dari perspektif pelajar, antara salah satu adab ialah menghargai guru.. walaupun banyak cara utk menghargai guru, salah satu yg popular di zaman ini ialah hadiahkan wang utk kebajikan sang guru menutup keperluannya.. disini salah satu berkah ilmu yang diterima.. kalo kita masih teragak2 dalam memberi hadiah pada sang guru, masih menghitung2 mintak diskaun dan sebagainya.. hilang adab, kurang berkah ilmu yg kita ambil, sebab kita kotorkan hati kita..
dari perspektif guru, antara adab ialah tidak mengharap balasan.. rezeki Tuhan yang beri, bukan manusia yg beri.. kita usaha ajarkan ilmu untuk pembangunan insan dan meninggikan agama.. disini berkah ilmu yang kita ajarkan.. pahalanya berterusan walaupun setelah kita mati, kalau sang pelajar mengamalkan apa yg kita ajar.. kalo kita ajar org tak amal pun tak guna..
bila sang guru meletak nilai pada dirinya maka dia meletakkan nilai pada ilmunya.. org bayar gaji alhamdulillah.. hanya saja pada zaman ini bukanlah org meletak nilai pada ilmu, asal mula kita letak harga untuk memudahkan sang pelajar yang tak tahu nak bagi berapa.. kita letak nilai tuh supaya tidak dibayar berlebihan.. malah kalo ada yang tak mampu pun kita akan ajar percuma saja.. kalau lebih kita guna untuk sang pelajar lain yang tak mampu.. sang guru yang patut lebih paham dalam adab nih.. sebab tuh guru ada hak nak ajar atau tidak, atas sebab yang mereka sendiri mengerti..
cuma janganlaa buat apa kerja pun kita kira duit dulu.. ini nak sebut bukan pada guru sahaja tapi pada semua bidang kerja.. malah dalam berniaga pun kita bukan semata2 sebab nak untung.. kita meniaga untuk membantu masyarakat, menyediakan khidmat utk masyarakat.. jangan cuba jual benda yang tak perlu pada masyarakat.. meniaga pun ada adab.. untung atau tidak bukan semata2 atas ikhtiar kita melainkan dengan izin Allah..
semua yang kita buat kerana Allah..
termasuklah sebab kita menulis kat sini.. insya-Allah.
Post a Comment