Melayu dan Tanah Melayu


merenung jauh ke dalam sejarah malaysia, kemasukan org melayu jauh lebih lama dan merupakan bangsa yang mewujudkan tamadun kenegaraan di tanah melayu.. sudah jauh lebih lama memakmurkan tanah melayu hingga berbagai kerajaan melayu sendiri merupakan kerajaan2 hebat yang terkenal di rantau ini.. jauh lebih lama sebelum datangnya tamadun barat dan penjajahannya.. ini faktor asas melayu dianggap bumiputera..

pada dasarnya mmg diperakui bahawa terdapat penduduk asal yang kita kenali sekarang sebagai org asli.. golongan mereka ini tinggal dalam ruang lingkup hidup mereka.. menjauhi ketamadunan.. dan bukan retorik jika kita susur semula bagaimana rapatnya hubungan org melayu dan org asli yang saling menjagai dan menghormati antara satu sama lain bak saudara seibu sebapak, cubit paha kiri, paha kanan terasa juga.. dan bagaimana org asli menjaga saudara melayunya ketika di hutan, dan org melayu pula memperkenalkan peradaban moden kepada saudara aslinya.. hubungan harmonis yang menjadikan kita sebagai bumiputera..

penjajah yang datang semulanya memperakui kehebatan org melayu di setiap bidang perekonomian mahupun pentadbiran.. org melayu telah membuktikan ketrampilan mereka dalam membina peradabab melayu mereka sendiri.. ini sangat difahami oleh para penjajah.. dan penjajah ini juga sangat memahami akan permasalahan internal org melayu.. hanya saja setiap permasalahan mereka itu tidak menjadi besar kerna hormatnya org melayu kepada sistem beraja.. laksana sistem khilafah dalam tamadun Islam.. malah sebenarnya kerajaan2 Melayu pada zaman itu sememangnya mempunyai hubungan langsung dengan khilafah Othmaniyyah yang berpusat di Turki..

sistem pecah-dan-perintah oleh penjajah sangat berkesan bukan hanya dalam menjatuhkan kerajaan melayu malah juga menghancurkan sistem tamadun melayu.. salah satu teknik yang paling berkesan semasa penjajahan british, ttg bagaimana berlakunya kemasukan besar2an etnik cina utk perlombongan dan etnik india utk perladangan.. strategi ini digunakan utk memisahkan melayu dari perekonomian.. maka melayu khusus digula2kan sebagai golongan yang menguasai pentadbiran.. ini juga hanya kerna penjajah menyedari akan fungsi sistem beraja.. sehingga mereka melakukan eksperimentasi malayan union.. bermain api padah membakar diri..

peninggalan penjajah pada zaman merdeka terlihat jelas dengan kasta melayu di bahagian pentadbiran, kasta cina di bahagian ekonomi dan kasta india di bidang perladangan.. ini sangat sinonim dengan keadaan pada abad tersebut dimana melayu sangat berminat dengan politik berikut rangsangan2 dari timur tengah.. manakala cina yang mmg teruja dengan kekayaan ketika datang ke tanah melayu menguasai bidang ekonomi dari segenap segi.. manakala india agak sedikit pasif kerna lokasi mereka yg ditempatkan di ladang2 yang jarang sekali berhubungan dengan dunia luar, maka mereka tenggelam dalam dunia mereka sendiri..

inilah sistem yang mewujudkan perkauman.. sedang di zaman kegemilangan kerajaan melayu tiada wujud akan masalah perkauman sehingga kalau kita sedar terdapat pembesar istana yang dilantik dari kaum lain.. malah di zaman itu setiap kaum menikmati kemakmuran yang wujud tanpa berlakunya jurang ekonomi dan sosial.. malah punya hubungan dan dasar luar negeri yang mantap dengan kerajaan2 yang lain.. begitulah cantiknya sistem peradaban timur..

dalam zaman pasca-merdeka ini kita merupakan satu negara yang penuh dengan peninggalan sistem caca-marba penjajah.. pengwujudan DEB merupakan salah satu natijah dari tanggal merah 13 Mei.. ini yang mewujudkan kouta melayu dalam segala bidang, guna untuk menaikkan melayu supaya berhenti berpesta dan dapat sama2 bersaing, menginsafi bahawa jika org melayu, yang masih majoriti, tidak berupaya bersaing dalam setiap bidang, maka akan terjadilah ketidakseimbangan sosial, yang bakal dengan mudah memicu satu lagi 13 Mei.. dan ekonomi hanyalah salah satu daripadanya..

apabila kita menyebut tentang hal meritoktrasi, maka jenguklah singapura sebagai contoh.. mulai daripada bagaimana mereka bermain politik, mengkhianati perjanjian, dan seterusnya sistem yang cantik di luar tapi pincang di dalamnya.. kejayaan bukan sekadar dari ukuran nilai material dan pembangunan, tetapi kemajuan itu dinilai dari masyarakatnya sendiri..

mengintai perbedaan ketara antara negara maju dan negara membangun adalah dari sikap masyarakat.. negara maju sudah melepasi permasalahan keperluan asas dan tindakan mereka mengarah kepada keselesaan hidup, sedang di negara membangun kita masih lagi memerah tenaga untuk mengisi keperluan asas.. kerna itu walaupun kita punya menara kembar teringgi di dunia.. walaupun kita sudah boleh mendaki puncak tertinggi di dunia.. walaupun kita sudah mulai pandai membuat kereta sendiri.. walaupun nanti kita sudah berupaya menumpangkan angkasawan kita ke bulan.. kita tetap saja masih negara membangun.. kerna kita belum lepas dari persoalan mengisi keperluan asas..

melihat semula dalam konteks malaysia, adakah benar kita sudah bersedia untuk mengimplikasi sistem meritrokrasi? kalau di zaman dahulu sistem ini dikenali sebagai "siapa kuat dialah kudrat".. cuma di zaman ini diinterpretasikan siapa yang punya hubungan kuat dialah yang dapat.. dan nanti dengan meritokrasi, siapa yang paling pandai dialah yang kaya.. tamadun kita berundurkah?

adakah kehebatan itu milik kita seorang? adakah kekayaan itu milik individu? apakah yang kita mahukan sebenarnya? atau adakah semata2 kita melayan nafsu dengki kita dengan bertopengkan racisme? buruk bertopeng buruk.. malah melayu sendiri yang dipertahankan dalam DEB mulai kabur matlamat..

marilah kita sama2 menilai semula akan tujuan asal DEB.. akan tujuan asal mengapa kita mahu melayu berdiri sama tinggi dengan bangsa lain.. bukan kerna kita mahu melayu menjadi lebih baik daripada bangsa lain.. bukan kerna kita mahu melayu menjajah bangsa lain.. bukan kerna kita rasa kita lebih hebat dari org lain.. bukan juga kerna kita merasa tanah ini tanah milik kita..

bukan kerna supreme melayu.. tapi kerana menginsafi bahawa kestabilan sosial, ketenangan dan kemakmuran hanya boleh dicapai jika kita dapat sama2 melakukannya.. bukan dengan cara bermalas2an.. menginsafi akan maksud melayu itu sendiri.. menginsafi akan maksud mengapa nenek moyang kita dari berbagai destinasi berkumpul di tanah yang bertuah ini dan mengaku melayu.. menginsafi bahawa kita diwasiatkan kepada tanah ini.. bukan untuk memilikinya tetapi untuk menjaganya.. warisan leluhur.. sesuai saka melayu yang diperturunkan kepada kita..

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008