benarkah kita bersederhana?


aku bukan nak buat pernyataan, tapi sekadar bahan untuk sama2 merenung.. teringat bila citer psal nak kaya 80% org yg aku tanya sumer kata dia bukan nak kaya, tapi cukup makan-pakai dan hidup sederhana.. camna kita takrifkan sederhana nih? apa pula yg dikatakan berlebihan?

adapun kita kongsikan di sini akan perihal lapar dan makan..

Nabi saw bersabda:
"Yang mencukupi anak Adam iaitu beberapa suapan kecil yang menegakkan punggungnya."

sehari semalam makan makanan lebih kurang 3ons roti mendekati kebiasaan Umar ra.

makan sehari semalam kira2 6ons roti sudah melebihi sepertiga perut.

maka makan lebih kurang 9ons roti sudah terhitung banyak, dan selebihnya sudah termasuk berlebihan.

makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. apa maksud lapar? Sahl mengatakan, "sebab mukmin itu makan kerana terpaksa dan untuk menyambung nyawa."

Orang sufi biasa tidak makan dua hingga tiga hari, sedang makan sekali sehari semalam sudah merupakan tingkatan terendah.

Nabi saw bersabda kepada Aisyah:
"Janganlah kamu berlebihan, kerana sesungguhnya dua kali makan dalam sehari itu termasuk berlebihan."

Menurut Imam Al-Ghazali, lapar yang terpuji itu lapar yang tidak mengganggu mengingat Allah. Jika lapar sudah keluar batas, maka mengganggu. Kecuali bagi orang yg dikuasai nafsu makan berlebihan. Maka dia boleh melakukannya untuk menghancurkan nafsu makannya yang berlebihan itu. Jika tidak memiliki nafsu makan berlebihan, maka yang terbaik adalah pertengahan.

Abu Sulaiman mengatakan: "Jika nafsu makan muncul dan kamu sebelumnya tidak menurutinya, maka turuti dengan memakan makanan sedikit. Jangan menurutinya dengan makan sampai puas. Dengan demikian kamu menahan nafsu makanmu dengan mengurangi makanan dan tidak menurutinya secara total. Itu perbuatan menahan syahwat dan menjaga diri."

Perlu dimaklumkan, bahawa org yang tidak menuruti nafsu makan dan terjatuh dalam riya' itu sama dengan org lari daripada kalajengking dan masuk ke lubang ular.

Hasan ra mengatakan bahawa Nabi bersabda:
"Orang yang paling utama kedudukannya daripada kalian di sisi Allah ta'ala iaitu paling lama laparnya dan tafakurnya. Dan paling dibenci Allah ta'ala daripada kalian iaitu tiap org yang banyak tidur, banyak makan dan banyak minumnya."

Syahwat perut merupakan pangkal dari semua petaka dan bencana, dan menyebabkan manusia menyukai harta benda dan tamak haloba kehidupan manusia.

Lapar itu bertujuan mengurangi darah di hati. Lapar membuat hati putih bersih dan bersinar serta lemak di hati mencair. Lapar menyebabkan hati menjadi tajam yang merupakan pangkal hati terbuka. Sebaliknya kerasnya hati itu penyebab terhalang. Nabi saw mengisyaratkan hal tersebut dengan bersabda kepada Aisyah: "Sempitkanlah tempat mengalirnya syaitan dengan lapar."

merenung kembali akan yang kita perkatakan, bahwa keadaan diriku yg berlebihan dan masih jauh dari mendekati sunnah baginda. moga Tuhan memberi kekuatan sepertimana dia membukakan pengetahuan ini kepadaku. moga bakal jadi amalan kita bersama. Amin.

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008