Raja berpelembagaan

quote=edirossa
topic=
Ada Yg Kata Agong, Sultan Dan Raja Adalah Benteng...

awak kena ingat...agong bukan stand alone dalam berbuat sesuatu. Agong mesti bertindak mengikut nasihat PM. Dan sejarah membuktikan yg Agong tidak mempunyai ruang langsung untuk berkata tidak terhadap nasihat (disini elok disebut arahana) PM.

Boleh saudara buktikan yg Agong pernah berbuat sesuatu tanpa arahan dr PM? Eddie berani mengatakan TIDAK..betulkan kenyataan eddie tu dgn bukti kalau kenyataan eddie tu salah..


adapun aku bersetuju dengan pendapat eddie.. melihat 'jurisdiction' antara raja2 melayu dan ketua eksekutif (PM), kita boleh imbangkan dengan hubungan antara pemilik perusahaan dengan CEO.. CEO adalah org kepercayaan yang diberi kuasa untuk mentadbir syarikat.. begitu jugalah dengan PM..

perlu kita ingat bahawa PM dilantik oleh rakyat.. dalam kata lain raja2 melayu telah memberi mandat pada rakyat untuk memilih org yang mereka percayai untuk mentadbir negara.. dalam kata lain juga, keputusan PM adalah mandat dari majoriti rakyat..

raja2 melayu menjaga dasar asas negara itu sendiri.. PM mengelolakannya.. raja2 harus ada kepercayaan pada kuasa eksekutif, jika tidak berlaku konflik seperti yang berlaku di zaman che det.. malah ketika itu majoriti rakyat berada bersama di sisi PM menyokong akan tindakan pindaan undang2 tersebut.. dan walaupun raja2 melayu ketika itu mempunyai veto untuk tidak mengesahkannya, mereka bersetuju atas dasar bahawa tindakan yg walau dinilai memberi bahaya pada bangsa melayu masih merupakan tindakan yang terbaik buat masa itu..

maka bila mana kuasa eksekutif mempunyai hak dalam mencampuri urusan keselamatan dalam negeri dan juga kehakiman, raja2 melayu melihat itu sebagai mempunyai nilai utk kepentingan negara ketika itu.. maka raja2 melayu juga bertanggungjawab menerima pandangan dan nasihat PM..

perlu diingat bahawa sistem kerajaan malaysia ialah raja berpelembagaan.. bermaksud raja2 kita memerintah berdasarkan perlembagaan.. ada sistem parlimen.. dimana raja2 telah menyerahkan pentadbiran negara kepada rakyat.. rakyat memilih wakil rakyat mereka sendiri.. dan wakil2 rakyat ini memilih ketua mereka.. bila mana raja2 menyerahkan urusan pentadbiran kepada rakyat, maka rakyat yg berhak utk mengatur halatuju negara melalui wakil rakyat mereka.. raja2 hanya memantau agar halatuju ini masih selaras dan tidak menggugat kestabilan negara.. raja2 terpisah dengan halus dari urusan pentadbiran, yg seluruhnya diuruskan oleh rakyat..

bilamana wakil2 rakyat ini tidak melakukan fungsi mereka dengan baik, adalah tidak wajar raja2 melayu masuk campur kerna suara2 kritik ini dianggap minoriti dan tidak menjejaskan kestabilan negara.. jika kita mahu cara pentadbiran dan halatuju negara berubah, maka terdapat proses yang boleh kita ikuti, sesuai perlembagaan.. dimanakah kewajaran bila malaysia yang masih aman damai dan makmur ini tiba2 kita mahu raja2 melayu menyentuh hak eksekutif yang telah mereka kembalikan pada rakyat?

dan adalah benar raja2 tidak boleh berbuat sesuatu dalam pentadbiran negara, kerna di bawah perlembagaan terdapat jelas akan fungsi raja dan fungsi kuasa eksekutif.. sistem kenegaraan ini yg perlu kita pahami sebelum kita dengan cepat membuat kesimpulan.. perlu dijelaskan sekali lagi bahawa urusan pentadbiran adalah urusan kuasa eksekutif yang dipilih oleh rakyat.. begitulah juga raja2 di negara berfungsi.. marah kita kepada kuasa eksekutif sebenarnya adalah cermin kepada marah kita kepada diri kita sendiri.. kerna kita yang memerintah, bukan raja2 melayu.. mereka hanya memantau kestabilan..

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008