sesuatu, usaha kita lebih penting dari hasil.. nih pun susah nak paham nih..

camnih.. bila kita buat sesuatu kita buat kerana Allah swt.. maka apa2 perkara yg kita buat akan berkisar disekitar tujuan perjuangan.. bila kita fokus tujuan perjuangan, segala strategi akan fokus pada tujuan..

sama cam bila org citer psal buat bisnes.. ramai yg paham maksud 'diversify' tuh kita buat macam2 benda.. tuh yg kita jadi serabut.. kejap buat ayam kejap buat roti canai kejap buat rumah tumpangan.. 'diversify' tuh kena berkisar sekitar bisnes utama kita.. baru kita leh 'grow'..

contohnya bila buat satu projek kita kena tumbuhkan industri2 sokongan yg membantu projek kita tuh.. bila bela ayam contohnya, kita kaji balik apa yg kita perlukan.. benih, makanan, pasaran, contohnya.. bila kita kembangkan projek kita tuh utk 'supply' projek utama kita, maka kebergantungan kita pada org lain akan berkurang..

contoh buka kedai makan, kalo kedai sebelah dah jual nasi goreng, kita jual mee, sate, soto, yong tau fu, dsb. org kita lain, kalo nampak warung sebelah jual sate laku, dia pun jual sate jugak.. ini akan mencipta persaingan.. utk sedapkan diri kita katalah persaingan tuh persaingan sihat.. kononnya.. sama tanak mengalah pulak..

usaha dan tawakal

balik pada usaha tadi.. bila kita buat satu usaha yg kita harap pahala.. bila harap pahala kena buat betul2, kalo tidak tak dapat pahala.. naik setingkat, kita buat psal nak redha Allah swt.. lagi kena buat sungguh2 kalo tak camna Allah swt nak redha.. apa saja hasilnya kita pulangkan semula kat Allah swt.. tawakal..

kalo untung banyak, alhamdulillah, kalo rugi pun alhamdulillah.. sebab kita dah untung pahala banyak dah masa buat tuh.. bila rugi makna kena usaha lebih lagi, pahala lagi, masya-Allah.. tawakal penuh..

tawakal dan praktis

tapi jangan usaha tanpa ilmu.. usaha tuh amalan.. sama cam solat.. takder ilmu camna nak solat.. mula2 kena belajar cara2 solat, naik setingkat paham apa yg kita baca dalam solat, naik lagi naik lagi sampailah kita dapat rasa kyusu sebenar dlm solat.. sebab tuh kena praktis dari umur 10 tahun.. paksa.. tak solat rotan.. sebab amalan kena biasakan.. bila dah biasa amal, terasa nak amik tau ilmunya.. ini pun keje Tuhan.. kita pikir dan rasa saja..

yg kita kena buat ialah amalkan ilmu yg kita ada untuk diri sendiri dan maslahat jemaah.. apa gunanya kita kalo kita nih tak boleh menjadi kebaikan pada org lain.. ini kuncinya..

nak buat benda nih kena amal.. kena berlatih tiap hari.. nak hapal Quran kena baca tiap hari.. nak pandai naik basikal kena jatuh dari basikal.. nak berjuang utk jemaah kena buat sesuatu.. satu hari selembar benang lama2 menjadi kain..

praktis dan fungsi

kita kena selami diri kita dan cari apa yg kita boleh lakukan pada jemaah.. apa fungsi kita dlm jemaah? mana bidang yg jadi kekuatan kita? macammana kekuatan kita nih dapat mengisi kelemahan dlm jemaah kita..

bila kita kenal fungsi kita.. tau peranan yg perlu kita mainkan maka segala2nya jelas.. sama yg berlaku zaman Nabi saw.. setiap org tau fungsi masing2.. ada yg berniaga, bercucuk tanam, berternak, mengajar, belajar, berperang, dsb..

ini pun sama dlm ajaran bushido pegangan shogun.. setiap org bangga dengan fungsi mereka sendiri.. dan bersungguh2 untuk memperbaiki dan meningkatkan diri mereka dlm bidang mereka.. kerana mereka tau jemaah bergantung pada mereka.. setiap org tau tanggungjawab dalam jemaah..

fungsi dan kekuatan

kalau kita paham fungsi dan tanggungjawab kita dlm jemaah maka takkan ada isu org kecik org besar.. sebab setiap org memberi kesan yg signifikan terhadap jemaah.. kita bergantung sesama kita.. ini asas kekuatan jemaah.. saling menghormati dan menghargai.. mengasihi dan menyayangi..

dengan cara ini kita tidak bergantung pada para kafirun kerna kita sudah saling mengisi antara jemaah.. kita bersatu kerna kita paham bahawa kita saling memerlukan antara satu sama lain.. bukan perlu untuk diri kita sendiri tapi kefahaman bahawa adanya keperluan antara sesama kita dalam memperkuatkan Islam.. ini dasar perjuangan..
Read On 1 ulasan

trilogi perang tahap dewa




===============================================

chedet enterprise: empire strikes back..
(perang biasa)

mula2 che det letak jawatan, pastuh abih anak beranak dia ikut kecuali anak dia yg jadi wakil parlimen, penyokong2 kuat dia pun ikut juga..

citer biasa jugak, maka pemuda umno pun paksa mukhriz kuau umno jugak macam bapak dia tapi dia tanak walaupun dia bagi masa utk pak lah letak jawatan, kalo tidak dia pun akan keluar parti.. pemuda sakit hati sebab mukhriz dok tgh buat tour semenanjung promosi naikkan semangat supaya org umno setuju utk bagi tekanan kat pak lah utk bersara, sambil2 tuh kempen jugalah, kan nak bertanding jawatan ketua ujung tahun nih..

dua tiga hari kemaren pulak, menteri sukan pulau acara kat litar sepang konon nak bagi tekanan pada mokhzani supaya letak jawatan sebagai pengerusi SIC, alasan jawatan tuh adalah lantikan kerajaan.. kalo kerajaan lantik, kan lebih senang pecat saja, buat apa susah2 nak bagi tekanan suh berenti.. yg buat org keliru, dlm majlis tuh ada pulak pak lah datang merasmikan.. boleh pulak menteri pulau majlis yg dirasmikan oleh tok ketua menteri2 tuh.. macam biasa, menteri pelancongan pun sokong menteri sukan.. agaknya bercakap atas kapasiti mantan menteri sukan agaknya..

che det pulak, seperti biasanya, dah buat kenyataan takkan lepaskan jawatan dalam petronas dan proton.. kalo ada yg tak puas hati, pecat jer.. rasanya seperti kebiasaannya juga, pak lah takkan cakap apa2.. sama ada dia buat2 tak tahu atau paling kuat pun dia akan tai-ch i kat org lain.. ye laa.. takkan pm nak urus semua kan dah ada menteri litar sepang, menteri petronas dan menteri proton.. kena belajarlaa buat keputusan sendiri..

dan juga dah terbiasa, org2 kuat kanan dan kiri pun basah juga kena tempias.. contohnya hj sanusi yg jadi presiden uiam pun digegar2kan jugak.. tapi menteri pengajian tinggi kata kontrak hj sanusi yg tinggal dua tahun tuh tetap, cuma lepas dua tahun tuh tak tau la sambung ke idak.. yg lain2 tuh belum tau nasib lagi..

biasanya bila berperang nih, org tua2 kata kalah jadi abu, menang jadi arang.. itu yg berperang.. yg dok tengah2 kalo tak hangus pun kurang2 hangit..

===============================================

superstar wars: return of the ezam..
(perang yg dijangkakan)

masa mula2 buka citer ezam nak masuk balik umno, tok ketua pemuda meloncat.. tapi kendian bila tok penghulu umno menadahkan nyiru dengan kemasukan ezam.. macam org semua dah jangka, semua bertukar nada.. dari nada 'suspicious', tok ketua pemuda main lagu dondang sayang cuma berani sindir2 jarak jauh saja..

seperti yg dijangkakan, mukhriz berbunyi dulu, kemudian che det pun sebut benda sama.. anak beranak tak setuju org kuat anak murid derhaka dia masuk umno.. ezam nih pun dikira anak murid derhaka pada anak murid chedet yg derhaka juga.. maknanya double derhaka.. agaknya chedet tak suka org derhaka nih.. sama cam dia tak suka org yg tak kenang budi dia..

memang menurut jangkaan pun, kes nih bukan boleh dicanai dgn mudah oleh org umno sendiri.. secara konsisten dan tegas tok najib dan pak din dok bagi amaran supaya org umno hati2.. maknanya masih ada sentimen tak yakin terhadap org yg pernah sinonim dgn imej anwar.. beza dengan sentimen masa ku li dan keluarga besar semangat 46 masuk umno.. itu lain sebab kuasa masih kuat.. agaknya laa..

apapun baca pula komen ezam yg dah menjangkakan akan kena semua nih, cara dia pertahan diri boleh tahan jugak.. terutama bila dia kata dia buat janji sumpah setia nak pertahan keadilan, bukan nak pertahan parti keadilan.. tapi kata2 lebih berkesan membuat perubahan bersama pihak yg mempunyai kuasa daripada membuat perubahan bersama pihak yg takder kuasa, melodinya sama cam lagu bekas tok guru dia dulu..

jangkaan org politik nih benar untuk diri mereka sendiri.. bila ada org hijrah keluar maka ada pula yg hijrah masuk.. cuma skrg nih tak dengar pulak sang menantu berbunyi.. diam2 susun strategi perang agaknya..

===============================================

lembaga disiplin umno: attack of the clone
(perang tak dipahami)

ini perang aku tak berapa paham sebenarnya.. entah macammana tapi citer bermula lebih kurang wakil rakyat (ahli parlimen) pasir salak suh perdana menteri buang wakil perdana menteri (senator) yg jadi menteri di jabatan perdana menteri.. sebab musabab tuh dah jadi tak penting laa skrg nih..

yg jadi penting ialah wakil perdana menteri tuh pulak kata wakil rakyat pasir salak menghina perdana menteri.. sebab wakil rakyat kata wakil perdana menteri tuh tak bertangungjawab.. ini camna leh jadi camnih aku pun tak paham.. nih semua dengarnya berlarutan dari sessi perbahasan dalam parlimen..

inipun satu hal lagi yg menjadi ketidakpahaman.. bila dalam parlimen nih kena bercakap sebagai wakil rakyat ker atau nak bercakap sebagai wakil parti? kalo menteri dah sah bercakap atas kapasiti kerajaan.. tapi wakil rakyat umno nih nak cakap bagi pihak umno ker bagi pihak rakyat?

yg jelas org paham ialah tok ketua mereka berdua yg pilih wakil pm tuh pegang portfolio tuh, maka wakil pm nih, sebab tuh pula kata wakil pm nih kalo wakil rakyat kata dia tak kompeten maknanya dia kata tok ketua yg pilih dia tuh pun tak kompeten.. maka betullah kalo dia kata org yg tak setuju dgn kedudukan dia tuh menentang dasar pak lah..

cuma yg jadi aku tak paham, bila dia kata org yg menentang dasar pak lah nih nih adalah org yg menentang dan tidak boleh menerima perubahan.. dan masih ikut pemikiran dan budaya politik lama.. salah ker budaya lama umno? sebab budaya yg dok ada sekarang pun sama jer dgn budaya yg dikatakan lama tuh.. kawan aku tambah pula, perubahan yg jadi makin teruk mmg patut ditentang..

tak paham aku apa maksud sebenar cerita nih.. sebab nih citer kolang kaling nih.. pusing belah mana pun sama saja.. sorg kata camtuh, sorg kata camnih.. ujung2 takder apa berlaku pun.. kecoh mmg kecoh.. ini agaknya yg dinamakan politik..

yg menjadikan aku bertambah tak paham lagi, tiba2 setiausaha agong berbunyi pulak kata dua2 wakil nih boleh kena hadap ke lembaga disiplin kerana menyalahi pekeliling ibu pejabat.. dan cuit juga sekali wakil rakyat jerlun..

ada pula satu benda yg lagi ramai org tak berapa paham ialah kenyataan panel rayuan lembaga disiplin yg mengatakan bahawa sesiapa yg didakwa melanggar disiplin berkemungkinan hilang peluang untuk bertanding dalam pemilihan ujung tahun nanti..

emm.. kalo gosip artis boleh dapat publisiti dan raih popularit.. provokasi politikus mungkin juga boleh menjalankan konspirasi dlm meraih kuasa.. yg aku pasti yg ini bukan salah paham..

===============================================
Read On 0 ulasan
 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008