Akan berlakukah di Malaysia?

quote=edirossa
topic=
Akan Terjadikah Rampasan Kuasa Di Malaysia...Seperti Di Thailand?
"Peristiwa rampasan kuasa oleh pihak tentera (military coup) yang berlaku di negara jiran, Thailand membuatkan saya berfikir, adakah kemungkinan berlaku keadaan ”huru-hara” di Malaysia sekiranya Barisan Nasional gagal mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen. ..."

melihat kepada reaksi rakyat malaysia terhadap proses pertukaran tampuk pemerintahan, hanya org melayu saja yang berpotensi melakukan 'coup d'etat'.. dari malayan union, 13 may, isu anwar hinggalah perselisihan yang berlaku kebelakangan ini.. semuanya bergantung pada reaksi org melayu sendiri.. siapa saja boleh memulakannya tetapi akan berhenti selepas reaksi org melayu.. ketuanan yang masih dihormati oleh bangsa lain..

siapa yang tidak ingat bagaimana jelaknya rakyat malaysia dengan che det ketika zaman pentadbirannya? akan tetapi tidak akan berlaku sesuatu yang drastik kerna sifat org melayu itu sendiri.. adakah kita sanggup menggadaikan kesenangan dan kedamaian yang kita kecapi sekarang untuk mengubah haluan negara kepada sesuatu yang belum dapat kita pastikan? seperti mana aku rasa tidak ada antara kita yang sanggup berhenti bekerja dan berurusan dengan bank yang dengan jelas terlibat dengan urusniaga yg haram.. kita akan mencari2 celah dan alasan untuk membolehkan kita meneruskan kehidupan yang kita ada sekarang.. walaupun untuk yg lebih baik.. kerna kita tidak akan sanggup berkorban.. berapa banyak org melayu yg melaungkan jihad dan sanggup mati demi bangsa, negara dan agama.. tapi realitinya hanya sekadar berkata2 sahaja.. menjeritkan merdeka tetapi selepas itu terkinja2 kembali pada penjajahan.. ini bangsa malaysia..

kita seharusnya lebih mara setapak dari sekadar memalitkan kesalahan pada kerajaan. kerajaan hanya mencipta sistem untuk panduan dan amalan.. kita sebagai rakyat merupakan kuasa yang lebih besar.. kerna kerajaan yg dibentuk adalah dengan pilihan rakyat malaysia sendiri.. adakah tanggungjawab kita sebagai warganegara sekadar memilih undi dan selepas itu semuanya adalah tanggungjawab kerajaan yang kita pilih?

kalau dulu kita mengharap bahang reformasi indonesia menyambar bara politik malaysia dan menumbangkan kerajaan, adakah dengan melihat 'militiry coup' di thailand kita sekali lagi berangan2 untuk RAMD pula melakukannya? dimana keperluannya? sekuat mana alasan yg kita miliki?

kalau dulu suharto jatuh kerna diktatornya, maka kita jadikan PM kita ketika itu diktator juga... kini thaksin digulingkan kerna isu ekonomi, maka kita melihat PM kita sekarang juga adalah pengkhianat ekonomi negara? adakah kita merupakan bangsa yang mengikut2 dan gemar berkhayal? adakah benar situasi di malaysia sekarang sudah sampai ke tahap tidak boleh makan seperti indonesia dan thailand? adakah nanti bila filipina menjatuhkan presidennya atas dasar rasis dan memusuhi Islam, maka kita juga akan menganggap PM kita ketika itu rasis dan mengamalkan diskriminasi agama?

bagaimanapun ada kemungkinan pendapat aku ini salah.. maka aku memohon maaf.. tapi buat masa ini, membaca tulisan rakan2 sekalian, beginilah yg aku rasakan..

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008