ini adalah pendapat peribadi yang mungkin kurang rujukan hingga tidak boleh dipegang..
raja2 melayu adalah benteng terakhir org melayu? mengapa dan dimana kebenarannya?
rukun negara
1-kepercayaan kepada Tuhan
2-kesetiaan kepada raja dan negara
...
rukun iman
1-percaya kepada Tuhan
2-percaya kepada rasul
...
di zaman khilafah Islam, kita punya pemimpin yang kita kenal memimpin daulah Islam. adapun khalifah adalah seseorg yang kita berbai'ah mengikut kepimpinannya, selagi tidak menyimpang dari landasan Islam.. dalam konteks kenegaraan moden, raja2 melayu adalah pemimpin kita di malaysia.. walaupun urusan pentadbiran dilakukan oleh perdana menteri.. semuanya adalah dengan perkenan majlis raja2..
bilamana che det paksa raja2 melayu menyetujui pindaan undang2 (yg sudah disebut terdahulu dalam mesej rakan2 yg lain), adalah untuk memudahkan proses pembangunan.. yang menjadi persoalan adalah bagaimana impak pindaan undang2 tersebut terhadap org2 melayu..
walaupun begitu, perlu juga kita pahami bahawa terdapat dalam perlembagaan bahawa raja2 melayu berhak mengisytiharkan darurat.. ini kekuasaan akhir org melayu.. jika ada yang mengganggu-gugat ketuanan melayu maka raja2 berhak mengisytiharkan darurat dan menggantung pemerintahan yang ada..
raja2 melayu merupakan panglima rejimen askar melayu di raja.. walaupun ada bangsa lain menyandang pangkat jeneral, tetapi raja2 melayu tetap merupakan puncak kepimpinan tentera..
yang menjadi kerisauan adalah semakin berkurangnya kekuasaan melayu dalam bidang politik, bilangan MP melayu di parlimen adalah kurang dari 2/3.. dan berkurangnya minat org melayu dalam bidang ketenteraan, makanya kita wajibkan khidmat negara..
sedikit kisah, pernah suatu ketika rejimen askar wataniah mahu menjalankan promosi untuk pengambilan baru.. ternyata lebih banyak bangsa bukan melayu yang berminat terutama dalam kors yang lebih kepada teknologi.. sehingga promosi itu dibatalkan.. dan mungkin ini yang memicu program khidmat negara..
dalam parlimen, kerajaan BN memang mempunyai lebih 2/3 majoriti.. akan tetapi yang tidak kita sedari adalah bilangan bukan melayu yang semakin bertambah sebagai ahli dewan sudah menghampiri 46%.. org melayu sendiri malah tidak mempunyai suara 2/3 parlimen.. walaupun chief of whip utk BN masih dipegang oleh org melayu (TPM) tetapi sudah tentu desakan dan tekanan yang diterimanya mulai meningkat.. kerna itu susahnya hendak mengesahkan undang2 yang berteraskan nilai2 Islam..
secara kesimpulan awal, raja2 melayu masih merupakan benteng terakhir org melayu setelah kuasa politik dan kalau kita tidak menguasai benteng ekonomi.. tetapi alhamdulillah sudah ada kesedaran dan menunjukkan peningkatan yang menggalakkan atas kefahaman ini..
Post a Comment