1930, parti politik pertama di Malaysia, Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan.. membawa gerakan anti-imperialis - melawan penjajah british.. umno belum ada..
1937, ditubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) dipimpin oleh Ibrahim Yaacob.. gerakan ini dah melaungkan slogan MERDEKA.. umno belum ada..
1945, Mokhtaruddin Lasso dan Dr Burhanudin Helmy tubuh Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). dalam parti ini ada Angkatan Pemuda Insaf (API) , Angkatan Wanita Sedar ( AWAS), Baris Tani Se-Malaya (BATAS), Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya ( MATA). ini semua nasionalis melayu yg menuntut kemerdekaan dari british. umno belum ada.. Hizbul Muslimin pun ditubuhkan pada tahun tuh.. pas pun belum ada..
1947, PUTERA-AMCJA dah membentuk Perlembagaan Rakyat, draf perlembagaan yang dibuat bersama2 dengan parti nasionalis melayu yang lain dan parti-parti bukan-melayu.. umno lebih suka ikut lord reid..
pada pemahaman aku, british bukan bagi kita merdeka dengan mudah.. dia dah cantas semua parti2 yg lawan penjajah.. jadi yg tinggal ialah parti2 yg ikut telunjuk penjajah.. itulaa yg tinggal umno, mca, mic.. parti2 awal tak memainkan isu perkauman dan keagamaan.. parti2 yang tinggal nih yg diiktiraf oleh british.. walaupun bagi merdeka tapi british dah pastikan semuanya menguntungkan buat mereka.. kalo tak apa guna komanwel kan?
yg aku citer kat atas tuh semua adalah fakta sejarah.. yang diceritakan dalam buku teks sejarah di sekolah2 tak sampai satu muka pun.. yang panjang berjela2 citer psal umno melaungkan merdeka tahun 1957.. hanya saja kita lupa malaysia ditubuhkan tahun 1963.. mungkin ada kebenaran bila sukarno kata malaysia itu adalah satu penjajahan.. terhadap persekutuan tanah melayu.. sebab kalo nak masukkan sabah sarawak dan singapura pun, apa salahnya pakai nama persekutuan tanah melayu? malaysia tuh benda apa? haa.. yg nih kita citer bab lain laa pulak..
mungkin sekarang kita tak paham rasional dato onn keluar umno sebab usul dia nak buka ahli pada bukan melayu ditolak, sebab kita dah lama direndam dalam air jeruk perkauman.. sepertimana juga yang berlaku pada cina dan india, direndam dalam perkauman mca dan mic.. tapi pada zaman itu pemimpin kemerdekaan yg sebenar dah paham dan masyarakat ketika itu pun paham.. apalagi kita nak memahami fakta penting dalam perlembagaan rakyat yang mengatakan "sesiapa sahaja yang mengakui dirinya sebagai warga negara Perseketuan Tanah Melayu maka dia akan diterima sebagai Melayu". lagi laa kita meloncat2.. tapi kita takyah bincang bab nih.. tak relevan dah utk zaman nih.. kena lalu byk zaman lagi sebelum leh balik kepada mentaliti nih..
nak citer psal pas pulak? asal usulnya dari sayap PKMM yg dipanggil MATA.. 1948, tubuh Hizbul Muslimin (Parti Orang Muslimin Malaya).. ulama dalam umno berpecah buat persatuan sendiri tubuh pas.. tapi masa bertanding pilihanraya 1955 guna nama Pan-Malayan Islamic Party (PMIP).. tukar pakai nama pas nih zaman asri muda tahun 1970an.. tulis semula sejarah pas.. nih pun org pas akan marah kata fakta sejarah aku tak betul.. terpulanglaa..
parti2 baru yg kecik2 tuh takyah citer laa.. tak relevan dengan citer psal merdeka.. nak tau psal dap.. itu citer lain pulak.. kena sungkit singapura.. lain kali kita buka bab lain..
tutup citer aku.. sebab tuh aku mual bila umno sibuk nak jadi hero merdeka.. aku tak kisah laa.. mmg betul pun susah payah tunku satukan org melayu.. hanya raja yg leh satukan melayu.. cuma menyampah aku nengok generasi umno skrg dok sibuk jadi juara merdeka.. nih zaman pengisian.. merdeka dah sudah.. ke depannya lebih mantap laa sket.. belajar sket apa dah jadi pada zaman dulu.. jangan angguk2 geleng2 saja.. jangan sampai sejarah tok janggut dihukum bunuh berlaku lagi.. tok janggut dihukum bunuh bukan psal lawan penjajah tapi sebab tuduhan derhaka pada sultan kelantan.. sebab sultan kelantan masa tuh makan gaji dengan british.. jangan sampai presiden umno jadi cam raja-raja sebelum merdeka pulak.. nauzubillah..
Post a Comment