Hero Merdeka II


QUOTE (aiyakaramba @ Nov 17 2006, 11:18 AM)
sedara meluahkan perasaan mual ttg UMNO hendak menjadi hero merdeka.apa yang saya pasti adalah UMNO itu sendiri membawa kekuatan melayu.adakah sedara usop mempertikaikan melayu sebagai bangsa yang memerdekakan Malaysia?


maaf saudara.. sememangnya bangsa melayu memimpin untuk memerdekakan tanah melayu.. bangsa melayu itu bukan umno.. paham tak sifir nih.. umno tuh melayu tapi melayu tak semestinya umno.. umno hanya subset melayu..

dan kalo kita perhalusi perjuangan asal umno bukan untuk kemerdekaan.. perjuangan asal umno adalah untuk menentang malayan union.. malayan union nih ditentang untuk mempertahankan hak ketuanan org melayu.. contohnya tidak mahu mengiktiraf bangsa pendatang sebagai warganegara mengikut jus soli.. bukan nak halau british..

raja2 melayu pun sokong umno nih bukan psal nak merdeka atau apa.. diorg sokong sebab lepas malayan union tetap ditubuhkan.. baru raja2 nih perasan bahawa british nih menipu.. mereka dah takder byk kuasa.. pendapatan pun dah berkurang.. dah tak bebas buat sesuka hati.. itu yg raja2 baru nak sokong umno.. perjuangan asal hanya untuk mempertahankan raja2 melayu dan menghalang pengiktirafan bangsa lain sebagai warganegara.. kemudian dari itu baru citer nak merdeka.. selepas mendapat desakan org melayu dalam setiap mesyuarat pekembar..

ini berbeza dengan kumpulan2 asal melayu seperti KMM dan PKMM.. mereka nih dari awal mmg memperjuangkan kemerdekaan.. bukan memperjuangkan bangsa.. dalam konteks citer kita nih psal bangsa ker psal merdeka?

kalo hanya psal bangsa maka mmg kena terima kasih pada umno.. tapi jangan pula lupa pada mca dan mic.. british bagi merdeka sebab penjajah nih nampak parti perikatan.. walaupun merdeka tapi tetap terpecah.. masih sesuai dgn strategi klasik mereka pecah dan perintah.. walaupun merdeka tetap juga terjajah.. kesimpulan aku.. bukan hanya melayu yang memperjuangkan kemerdekaan.. melayu memimpin, betul.. tapi yg memerdekakan tanah melayu itu adalah perpaduan semua bangsa..

nak citer jadi hero merdeka buleh.. cuma janganlah berlebihan.. macam citer hindustan.. kdg2 over sangat golek2 terperasan tak logik.. nih bila citer merdeka mulalah buka citer melayu supreme.. jangan lupa yg pegi britain merayu2 mintak merdeka tuh bukan umno tapi perikatan.. perjuangan kemerdekaan bermula lama sebelum umno wujud.. umno tukang close tender saja.. janganlah menidakkan sumbangan org lain.. kalo nak cerita kat jiran anak kita pandai, silakan.. tapi janganlah pulak citer sampai kata anak org lain tak pandai.. dahlaa mual, bertambah pulak sakit hati..

umno membawa kekuatan melayu nih kdg2 lebih kepada retorik.. darurat diisytiharkan sejak british seawal tahun 1948 hingga komunis menyerah diri dalam tahun 1960. sebab utama darurat ialah british nak menghalang gerakan2 merdeka.. bukan sekadar PKM tapi seluruh gerakan melayu yang dikategorikan sebagai radikal dan yang paling ke depan menentang jepun diharamkan.. utk memadamkan gerakan nasionalis..

maaf yaa kalo ada yg terbuat kesimpulan bahawa kekuatan umno adalah dalam mengumpulkan org2 melayu utk menyelamatkan raja2 mereka, sepertimana kekuatan yg mereka tunjukkan dalam menyelamatkan ketua2 mereka sekarang, tanpa rasional..

dan lupa nak bagitau satu lagi.. selepas british bersetuju membatalkan malayan union.. umno pernah kata hanya menyokong dan menerima kemerdekaan malaya hanya jika hak pemerintahan diberikan kepada org melayu..

dan sukalah aku nak ingatkan bahawa aku bukan bertujuan memperlekehkan umno.. umno adalah salah satu wadah politik org melayu yg mmg perlu kita pertahankan dalam konteks situasi zaman kita nih.. tapi janganlah sampai tutup mata dan tak mau terima fakta sejarah.. dan jangan pula sampai kita lupa diri ditampuk kuasa sampai takleh nak ditegur.. wallahualam..

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008