bila ibadah hanya ritual dan Islam sekadar kosmetik


aku termenung setelah membaca satu emel dari sahabat aku bertajuk "Trend mengurangkan rasa berdosa".. secara dasar emel itu memperkatakan seputar dunia hiburan di Malaysia..

maka teringat aku akan banyak isu terkini yang diperkatakan berkenaan makanan haram, "reality show", politik kontemporari, isu budaya, aurat, murtad, dan seumpamanya.. betapa kita banyak mengambil mudah dan mencari2 alasan yg munasabah untuk mendapat "ketenangan" dalam apa yang telah menjadi kebiasaan kita..

di zaman Nabi saw, para sahabat sangat bersungguh2 dan mengambil berat akan setiap perbuatan dan pemikiran mereka.. nikmat yang mereka punya ketika itu adalah hidupnya Nabi saw yang dapat menjadi petunjuk secara langsung kepada mereka.. begitu juga di zaman khilafah Islam.. umat Islam berpegang teguh kepada satu tafsiran dan kesepakatan pimpinan ulama.. apa yang berlaku pada zaman kita ini?

semakin zaman mendekati akhirnya, Islam berdebu, samar2 dan berasap.. kalau dulu boleh kita ceritakan tentang bagaimana seorg muslim yang tawadu, sanggup menyusur sungai mencari pokok pada buah yang dikutip dan dimakannya di hilir sungai, meminta agar tuan punya pokok menghalalkan buah yang telah dimakannya.. kini cerita itu boleh diperdebatkan untuk nilai yang menyimpang dari nilai asal cerita tersebut, untuk mendamaikan hati kita kerna memakan sesuatu yang bukan kepunyaan kita..

seperti dalam emel tersebut mengkisahkan ttg bagaimana konsert yg jelas membawa mudarat terhalal hanya kerna si penyanyi telah memberi salam.. tentang bagaimana artis putus cinta pergi mengadu di depan kaabah, sedang bila pulang dia kembali ke penghidupan yg sama sambil bercerita ttg pengalaman di baitullah.. tentang kerisauannya tentang bagaimana ungkapan Insya-Allah, Alhamdulillah, Syukur, Amin, hanya sebatas kosmetik..

mengenang awal mula Raihan menghidupkan kembali nasyid dalam irama kontemporari.. sangat terasa bahawa masyarakat kita dahagakan hiburan yang lebih Islamik.. ttg bagaimana populariti Raihan telah menjana pertumbuhan kumpulan2 nasyid, sehingga nilai2 hiburan jiwa yang dibawa oleh Raihan kembali terarah kembali ke bentuk melalaikan semula.. nasyid yang mendayu2 tentang cintan-cintun, lagu2 menyebut nama Tuhan, menyelitkan bahasa arab ke dalam lagu, tanpa sedar mengheret kita kembali lalai daripada Tuhan..

begitu juga yang berlaku dalam menghidupkan semula budaya Melayu, memang seharusnya budaya Melayu yang sedia ada patut diwangikan semula dengan cara memasukkan unsur2 Islamik bagi mengganti mana-mana bahagian yang tidak sesuai.. budaya Melayu tidak perlu dibuang tapi diperhebatkan dengan nilai2 Islam.. kerna faktor budaya sendiri merupakan satu wadah membangkitkan jatidiri sesuatu bangsa.. tak perlu diarabkan, tetapi tidaklah juga perlu dihidupkan dengan kerosakan yang sedia ada..

terkenang kembali ttg bagaimana Sunan Kalijaga mengIslamisasikan wayang kulit di zaman pemerintahan Islam di tanah jawa.. budaya disanjung dan diperhebatkan dengan Islam.. walau imam yang lain tidak menyetujuinya, Sunan Kalijaga (yang satu2nya merupakan anak tanah jawa di kalangan wali songo) menyedari bahawa imam2 yang lain adalah berketurunan Arab, tentunya tidak menyedari akan pentingnya budaya pada masyarakat tempatan, menyedari akan potensi budaya tempatan, menggunakan kreativitinya utk mengembangkan ajaran dan nilai Islam ke seluruh tanah jawa..

isu murtad dan ajaran sesat merupakan tanda bagaimana masyarakat mulai mencari Tuhan dengan lebih serius.. bosan melihat kemunafikan dan kefasikan yang wujud pada ramai muslim baka.. yang sangat beruntung mewarisi Islam dari keturunannya, tapi mengambil mudah dalam penghayatan dan tindakan.. mereka mencari2 alternatif dan akhirnya terkagum dengan budaya agama dan ajaran lain..

seluruh dunia kagum dengan konsep penerapan nilai2 Islam dan pembangunan masjid di Malaysia.. dan kerap sekali aku mendengar bagaimana negara2 Islam mengagumi Malaysia.. melihat Malaysia sebagai model negara Islam moden.. tapi adakah ini juga sekadar kosmetik?

lihat saja bagaimana org berbondong2 ke masjid waktu solat jumaat, solat terawih dan solat hari raya.. asri pada pandangan kita, sejuk hati melihatnya.. sayang sekali hanya bermusim.. lagu2 memuji Tuhan dan azan berkumandang di media tepat pada waktunya.. malangnya sejurus selepas itu terus sahaja kita terbuai kembali pada kelalaian.. populariti sistem perbankan Islam dan prestasi dana syariah melambung tinggi.. tapi kita masih terkejar2 kekayaan, melakukan pembaziran dan masih teragak2 dalam bersedekah..

adakah kita melakukan ini sekadar utk menghilangkan rasa bersalah terhadap dosa2 kita? adakah dengan telah melakukan ibadah dan menyokong produk Islamik kita merasakan kita boleh melakukan perbuatan yang kita anggap kita tidak punya pilihan dan situasi kita sentiasa darurat?

begitu juga dalam mencari kebenaran, kita dengan lebih mudah mengambil pendapat2 dan memperbandingkannya tanpa kita sendiri melakukan penyelidikan dan menambahkan ilmu.. kita hanya mengikut2 sebagaimana kita mengikut2 menjadi Islam.. kita mengambil hukum dari pendapat majoriti dan tidak konsisten dalam mencari kebenaran dan hak.. dalam hati, kita berharap dan takut pada dunia.. walau mulut kita lebih muluk dengan perkataan2 berbau arab..

ilmu itu pula datang dengan tanggungjawab.. menyampaikan dari yang tahu kepada yang tidak tahu umpama bapa kepada anaknya.. tidak mengkehendaki balasan mahupun terimakasih.. tidak menyimpan nasihat utk hari esok.. tidak menodai kehormatan dengan berterus terang..

sabda Nabi saw,

"barangsiapa bertambah ilmunya dan tidak bertambah petunjuknya, maka dia tidak bertambah daripada Allah, kecuali jauhnya."

tiada siapa boleh mengatakan kita kafir, kerna kita masih beriman dengan syahadah.. tapi jiwa Islam kita semakin pudar.. kita dikelilingi oleh media yang mendakyah berbagai perkara dari segala sudut.. menyerang kita dengan pelbagai ideologi dan doktrin akal yang menyesakkan benak kita untuk menghadamnya.. yakin kita mulai rapuh.. kerna itu kita semakin kurang merasa berdosa atas maksiat yang kita lakukan.. apalagi jika maksiat itu sudah merupakan perkara umum dalam masyarakat..

merenung sejenak quote Imam al-Ghazali yang dipetiknya pada pengakhir emel tersebut:
MEMBUANG RASA BERDOSA KETIKA MASIH MELAKUKAN DOSA ADALAH SEBESAR-BESAR DOSA!

Astaghfirullah.. Nauzubillah..

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008